RODONGANS~

Thursday, September 19, 2013

Thursday, September 19, 2013

Bukan Kerana SUdah Gatal~

Assalamualaikum.


suwet kan. =)

Kenapa bila cakap pasal kahwin... sesetengah orang macam bagi respon seperti ijabqabul ni satu yang pelik atau janggal? umm... why?

Ada beberapa sebab saya rasa...

1. mereka rasa yang nak berkahwin ni GATAL.
2. mereka PERASAN mereka masih muda.
3. mereka berfikiran berkahwin adalah satu perkara yang KOLOT. (?)
4. mereka TIADA pasangan sebenarnya. ehem.

Tapi.... hakikatnya, perkahwinan adalah sunnah. 


Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".


Mungkin fasa untuk mereka untuk mendirikan masjid ni belum sampai... Jadi, mereka merasa perkara seperti hal begini tiada kaitan dengan hidup mereka... Oleh itu, di saat kita membincangkan soal kahwin.. ada yang tutop telinga, ada yang buat-buat tak dengar dan ada yang buat mimik muka. umm. Hakikatnya, kalau sampai masa awak dapat hidayah untuk berkahwin, awak akan faham bahawa perkahwinan bukanlah kerana tuntutan nafsu semata-mata tapi seperti perasaan ingin bertanggungjawab, mempunyai keluarga dan lain-lain yang tak boleh nak di gambarkan dengan kata-kata.

macam mana nak terangkan pun saya tak pandai. 

TAPI.

1 day bila sampai saat anda anDA ANDA semua untuk mendirikan rumah tangga. ANDA SEMUA akan tahu perasaan itu bagaimana sebenarnya.

okeh, melainkan anda betul-betul spesis gatal gelenya tahap miang buluh. huh.

Sekian~

5 comments:

  1. best kot kawen..hehehe...tapi cde calon lg! :)

    ReplyDelete
  2. topik kahwin tu normal . klu bercakat ttgnya tu dianggap menggatal , mrk mmg tak normal ... x yah layan ...

    ReplyDelete
  3. Hehe. tazabarr nak kahwin. dah miang dah nii. heheheheh

    ReplyDelete
  4. so, cepat2 la kawen..blh menikmati keindahan alam perkahwinan..best sangat..:)

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang