RODONGANS~

Saturday, August 20, 2016

Saturday, August 20, 2016

Private Tutor?

Assalamualaikum.

Masa kecik-kecik dulu, saya suka sangat nak jadi cikgu. Why? Sebab masa sekolah dulu saya ada cikgu favourite. i mean cikgu saya saya senang sangat dengan sikap dia, layanan dia, cara dia mengajar. 

Sekolah rendah antara cikgu yang saya tak boleh lupa, Cikgu Zuki.. satu-satu cikgu yang panggil saya Masnida.... what? siapa masnida?? sorry, nama saya Mai..... Asnida.... cikgu amik M depan terus sambung belakang. haha. nak cepat betul cikgu nih. Cikgu suka panggil saya buat kat depan walaupun habis menyuruk dah. Yang best sebab cikgu selalu ingat nama saya.... walaupun saya bukan lah anak siapa-siapa........... cewah. sinetron sangat.

Naik sekolah menengah.. ada beberapa cikgu yang saya senang bersamanya... caranya... PMR dengan cikgu Maisarah, saya suka cikgu sebab cikgu selalu hargai apa saya buat. Before cikgu pindah sekolah SBP cikgu bagi saya RM10 sebab siapkan buku ulasan lengkap. saya suka pergi library cari sinopsis okeh. PITAM.

Naik nak SPM saya suka cikgu Zai... dia buat kimia tu macam seronok dan muddaaah sangat pada hakikatnya tak lah semudah mana. ngee. Dan cikgu Wan, jurulatih bola baling sekolah. Ingat lagi.. ada satu masa, saya bukanlah siapa-siapa (once again). Tapi latihan tak pernah miss, disiplin memang tiada masalah. skema jugaklah kan. Pemain harapan macam ada buat hal sikit... tak datang latihan.. rebel.. bukan sorang, dua tiga orang. at that time, cikgu wan datang kat saya diam diam.. cikgu ada janji dan saya pegang janji itu.. " saya akan masukkan awak dalam team." Bila masa nak bertanding, nama saya tak dok pom.. haha.. nama pemain harapan bangsa juga yang naik. sadis. harapan tinggal harapan.. saya ingat lagi tapi nak tunggu cikgu sebut sendiri. Sampai sekarang... nan hado. (dah nak beranak dua kot.) over- Tapi i still love you cikgu wan... of cos as a teacher.. cikgu wan laki ya.

Masa matriks pulak, saya panggil cikgu comel... ada dua. Cikgu Zara-kimia dan cikgu comel 2-tiba-tiba tak ingat nama. haha-biologi. Bila mengajar kompem resap! hebat. subjek diaorang iolls dapat A untuk that semester. Tapi paling tiptop cikgu Zara... dah la comel. 

Dan ramai lagi... cikgu yang saya suka... yang tak suka saya tak taulah kan. husnuzon. ngeee.... bersangka baik. iolls tak buat jenayah peringkat sekolah okay.

apa kaitan dengan tajuk??? 

Okay. after degree.. saya ada apply nak jadi cikgu tapi tak panggil pun... dan before apply upu pun ada ambil pilihan guru. Pun tak panggil interview pun. even my best friend already call me "cikgu".. kuikui. lastly tak dopat panggilan pom. malu den. Yang pasti, kawan saya yang ramai kata tak suka jadi cikgu. Now jadi cikgu. InshaAllah cikgu yang baik.

After habis graduate assistance di satu universiti ni, saya berpeluang jadi cikgu ganti. Cikgu BM. Akhirnyaa.. haha. merasa mengajar di sekolah. ngee.. lepas tu dapat rezeki kerja. Alhamdulillah.

After bersalin anak first, saya resign kerja saya... atas alasan tak nak PJJ dengan suami dan of cos atas arahan beliau. On the mean time cari kerja di kawasan berdekatan. Saya berpeluang jadi private tutor. hehehehe. seronok. one to one. bonding lebih strong dan advantage kalau dapat parents yang kamching dan baik hati. :)

Tu orang atau ustaz selalu kata.... kadang-kadang.. apa yang kita naaaak sangat tuu Allah tak bagi, sebab apa? sebab ALLAH tahu benda apa yang lebih baaaaik untuk kita. So, bersangka baiklah dengan Allah SWT. 

bUT Till now, saya masih isi borang untuk jadi cikgu.. entah kenapa.. saya suka betul suasana sekolah. kihkih~~



Dah. tu je... nampak macam tak relate sangat dengan tajuk,. sorry. bye!


Selamat Malam,
Assalamualaikum.

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang