RODONGANS~

Thursday, May 16, 2013

Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU.

Assalamualaikum.

Hari ini: 16 MEI 2013.

Merupakan hari guru iaitu sebagai satu hari penghargaan atas jasa dan pengorbanan seorang guru. Seorang guru yang berpenat lelah mendidik anak-anak muridnya, yang bersusah payah mengejar dan menggesa anak-anak muridnya supaya dapat membantu mereka membuat latihan dan kerja rumah.

ehem.

Okey. atas tu ayat skema melayu karangan tak berapa nak lepas.

Hari ni hari guuruuu weh.. yeay...

"Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua guru-guru saya yang pernah mendidik saya daripada saya darjah satu sehinggalah sekarang. Maafkan salah silap saya, halalkan ilmu yang diberikan..."

Saya tahu, sebab saya sekarang duduk semeja dalam kalangan guru-guru.. mereka tak mengharapkan hadiah, cukup sekadar tanda ingatan..

Terima kasih. Cikgu! =)

Dalam frame tu Kak Ati, cikgu yang saya ganti.. hari-hari saya betulkan frame itu sebab saya hormati Kak Ati sebagai guru yang saya ganti. Kalau bukan kerana Kak Ati, mungkin saya cuma goyang kaki, kembongkan pipi di rumah =)

Okey. Hari ni saya pon dapat sebijik hadiah.... eh, dua la.. Awal-awal pagi Cikgu Syamsul agihkan cupcake yang sedap dan lazat ini. Dan tiba-tiba student datang, hadiah daripada sekolah katanya.. buat semua cikgu. Malu i masa nak ambil tu, den kan baru nak masuk 3 minggu mengajar. Cikgu sementara pulak tu. Segan-segan nak ambil hadiah but akak depan meja saya kata.. "tak apalah, cikgu jugak kan.."

Ngee~

Masa solat zohor saya suka pergi dalam 2.30 ke atas sebab biasanya masa tu students dah tak ada. Maklumla, tirai surau dicabut sebab kata mereka, students perempuan asrama suka buat bising. Jadi, warden cabut. tAPi tadi, saya sampai.... berderet kasut. gulps. 

Masuk-masuk...

Eh, ramai jugak.. students lelaki di depan dan perempuan di belakang. Kebetulan, students saya. Bising diaorang.. dok panggil.. "cikgu mai.. cikgu mai.." siap nak nyanyi. aiseh.. saya angkat jari telunjuk ke mulut.. surau kan.. ade ke nyanyi-nyanyi. hehe.. 

Masa ambil wudu', kasut saya di luar pintu bilik wudu' dan kebetulan ada budak lalu dan saya dengar seorang student cakap.. "eh, kasut cikgu Mai.." haha... kasot den pon depa tau ka. malu den, kasot tak comel.

Apapun.... saya senyum lebor sampai ke pipi. Walaupun cuma sementara dan masih baru... saya tetap happy. Saya mereka ingati. ewah... sobs. terharu den.

Last but not least. Selamat hari guru!! hari-hari adalah hari guru, dan hari-hari adalah hari ibu.... cuma ditetapkan satu hari sebagai penghargaan buat mereka. Terima kasih mak! terima kasih cikgu! menjadikan saya seperti hari ini sedangkan saya ni degil ya Rabbi.  =)

Sekian~

8 comments:

  1. selamat hari Guru cikgu Mai :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak maria. heee oh skrg jadi cikgu gani ye. selamat hari guru... cikgu maria. eh salah cikgu mai. heeee :D

    ReplyDelete
  3. cikgu... selamat hari guru... 3 minggupun cikgu gak yerk..
    akak doakan moga Mai akan jadi guru betoi2....

    ReplyDelete
  4. selamat hari guru buat awak jugak tau... :)
    semoga sukses dlm kerjaya... :)

    ReplyDelete
  5. Kat Uni jue pun sibuk nak sambut gak... Kiteorang tukar jadik hari pensyarah... Hehehe...
    BTW, selamat Hari Guru...^^

    ReplyDelete
  6. selamat hari guru :)
    memang minat nak jadi cikgu, tapi nasib tak menyebelahi :)

    ReplyDelete
  7. cikgu ganti ek.. best kan jadi cikgu :) selamat hari guru :)

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang