RODONGANS~

Tuesday, September 11, 2012

Tuesday, September 11, 2012

Kenapa Wangian Kasturi itu berkhasiat?

Assalamualaikum.

Hye!

Sihat semuanya..? oh, maafkan saya. Dah malam baru tanya. Ngee~

Hari ini saya ada baca satu benda yang pada saya bukan lah isu baru. Wangian. Semua orang suka wangian, tapi berpada-padalah kan. Jangan sampai bau wanginya itu, 100meter jauhnya boleh dikesan. Lagipun wangian ni banyak khasiatnya, bukan sahaja harum di bau bahkan menyihatkan tubuh badan.

Kenal tak di bawah ini buah apa? Ini Limau kasturi bukan.. tahu apa kegunaan kasturi kepada tubuh badan kita??

Ehsan Google.


Rasulullah S.A.W bersabda:

Bermaksud,"sebaik-baik wangian ialah minyak kasturi."

TAHUKAH ANDA:

Kasturi asal berasal daripada kalenjar sejenis rusa yang hidup di kawasan terpencil. Rusa kasturi tidak bertanduk tetapi rusa jantannya mempunyai taring yang panjang dan melengkung di mulut. Aktif pada waktu malam dan menggunakan baunya untuk menandakan wilayahnya. Wangian kasturi baik dicium kerana menguatkan dan menyedapkan hati dan akal. Sifat kasturi ni pula panass.

                  
Ehsan google.

Khasiat Kasturi dari sudut PERUBATAN;

"Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan dan ahli perubatan islam antaranya Imam Ibn Qayyim al-Jauzi, mendapati kasturi mempunyai banyak khasiat. Paling ketara adalah kesihatan rohani. Haruman pula merupakan santapan rohani, manakala kasturi adalah sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman."

Seperti mana syaitan makanannya asap dan tulang-belulang.. roh kita juga perlukan makanan. Oleh itu, janganlah seksa roh kita semua dengan bau bauan yang menusuk hidung dan busuk. 

KHASIAT LAIN KASTURI:
  1. Menguatkan, menenangkan dan meriangkan jiwa (hati).
  2. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak.
  3. Menghilangkan ketakutan dan kebimbangann.
  4. Menghilangkan debaran jantung.
  5. Menghilangkan sesak nafas dan lelah.
  6. Menyedarkan orang pengsan.
  7. Memperkuatkan organ dalaman.
  8. Menghilangkan gementar.
  9. Menghilangkan kesejukan.
  10. Membuang angin berlebihan di dalam badan.
  11. Menawarkan racun haiwan.
  12. menjernihkan mata putih.
  13. Melanjutkan juga usia.
Amacam... banyak kan khasiat kasturi. Sesiapa yang gementar untuk menghadiri temuduga, perbentangan atau sebagainya. Ah.. ni lah antara ikhtiar yang menarik untuk di cuba. Mandi dan manjakan diri anda di pagi hari dengan air kasturi mungkin. hehe. Mana tahu berhasil. Saya sukakan kasturi untuk membersihkan rambut, tak sangka khasiatnya lebih dari sekadar mengurangkan kelumumur macam mana eja kelumumur ni.. aishk.

Semua ni bukan saya reka sendiri tapi dari pembacaan saya dari buku "Rahsia Minda Hebat". Nanti, kalau ada lagi yang menarik saya akan kongsikan lagi. =)

Menurut Imam Syafi'i r.h:

"Antara perkara yang dapat menguatkan tubuh badan adalah dengan mencium bauan yang harum"

Allahualam.

Sekian~


9 comments:

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang