RODONGANS~

Sunday, September 30, 2012

Sunday, September 30, 2012

BARU. PENDAPAT PEHLIS.

Assalamualaikum.

Hye semua.!

Hehehehehehhehehe. *gelak pulop*

Tukar envi baru dalam belog ni.. amacam? okay tak? actually nak tukar header je.. busan tengok muka sendiri yang dikartunkan menjadi seperti hantu bermata coklat yang bertudung. kehkeh. *padahal mate tak coklat pon, salah draw je tu *. Tetiba macam nak try tukar semua nya. Dan tetiba lagi sekali tak ade idea. ALAMAK.!!

Last-last dah malas. Tukar kepada yang ini aje lah. macam mana? ishk..

Sejak bace webpage WWF ni, saya sukakan panda... so, saya draw panda itu sendiri. Okay, dah dah marriaa... buat keje... kejap lagi nak makan megi telur. eh? hehe.. diet!

malam makan lagi....

tulisan ini selesa tak baca? entahla.. saya tak puas hati dengan tulisan text ni. but... nanti try tengok lagi. Kalo rajen! hik.

Sekian~

Saturday, September 29, 2012

Saturday, September 29, 2012

WWF?! Nak Tahu.?

Assalamualaikum!

Hye kamu kamu kamu kamu tapi bukan kamu! Ngee~

Buat apa hari ni? sabtu yang tenang... mendung sedikit menghampiri panas.. diharap hujan di petang nanti. Hehehe. sejok sikit. Korang pernah dengar tak term WWF?? 

WWF ade dua...

1. WWF untuk gusti gusto bagai.
2. WWF untuk nature, environment.

Saya tak suka topik gusti gusto ni.. tak ade pekdah dibincangkan tapi kalau bosan layan jugak kan. kehkeh.


WWF ni nama pendek. Nama panjangnya adalah World Wide Fun For Nature. Sebelum ni dikenali sebagai World Wide Fun aje tapi nama sekarang digunakan supaya badan ni lebih meluas bukan untuk perlindungan binatang liar je tapi untuk alam semulajadi jugak. So, WWF merangkumi wildlife dan environmental issues jugak.

HARIMAU, BADAK DAN GAJAH.

Tahukah anda, 3 daripada 5 spesies badak merupakan species yang sangat terancam, Sebanyak 5000 GAJAH dibunuh dalam jangka masa 5 tahun dan 3,200 ekor HARIMAU liar yang masih hidup di muka bumi ini.

"jangan bunuh aku." angin dia.

Bukan itu sahaja.. Terdapat banyak lagi haiwan yang mengalami kepupusan dan malah ada yang telah pupus.

ANTARA HAIWAN YANG DIANCAM KEPUPUSAN:

1. Badak Sumatera.
:: merupakan spesies badak yang kecil. Mempunyai 6 populasi sahaja di alam liar dan cuma 300 ekor sahaja yang masih tinggal di dunia. Faktor kepupusan adalah pemburuan haram kerana daging spesies ini boleh mencecah 30,000 dolar A.S per kilogram.

ehsan google.

2. Gorila Gunung 
:: Nama manjanya Gorila Beringei-beringei. Ditemui pada kahir 1902 dan kini cuma tinggal 720 ekor sahaja di Uganda.

ehsan google.

3. Orangutan
:: orang utan sumatera dikenali sebagai Pongo abeii. Orangutan cuma boleh melahirkan 3 ekor anak sahaja sepanjang hidupnya.

ehsan google.

4. Burung Kondor
:: Mula ditemui hidup di California. Dikenali juga sebagai Gymnogups Californuanus

ehsan google.

5. Yu Gangga
:: Ditemui hidup di dalam Sungai Gangga. Kemungkinan kepupusan disebabkan air yang terlalu kotor.

ehsan google.

6. Buaya Filipina
:: Nama manjanya Crocodylus mindorensis. Salah satu spesies terancam di dunia. Cuma 100 ekor sahaja yang hidup di Filipina.

ehsan google.

7. Musang Berkaki Hitam
:: Dikenali sebagai mustela nigripes dan ditemui di A.S.

ehsan google.

8. Harimau Siberia.
:: Nama manjanya Panthera tigris altaica. Kebiasaannya ditemui di China, Semenanjung Korea dan Mongolia. Hanya 350-450 ekor sahaja yang masih hidup.

ehsan google.

9. Serigala Merah.
:: Dikenali sebagai Canis lupus rufus. Merupakan haiwan zaman ais (ice age) yan masih hidup hingga kini.

ehsan google.

10. Eschrichtius Robustus.
:: Sejenis paus kelabu yang mempunyai berat 30 tan dan cuma 100 ekor sahaja yang masih hidup. Dijumpai di wilayah perairan Selatan Pasifik dan cuma 23 daripadanya adalah betina.

ehsan google.

Okay. Itu antara haiwan-haiwan yang hampir pupus. Kebanyakkannya hampir pupus disebabkan pencemaran alam sekitar dan pemburuan haram. Oleh itu kawan-kawan...

Marilah kite sokong WWF ni. Nak tahu lebih lanjut tentang WWF Malaysia klik

 http://www.wwf.org.my/ atau http://worldwildlife.org/.

Banyak artikel menarik tau.

Marilah kita pupuk semangat cintakan alam semulajadi. =)

Anyonyonyonyo... omel omel omel.
Gothic kaw! haha.
Next time saya update pasal haiwan yang telah pupus ya :)
                           
Sekian~

Thanks for reading! =)

Let's Re-Brain Peeps.

Assalamualaikum..

Hye kamu kamu kamu! hehehe. awesome weekends? hopefully la kan.. =)

Tengah menghadap laptop ni, ternampak satu kertas kecil di softboard ni.. Let's Re-Brain by Prof Dr. Muhaya. :)



Ape yang best sangat slot tu weh? best kalau korang pegi, duduk, dengar dan faham ape yang beliau cuba sampaikan. Saya respect beliau selepas apa yang beliau dapat setelah apa yang beliau ushakan selama ni. Tapi hari ni kita bukan nak cakap pasal diri Prof Dr Muhaya.. tapi saya nak bincangkan dan share apa yang beliau cuba sampaikan.

 Kenapa perlu guna tajuk Lets Re-Brain..? otak rosak ke? kalau otak rosak ade ubat tak? ke kena tukar otak. oouih... ko gile. Tukar otak means mati lah. ishk2.. bukan-bukan.... slot ni macam discussion macam mana kite nak ubah cara pemikiran kita. Macam mana nak ubat hati supaya software yang di installed dan motherboard otak kite ni akan elok balik. Supaya kite boleh jumpa satu antivirus yang boleh kawal setiap software yang masuk dalam hati dan fikiran kite. *faham tak* =)

I'm sure you do. Yang paling ditekankan beliau adalah isu... "kecil hati". Tanyalah apa-apa soklan pada beliau tentang isu kecil hati... pasti jawapannya adalah...:

"Cuba tengok langit, tengok sekeliling.... Allah SWT yang menciptakan 7 petala langit, 7 petala bumi tidak berkecil hati dengan hambaNya... Ampunkan dosa hambaNya seandaikan mereka bertaubat walaupun Allah SWT mempunyai kuasa yang cukup agung untuk menghukum..... kenapa kita manusia perlu berkecil hati sesama manusia. Siapa kita! besar mana kedudukan kita? Agung sangat kah kita..........................................."

Itu antara ayat yang beliau guna untuk terangkan pada kami tentang isu kecil hati.. Masalahnya... yang bermasalah tak datang pon slot tu. Saya yang bermasalah ni kadang-kadang lupa jugak kata-kata beliau.. ni kan pulak mereka yang tak cuba hadir. Saya respect apa yang Prof kata.. she's very positive. sampaikan anaknya pun pernah luahkan:

"mak ni positive sangatlah."

Kalaulah semua orang macam dia... tentu ramai yang tiada penyakit hati kan... Jom jom.. kite cuba kawal naluri kita.. ya saya tahu, saya pon tak sebaik mana. sekurang-kurangnya, saya cuba! Seremeh-remeh masalah tak perlulah kita gebang segebang gebangnya sehingga ingin terbang ke angkasa, takut terkandas di tengah jalan terhempas dek kerasnya Bumi.

Maafkan saya. Saya cuba selesaikan masalah hati saya dengan tidak terlalu memikirkan masalah itu dan cuba sebaik mungkin untuk menghindarinya.. tapi tak sangka, "ku sangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari..." Tak sangka hidupku diperhati... saya tahu itu bukan benda bagus dalam kes ini. Tapi tak ape, anggaplah hujan yang turun di tengah hari itu adalah rahmat yang Tuhan cuba kasi supaya hambaNya tidak terbabas. 

"Aku bukan lah seorang yang baik, tapi sekurang-kurangnya aku cuba menjadi lebih baik"

Thanks for "ur" attention. I'm Appreciate it. Alhamdulillah.

Sekian.

::Kalau tak makan cili, jangan pura-pura terasa pedasnya. Cuma Ingin Berkongsi dan tiba-tiba lagu Rabbani berkumandang di Playlist.. Pergi tak kembali. gulps. =]

Friday, September 28, 2012

Friday, September 28, 2012

BERHATI-HATILAH DI JALAN RAYA.

Assalamualaikum.

Hye kamu kamu kamu kamu.....! :)

hehehehe. sape balik kampong hari ni..? hands up please. hehe.. tak ade? okay fine. Bestnya, tempat saya ni dah tiga hari hujan. Alhamdulillah.. mendung.. sejuk aje.. biasanya panas terik hampir macam padang pasir kan. tu happy terlebih itu.

Dijangka.. hampir semua orang tak ade di rumah kami minggu ni. Yang dah kawen.. kompemlah weekends balik ke pangkuan suami.. nana pulak ade family day di Cameron Highlands, wani pegi teman senior kami fieldwork.. Yon, kak Anim.. kompem balik, rumah mereka sekangkang dinasour. Kak mas, kak Intan and kak bilik no.6 tak ingat namanya balik ke pangkuan suami. kak zue and kak mus? owh... mungkin tiada juga. Yang tinggal cuma SAYA dan UCHOP KELIWON. waaaaa...... 

"ape kite nak buat ni yanaa... dua-dua kete tak ade." gulps.

Apepun, bagi yang akan memulakan perjalanan balik ke kampung, kerja, pulang dari kerja, ambil anak sekolah, tadika, sekolah menengah, tuisyen, pergi beli goreng pisang ke....... pesanan saya.

"BERHATI-HATILAH DI JALAN RAYA"

&

"INGATLAH ORANG TERSAYANG"

supaya keluarga kita pun akan gembira dan tiada berita sedih serta mengerikan tiba..

One more thing...

BUDAK KECIK PON UTAMAKAN KESELAMATAN TAU!

UNSure ni kete ke moto. but helmet kena pakai jugak oit oit oitt! haha. 

Tapi bagi yang memakai helmet. Sila pakai dengan betul ya. :)

Jangan cuba ini di jalan raya. :P

Sekian~

Thursday, September 27, 2012

Thursday, September 27, 2012

Sukakan TEMBIKAI?? Apa khasiatnya?!

Assalamualaikum.

Hye kamu kamu kamu dan kamu. *puing-puing*

Ehsan Google.

Suka makan tembikai?? saya pasti ramai yang gemarkannya.. tembikai satu pilihan yang tepat ketika berada di bawah terik matahari mahupun ketika kehausan. Betul tak.? Tapi apa yang kita tahu tentang khasiat tembikai? Saya yakin, ramai yang tahu tembikai adalah buah yang menyihatkan tapi pasti ramai yang tidak mengetahui secara khusus, khasiat tembikai yang sebenarnya.

Okay. Sebelum kita bincangkan tentang khasiat tembikai. Mari kita terokai... serba sedikit sejarah dan fakta penting tentang tembikai. cewah ade bakat pengacaraan tak?

Buah dikenali sebagai watermelon dalam bahasa inggeris budak tadika pun tahu dan timun cina di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Nama botani bagi tembikai adalah Citrullus Lanatus. Tumbuhan menjalar ini dikenali sebagai tumbuhan berbunga dan mengeluarkan biji dikenali sebagai "beri palsu" yang mempunyai kulit yang licin dan isi yang tebal dan berair. Lebih dikenali sebagai TEMBIKAI.

itu serba sedikit fakta tentang tembikai. Apakah khasiat penting tembikai dari sudut pandangan ISLAM? 

1. Bagi mereka yang mementingkan kesihatan kulit dan mata. Buah tembikai adalah pilihan yang mudah, tidak berat dan mudah untuk dijadikan amalan kerana tembikai kaya dengan vitamin C.

2. Kandungan air yang banyak dalam tembikai amat baik untuk melawaskan sistem penghadaman makanan dan boleh mengelakkan sembelit.

3. Yang paling menarik adalah.... tembikai berfungsi untuk mewangikan dan membersihkan mulut serta memutihkan gigi.

Ibn Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana di dalamnya ada banyak kebaikkan. Ia makanan, minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi-pundi kencing, menambah air tulang belakang, menghindar sejuk dan membersihkan kulit."

Memakan tembikai sebelum masa makan boleh membersihkan perut dan mengeluarkan penyakit. Rasulullah SAW juga memakan tembikai bersama buah-buahan segar lain dan keju.

Daripada Aisyah r.ha., ia berkata:

Bermaksud: "Rasulullah SAW makan tembikai dengan kurma muda, lalu Baginda bersabda: 'Kita mengurangkan kepanasan (iaitu kurma muda) dengan sejuknya ini (tembikai). Dan sejuknya ini dengan panasnya ini.'"

(Riwayat Abu Daud, no. 3838)

Saya dah jumpa seorang kawan yang tidak begitu sukakan tembikai... saya juga jumpa seorang kenalan yang tidak gemarkan produk berasaskan pisang dan saya jumpa seorang rakan yang tidak menjamah kacang walaupun sebiji.... Tapi itukan selera masing-masing... setiap orang ada kelainan dalam minatnya.. selera kan tidak boleh dipaksa. betul tak....? ehem.

Sekian~


Wednesday, September 26, 2012

Wednesday, September 26, 2012

RABU TANPA BICARA.

Assalamualaikum.

3 EKSPRESI MUKA SYASYA.

                     "lu pehal"                                  "Yela... wa senyum."                  "EH.. dah la tu! aishhhh."

Sekian~

Tuesday, September 25, 2012

Tuesday, September 25, 2012

Selamat Hari Lahir KakakKu~~

Assalamualaikum.

Hye!

Lagi beberapa saat dah nak masuk 26hb..... september.

Oleh itu, saya nak ucapkan...

Happy birthday Kak Yah (kakak ipar)... jatuh pada 25hb September 2012..

dan tak lupa.. kepada kakak ku ATEH... jatuh kepada 24hb September 2012.......

"semoga mendapat keberkatan dari Ilahi dan dilimpahkan rahmat olehNya sehingga ke Syurga..."

Aminn..

Ingat kek ni?? dibeli pada 22hb September 2012 sebab adikmu ini (iaitu saya) takot tak sempat merasa.. HAHAHA... Awesome sister is ME! :P


Maaf kek sangat sangat kanak kanak riang untuk 2 wanita yang sudah matang... haha.. pilihan SyaSya.. (anak sulong Kak Yah). kuikui...

eh, kete tu tak ley makan but ade spring untuk buat dia jalan.. dasat kan....  atas kek kot. 

Sekian~

Wedding Nik Nurul Nadiah & Zaza.~

Assalamualaikum...

Hye korang!!!!

Sorry... lame gile tak buka blog and blogwalking. busy. ceh.. busy lah sangat... Ni baru balik dari buat lab di KL.. so busy lah kan. hihi... sempat jenguk blog pon 10-15 minit je... Banyak entry nak kena terjah ni. Busy lagi lah jawabnye....

Pada tanggal 16.09.12 sebenarnya Sape yang kawen?? kawan saya lah... satu batch di UKM dulu... Namanya Nik Nuruh Nadiah... dan kami panggil as Nik. Tapi hubby dia saya tak sure nak eja namanya.. kuikui.. so, untuk selamat letak nama panggilan orang kebanyakkan padanya... ZaZa... hihi. Bianae.! :)

Sampai sana agak awal.. tapi ramai kawan-kawan kami datang lagiiiii awall.... So, kebanyakkannya sempat tegur hi hi bye bye aje.. sobsob. So, tak ade gambar depa.. yang ada pun.. yang duduk dekat-dekat aje masa makan.....

Sampai-sampai pulak memang perot mintak isi sambil tendang-tendang usus.. waa.... lapa... so, kamera... memang di abaikan.. lepas tu tengah makan, pakai tangan, mulot pulak laju menguyah... pengantin masok pulak... waaa... berdiri sekejap tengok pengantin. SENONOH SANGAT kan anak dara. hehe..

ape pun.. majlis Nik dibuat besar besaran.. meriah.. video akad nikah siap dalam dewan... datok, datin semua datang... yela, anak sulong.. perempuan pulak tu... kan. Haruslah meriah. hehe. happening majlisnya.

Okeh. tak mo cite dah. Jom tengok gambaq.

:: maaf... kamera cabok resolusinya "mengagumkan" HAHA.

Sempat menempel ambik berkat... macam anak raja dah haa~~~

Uchop and Intan.

3/8 mawardah... ??

Aish.... comel betul budak Intan ni!

Gelap kan?? ini yang saya maksudkan "mengagumkan" gambar dari kamera ni! pffft.

Mate kalau boleh nak tutop terus!!! pffft.

Ni la Amal Hamsan...
buku terbaru dia KETAKUTAN.
eh? yekee..? maap Mal kalau salah.

Yang belakang tu paling photogenik... sempat dia menempel kat belakang tu... ishk2...


gambar no 4 tu.. muke eden.... ishk2... serius betol!

wani, me, amal, bit.

yang gambar ketiga tu InsyaAllah becoming.. ngee... aminn.. dua dua kawan saya...
semuga berbahgia... :)

SEMEJA.

SEDINDING pulop. kehkeh.

before makan.

Madey, syafiq.

aish.. tak payah cite.. hari-hari jumpa! hehehe. 



Maapkan saye.. gambarnye banyak tak terkire... dan rata-rata langsung tak ikot susunan... hehehe.. apepon... >>>>>>>


"SELAMAT PENGANTIN BARU NIK... semuga IjabQabul mu berkekalan sehingga ke Syurga"
Aaminn.

Sekian.~

Saturday, September 15, 2012

Saturday, September 15, 2012

Family Gathering 1: Cheras.

Assalamualaikum.

Hye!

semua sekali... baby tido atas sofa.. tak nampak pulak gambar die.. kehkeh.
ni je lah kami adik beradik yang ade di KL. :)

Sehat semua?? di harap sehat semuanya.. semalam saya naek KL and terus ke putrajaya dengan dua beg sangaaaatttt berat. Baju untuk seminggu dannnnn laptop serta sampel tanah.. pffft. Beratnya, Allah je yang tahu. Dan sampai je KL, Ya Rabbi... raamaaaiiinyaaa oranggg... macam macam macam balik RAYAAA..... oh, tidak. balik raye itu hari pon tak macam ini. Maybe, ramai balik awal masa raya itu hari kot. Hahaha.. beg berat + orang ramai..=naseb baek erl, bas semua dapat cepat. Alhamdulillah.

Sampai uma akak.. air tak ade. cantik. cantik. muka dah berminyak 3 inci... air tak ade. lepas maghrib terus gerak uma abang. Abang ade buat makan-makan pulak angah kata. Hah.. molek molek... badan berbau... pegi jalan lagi. cantik maria.... mukamu seperti pakai susuk cantiknya.

Apepun... saya happy jugak.. lama tau tak pegi uma abang. Jadi bila dapat pegi tu, suka jugak la,, hehe.

sampai-sampai,..... abang pokpok dah ade and mak cu satu family juga... dah lewat.. mak cu dah pulang... baru nak tangkap-tangkap gambar.. dan tahu sape photographer kami?? Nur Zahratul Aisyah, berkelayakkan undergratuate TABIKA YADIM. haha....

peace tuk semua gambar tersebut, full credit to Aisyah.

Hannah Damia.. anak abang no.2

Syasya anak abang no. 1

Me wif everyone... sis, bro, sis in law but brother in law?? (kaki pon jadilah..) kehkeh.

Dah tu, tengah edit-edit gambar.. tiba-tiba aisyah cakap..

          "gambar kakak je yang tak ade..." sambil buat muka monyok..
"eh, kakak lupa ea.. kan kakak yang ambil semuaaaaaa gambarrr gambaarrr niiii...." sambil buat muka bangga dengan apa yang dia buat....
         "kakak tau.." muke bangga tiba tiba.

Hah. budak pun pantang dipuji tau.

Akhir kata dari abang ipa.. "oh.. semua gambar ade dia..."


"Haruslah kan.. jelesla tu gambar dia kaki aje." kehkeh.

Sekian~

BASIKAL TUA.

Assalamualaikum.

Hye!


Korang pernah bawak basikal tua  tak? bonceng ke? paling koman pon pernah tengok tak?? Kalau tak.. tak pelah... tapi pada yang pernah.. mesti tau.. basikal tua tu merujuk pada basikal edisi lama zaman atok atok kite dulu. Tinggi... hingga saya kena tenjet untuk naek dan turun kena turun punggung dulu baru jejak kaki. Dan basikal tu kurus je.. biasanya warna hitam. 

Kami pernah ada... Tapi arwaah Aki (atok belah abah) kasi. waktu arwah kasi tu, kami happy sangat.. duk maen pusing-pusing tepi rumah berpuluh kali sorang... paling happy masa tu, saya dan arwah abang (a'a). Adik kecik lagi time tu, jalan pun tak berapa nak pandai lagi.. Arwah abang masa tu ada basikal kecik.. untuk dia guna pergi sekolah rendah, saya tak pandai lagi naek basikal masa tu. Tapi bila dah darjah 4, arwah a'a naek form 1. Ingat lagi, kami tukar pemilik basikal. Basikal arwah a'a yang macam laki tu kasik saya, arwah naek basikal arwah aki.. sekolah menengah pulak jauh.. jauhh.. bila check balik sekarang.... siyes jauh. macam mana la dulu, arwah a'a boleh bawak basikal tua tu pegi sekolah.

Yang peliknya, dia tak pernah naek bas. Sekolah rendah tak pelah, memang dekat. Sekolah menengah? uff.. mungkin abang satu-satu kes student dari kampung kami pernah naek basikal ke sekolah di bandar. Pernah satu pagi tu, singgah uma kawan sebab nak ke sekolah saing... 

tetiba abang potong... zommmmmm. LAJU. 

dengan baju tak masuk dalam nya... time tu dah 7.15pg.. DAh lambat la tuwww..

saya tak pelah.. sekolah sekangkang kera.. arwah? patutla LAJUuuu.. 

kalo ade speed trap tuk basikal. kena saman dah abang. kehkeh.

Start abang form 4, arwah naek moto dah. so, seksa naek basikal tua dah tak ada....... masa tu, saya dah form 1. Naek bas ke sekolah pukul 610 pgi okay! nak naek moto dengan abang tak boleh.. kakak kami ateh yang naek dengan dia. 

Pengalaman.... pengalaman...... macam mana la.. bas tu boleh terpikir jempot 610pgiii... sampai sekolah 630pgi, kadang-kadang pukul 620pgi.. Ape nak buat??! haha... golap lagi langit.

"sampai sekarang tak dapat jawapan kenapa perlu pagi sangat.." 
hehehehe.

Sekian~

Friday, September 14, 2012

Friday, September 14, 2012

HADITH PALSU: MAKANAN YANG DILARANG BAGI PENGANTIN BARU.

Assalamualaikum.

Hye!

Selamat Pengantin Baru semua...... :) Bagi yang dah berkahwin. Yang belum, jangan sedey-sedey noh. sek sok sampai lah jodoh kita. Semalam kepada semalam.. Saya ada baca entry pasal "Makanan yang dilarang untuk pengantin baru". Time tu, terkejut baca... baru tau. Macam tu ke.. Ingat nak share tapi tertangguh pula disebabkan sibuk semalam. Tapi hari ni saya google lagi. google dan google. Saya baca banyak entry yang tajuknya sama dengan ini. 

Then, hasilnya.... terbalik. 

Mari kita review. Ini seperti yang banyak di hebah dan di kongsikan..:

'MAKANAN YG DILARANG BAGI PENGANTIN BARU WANITA'

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

Okay. "Tikar di penjuru rumah lebih baik daripada Perempuan tiada anak". Melalui ayat ini pun dah timbul rasa curiga. Sepanjang pembacaan saya, tak pernah sekali pun saya membaca bahawa Rasul SAW kita menghina wanita. Malah, darjat seorang wanita, ibu, isteri dan anak perempuan dipandang tinggi oleh baginda. Baginda tidak sekali-kali melayan wanita dengan buruk, malahan isteri-isteri baginda dilayan secara baik, adil dan saksama. Selain dari itu, saya tak berani komen lebih.. sebab saya bukanlah orang cerdik pandai agama. Tapi sama-sama kongsikan.

Tapi difikirkan... jika seorang wanita itu ditakdirkan mandul, atau suaminya. Adakah kedudukan wanita tersebut lebih rendah daripada tikar dipenjuru rumah sedangkan dia mungkin wanita beriman dan solehah. serta Taat kepada Allah SWT?

Hadis tersebut turut menyatakan...:

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

Tapi hadis di atas mendapat tentangan... 

dan Dinilai PALSU oleh:

- Ibn Jauzi dalam al-Maudhuaat 2/267
- Suyuti dalam al-Laali 2/142
- Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmuah m/s 126
- Albani dalam Silsilah Dhaifah (no: 3305)

Kerana di dalamnya terdapat: Abdullah bin Wahb al-Nasawi: Seorang dajjal (sangat berdusta), yang mereka-reka hadis terhadap perawi-perawi thiqah.

Wallahu A’lam SUMBER1. SUMBER 2.

:: hanya ingin berkongsi. Jika ada pendapat lain, mari kongsikan. 

Sekian~

JAHITAN DI JARI~

Assalamualaikum.

Hye!

Semalam internet down. PEtang busy, pukul 6 baru try buka blog tapi internet busy... sampai ke malam. Tak pe lah... hehe.

SEmalam kepada semalam... kami hosmate 4 orang duk borak-borak di dapur... yang lain hilang dah masuk bilik. Tetiba entah macam mana.. Kak anim tegur kesan parut cik uchop... bermula lah mereka menceritakan kengerian eksiden dan jahitan di kulit... tu okay lagi.. walaupun berkerut-kerut kening gua.. tau. Then, suddenly............ yon cerita pengalaman nya di jahit di jari. 4 Jahitan katanya. Siap dibius pun masih sakit lah, datang buka jahitan je, tiba-tiba Dr kata luka tak kering lagi lah... Kalau ikot kan, luka itu kecik berbanding luka cik uchop.. tapi tangan saya diletakkan dilutut dan saya tertunduk sebak. Apalagi cuak yon..

"mai..... okay tak?? kenapa? okay tak?"

"okay... tapi bila yon cita pasal luka di jari tu.. owg teringat kat arwah abang.. dia luka di jari jugak, pergi klinik... kena jahit.. esoknya sekolah. Arwah bawak moto, owg and adik naek belakang.. sampai sekolah rendah adik kat tengah-tengah perjalanan tu kami drop adik sebab owg dengan abang memang satu sekolah. Owg turun dulu, tiba-tiba tengok... lukanya berdarah balik.. menitis-nitis......... mungkin sebab berat pegang handle moto, naek bertiga.. owg and adik dua-dua peluk dia takot jatuh, adik masuk sekolah terus. owg terus cakap.."

 "eh, darah lah a'a.... macam mana ni..."
"awak lah ni..." dia cakap sambil ambil tisu lap dan senyum okay... tak marah pun...

"okay lah okay lah.. kita tak payah cita lah" yon tengok saya dah bergenang air mata. 

That's my precious abang ever. We called him as a'a (azhar).



Rindu arwah abang.... walaupun dah 9 tahun... rasa baru semalam saya pegang kaki dia.....

Sekian~

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang