RODONGANS~

Sunday, October 18, 2015

Sunday, October 18, 2015

Hometuition dan Kelebihannya...~

Assalamualaikum

Ibu bapa yang prihatin mahukan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak. Dan sudah tentu sesuatu yang yang terbaik bukan merujuk pada sesuatu yang mahal. Ikut keadaan. Ikut juga kemampuan.

Bila sebut pasal hometuition, apa yang kita tahu?

Image result for Hometuition

Basically, hometuition datang daripada dua perkataan gabungan iaitu HOME dan TUITION. Oleh itu membawa makna tuisyen rumah atau lebih mudah difahami Tuisyen di rumah.

  + 

Untuk pemahaman, rumah/home plus Teacher/tutor.

Tuisyen di rumah ada pro dan kontra nya.

Kita sebut Kontra nya dahulu.

1. Orang yang tidak dikenali asal usul akan datang ke rumah mengajar.
2. Kita kena bersiap-siap untuk menerima kedatangan mereka tambahan kepada mereka yang berlainan jantina dengan kita.

lagi? mungkin ada tapi tak banyak. Macam mana nak selesaikan masalah ini. Mudah! Kita pilih tutor daripada saluran yang betul. Kita cari daripada akademi atau syarikat yang baik, bagus reputasi dan dipercayai. InshaAllah. Keselamatan terjamin, penyelewengan berkurangan.

Pro pula apa?

1. Mudahnya jadi ibu dan bapa... tidak perlu curi masa untuk hantar dan jemput mereka ke pusat tuisyen.
2. Jimatkan minyak kereta untuk keluar ke sana sini dan bagi kawasan yang perlu melalui tol. Jimat!!
3. Kita mempunyai lebih peluang untuk menilai tutor yang datang, jika dipercayai kita boleh tinggalkan mereka di rumah sambil kita keluar membeli belah. ehem.
4. Jika terdapat sebarang kemusykilan dan perbincangan, boleh terus berbincang dengan tutor terutama masalah melibatkan pelajaran.

5,6,7,8... banyak lagi.

Apa perlu kita sedia kan?
1. Satu ruang dan masa yang sesuai.
2. Anak-anak tidak diganggu dengan television dan smart phone.
3. Paling penting.. jauhkan adik-adik kecil daripada mengganggu.

Puan-puan, tuan-tuan tidak tahu dimana nak dapatkan hometutor yang boleh dipercayai. Ibu ibu Ayah ayah boleh layari:

www.infitahhometuition.com atau www.mengajialquran.com

mengaji? mengaji pun boleh di rumah? Ya... Ustaz atau ustazah akan datang ke rumah mengajar kita. Dah dewasa, dah tua... tapi tidak lancar bacaannya. Nak ke kelas.. malu. Ada caranya.... boleh lawat laman web www.mengajialquran.com 

Jika anda di Melaka, saya boleh share no telefon Branch Manager: 019-3701779


Sebarang pertanyaan dan permintaan kelas tuition atau mengaji al-Quran, boleh terus menghubungi no itu ya.

InshaAllah, mereka cuba membantu.

Terima Kasih. :)





3 comments:

  1. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    ReplyDelete
  2. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang