RODONGANS~

Sunday, October 18, 2015

Sunday, October 18, 2015

Hometuition dan Kelebihannya...~

Assalamualaikum

Ibu bapa yang prihatin mahukan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak. Dan sudah tentu sesuatu yang yang terbaik bukan merujuk pada sesuatu yang mahal. Ikut keadaan. Ikut juga kemampuan.

Bila sebut pasal hometuition, apa yang kita tahu?

Image result for Hometuition

Basically, hometuition datang daripada dua perkataan gabungan iaitu HOME dan TUITION. Oleh itu membawa makna tuisyen rumah atau lebih mudah difahami Tuisyen di rumah.

  + 

Untuk pemahaman, rumah/home plus Teacher/tutor.

Tuisyen di rumah ada pro dan kontra nya.

Kita sebut Kontra nya dahulu.

1. Orang yang tidak dikenali asal usul akan datang ke rumah mengajar.
2. Kita kena bersiap-siap untuk menerima kedatangan mereka tambahan kepada mereka yang berlainan jantina dengan kita.

lagi? mungkin ada tapi tak banyak. Macam mana nak selesaikan masalah ini. Mudah! Kita pilih tutor daripada saluran yang betul. Kita cari daripada akademi atau syarikat yang baik, bagus reputasi dan dipercayai. InshaAllah. Keselamatan terjamin, penyelewengan berkurangan.

Pro pula apa?

1. Mudahnya jadi ibu dan bapa... tidak perlu curi masa untuk hantar dan jemput mereka ke pusat tuisyen.
2. Jimatkan minyak kereta untuk keluar ke sana sini dan bagi kawasan yang perlu melalui tol. Jimat!!
3. Kita mempunyai lebih peluang untuk menilai tutor yang datang, jika dipercayai kita boleh tinggalkan mereka di rumah sambil kita keluar membeli belah. ehem.
4. Jika terdapat sebarang kemusykilan dan perbincangan, boleh terus berbincang dengan tutor terutama masalah melibatkan pelajaran.

5,6,7,8... banyak lagi.

Apa perlu kita sedia kan?
1. Satu ruang dan masa yang sesuai.
2. Anak-anak tidak diganggu dengan television dan smart phone.
3. Paling penting.. jauhkan adik-adik kecil daripada mengganggu.

Puan-puan, tuan-tuan tidak tahu dimana nak dapatkan hometutor yang boleh dipercayai. Ibu ibu Ayah ayah boleh layari:

www.infitahhometuition.com atau www.mengajialquran.com

mengaji? mengaji pun boleh di rumah? Ya... Ustaz atau ustazah akan datang ke rumah mengajar kita. Dah dewasa, dah tua... tapi tidak lancar bacaannya. Nak ke kelas.. malu. Ada caranya.... boleh lawat laman web www.mengajialquran.com 

Jika anda di Melaka, saya boleh share no telefon Branch Manager: 019-3701779


Sebarang pertanyaan dan permintaan kelas tuition atau mengaji al-Quran, boleh terus menghubungi no itu ya.

InshaAllah, mereka cuba membantu.

Terima Kasih. :)





Tuesday, October 13, 2015

Tuesday, October 13, 2015

SIMPOSIUM TUTOR PROFESIONAL MALAYSIA 2015 (#STPM 2015)



BISMILLAH.


Assalamualaikum.




[SIMPOSIUM TUTOR TUISYEN & Al-QURAN MALAYSIA]

Adakah anda seorang tutor tuisyen & al-Quran atau seorang usahawan dalam bidang pendidikan?

Mahu mempelajari ilmu dan strategi daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang ini?

CMN Global Consultant & Malaysia Professional Tutor Association (MPTA) membawakan kepada anda buat julung kalinya, Simposium Tutor Profesional Malaysia 2015 (#STPM2015).

———
Apa yang menarik tentang #STPM2015??
———

✔ Membariskan lebih 6 orang PAKAR untuk berkongsi pengalaman sebenar jatuh bangun dalam bidang ini

✔ Perkongsian TIPS TUTOR Berkaliber dan Usahawan Pendidikan

✔ Untuk yang berminat memulakan bisnes tuisyen, TIPS untuk memulakan & mengembangkan bisnes juga bakal dikongsikan

✔ Dapat ‘NETWORKING’ baru, boleh bertukar-tukar idea dan cadangan

✔ Berpeluang untuk mencari tutor, staf dan partner

————
Siapa speaker-speaker berpengalaman yang akan berkongsi??
————

**MOHD NOOR BIN MOHD TAHIR.

“Rahsia Kejayaan Bidang Tuisyen Di Malaysia & UK”

– Atau lebih dikenali sebagai ‘Coach Home Tuition Malaya’. Beliau merupakan Co-Founder Akademi Infitah dan bersama team Infitah, beliau telah membantu serta melatih lebih daripada 1200 ‘Certified Home Tutor di bawah kendalian Akademi Infitah yang mengajar tuisyen dan al-Quran di rumah yang kini mempunyai 20 cawangan di seluruh Malaysia & UK. Merupakan Pengasas kepada ‘Malaysian Professional Tutor Association’ (MPTA).

**TENGKU NURHUSNI BT TENGKU AB RAZAK.

“Memulakan Bisnes Akademi Al-Quran Dengan Profesional”

– Beliau merupakan Ketua Pengurusan Operasi Rangkaian Akademi Al Quran ABS di bawah ABS Holding. Kini beliau mengendalikan 30 cawangan Akademi Al Quran ABS seluruh negara. Di samping itu juga beliau telah menghasilkan beberapa modul pendidikan seperti Modul Khabar Gembira untuk pembelajaran akhlak pelajar, modul Playschool untuk kegunaan taska dan pusat jagaan harian dan Modul untuk pembelajaran tahfiz secara sistematik.

**YUSNIZAM MOHAMAD YUSOFF (Master Yus)

“Insprasi Dari Tutor Kepada Investor”

– Graduan Universiti Malaya dalam bidang Teknologi Maklumat. Beliau memulakan tuisyen secara sambilan sejak tahun 2000 yang lalu, semasa masih belajar di matrikulasi dan tidak pernah makan gaji. Beliau merupakan pelopor bagi SeminarTuisyen dan penulis buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘ terbitan True Wealth Sdn Bhd. Merupakan Founder kepada SeminarTuisyen.com dan sekarang banyak terlibat dalam bidang pelaburan hartanah dan saham.

**OSMAN AFFAN

“Teknik Mengajar Cara Pakar Gaya SmartStudy”

– Mengasaskan teknik belajar berkesan; SmartStudy pada tahun 2004 dan mula mengajarkan teknik belajar berkesan kepada pelajar di peringkat sekolah, kolej dan juga universiti. Telah menulis lebih 10 buku berkenaan Motivasi Belajar dan Teknik Belajar Berkesan SmartStudy.Pada November 2012, kisah beliau telah dipaparkan di dalam majalah ‘TOP 10 Of Malaysia’ di atas faktor keunikan, pengaruh serta keberkesanan program-program SmartStudy beliau. Buku-buku tersebut pula telah mencapai tahap jualan buku ‘Best Seller’. Beliau juga pernah mempunyai pengalaman sebagai Tutor Tuisyen dan owner Pusat Tuisyen dan penulis buku ‘Buat Duit Dengan Tuisyen’.

**ARIF ASA’AD JOHARI

“Strategi Pengurusan ‘Home-Based Learning’ Secara SIstematik”

– Merupakan pengasas kepada Infitah Training & Consultancy disamping sebagai Pengarah Urusan & Professional Learning Facililatator (Mastery). Berpengalaman menguruskan cawangan-cawangan Akademi Infitah ‘Home Tuition & Quranic Home Based’ dan merupakan Pengasas kepada Modul ‘Oh Mudahnya Tajwid’ yang membantu pelajar, ibu bapa, dewasa dan badan korporat mempelajari ilmu tajwid dengan cara mudah dan berkesan.

**BADRULHISYAM RAZALI

“Missing Chapter Dalam Bisnes Tuisyen”

– Coach Syam merupakan NLP Practitioner yang diiktiraf oleh National Federation of Neuro Linguistic Programming (NFNLP, USA).Mempunyai pengalaman sebagai Home Tutor semenjak daripada universiti. Merupakan salah seorang Pengarah Akademi Infitah dan mengasaskan Teknik ‘Best Study’ untuk membantu pelajar belajar dengan mudah dan menyeronokkan.

————-
Siapa yang sesuai hadir ke#SimposiumTutorProfesionalMalaysia ini??
————-

– Mahasiswa dan graduan yang ingin mengajar sambil menjana duit poket sendiri

– Usahawan serta bakal usahawan yang ingin memulakan bisnes pendidikan tanpa modal atau bebas hutang

– Individu yang sudah mempunyai kerjaya tetapi masih mencari kerja ‘part-time’ yang tidak mengganggu kerjaya utama

– Individu yang sedang mencari-cari teknik dan strategi untuk melibatkan diri dalam bidang ini

———
Info #STPM2015
———

TARIKH: 28 & 29 November 2015
MASA: 8 am – 6 pm
TEMPAT: UKM, Bangi

———–
Kos Pelaburan:
———–

Bayar RM199 seorang SAHAJA!
Untuk Pakej 3 orang, RM179 seorang (Anda JIMAT RM60!)

Ada lagi….

TAWARAN EARLY BIRD
TERHAD untuk 100 orang yang TERAWAL SAHAJA!
(pembayaran sebelum 24 Oktober 2015)

Anda hanya perlu bayar RM119 SAHAJA!
Untuk Pakej 3 orang, RM99 seorang (Jimat RM60!)

(Makan/Minum tidak disediakan)

**BONUS!!

  • Profesional Tutor Association (MPTA). (Bernilai RM200)– Anda akan dibantu dan bertanya pada bila-bila masa sahaja menerusi group ini 
-- Anda akan memperolehi tips-tips untuk menjadi Tutor & Usahawan berjaya secara PERCUMA.

  • Bonus Ebook ’Formula Mencipta Kerjaya Sebagai Home Tutor’. 9 Langkah Praktikal Jana 3-4 Angka Sebulan Secara Part Time (Bernilai RM20).

——–------------------------------------ BERMINAT?? ——–----------------------------------------- 

SMS/Whatsapp: ‘#STPM2015_Nama_Emel‘ ke 011-32742922 SEKARANG!! 

P/s: Anda bukan sahaja memperolehi ilmu dan pengalaman serta networking bersama individu yang mempunyai ‘passion’ dalam bidang tuisyen & al-Quran, tetapi anda akan dibantu untuk mencapai niat, impian serta matlamat anda Jaminan Pemulangan Wang.

Jika anda tidak berpus hati dengan kandungan #STPM2015 pada hari pertama, wang anda akan kami pulangkan 100%. 

#STPM2015 
#SimposiumTutorProfesionalMalaysia 
#TutorKerjayaMulia 
#UsahawanMuslimProfesionalKerjayaPilihan

Note: Nak contact saya di sini boleh boleh, nanti saya forwadkan kepada pihak berwajib. :)

Sekian, 

Terima Kasih,

Maizatul Asnida
WARGA AKADEMI INFITAH MELAKA. :)

#beyondexpectation 

Bila gian kembali.

Assalamualaikum.

Hello!!?

Baru tadi bagitahu esok update lain. Sekarang tak sampai sejam dah update yang baru. Ini lepaskan gian namanya.

bONUS ini malam.


  • AIna tidur cukup lena. Letih gamaknya, bermain dari siang tadi dan tidak terlena walau seketika.

Aina hari ini sudah mengjangkau 9 bulan 2 minggu. Berbekalkan 4 batang gigi dan 2 bakal timbul. Berjalan belum lagi tetapi bijak bermain emosi. Anakku sudah semakin membesar. Membesar tubuhnya dan usianya juga.

Mari. Jamu mata seketul gambar Aina.


jom jamu sambil menyenget.

Baru je sebut bonus Aina tidur, masa itu jugalah Aina berjaga. So, lebih sejam jugalah untuk update pos sependek ini.

Sekian.

ASsalamualaikum semua.

Puan Maria.



Monday, October 12, 2015

Monday, October 12, 2015

Assalamualaikum Dunia..

Assalamualaikum dunia, assalamualaikum semua..

Awal Muharam bakal menjelang esok hari (maghrib), saya telah kepilkan beberapa azam yang baru.

1. Kembali aktif untuk blogging dan blogwalking
2. Jadikan tutor sebagai kerjaya yang menguntungkan dunia dan akhirat.
3. Jadi CEO. umm. okeh ni abaikan. maaf bos. Saya bercita-cita untuk berjaya seperti bos. *bodekbalik* ehem.

Rindu. rindu pada blog ini. Sudah bersawang barangkali. Maafkan ku wahai teman. Diriku punya tanggungjawab baru iaitu anak yang sedang membesar di sisi ku.

stop. berpantun pula.

Dah. ini cuma intro. esok punya update yang baru.

Assalamualaikum dunia, assalamualaikum semua.

Selamat malam.

Maria a.k.a menado a.k.a puan Mai. Puan sudah~~

Sekian.

sayang semua.

Monday, March 23, 2015

Monday, March 23, 2015

Mari-mari support my AINA SOFIA MINI STORE :)

Assalamualaikum.

Hep.. sep.. Post kali ini nak promote blogshop baru. Meh support my new blog. Blog ni menjual barangan Bayi, kanak-kanak dan ibu-ibu, wanita-wanita. :)

Beli atau shopping untuk diri sendiri sambil-sambil menjual.

No worries. Harga akan try untuk beri paling murah daripada pasaran. Almaklumla, beli untuk diri sendiri juge.

Meh, nak tau lebih lanjut boleh baca di link ini: http://ainasofiaministore.blogspot.com/

Bagi siapa ada anak-anak, anak buah, anak kawan, anak jiran, anak rambut... eh? meh melawat blog ini, mana tahu berkenan..~~~~




Terima kasih ya kawan-kawan. Sokongan anda dan kebaikkan hati anda untuk membaca entri ini dan melawat blog Aina Sofia Mini Store amat saya hargai. :)

Sekian!

Daa~~

Monday, March 16, 2015

Monday, March 16, 2015

my little precious already borned.

Assalamualaikum...

bagi kawan-kawan yang masih belum tahu, sebenarnya saya dah bersalin secara normal pada 9.26pgi 22.12.14 dalam suasana banjir di temerloh pahang. hiks.

Officially saya memberi nama kepada anak sulung saya dengan nama NUR AINA SOFIA. berbintikan Mohd Abdulhakim. :)

Sekarang aina sudah berusia 2 bulan lebih.. belum pandai mengiring.. berak jarang-jarang. nangis kadang-kadang, sudah pandai senyum, sudah pandai berborak (over) tapi perkataan yang keluar cuma aa,,oo.. eee...uuu.. hehe. chumil.

share sikit lah gambar baby aina...


masa baby aina berusia 7 hari.

Dua bulan aina..

okay... sekian sahaja malam ini. ada projek lain. haha. sepanjang masa berprojek. ades. eh. slapslapslapontheface... jangan mengeluh.

Dadaaaa~~

note: thanks shiela sebab rindu kite.. kite pon rindu awak.. rindu BW juge.. sobs.

Sekian~




 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang