RODONGANS~

Friday, November 30, 2012

Friday, November 30, 2012

Walimatul Urus.

Assalamualaikum.
 Hye!

Sekarang memang musim orang kawen kan. Sana sini, sebab cuti sekolah pun ye jugak. Tapi dari dulu saya tak ley nak ketchup.. eh? ketchup.. hehe. .. ketchup kenapa orang suka buat time cuti sekolah. Sebab bukan semua orang cekgu tau, yang biasa dijemput ke majlis perkahwinan itu mak ayah nya, bukan budak sekolah. hehe. Tapi apepun..cuti sekolah memang pilihan utama orang nak buat kenduri kawen. hehe. So, macam musim buah dan musim hujan.. kawen pon ade musim tau. =P

Okay aje je nak letak. Ni kawan saya ye. Semak samun dekat dekat rumah dia je tau, tapi still gambar ni.... lawa. :)

Okey Jom fahami.. ape itu Walimatul Urus atau bahasa kampongnya kenduri kawen. hihi.

Apa makna nya ya?? :

Walimatulurus (Bahasa Arab: وليمة‎) atau kenduri kahwin (seperti majlis santapan makanan) sunat diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat).

Apa tujuan kita adakan ya? :
Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.

Ada adab adab yang perlu kite ikut tak? :
Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti
  1. dilakukan selepas akad nikah;
  2. menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan;
  3. bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.
Apa hukum mengadakannya ya? :

Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakad ( yang sangat dituntut) sebagaimana sabda Nabi S.A.W. :

Ertinya : Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor kambing.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Eh, apa hukum menghadirinya pula? :

Menerima jemputan ke majlis adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran tidak dapat menghadirinya, seperti sakit dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah kamu menghadirinya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ade syarat syarat wajib ke untuk menghadirinya.? :

1. Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang-orang kaya sahaja.
2. Yang menjemput itu juga beragama Islam.
3. Kenduri itu tidak menggunakan wang atau harta haram.
4. Yang dijemput itu tidak menerima pada satu masa, maka hendaklah menerima jemputan yang lebih dekat dari segi keluarga kemudian dipandang dari segi dekat tempatnya.
5. Tidak didapati perkara-perkara yang mungkar di majlis itu seperti mengadakan minuman keras dan sebagainya.

Saya ni kalau u'olls perasan, sangat suka menghadiri majlis macam ni. Apa saya majlis kawen ni macam super charming.. eh? comel.. umm.. bahagia... hehe. walaupun kite lihat orang lain yang di IjabQabulkan.. disandingkan but hati saya turut kembang kembang gembire gituww... gedik kan.

So, persoalannya.... ade ke orang nak rahsiakan perkahwinan?? tak ade kot... haha.... weh, tak syok lah kawen senyap senyap... macam buat salah.. benda baik, baik di hebahkan.. kang boley mendatangkan fitnah tau. So, sila bagitahu saya sekarang... hehe. Boleh saya tumpang hepi sekali..Ngee~

Sekian~

Bloglist Jue Jaynee.

Assalamualaiku,

Hyppp! hypp hyp hyp horayy.. Selamat pagiiii. teman adik di sini... ewah. *happy kau maria*

Tadi blogwalking.. ade komen komen kawan kawan yang lepas lepas tak sempat nak terjah blog mereka. So, pagi ni terjah semuanya.. rindu.. rindu itu adalah... anugerah dari Allah.. Insan yang berhati mulia.. punyai rasa riinduu... *hah, sape tahu lagu ape*


Okay, Lepas tu terbace.. eh bukan Ter tapi memang nak bace blog Jue dan yang lain lain juga.. Rupanya dia nak buat bloglist.. cuma, akak konfius.. dik, suruh je lah buat entry! hehe. awak tak wajibkan pun akak buat ni. hehe.. sebab awak selalu lawat akak kan.. 

Ade ke Jue kate tak de banner kalau nak letak print screen header dia. eh,, awak ni dik..akak tak tahu lah nak kate awak ni comel ke ape... next time buat banner boleh... piat nati. hehe. tapi still.. akak print screen jugak. walaupun akak bebel ni... 



So, sape nak masuk bloglist Jue Jaynee ni.. sila tinggal Link kat ruangan komen dia ea.. hehe. Jangan mara akak bebel ye dik jue. Kalo awak duk tepi akak, lagi hebat akak bebel tau. Ni naseb kat blog. kehkeh.

Sekian~

Wednesday, November 28, 2012

Wednesday, November 28, 2012

333 pinkPLATE dan 1 Lyaasuriany. =)

Assalamualaikum

Hye rodongans!! thanks for stop by here. Ngee~~~

Saya belum pernah review lagi rasanya. Maksudnya, belum pernah review rakan rakan follower saya kan. hehe. Dari semalam lagi, saya dah niat kalo ade yang follow saya dan jadi nombor 333 saya nak review. Last last sampai sudah, tak ada.. so, saya tidoq lah. Ngantuk cheq. kihkih. Ni baru buka blog... Saya tengok. oh oh.. dah 334. 




Btw thanks sudi jadi kawan saya di blog ya!! Saya tau blog saya ni tak lah seberapa but still saya suka berkawan, tambah tambah maen maen balas komen. Hah, suke i tau.... hah, yang terasa sila perasan sekarang.. "thanks yo!" =)

So, rodongans ke-333 saya adalah pinkPLATE aka budak gemok. eh? awak tak gemok eh, comel aje. hehe. Nama dia Liyana.. eh, macam nama besties saya lah. kihkih. Dah bertunang dan most important thing dah kawen 20.10.12 hari tu...... waaaaaa..... ramai je dah kawen sekarang. Tahniah tahniah.. Semoga Liyana berbahgia dan jodoh berpanjangan sampai ke syurga ya. aaminn. Jadi isteri solehah! dengar cakap suami.. hehe. ewah ko mai.. nasihat orang pandai.. hikhik~~

Nak ke blog liyana klik banner deh.

Comel kan~~

Dan saya tak pernah lupa. waktu buat blog ni 6 bulan yang lepas. Saya duk follow blog2 yang memang saya suka bace dari dulu lagi. Dan surprisingly, LYAASURIANY follow saya balik dan menjadi orang first yang follow saya.. Thanks chingguuu... hehe. 




Sekarang kira baeklah dengan Lyaa, di blog, di fb dan di email pun ade gosip gosip. Sekarang Lyaa macam busy sikit.. So, pegilah blog awesome dia. Saya suke. anda pasti suke. Klik banner deh.




Apepun, thanks Zuramira sebab jadi 334. =)

Dan pagi tadi baru perasan, ade orang review kite.. and most impotant thing is.... dia perasan satu benda pada diri kita walaupun melalui gambo. waaa... tak tahu nak terharu ke malu. :P thank SHIELA... kehkeh. 

Sekian~

Tuesday, November 27, 2012

Tuesday, November 27, 2012

Sate Bota.

Assalamualaikum.

Hye! hep hep hooray.. *tetibe*

Rakyat Malaysia saya yakin memang familiar kan dengan sate kajang @ sate Haji Samuri... rata rata orang cite pasal tu. Bila datang kajang, pergi main restauran dia.. pergh... penuh, sesak dengan orang. Sedap. Tapi dengar dengar kat main restauran dia je sedap.. bila pegi cawangan dah kureng. Orang cite, tak tahulah kan. Pernah pergi kat Kajang tu betol. Sedap.

Dan sejak sejak belajar di Perak ni.. kawan kawan sini perkenalkan sate bota. Okay, pernah lah dua kali makan sebelum ini. Pergi pun dengan orang lain lain. Dan hari tu yang saya dah tak ingat hari apa tapi saya rasa hari khamis. Akhirnya, kami pergi jua. Setelah plan berminggu minggu.... lepas jugak. 

Sate Bota ni dibuka hari Khamis-Ahad je tau,
Terletak di jalan menghala ke Lumut (ipoh-lumut),
dibuka dari pukul 4 sampai pukul 10. 
Tapi saya sarankan jangan pergi malam. Sebab sate perisa lain dah banyak habis dan nasi impit pon dah tak de. Mungkin laku sangat petang petang kot. Hehe.

Saya rasa okay lah sate bota ni. Cuma dia manislah, kuah kacangnya halus dan manis. sate dia pun manis kemanisan sikit. rosak bahase guwe. ehehehe. Tapi sape datang sini jarang jarang, trylah. Tak pun sesiapa yang belajar sini, wajib try sekali. Malulah weii.. duk sini dua tiga tahun tak merasa. Kang orang tanya tak ley jawab kan. hehe.

Tapi sape yang bencikan masakan selain kuey dan kek yang manis. Sila jangan cuba banyak. Sedap tapi manis. macam mana nak cakap eh, try sendiri lah. hehe.

 Haa.. ni la ghupenya sate bota. Nampak menarik kan.~ hehe.


 Rase iklan ni zaman tok aki dulu kot..
"makan cara asia, minum cara asia."
hehe.

Sekian~

Menang GA dari EqbalZack.

Assalamualaikum.

Hye rodongans! 

Pagi tadi tiba tiba dapat MMS dari kakak guwe. Cik Kakak bagi MMS je, buka tengok dah tau... hehe. Yeay.. dapat satu lagi hadiah.. dari GA yang EZ buat sempena birthday beliau hari tu (12.11.2012). 

Walaupun tak dapat purse Alain DEloin.. eh? betul ka eja..? hehe. tak pelah tak menang pun. Tapi dapat saguhati pun dah Alhamdulillah tau. Ingat ade orang senang senang nak bagi free?? Saye dapat jugak fridge magnet yang cantik itu. Hadiah okay~~

Okay seksok dah ade rumah sendiri nanti tampal kat peti sejok. Sekali dengan koleksi selama ini.. Hoyay.. satu dari rakan blogger.. special apa.!

Kire kire ni hadiah kedua hasil GA daripada rakan blogger.

Satu dari AzzahSaid.

Dua dari abang EqbakZack.

Ni hadiahnya.... hehe. suke. suke.


Haa.. amacam. comel kan... hehehe..... gaye kerek~ Kehkeh. SApe tak suka dapat hadiah kan. Ngee.

Apapun.. 
 "Thanks Abang EZ sebab sudi pilih saya sebagai pemenang saguhati.... Saya gembira menerimanya"

Sekian~

Pencarian Bloglist Disember.

Assalamualaikum.

Hari ni nak join satu segmen. ehem. Hye!!!! lupa sapa kamu kamu tapi bukan kamu. hehe.


 

Jom join bloglist hani ni.. Nak join click je banner tu okay. Blog hani ni sangat cute miut. So, rasa nak join? meh join the club. hehehe. Tamat esok tau. kuang kuang~~

"hye hanii... lama dah follow blog ni ya. :)"

Sekian~

Monday, November 26, 2012

Monday, November 26, 2012

Resepsi Ana di Intekma Convention Center, Shah Alam.~

Assalamualaikum.

Hye..! hehe.

Ngada ngada nak guna perkataan resepsi kan. kihkih. Sebenarnya ini majlis menyambut menantu, kira belah pengantin lelaki lah. Buat di Shah Alam, Intekma resort and covention center. Saya baru tahu Intekma ni Uitm punya. maap. maap. SAmpai sampai je, oh... semua ofis uitm.

Dah la sesat, kawan saye yang sorang ni yakin je kat seksyen 7, lepas tu kata seksyen 6. Bila call kawan yang satu lagi yang dah sebati dengan Uitm ni, dia kata seksyen 2. Toing. Toing. Lari betul. hehe. Tapi Alhamdulillah ketemu jua akhirnya. :)

Dah jom tengok gambar, maaf..... kualiti kurang elok kali ni.. yela kamera cabuk saya dong. hehe~

Emak pengantin~~ :) 

Pengantin Perempuan itu kawan saye. hiks.

Dua dua kawan sekolah rendah saya hingga sekarang.

hehehe.

dewannya.

anak katanya. pendapat saya, ikut ayah ni.. 100%. hehehe. ammpunn.

Kawan saya jugak. hehe.... dari sekolah rendah, menengah pom same.

Jempot minum kawan kawan. nampak beno parut jerawat saye ye. ishk. kena makan innershine ni. :P

Jadilah kan.... tak de photograhper pun tak ape. Ni tak nampak sangat pulak parutnya. pelik.

Yes!! Ni je? sobsob.. Jadilah kan :)

Amek berkat ke Ainnnn??

"Ye, saya nak ambik berkat.. sekian!"

Jom Balik kawan kawan~~~

Hehe. Ni first pengalaman saya tengok wedding di dewan yang siap ade protokol ye. Best lah, macam ni agaknya wedding dalam majalah PENGANTIN tu kan. Mewah, meriah, dan menarik. Apepun... dapat jadi VIP that day sebab wakil pengantin perempuan. Ngeee~~~~

Lepas ni sape pulak. Kamon. Kamon. Jangan lewat lewat sayang.... :)

Sekian~

Nota kaki: Balik tadi tangan saye parkinson.. ketar ketar... tak cukup zat, tak cukup makan dua hari duk KL tau.. Sobsob. Naseb bek ade nasi kenduri. =)

Saturday, November 24, 2012

Saturday, November 24, 2012

Link untuk cari HOMESTAY.

Asssalamualaikum.

Hye.!

Adik nak tauliah ni. 15hbDis2012 dia tauliah, lepas tu macam ramai aje nak ikot pegi tengok. So, plan dengan akak nak ambik hommestay, boleh duduk ramai ramai. 

Disebabkan belajar di Perak, tanggungjawab cari homestay di tangan saye. Gulps.
 
Kawan akak ade kasi contact no. hari tu. Tapi call tak dapat. So, semalam try lagi.. wahh! ko biar betul maria.. seriously semua dah ade orang booking!! waa.. cuak cuak. nebes den.

Lepas tu google lah.. Tak sempat taip full ejaan HOMESTAY. baru taip HOMESTA je.. nak tau keluar apa?? 


Amik kau! haha.. sekali pencarian hangat tuk lokasi itu. Kebanyakkan yang berdekatan kawasan tu dah full book. Saya cari dan call yang lain satu satu. Kebanyakkan nya jawab: "maaf ya, dah ade orang..."

weee.... lagi gigih saye call satu satu, takot kena marah karang.... yela, sape suh tak carik awal awal. Sekarang musim orang kawen pulak. Lepas tu, sebok nak tauliah bulan doblas kan dik. saje je kann.... sajee je.

Akhirnya jumpe satu, En Omar call saya balik selepas Solat Jumaat, sebab dia perasan ade misscall kot kan. Terima kaseh!! Bandar seri botani pon okay, dekat jugak.. ngeee~~`

Tapi website paling best cari homestay tuk seluruh malaysia adalah carihomestay.net... ni LINK dia. Yang saya kasi tu kat Ipoh, boleh carik tempat lain jugak. banyak pilihan dan info serta contact number pon boleh tahan la... hehehe.

So, nak bercuti? perlukan homestay?? sila ke laman web carihomestay.net..... kihkih. macam promoter pulak. Nak duet admin.. upah. :D

Sekian~

Kena Tinggal.

Assalamualaikum.

 

Pernah ade perasaan kena tinggal tak.. bukan kena tinggal kekasih.. ni kena tinggal lain.. kihkih. Kelakar pun ada.. entry ni cinonet je.

Tadi, baru tadi..... kami singgah WATSON.. beli barang. not me lah, kawan kawan. Then tengah cuci mate, sorang sorang kawan saya hilang dari pandangan mata. Last sekali saya dengan nana, tetiba saya gerak ke depan sikit. Lama, 5 minit.. then saya tengok belakang nana dah tak ade.

Oh no. mana depa ni.

Saya terus tengok kat cashier. Tak ade. Oh no.

Saya carik kat depan kedai. Tak ade. Depan Guardian sebelah Watson.. pon tak ade. Oh, no.. Saya gerak ke kedai sebelah sebelah. Tak ade. tiga tiga tak ade. Saya masuk Watson semula carik carik. Tak ade. 

Dah pusing pusing depan cashier tu. mesti cashier tu penim tengok saye mesti dorang kata.. "haha.. kena tinggal." Muka saya cuak dah. Mana kawan kawan aku nih. Call tak dapat, call tak angkat. cis. mana ni. Waaa... mana.


Saya gerak ke kedai sebelah sebelah lagi sebab ade kerusi. duduk situ, dengan harapan mana tau depa sedar saya ditinggalkan. Sampai saya dah maen pen warna yang saya baru beli tu. Tengok Planner baru beli. EH? mana niii.. lame ni... tak call pomm... waaaa...... 

Try lagi sekali. call wani.. dengan nada anak 5 tahun kena tinggal mak, 

"mana korangg, carik tak jumpa.!"

Then, teka apa wani jawab????

"kiteorang baruuu je kuaar watson ni... mai di manaaaa??"

Hah.! gile! tadi mai carik dalam watson kosong kot.. korang nyorok ea.. kihkih. time tu perasaan macam duduk tanah suci, tapi sesat carik jalan keluar. Dah la keta parking mana pun eden tak ingat. Hahahaha.... Kelakar.

Rupa rupa mall tu ade penyakit tak berapa nak ade line kat floor bawah, kawan saye sorang ade penyakit tak mengangkat call bila shopping... tak sedor dah, dan sorang lagi pon tak sedar.. masing masing ingat saya pegi toilet sebab sakit perut. Jadi semua buat dunno sedangkan saya merintih sayu mencari di mana sahabat sahabat ku ini.. hehehe.

Akhirnya, sepanjang perjalanan hingga sampai ke kolej dorang gelakkan saya, sampai sakit tekak! cis. 

Depa duk kata... 

"bukan kiteorang tinggalkan mai tau, mai tinggalkan kiteorang sebab kiteorang tak kuar watson pon."

 

Gulps!

"Okey, fine!"

"HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHA." Dorang gelakkan saya sampai sudah. cis. cis.

Oh mama... jangan tinggal daku. kihkih. Ape lah naseb hari ini. Beli baju tak sedar kaler bendera GAZA. Naseb baek GAZA, tanda sokongan..! kalau kot warna lain. ishk ishk. pitam guwe.~

Lepas try baju dengan nana pegi bilik dorang buat runaway.... 

then nana kate "nana bawak maskot hari ni" semua gelakkan saya.. sebab baju saya sebijik bendera GAZA. Tapi, tak pe.. saya bangga. hihi. Depa kata, hari ni betul betul bukan hari mai... T_T *betul tu*

Penat mate. sayu. ngantok.  berakhir satu hari yang busy lagi. nite nite. =)

Sekian~

Thursday, November 22, 2012

Thursday, November 22, 2012

Kissenger@ A Kiss Messenger.?

Assalamualaikum.

Hye kamu kamu kamu tapi bukan kamu, dan kamu tahu saya maksudkan kamu. Ngee~

Tajuk boleh tahan kontroversi kan. Ekceli, petang tadi.. tengah minum minum petang style anak anak orang berada.. tiba tiba aje, aspa mentioned pasal gadget untuk ciuman jarak jauh.. Kami terus terpana... owh.. hmmm....... *blushing masing masing*.

Biar betol aspa....!

Betol betol kata aspa!

Hah! macam mana tu?? kami maseh tak percaya..

Betul lah!.. macam ade gadget bentuk love yang sambung dekat komputer guna USB lepas tu mase chat tu boleh kiss... boleh rasa macam betul betul.. lepas tu aspa boleh bagi contoh... misalnya mai dengan puotek.... Time tu kami terus pandang sesama sendiri... HAHAHAHAHAHA... 

Biaq betul.. eee.. gelinya alat tu. Aspa kate nati dia carik...

Kami cakap jangan post kat facebook pa, lepas tu jangan tag kami...

Hahahaha... and end up sebentar tadi, beliau bagi message kat facebook, tunjuk gambar. Naseb baek message.. ufff... Kihkih... wujud rupanya..... Nak tengok??

Tak bentuk love rupanya....~

Alat ni dicipta oleh scientist dari Singapura, Hooman Samani namanya... cara penggunaan alat ini sangat mudah, Cuma aktifkan Kissenger, lalu tempelkan bibir Anda di bibir robot lucu ini dan bayangkan Anda sedang mencium si dia. Gerakan bibir Anda akan dikirim ke robot Kissinger milik pasangan menggunakan teknologi wireless. err... gilo kan??! 

Macam ni~

tapi dengar dengar alat ni macam dapat tentangan sebab itu tak dipasarkan secara meluas walaupun dah setahun dicipta... kehkeh. Ko gile ke nak luluskan.. makin rosak lah remaja zaman sekarang.!

Hehehe... okeh. Pelik kan, macam macam.. bijak pandai tapi ilmu diturunkan pada benda yang sia sia.. kesian. 

Sekian~

Notakaki: nak BW ni... tadi busy sangat.!:D

 


Wednesday, November 21, 2012

Wednesday, November 21, 2012

MENANG DOODLE! YEAY~

Assalamualaikum.

Hye rodongans!:D

Hari ini saya received doodle dari Blogger AZZAH (sayurlemak.blogspot.com) sebab saya menang segmen doodle oleh cik azzah ni hari tu.

Owh, mungkin ini permulaan hidupku yang bertuah. kihkih...... 

before ni pernah menang contest blogger femes, bukan maen maen contest dia tau.. 3 orang pemenang dipilih dan saya dapat email privately dari beliau.. dah send alamat, tunggu punya tunggu tak dapat, email berkali kali tak reply.. Ingat saya je, saya email pemenang yang lagi satu. Pon sama... rasa kecewa itu ada. Selepas tu saya tak stalker dah blog dia hari hari.. Saya tak kisah tak menang tau, tapi yang membuatkan saya sedih bila janji di mungkiri... Orang tak tepati janji ini boleh dikatakan tak boleh jadi orang kepercayaan tau.

So, hari ni hadiah doodle saya sampai... yeay.. thanks cik azzah kite ni. ngee~

Saya menang dalam segmen INI.

Maaf ye, kite edit letak nama kite di sini... hehe..~


Soon, saya dapat lagi satu hadiah dari segmen EZ.. saguhati pon hadiah juga kan.. ;)

Sekian~

SEGMEN ERAZ FADLI: Pencarian BLOGLIST.

Assalamulaikum.

Hye rodongans! :D

Hari ini mood banyak baik ma, jom join segmen ini.. Eraz ni dah lama saya follow, agak awal jugak lah dengan usia blog ni yang masih muda. hehe. Jom join! support dia. :)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8dZCIDwm5rPlZvpgClNENXoLxlf6cCEVTaEfCDPP1eZc3RawJZmuqtvFB2wIsrGScv9ldl7eF4JIHa4-ApzVGM0qPYimHGvAymXK1X0VPeUuzYn-uFVzDMPpv6rFKCOyXHIXRDkVjZHVt/s1600/Bloglist+Eraz+Fadli.jpg 

Senang je nak join. Letak tajuk, copy banner, letak link. siap! Tak perlu tag tag blogger lain tapi top referral dapat jadi bloglist utama tau. :) 

Goodluck Eraz. Tahniah untuk ulangtahun blog yang pertama. 

 Last but not least, Goodluck semua.! 

Sekian~

Tuesday, November 20, 2012

Tuesday, November 20, 2012

KOMANDO, Malaysia.

Assalamualaikum.

Hye rodongans!

Komando? askar? kalau ikut sebutan manja ash-kar... kihkih. 

ehsan google.


 Sejarah.

Secara ringkasnya:

Penubuhan pasukan elit tentera darat ini bermula selepas konfrontasi yang melibatkan Persekutuan Malaysia-Indonesia pada tahun 1965. Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul dari konfantasi tersebut, Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu, Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein, telah memberi arahan untuk mengadakan unit ujian. Menteri Pertahanan telah mengarahkan sukarelawan dan sejumlah sukarelawan dari tentera darat dan laut untuk mengambil bahagian. Pada 25 Februari 1965, satu latihan asas komando diperkenal dan dikendalikan oleh Regimen ke-40 Komando Marin DiRaja British (40th British Royal Marines Commando) di Kem Majidee, Johor Bahru, Johor.

Daripada 300 sukarelawan yang mengambil bahagian, hanya 15 orang sahaja yang terpilih untuk menjalani latihan asas Komando selama 6 minggu. Pada akhir latihan, hanya 4 Pegawai dan 9 anggota dari lain-lain pangkat berjaya dalam latihan ini dan juga merupakan trup nukleus yang pertama.

Kejayaan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga berkebolehan untuk mengambil apa jua peranan dan tugas yang diberikan. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih khas dari Rejimen ke-40 Royal Marines Commando British bawah pimpinan Mejar Bacons dan Kapten Seager, Grup Gerak Khas mula melebarkan sayap pada tahun yang sama, mereka berjaya mengatasi 6 latihan asas komando.

 Pencapaian.

Antaranya:

ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu²nya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India !…
 ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruh kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal serba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!

Dan banyak lagi.

SUMBER: 1, 2 etc..~

Eh, dah kenapa cita pasal komando ni???. haha.. okay, btw... tough kot nak jadi komando kan.. latihan tough, cuti susah, jauh dengan family. Ade baik buruknya juga lah. eh? haha.... dah kenapa aku ni? ekceli, tadi ade orang mentioned pasal komando, so saya ni tak berapa nak berpengetahuan sangat, rosak bahase melayu So, google lah sikit. 

Saje tambah ilmu.

Sekin~

Monday, November 19, 2012

Monday, November 19, 2012

Wedding Shaz 18.11.12

Assalamualaikum. 

Hye rodongans! =D

Okey, ni entry kedua untuk hari ni pasal perkahwinan yang saye sempat menghadirkan diri. Semangatnya saye naek KL satu hari sahaja untuk ke majlis ini. Saye naek train ets dari batu gajah pada jam 705pgi dan balik naek bas di puduraya jam 640ptg.

Semangat ni bukannya apa, sebab saye nak jumpa kawan kawan saye, yelah.. mase kawan kawan kawen lah kite dapat berkumpul ye dok. BTW, saya kan sukakan majlis macam ni... ngee~ suweet kata orang.

Tak mo cakap lah, tak ade idea nak bercerita, jom tengok gambar yang tak seberapa ni...

ade sorang puan kat sini.. ce teka! ;D

Asal suruh free style je failed! maap.

Sila pengantin potong kek yo... hehe...

OH, sebahagian je..~
Ada ramai lagi yang hadir tapi tak sempat bertemu, ada yang sempat bertemu tapi tak sempat bergambar... yang stay dengan kami dari awal hingga akhir adalah mereka...

tetiba ade idea nak cerita..:

Lepas balik dari sini, saye tumpang solat di rumah kawan saye pza.. dan terus gerak ke Masjid Jamek sebab nak beli selipa rm15. Hehehehe. Kenapa nak beli selipa??? sobsob..

Alkisahnya, sebaik sampai ke rumah pengantin... hujan mencurah curah ke ladang gandum.. air bertakung paras buku lali.. dan nak di jadikan cerita dongeng, saya sorang je pakai pum shoes.. yang lain pakai wedges dan heels. So, bermulalah kisah sedih saya meredah hujan dan merendam kaki... habis basah pum shoes saya dan stoking sekali sebab air bertakung paras buku lali. Mau kembang kaki den..... Demikianlah, saya telah berjaya membeli selipa rm15 di Masjid Jamek. ngee~

Setelah itu, kami bergerak ke puduraya. Dan bermula kisah sedih kedua...... bas kami sepatutnya bergerak pukul 6ptg telah lewat sehingga 640 ptg dan kami diminta menunggu di luar terminal puduraya yang gah direnovate dan bersystem canggih *bak kate tV*. Patut dapat diskaun ni.

Hangin satu badanku ditambah pula sudah berbau, kihkih pabila bas yang diharapkan sampai 9lebey telah berjaya mendaratkan kami pada 1030malam. Macam jalan jauh sangat kan..... tengah jalan tu benti berkali kali.. lama pulak tu. Sejuk agaknye, ramai nak kench kench tapi air tak de cebok hilang paip kena buang, sebab tu lama depa pegi toilet.. hehe.. kesian dorang. Jadi, lambatlah kami sampai. :) *be happy*

Okeh, tak ade cite lain dah untuk 18.11.12 ni. Dengar dengar ramai nak kawen lagi ni. hehehe.. tak sabo tunggu kena jempot. Ngee~

Sekian~

Wedding Ana 10.11.12~

Assalamualaikum.

Lama kan baru nak update pasal wedding ana. Maaf Na, bukan sengaja tapi laptop kite ni selow tambah line broadband di sini boleh tahan selow. hehehe~

Jadi, saye tak mahu cakap panjang Jom tengok gambar sepanjang majlis ct nur ana ini. Hehehe. FYI, saya pengapit okay. Pengapit tak bertauliah, harap dapat berkat. Ngee~

Baju pengapit saya beli khas tuk majlis ini tapi tak ade size saye.. dan saya pakai 3 lapis sebab takot jarang di satu majlis yang boleh tahan panas berseri cuacanya.... sekian, baju beso pon bagus kan. hehehehehe.. tutop aurat. 

Sepanjang majlis ijabQabul, saye sebok duk tangkap gambo kan.... sampai pengantin penim... "mana pengapit aku ni!!!"
abang photorapher tangkapkan. kiki.

ni dua olang kawan saye tau.


susah sangat nak dapat view, saya tumpang view orang. kiki.

nebes ea.. manisnya kamu. :)

Ini dua olang kawan saye juga.

hehehehe. suke!

Family sana. :)

Geng bas sekolah. kiki.

SAYANGkan ibu.
Saya nak jugak bergambar tau. sebok tangkap gambo olang. :)

Masa untuk sanding~~  dan masa ini tugas tangkap gambar diserahkan kepada kawan saye, cik loyer....:)

kepochi kan nak tengok pengantin makeup.~

Jom jumpe abang awak~

hehe.... abaikan penampilan saye.!

nampak sangat kepochi kan, sempat lagi..~

Saye! hhaaak tuii. muke seposen.

Okay. Hasil pemerhatian dan pengalaman, saye nak tamatkan kerjaya sebagai pengapit. hehehe. Saya memang tak berbakat. pffft. maaf ana! ngee~

Okeh. dah satu wedding. ade satu lagi wedding nak update. ngee~~

Sekian~

Saturday, November 17, 2012

Saturday, November 17, 2012

Restu.

Assalamualaikum.

 

Saya baru baru ni ada berkongsi satu kisah dengan sahabat saya yang pada saya  kisah ini agak sedih lah. Saya ada seorang kawan, dari dulu seorang yang baik orangnya, bukan jenis yang bersosial, teguh pegangan agamanya. Pada satu hari, ada seorang jejaka berjaya mencuit hatinya.. Saya pun tumpang gembira, bila dia pun turut sama gembira. Yela, siapa tak tumpang bahagia dengan kebahagiaan sahabat baik mereka kan. 

Walaupun ada sedikit perbezaan umur sedikit sahaja ya, dan qualitification.. still, pada saya itu bukan satu masalah. Jejaka ini telah bekerja dan mempunyai kerjaya. Kerjaya yang tetap dan stabil sebagai penjawat awam kerja gomen lah kan. Tapi kerjayanya itu tidak mendapat sambutan dari keluarga sahabat saya. Walau pada awalnya, cuma abang sahabat saya je yang menghalang tapi at the end, ibunya turut serta. 

Gundah gelana lah hati sahabat saya ini, memikirkan nasihat ibu dan hati si jejaka pilihan hati. Dia mempunyai satu masalah, bagaimana untuk menyatakan kepada si jejaka.... bahawa dia tidak dapat menerima si jejaka kerana kerjayanya. ummm. Saya tumpang simpati pada dia, dia minta nasihat saya. Saya pula kelu tanpa bicara, masalah seperti ini tidak pernah timbul dalam keluarga saya. Yelah, setiap orang ada pendapat masing masing dan sebagai anak gadis, restu ibu bapa kan penting. Saya cuma nasihatkannya supaya berterus terang dengan segera supaya si dia tidak terus membina harapan tinggi dan slow talk dengan si jejaka sebab musababnya.

Hadith ke dua belas : Ibubapa Memiliki Hak Dalam Pemilihan Pasangan Hidup Anak.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Tidak ada nikah kecuali dengan wali.[1]


Apa yang baginda maksudkan dengan hadis di atas ialah, pernikahan adalah tidak sah tanpa izin wali. Hadis berikut memperincikan maksud hadis di atas:Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal (baginda mengulanginya tiga kali).[2]


Jika dua hadis di atas merujuk kepada anak perempuan, maka dua hadis berikut merujuk kepada anak lelaki pula. ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:Aku pernah memiliki seorang isteri yang sangat aku cintai akan tetapi ‘Umar (bin al-Khaththab,yakni ayahnya) tidak menyukainya dan menyuruh aku menceraikannya. Namun aku enggan.Maka ‘Umar membawa hal ini kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan menceritakan apa yang berlaku. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab (kepada ‘Abd Allah ibn ‘Umar): “Ceraikanlah dia.”[3]


Dalam sebuah kes yang lain, Abu Darda’ radhiallahu 'anh berkata: Bahawa seorang lelaki datang bertanya: “Sesungguhnya aku memiliki seorang isteri akan tetapi ibu aku menyuruhku menceraikannya.” Abu Darda menjawab: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kepada kamu (seorang anak) sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya.”[4]

Sumber. SINI

Oleh itu, sebelum hubungan itu pergi lebih jauh... bertindaklah segera. Saya bersyukur buat masa ini keluarga saya tidak begitu memilih, asalkan boleh menjaga anak anaknya dan tidak melampaui batas agama, itu pun sudah mencukupi.

 
 "Andai kata, jodohku dah ditentukan nanti, aku doakan si dia mendapat restu dari keluarganya dan keluargaku." 

Saya doakan sahabat saya yang tercinta ini sabar menghadapinya, setiap yang berlaku ada hikmahNya dan tidak mustahil jika dah tertulis jodohmu miliknya, pasti hati ibu, hati abangmu akan terbuka untuk menerima dia. percaya lah~ :)

Sekian~

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang