RODONGANS~

Wednesday, May 29, 2013

Wednesday, May 29, 2013

Bila Perut Berbunyi.

Assalamualaikum.

Bila perut lapar, macam-macam boleh kite fikir kan... nak marah pun ada dan kadang-kadang nak marah pun tak larat. Mood ke laut... Lepas tu macam-macam nak makan. Benda yang masa kenyang kita rasa tak sedap terus nampak sedap kan.. 

Ye. Sekarang saya lapar.. bila nampak biskut yang saya tak berkenan masa kenyang terus saya rasa meronta nak makan. ishk. sedap pulak den tengok. haha..

Tetiba teringat satu hari yang hening.... saya dan cik yana ke mid valley.

Kali pertama diriku ini menjejakkan ke satu restoran yang tidak ku ketahui isi dalamnya.. Terletak di  mid valley walaupun acap kali ke sana. eh acapkali dekat ke jauh? ke patut tulis acap kali atau acap-kali? haha.... failed. Stop membebel budget excellent BM. Oh Bahasaku! Betul, itu first time saya ke sana. ke sana maksud saya bukan mid valley tapi kedai makan tu.. mid valley tu mau berpuluh ratus kali i pegi. playgrounds. haha. okeh tu tipu.. 

before sampai cik Yana dah warning.. "taugeh dia banyak tau". Saya pulak dah terbayang... "kedai tu vegetarian agaknye?" haha.. tapi tak pulak tanya yana betul ke tak. Saya terbayang satu pinggan penuh dengan taugeh je. Gulps. Saya suka makan taugeh cuma.... kalau cuma taugeh. "lapa beb!". 

Bila dah sampai. hok oloh.... ade lah daging... daging ayam, ikan, lembu.. haha.

pinjam orang punya. Ni ayam... Kalau tengok saya punya pic mesti terkejut. tak nampak nasi dan daging tapi tak tangkap pic pulak masa tu. Bianae. =P

Chop sepinggan Beef set. Masak depan mata, bila dapat tu dapat nasi dan daging dulu. Sedap woo... menangis. bila terkenang tu menangis. haha... nampak sangat sekarang tengah kebuluq kan... hehe.. Tengah makan tu, dia letak taugeh. MAK KAu.! tutop semua nasi dan daging.... banyak gila taugeh. Ye, saya sukakan taugeh tapi tak sampai level tu. haha..

Apapun, sedap! thanks to yana... dia tak belanja i okeh.. ehem.. tapi perkenalkan i. hehehe..... Waaa.. nak makan tepayakki pulak rasanya! lapo. dush-dush.

Sekian~

Tuesday, May 28, 2013

Tuesday, May 28, 2013

Bila Nak Gaji.

Assalamualaikum.

Saya tak ada apa nak hupdate... cuma... bila la gaji nak masok ni. Ujung bulan dah dan wang tabungan hampir kemarau. Sobs.

Tak tau nak buat apa... Jadi, tengah rehat sambil tengok movie dannn..... makan bekal. Menu?

NASI PUTIH + TELUR MATA= EKONOMI MERUNDUM.

Sedap jugak. Lapor kan..

ngehngeh~~

Sekian~

Wednesday, May 22, 2013

Wednesday, May 22, 2013

Kawan seKampung Kahwin (3K)

Assalamualaikum.

Dalam era globalisasi ini.... 

okay. terikut-ikut perenggan pendahuluan bahasa Melayu dah ha... Sebut pasal kawan kawen, dalam kampung saya ada 5 orang yang lahir tahun 88 dan merupakan teman permainan dari kecil lagi. Ehem.. dan rasminya, 2 orang dah bertunam, sorang bakal bertunam, sorang masih single tapi unknown status availability dia dan seorang yang dah berkahwin.

Today tak mau cite pasal yang lain. Tak mo. tak mo. Nak cerita pasal yang dah kahwin. hehehe.. Majlisnya berlangsung 10 hari lepas bersamaan 12 MEI 2013. Alhamdulillah, percintaan di zaman sekolah berakhir di jinjang pelamiin. hep hep horay.

Okay. 10 hari lepas. saya tau majlis dah lama berlalu baru nak hupdate.. lantak pi lah, ikot keRAJINan okes. =P

Tahniah Aby dan Tahniah Wan. Sebenarnya, wan pon kawan saya.. kawan satu sekolah. hehe. Jadi dua-dua saya kenal... Tahniah buat mereka. Lepas ni ada sorang kawan kami nak bertunam.. After that, officially..... 4 taken. ngehngeh. I atau E atau nama betulnya Izzat bila la nak bagi hint ya. 

Kami dulu kawan-kawan dari zaman mengaji lagi, sedari usiaku 5 tahun. ewah. Maen getah sama-sama, tuju selipar sama-sama, main galah panjang@tayang sama-sama... maen getah dalam surau pon pernah okay. hehe.

Tapi masa yang berlalu cuma boleh dikenang tidak untuk diulang.... keakraban pun merundum. apapun.. terima kasih cinta.. eh? terima kaseh kawan.... =)

Tahniah buat yang sudah bertemu dan disatukan dengan IjabQabul.. okeh, kompem-kompem Aby sorang je la. haha. Congrats! se chuka..apanakda. hahaha... tak tau eh dalam bahasa korea cakap apa, nak gugel malas. 


"maapkan koi aby, tangkap gambo gune hp jadi gambo aok semacam sikit le.. haha.. naseb bek gambo wan molek ye."

Sekian~


Wawa zainal seiras saya.

Assalamualaikum.

Okay.. okay.. saya tahu... tajuk tu boleh tahan kelakar dan tak boleh blah. hehehe.

Kenapa timbul isu ni?

Dalam kelas, macam biasa... students tak ada idea nak menyakat dan ketua SAKAT tak datang. Jadi, anak-anak buah nye cuba nasib menyakat. hehe.

saya muka siyes. ehem.

"cikgu-cikgu... muka cikgu macam emma maembong la..."

hahaha. ade ke? emma maembong..?? what the fish in the pond. haha. cik emma tu punye putih melepak macam kacok gitu kan.

"mana ade.. tak langsung..." kata saya rendah diri. ehem.

"eh,, bukan bukan muka cikgu macam nii.. ala.. sape tu... WAWA ZAINAL."

eh? HAHAHA. okey. respond saya tuk ayat tu laju.

"Hah.. lagi la tak.... tak langsung..!"

dalam hati terdetik jugak, budak ni kero ke mate dia.... wawa zainal tu lawa kot. haha.

ada lah yang menyokong sikit.. 10% sokongan.. "adelah sikit cikgu, tang mata.."

ades. macam-macam.... hari tu kata macam neelofa... 2 kelas serentak. Malu den, kalau betol tak pe pulak. haha.. masalahnya tak betol. Tapi saya biarkan aje.. biasalah budak-budak. Degil-degil budak-budak ni, macam adik-adik saya je lah.. layankan aje. hehe.

hehe. Bila masok bilik guru.. saya trylah comparekan gambar.. satu je gambar yang boleh compare kan. Kelakar pon ada.. semangat cari satu.. tu pon yang pakai selendang.. yang lain memang tak senonoh je muka saya.. haha... dan Hasilnya??

Tak nak besorkan gambor ni... malu i.

Kelakar kan. Ni gambar terbaik tuk compare kan.. tu pon jauh beza.. ade sesetengah benda malu pulak bila orang bandingkan. haha. ades. Mengarut. ni namanya cik Mai tak ada keje lain perlu buat. ngehngeh.

sekurang-kurangnya, students ni cuba ambik hati saya. Bodek ea.... "tak ada extra mark pon tau...". kehkeh.

Sekian~

Friday, May 17, 2013

Friday, May 17, 2013

SISTEM.

Assalamualaikum.

Saya baru niat nak BW.. bila dah klik someone yang follow saya baru-baru ni.. Saya klik FOLLOW. Tapi yang keluar macam gambar bawah ini.


Huwaaaaa..

Sebenarnya dari minggu lepas lagi. Saya fikir masa tu, "okey, line selow ni.." Then, saya tutop. Tak jadi lah kan... tiba-tiba pagi ni try lagi sekali. eh? tak kan selow lagi internet ni. Kacau daun la...... orang nak memollow orang ni. adoi.. 

TAK pe maria! jangan putus asa, sat lagi cuba try test lagi sekali. Tengah semangat nak follow blog orang ni.. sebab kalau tak follow tak ada link blog kat profile. sobs.

Sesiapa yang perasan kat profile blogger@ G+ tu tak ada link... tolonglaa letak. Otherwise, orang tak jadi nak buka blog awak. ngee~

Sekian~

Thursday, May 16, 2013

Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU.

Assalamualaikum.

Hari ini: 16 MEI 2013.

Merupakan hari guru iaitu sebagai satu hari penghargaan atas jasa dan pengorbanan seorang guru. Seorang guru yang berpenat lelah mendidik anak-anak muridnya, yang bersusah payah mengejar dan menggesa anak-anak muridnya supaya dapat membantu mereka membuat latihan dan kerja rumah.

ehem.

Okey. atas tu ayat skema melayu karangan tak berapa nak lepas.

Hari ni hari guuruuu weh.. yeay...

"Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua guru-guru saya yang pernah mendidik saya daripada saya darjah satu sehinggalah sekarang. Maafkan salah silap saya, halalkan ilmu yang diberikan..."

Saya tahu, sebab saya sekarang duduk semeja dalam kalangan guru-guru.. mereka tak mengharapkan hadiah, cukup sekadar tanda ingatan..

Terima kasih. Cikgu! =)

Dalam frame tu Kak Ati, cikgu yang saya ganti.. hari-hari saya betulkan frame itu sebab saya hormati Kak Ati sebagai guru yang saya ganti. Kalau bukan kerana Kak Ati, mungkin saya cuma goyang kaki, kembongkan pipi di rumah =)

Okey. Hari ni saya pon dapat sebijik hadiah.... eh, dua la.. Awal-awal pagi Cikgu Syamsul agihkan cupcake yang sedap dan lazat ini. Dan tiba-tiba student datang, hadiah daripada sekolah katanya.. buat semua cikgu. Malu i masa nak ambil tu, den kan baru nak masuk 3 minggu mengajar. Cikgu sementara pulak tu. Segan-segan nak ambil hadiah but akak depan meja saya kata.. "tak apalah, cikgu jugak kan.."

Ngee~

Masa solat zohor saya suka pergi dalam 2.30 ke atas sebab biasanya masa tu students dah tak ada. Maklumla, tirai surau dicabut sebab kata mereka, students perempuan asrama suka buat bising. Jadi, warden cabut. tAPi tadi, saya sampai.... berderet kasut. gulps. 

Masuk-masuk...

Eh, ramai jugak.. students lelaki di depan dan perempuan di belakang. Kebetulan, students saya. Bising diaorang.. dok panggil.. "cikgu mai.. cikgu mai.." siap nak nyanyi. aiseh.. saya angkat jari telunjuk ke mulut.. surau kan.. ade ke nyanyi-nyanyi. hehe.. 

Masa ambil wudu', kasut saya di luar pintu bilik wudu' dan kebetulan ada budak lalu dan saya dengar seorang student cakap.. "eh, kasut cikgu Mai.." haha... kasot den pon depa tau ka. malu den, kasot tak comel.

Apapun.... saya senyum lebor sampai ke pipi. Walaupun cuma sementara dan masih baru... saya tetap happy. Saya mereka ingati. ewah... sobs. terharu den.

Last but not least. Selamat hari guru!! hari-hari adalah hari guru, dan hari-hari adalah hari ibu.... cuma ditetapkan satu hari sebagai penghargaan buat mereka. Terima kasih mak! terima kasih cikgu! menjadikan saya seperti hari ini sedangkan saya ni degil ya Rabbi.  =)

Sekian~

Wednesday, May 15, 2013

Wednesday, May 15, 2013

BUNUH DIRI.

Assalamualaikum.

Seram sejuk sebenarnya nak cakap pasal topik ni. Tapi topik ni penting... ustazah pernah kata dulu.. orang yang tidak cium bau syurga adalah orang yang membunuh diri. Baru-baru ni ada dengar berita orang bunuh diri di kawasan kami, bukan di kawasan kampung kami tapi masih dalam daerah sama. Terimbau kenangan masa ukm dulu, budak di blok sebelah terjun bangunan. macam-macam spekulasi timbul sebab musabab kejadian... Haru-biru kolej kediaman kami masa itu. Dan yang terbaru ini, saya tau dari akak.. berlaku di kawasan tempat dia kerja. Menggantung diri di asrama. Kesian arwah..... meninggal kerana bunuh diri. Mengikut cerita kerana tertekan. Yela, arwah bukan pekerja yang bermasalah.

Apapun, jom renungkan dan kita ambil iktibar.

INFO:

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.


Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.”(HR al-Bukhari dan Muslim)


Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:

مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:

‏كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا ‏ ‏ رَقَأَ ‏ ‏ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ‏ ‏بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)


Hukum Orang Bunuh Diri

Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.

Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.


Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:

‏أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)


Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:

“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”

Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.

Wallahu a’lam.

INFO: LINK.

Sekian~


Tuesday, May 14, 2013

Tuesday, May 14, 2013

WeChat.

Assalamualaikum.


Bila sebut pasal WeChat, cuma satu dalam otak saya. Lisa Surihani. hehehehehe. Iklan Lisa dengan Sam tu buat saya rasa nak tahu.. "eh, wechat tu macam best je..."

Haha. Bila orang duk pakai-pakai. Kita tak lagi. Yela, handfun tak mahal. hehe.

Tadi bukak wifi kat handfun, disebabkan wifi dia boleh tahan laju. Saya try buka market place. Almaklumla, i bukan pakai android yang femes tu. Pakai windows je. Explore punya explore.. eh, ada WeChat. umm. try lah download.

Disebabkan kena jadi JAGA. Saya dah abaikan pon pasal tu. Tiba-tiba, saya cek tefun.. eh, wechat dah siap download. Try buka.

Oh la la. Best la weh. hahahaha. tambah-tambah chat dengan kawan baik kaki bebel. Hah! Berasap tefun i. Sampai tak pernah-pernah bateri kong. Kong si Kong si Kong si ni jawabnya. Haha. 

Teruk. teruk. WeChat ni bahaya jugak. Ralit. Tapi best sebab free. msg free... humm. free dengan orang yang ada wechat je la.

Bila cerita pada incik tunam.. dia kata. kawan-kawan dia semua pakai, tapi dia tak mahu sebab kawan-kawan yang pakai semua terpesong, pasang dua tiga. Dia tak nak macam tu..

gulps.

Sebenarnya, apa yang dia sampai kan macam ni.. "mai janganlah pakai.. nanti orang lain ngorat dan mai lari macam manaa.." itu-------> isi TERSIRAT.

haha. Tapi.

Lepas tu dia kata, tak pelah.. pakai lah, dia percayakan saya. haa.. tau pon. Saya ber-wechat ni pon bila jumpa wifi. Kalau dop, sorry, bianae... tak da lah jawabnya. Dan hari ni adalah kali pertama guna, entah-entah tak buka dah lain kali. Contohnya, Instagram. haremm... tak bukak dah sampai sekarang. sharing pic satu je. haha. Pathetic. 

Pada siapa yang pakai wechat. Happy WeChat ye. =) Jangan gunakan ke arah kemungkaran. ngeh ngeh.

Jom balik.

Sekian~

PENGILAT AJAIB.

Assalamualaikum.

Update terbaru. hihi.

Saya baru je nak melangkah masuk office lepas habis jadi JAGA tadi, saya terserempak dengan seorang uncle, pada pandangan mata kasar saya, Uncle ni cina muslim. Tapi reason why dia keluar daripada ofis, i dunno. hehe.

Saya pulak ternampak kat lantai meja saya, penuh dengan rumput.. hasil kutipan saya sebab lalu dekat orang mesin rumput pagi tadi. Saya pon lekas pegi ambil penyapu dan penyodok. semangat.

Eden tengah syok menyapu sambil feeling-feeling cinderella, tiba-tiba dengar ada orang sebut-sebut...

"mana cikgu tadi yang baru masuk tadi.. saya nampak kasut dia tak berkilat..."

gulps. "aku ke?"

hahaha. betol rupanya, mentang-mentang i pakai kasot bertutop yang dah malap warnanya. uncle tu panggil saya, ada ke lepas tu.. dia suruh tanggal kasot.. dah la tangan saya tengah pegang penyodok belah kiri, penyapu belah tangan. Sebijik KARTUN CINDERELLA la weehhh. 

Tanggallah kasot belah kanan saya. Malu betol. kot kot busuk. ishk.. malu. Uncle tu lap berkali-kali lap, sembur berkali-kali sembur. Punya nak buat contoh, nak bagi orang beli pencuci dia. hehe.

Bila dia bagi semula, feeling datang balik. HAHA. kan best kalo uncle tu prince charming. weeee. *pitam*

Seorang cikgu cakap, "kang mula pakai sebelah je kasot berkilat..."

eh eh.. haah la.. kang satu je... ehem. tak kan nak suruh kilatkan satu lagi pulak. demand woo. hehehehehe... dalam hati nak jugak suruh kilatkan dua-dua.

itulah dia, i tak beli pon. i tak ada gaji lagi. sobs. sobs. kalau dah ada gaji pun, kerja sementara ni berapa lah sangat gajinya. Baik i simpan tuk masa depan. hehe.. ber'i' 'i' pulak i ni. hehe.

Korang pernah pakai pengilat ajaib? hehe.. nama je ajaib sebab semua benda boleh dikilatkan bila pakai, semua calar boleh hilang.. tapi..... yeke? ngeh ngeh. i dunno.

Sekian~

Monday, May 13, 2013

Monday, May 13, 2013

Online.

Assalamualaikum.

Bila sebut pasal online. Sejak duduk rumah mesti ramai yang tahu saya susah betul nak online. kenapa? saya pon tak pasti saya ada sebut sebab solidnya kenapa saya jarang online. Bagi yang nak tahu..

Antara sebabnya:

1. Power broadband kat rumah kurang menyerlah.... sobs.
2. Sebab bila online cuma ada dua tempat je yang ada signal... iaitu dalam bilik depan dan depan pintu. what the heyy... source plug pon tak ada depan pintu.. macam mana nak online lelama.
3. Keadaan kurang selesa tuk online. Bayangkan online dalam bilik.. duk baring lah 24 jam. Kalau jadi amalan online ni, boleh gemok den. sambil online nguyah cekedis... oh, tidak. silap ai bulan bersemut katil den.

Jadi, saya lebih suka tengok tv daripada online.

Bila saya masuk keje ni.. Saya masih malu-malu... nak bawak laptop pon takot, takot harem bawak laptop. hehehehe. Bila nampak akak-akak bawak.. okeh, esoknya saya try bawak. Jahat. Saya pilih hari jugak bawa laptop ni.. Bila kelas tak banyak atau kelas batal je atau musim exam, baru saya bawak. eleh, macam lama je dah keje. haha. Yela karang bawa-bawa tapi tak buka... ishk, buang karan je bawak. berat kot.

Then, Saya online lah guna broadband. gilos selos... ehem. selow...... hehe.

Satu hari, akak depan meja saya nampak saya pakai broadband. and dia tegur.. kenapa tak guna wifi? err.. oh.. ade wifi ke? hahahaha.. okey, pencawang wifi tu tepi meja saya je. ces. eh? pencawang ke namanya.. suke suki je bagi nama kan... =P

Next weeknya iaitu HARI INI, saya guna wifi tapi test kat hp dulu. Mak aih. laju... gilos laju. Kalau kat kedai nak download satu apps pon payah, semput. Sini, berapa saat je. fuyoo.. tapi satu je la. boleh online bila rasa ada masa je la. Bila tak.... jangan lah. kang gaji bute pulak. sobs. walaupun sementara, tak mau la gaji buta. sobs.

Okey. Kesimpulannya.. ehem.. esok nak try download running man semula. hoh yeah. 135 tak ada lagiii.. sekarang dah sampai berapa weh? sobs.. 136 best jugak yang tu saya dah tengok. hehe.

Okey. Sekarang boleh la BW hari-hari.. tuk satu minggu ni je la.. free. ngee~~~

Sekian~


Thursday, May 09, 2013

Thursday, May 09, 2013

Pengalaman (PEKELILING).

Assalamualaikum.

Sebut pasal pengalaman, macam-macam pengalaman ada dalam dunia ni kan.. pelbagai bentuk, pelbagai cara. 

Huwaaaa. noktah.

Okeh. Pembuka selera saya macam kurang enak. Sebenarnya tidak. Don't judge the entry by it's ..er.. er.. it is whateverlah. huwaa... Again.

Sebenarnya saya cuti baru-baru ni. Baru-baru maknanya baru ea.. tapi bukan semalam.. hehe. macam la orang tak tahu kan. Sebenarnya Hari Hol pahang ye. Harap maklum. Jangan tanya hari hol tu apa... sebab saya tak tahu. haha. T_T

Saya naik KL, kebetulan ada kerja di KL tapi bukan kerja dapat duit ea.. Kerja nak mendapatkan duit secara tetap.. eh? boleh ke macam tu.? lebih kurang la. Naik tuk tu semata-mata, jadi saya decide tak mau la terus balik. Fenat tau, dah la semalamnya saya tumpang akak naik putrajaya, sampai rumah pukul 1 pagi sebab jalan jam. Bayangkan, esoknya pukul 7.10 pagi dah tunggu incik driver Nadi Putra.. penumpang tegar bas itulah katakan.

Habis setel semua dalam tengah hari, apa lagi ajaklah cik Yana jalan-jalan sebab macam tak best je terus balik.. Nak tengok wayang tak ada cerita best. Alih-alih, pegi DAISO. Macam tak ada tempat lain kan.. ngeeeeeeee~

Jalan-jalan, makan aiskrim.. bila dah 5 lebih-lebih tu. "moh le kite balik wey."

Saya naik LRT ke pekeliling. Nak tau, bila sampai Plaza Rakyat tu, hujan! lebat-selebat-lebatnya.! gulps. Macam mana nak jalan beli tiket niiii.. Doa-doalah stesen titiwangsa tak hujan. Huh, tak ada maknanya, nama pun tempat tu dekat-dekat... huwa.... Sampai-sampai dah pukul 6.20.. target tiket pukul 7 supaya elok-elok ateh balik keje, i sampai.

Tapi tak dapat. huwaaa... tiket habis. baju basah, angin kuat, pakai baju kurung, kasut tutop. Sobs. Nasib baik ada tiket pukul 8. Saya terus tukar selipar jepun, naseb baik ada bekal. Biarla orang nak kata apa, pakai baju kurung tapi selipar jepon. haha. do i care.? Naa.

Guruh berdentum, kilat menyabung, angin melibas-libas.... huwaaa.. masa ni saya terasa nak buat aduan/permintaan pada incik PM.

"Saya mahukan terminal bas baru untuk pekeliling seperti Terminal Bersepadu Selatan dan Terminal Pudu. SAYA MAHUKAN TERMINAL PEKELILING yang baruuuuuu... beratap penuh, ada gerai makanan yang sah, ada surau yang selesa dan tandas yang boleh flush.."

Baru lepas PRU-13 kan.. PM pulak orang pahang. ehem. please. perbaharui lah terminal bas kami yang  telah berabad digunakan ini. Lagipun, tiket bas kami tak dijual di terminal bas lain di KL ni, jadi memang tumpuan kami cuma di situ. So, pleasee.. Sobs. Rasa sejak zaman abah lagi kot ada. ngeh ngeh. Rasanya lah~~

Okey. Pengalaman nak cerita pasal hujan ribut tu je. Dah la sorang-sorang. home alone, lone ranger je rasa..  Siapa pernah pegi sana? Siapa yang dah biasa rasa okay je tempat tu, bagi yang tak biasa mesti rasa scary. hehe. BTW, Bosan punya pasal, habis orang kiri kanan saya tegur. Nasib la. hehehehe.... maapkan saya.

Dah.

Sekian~

Wednesday, May 01, 2013

Wednesday, May 01, 2013

Kerja itu adalah dot dot dot.

Assalamualaikum.

Tertanya-tanyakah anda apabila membaca entri saya INI. hehehehehe. *budget*

Saya dulu masa sekolah, saya suka cikgu-cikgu saya. Ramai betul cikgu favorite saya... Jadi, disebabkan saya mudah terpengaruh.. saya tanamkan dalam diri, satu hari nanti nak jadi macam cikgu ini, itu, nun, sinun, sinan.. ramailah. Semua saya suka, tambah-tambah yang baik dengan saya. Mudah didekati, disenangi. 

Lepas habis matrik, saya ambil exam Medsi. Tapi tak dipanggil interview. MAsa tu angan-angan nak jadi Cikgu kimia macam Cikgu Zai.... cikgu kimia SPM, macam miss zahra.... pensyarah semester 2 masa di matrik. kecewa.

Kemudian, revolusi berlaku....

Masa belajar di UKM, saya sangat sukakan pensyarah saya. Dr tu saya suka, Dr ni saya suka, Prof tu saya suka, Prof ni saya suka... Masa tu saya pasang cita-cita, kalau saya nak jadi pensyarah... saya nak jadi yang terbaik macam mereka.

Selepas saya sambung belajar....

Fikiran saya sedikit berubah.. sudah pandai buat perbandingan... saya hold dulu cita-cita untuk jadi pensyarah.. Penyebabnya, biar saya simpan dalam poket. Biarlah rahsia.

Tapi, impian saya untuk jadi guru tak pernah padam.. sebab tiada anggapan negatif yang mempengaruhi fikiran dan impian saya. Walau saya tau, kursus saya tiada dalam bidang pendidikan sekolah. 

Akhirnya,

Impian jadi kenyataan.

Alhamdulillah.

Saya jadi cikgu ganti di sebuah sekolah berhampiran rumah saya. Thanks to my bff, Gmah sebab membuka peluang saya untuk kerja di sana. 

Ajar apa?

Bahasa Melayu.

Nampak senang tapi susah. Awak tahu, saya ni produk 50-50.. apa tu? Dr Zaiton pernah cakap... kami produk rojak.. ada subjek belajar dalam bahasa inggeris dan ada melayu. Hasilnya, campuran. 

Jadi, bila berada di tempat itu, saya tabik spring cikgu BM saya dulu. Cikgu Azidan....... sebab saya tahu bukan mudah. 7 tahun saya tinggalkan sekolah menengah. Result memang bagus tapi bila dah lama ditinggalkan otak pun.. krik. krik...

Apapun, saya suka jadi cikgu. Jadi, penim lalat, susah senang.. saya ikhlas je buat kerja.. Biarpun sebelum kelas macam-macam buku saya baca.. setiap masa doa.. moga apa yang saya ajar tak tersasar. Rosak budak-budak nanti. Berat tau tugas cikgu. huwaa.. baru saya tahu. sebab tu Saya sukakan cikgu saya dulu. Kalau jumpa tengah jalan saya tak tegur bukan sebab saya sombong tapi saya malu. Ehem. saya kan pemalu orangnya. kehkeh.

Saya nasib baik sebilik dengan cikgu-cikgu yang tak kedekut ilmu. Awal-awal macam tersasul jugak panggil semua cikgu, hehe.. lupa pulak saya pun cikgu sementara.. tukar balik panggil akak. Dan dengan students dah biasa gelar diri akak, tersasul-sasul nak gelar diri sendiri cikgu. heh heh.

Jadi,

Terungkai sudah kerja apa kan. Saya jadi cikgu 2 bulan sahaja. InshaAllah, kalau tak ada aral melintang. Dari duduk rumah saje-saje. Baik keje. cari pengalaman. i tak boleh tau duk rumah saje-saje..... hati i tak senang.. ooh la la.. ber"i" i pulak i nie. ngee~

Dan hari ini cuti hari buruh! YEAY... haha. bak kata yana, "Amboi, keje tak sampai seminggu, dah happy gila2 dpt cuti buruh."

hahahahaha. Eden tak pedulik. Sape tak happy dapat cuti, cuma cuti tanpa gaji. sobs. cikgu ganti kan.... ngehngeh. Dah. dah. nak pergi buat kerja sambil tengok BROKEN VOW. cikgu pon ade homeworks tau. =P

Later,

Sekian~


 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang