Assalamualaikum.
Kita sekarang hidup dalam keadaan ekonomi tak menentu dan banyak persaingan. So, ramai yang struggle nak teruskan hidup selesa dan ramai juga yang hidup dia tak terkesan. Itu, bergantung pada rezeki masing-masingkan.
Okay, apa beza kerja di pejabat dengan kita buat income dengan kerja di rumah?
Based on experience la..
Saya pernah kerja waktu office hours (mula awal dari office biasa dan balik lambat daripada mereka) dan now working home based. Banyak beza... pro dan kontras dia lebih kurang je.
Office Hours:
1. Ikut time.. masa tu masuk, sebelum masa tu tak boleh keluar.
2. Tak boleh balik suka hati masa kerja (nak keluar kena buat pas bagai)
3. Ada bos pantau kerja.
4. Ada daily routine...contoh:hari ni satu lubang naik,so kena logging cepat supaya sampler boleh sampling cepat. Kalau buat lambat, esok akan bertindih lubang baru... especially kalau drilling hole pendek.
5. Anak kena hantar pengasuh.
6. Malam penat, makan luar.
7. Ada KWSP dan ada yang ada Pencen.
Home Based:
1. Working hours fleksible. kadang-kadang tengah nak baring tidur pun buat kerja, tengah suap nasi anak pun buat kerja, tengah masak pun buat kerja
2 .Makan di rumah
3. No pass card, thumb print bagai
4. Tiada bos pantau
5. Anak jaga sendiri
6. Ada daily routine juga cuma tak ada checkup atau berkaitan dengan pekerja lain.
7. Tiada KWSP atau pencen.
tu contohlah situasi kerja office dan kerja di rumah. Tapi dua dua ada KONTRAS dia..
KERJA OFFICE ni kita banyak lagi load kerja, Hari-hari menghadap job, sebab job tu ada dateline.. meeting kadang-kadang hari hari, kadang-kadang..2-3 kali sehari. Balik lambat, so anak dengan pengasuh. Kadang-kadang tersasul umi sedangkan kita mama...umi pengasuhnya. haha.... Tapi bulan bulan ada potongan kwsp kalau swasta, ada yang dapat pencen. Bila habis waktu kerja... kerja tinggal di office. Malam tu memang masa dengan keluarga. fokus.
KERJA HOME BASED ni memang seronok. duduk di rumah. cuma bila bekerja di rumah kita tiada limit hours. so,kadang-kadang tengah main dengan anak kena hadap kerja. So, sampai kadang-kadang suami kata... anak tu.. nangis dah nak mama layan dia. Sometimes, tengah makan pun hadap telefon. Nak tidur pun hadap telefun. masa berkualiti dengan anak dan suami tu kurang kalau tak pandai bahagi masa. Tapi jimat kerja di rumah,tak perlu fikir nak bersiap pagi, hantar anak pengasuh, nak ulang-alik kerja. Cuma, tiada kwsp atau pencen. Bergantung kepada kepandaian kita menyimpan duit.
So, terpulang kepada individu tu sendiri nak pilih yang mana. Kadang-kadang bukan kita nak pilih tapi Allah dah kasi itu rezeki kita bermakna itu terbaik untuk kita. So,yakin. Setiap orang rezeki mereka berbeza. Kita kena redha.
Asalkan personal matters kita tak di kontrol atas tuntutan kerja sudah. itu dah melanggar hak asasi manusia. hehehehe. bekerja bekerja juga. tapi ada limit.
Pernah dengar tak orang kata... antara kerjaya dan keluarga. Pilih keluarga.
Ya, saya pilih keluarga masa quit kerja dulu. Memang ramai kata saya tak bijak sebab gaji besar tapi berhenti kerja tapi saya cuba yakinkan diri saya ada hikmah ikut kata suami. So, orang lain pun sama. Jangan ragu perancanganNya.
Jadi, saya share sikit pengalaman kerja di rumah dan office. Dua-dua ada kebaikkannya.... Dua-dua saya suka. Cuma, rezeki Allah yang memberikan saya laluan untuk perubahan. Alhamdulillah.
so, jangan feeling down orang kata perempuan kena duduk rumah! lebih baik.. tak juga, kalau memang itu keperluan.. kerja sahaja. Peduli orang kata apa.
Tapi yang duduk rumah jangan pula down sebab orang kata rugi belajar tinggi tapi duduk rumah je... jangan risau.... mungkin saham kita di sana nanti TINGGI. Positif kan diri ya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment