RODONGANS~

Saturday, September 08, 2012

Saturday, September 08, 2012

KHASIAT HALIA.

Assalamualaikum.

ehsan google.

Hye Monim!!

Hari ni ade plan nak pegi PC Fair Ipoh, ngee~. So hari ni post siap-siap entry ni. Semalam saya share pasal Khasiat Zakfaran. Hari ni sepupu kepada kunyit pula, HALIA

Seperti mana Kunyit, Halia pun tak kurang hebat khasiatnya. Selain menjadi rencah utama dalam kebanyakan masakan melayu, halia juga popular sebagai produk pembuang angin. Seperti ENO HALIA malah gula-gula HAcks pun ada perisa Halia. 

Terdapat pelbagai jenis halia. Ada yang bewarna merah dan ada yang bewarna kuning. Sebaik-baik halia adalah bewarna merah (halia bara). Dalam Al-Quran pun Allah SWT ada menyebut tentang minuman halia kepada penghuni syurga.

"Mereka (orang yang bertakwa di dalam syurga) diberi minum segelas air yang bercampur dengan halia."
(surah Al-Insan 76:17)

Even Nabi SAW pun suka makan halia. Dalam sebuah hadis bersumberkan daripada Abu Said al-Khudri menyebut bahawa:

"bermaksud: Raja Rom pernah menhadiahkan satu takar kecil halia kepada Rasullullah SAW, lalu baginda memakannya dan diberikan juga kepada sahabat yang ada bersamanya."


Banyak Khasiat Halia sebenarnya, antaranya:
  1. menyegarkan dan menguatkan urat saraf.
  2. Kepanasannya boleh menghancurkan dan menghilangkan kahak. boleh makan gula-gula Hacks.
  3. melancarkan peredaran darah
  4.  menguatkan ingatan seperti kunyit.


Oleh itu, saya kongsi satu lagi resepi mudah TEH HALIA:
  1. 4 cawan air, 2 inci halia, teh, madu atau lemon diperlukan untuk membuat air ini.
  2. air dididihkan kemudian halia yang dihiris halus dimasukkan.
  3. tutup dan reneh selama 15-20minit.
  4. tapis air teh yang direndam ke dalam air tersebut dan tambah madu atau lemon sebagai perisa.


macam mana? mudah bukan.. selain dibuat air, halia boleh dijadikan sebagai halwa bagi yang sanggup makannya mentah-mentah, dimasukkan ke dalam masakan seperti kebiasaan mak-mak kita, direbus dan diminum terus atau dicampur dengan gula atau susu. ikut selera masing-masing.

TAPI jangan diminum sejuk, elok diminum suam.. 

Macam mana? kaedah mana menjadi pillihan anda.?? hehe.. saya? saya pilih untuk dimasukkan ke dalam masakan ibu ibu.. kehkeh. Tapi, InsyaAllah.. saya pun nak cuba jugak.. biar hilang lemak dan angin dibadan. =)

Sekian~

5 comments:

  1. kite tau halia bnyk khasiat
    tp plg xsuke rase halia
    hehehe

    ReplyDelete
  2. tension bila halia yg dipotong kecik-kecik rupanye mcm daging ayam.. skali kunyah.. perghhhhh.. terus buruk muka mase tu sbb ingatkan daging ayam.. hahahaha

    ReplyDelete
  3. Gud info maria..thanx for sharing

    ReplyDelete
  4. kan.. sebab dia berangin.. bila makan macam pedas.. :)

    thanks for coming too.

    ReplyDelete
  5. Bru pas minum air halia . Fuh. Lega.

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang