Assalamualaikum.
Saya baru baru ni ada berkongsi satu kisah dengan sahabat saya yang pada saya kisah ini agak sedih lah. Saya ada seorang kawan, dari dulu seorang yang baik orangnya, bukan jenis yang bersosial, teguh pegangan agamanya. Pada satu hari, ada seorang jejaka berjaya mencuit hatinya.. Saya pun tumpang gembira, bila dia pun turut sama gembira. Yela, siapa tak tumpang bahagia dengan kebahagiaan sahabat baik mereka kan.
Walaupun ada sedikit perbezaan umur sedikit sahaja ya, dan qualitification.. still, pada saya itu bukan satu masalah. Jejaka ini telah bekerja dan mempunyai kerjaya. Kerjaya yang tetap dan stabil sebagai penjawat awam kerja gomen lah kan. Tapi kerjayanya itu tidak mendapat sambutan dari keluarga sahabat saya. Walau pada awalnya, cuma abang sahabat saya je yang menghalang tapi at the end, ibunya turut serta.
Gundah gelana lah hati sahabat saya ini, memikirkan nasihat ibu dan hati si jejaka pilihan hati. Dia mempunyai satu masalah, bagaimana untuk menyatakan kepada si jejaka.... bahawa dia tidak dapat menerima si jejaka kerana kerjayanya. ummm. Saya tumpang simpati pada dia, dia minta nasihat saya. Saya pula kelu tanpa bicara, masalah seperti ini tidak pernah timbul dalam keluarga saya. Yelah, setiap orang ada pendapat masing masing dan sebagai anak gadis, restu ibu bapa kan penting. Saya cuma nasihatkannya supaya berterus terang dengan segera supaya si dia tidak terus membina harapan tinggi dan slow talk dengan si jejaka sebab musababnya.
Hadith ke dua belas : Ibubapa Memiliki Hak Dalam Pemilihan Pasangan Hidup Anak.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Tidak ada nikah kecuali dengan wali.[1]
Apa yang baginda maksudkan dengan hadis di atas ialah, pernikahan adalah tidak sah tanpa izin wali. Hadis berikut memperincikan maksud hadis di atas:Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal (baginda mengulanginya tiga kali).[2]
Jika dua hadis di atas merujuk kepada anak perempuan, maka dua hadis berikut merujuk kepada anak lelaki pula. ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:Aku pernah memiliki seorang isteri yang sangat aku cintai akan tetapi ‘Umar (bin al-Khaththab,yakni ayahnya) tidak menyukainya dan menyuruh aku menceraikannya. Namun aku enggan.Maka ‘Umar membawa hal ini kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan menceritakan apa yang berlaku. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab (kepada ‘Abd Allah ibn ‘Umar): “Ceraikanlah dia.”[3]
Dalam sebuah kes yang lain, Abu Darda’ radhiallahu 'anh berkata: Bahawa seorang lelaki datang bertanya: “Sesungguhnya aku memiliki seorang isteri akan tetapi ibu aku menyuruhku menceraikannya.” Abu Darda menjawab: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kepada kamu (seorang anak) sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya.”[4]

Sumber. SINI.
Oleh itu, sebelum hubungan itu pergi lebih jauh... bertindaklah segera. Saya bersyukur buat masa ini keluarga saya tidak begitu memilih, asalkan boleh menjaga anak anaknya dan tidak melampaui batas agama, itu pun sudah mencukupi.
"Andai kata, jodohku dah ditentukan nanti, aku doakan si dia mendapat restu dari keluarganya dan keluargaku."
Saya doakan sahabat saya yang tercinta ini sabar menghadapinya, setiap yang berlaku ada hikmahNya dan tidak mustahil jika dah tertulis jodohmu miliknya, pasti hati ibu, hati abangmu akan terbuka untuk menerima dia. percaya lah~ :)
Sekian~
saya pun tumpang sipati...sbb sy pun ada kawan yg begini nasibnya,harap sentiasa sabar,,,
ReplyDeletewajib lah dapatkan restu ibu bapa dahulu.. nanti tak berkat hubungan itu.. :)
ReplyDeletehemm sian nye... redha & restu ibubapa sangat penting, kalau diorng xrestu takut2 implikasinya lepas kahwin nnt . . huhu
ReplyDeletesmg kwn maria di beri kemudahan urusan :)
alahai sebab jue xkeja gomen la si dia itu..lambat je..
ReplyDeletementang2 dia gomen..jue x..
kesian jugak.tp btul jgk tu,sebelum hubungan pergi lagi jauh,buat la sesuatu..kan..semoga semuanya baik baik sahaja..
ReplyDeletekesian dia
ReplyDeletetp kalau si jejaki tu dah di takdir kan untuk dia
siapa la org lain untuk menghlg