Assalamualaikum.
Pagi ini setel MOGTT dan appointment Dr.
senyum.
Masam.
Sebab apa masam? Sebab... pada ketika 36w 3d, BABY ku masih kepala di atas. Sobs. Habis bertangan-tangan meraba perut iolls. At the end, scan..... breech.
Dr pesan; Air ketuban yang ada cukup-cukup. Kemungkinan untuk bayi kekal dalam kedudukan tu tinggi. Tapi kemungkinan untuk pusing sentiasa ada.
Iolls: *Muka cover. Tak menyampuk.*
Dr pesan: Disebabkan puan nak bersalin di HOSHAS, jadi kita cuba refer pakar lipis dulu, Kalau pakar lipis tak dapat. Kita buat surat siap-siap la untuk refer temerloh.
iolls: *angguk-angguk, masih muka cover*
Dr pesan: Kalau sakit tegang sikit je kat perut dalam jangka masa awak tak balik lipis lagi ni, terus ke hospital sini ya. Walaupun sedikit *ada ketegasan di situ*
Keluar bilik Dr, kena tunggu buku merah dan keputusan appointment pakar. Sobs, fikiran dah merata-rata dah pergi. Ishk, kalau caesar macam mana? huwaa... takut.
Sampai ofis, fikiran dah ke lain. Keje dah ke laut. Nak nangis tapi tak keluar air mata. macam mana tu? hehe. redha. redha.
Then, saya teringat uncle saya kan ade.. uncle gugel.
Lets share, apa yang orang lain share untuk saya.:
- tilt position: Masa solat sujud lama dalam 5 minit. Kalau tak larat, buat sekadar yang mampu kemudian terus rebahkan badan ke kiri atau ke kanan bergantung kepada kedudukan bayi selama 20-30 minit. (Jika bayi berat ke kanan, rebah ke kiri dan begitulah sebaliknya...)
- Buat kedudukan seperti merangkak (jangan pergi main-main merangkak pulak) kedudukan sahaja buat selama 5 saat atas kemampuan sebanyak 2-3 kali.
- Semasa buat 1. dan 2. baca ayat dari Surah Al-Hijr yang bermaksud "maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah."
- Ambil segelas air kosong, baca surah Al-Insyirah 3x dan hembus ke air. Air itu kemudiannya diusap ke perut mengikut lawan jam beserta selawat. (lebih elok buat bersama suami).
- Letakkan Pek ais di bahagian kepala bayi dan bekas yang berisi air suam di bahagian bawah pusat supaya bayi akan cenderung ke arah haba atau ke bahagian tulang pubik.
- Ambil lampu suluh, suluhkan ke bahagian bawah atau di bawah pusat. Baby akan cenderung bertindak balas ke atas haba/cahaya lampu.
- Rajin bercakap dengan baby supaya bergerak ke arah kedudukan yang betul dan banyakkan doa, bacaan al-Quran selain rajin dan ikhlas.
- Bagi yang mampu, berendam dalam kolam renang. Seperti penggunaan pek ais, fungsinya sama.. menggalakkan bayi bergerak atau memusingkan kepala ke bawah.
Sobs. Saya nekad akan konsisten cuba kaedah-kaedah ini walaupun sukar. Minum air banyak supaya air ketuban bertambah meriah. Esok jumpa pakar. Debarnya. Dan lagi satu.. debarnya nak cari parking. Kawasan tu langsung tak strategik nak parking. Kan best kalau ada orang hantar dan drop je. Tak payah fikir mana nak letak, parking jauh so jalan jauh. hehe. Nak buat macam mana kan. redha je la.
Lepas balik kerja terus zooooom ke kedai rm2. Cari lampu suluh yang agaknya esok habis bateri ha. duk guna memanjang. Dan beli air mineral. Tekad minum air banyak. hehehehe. Kalaula terfikir sebelum ni. Masa 32w Dr bagitahu tak pusing lagi tu, saya dah buat. ishk, tak baik menyesali perkara yang lepas. Tak apalah, pengajaran lepas ni.
So, Anak mama,mami,ibu,mak yang come lote...... jom bersalin normal sayang. =)
Jadi.. sesape yang rasa ada masalah sama.. jangan tunggu-tunggu. Saat tahu je tak pusing lagi, meh try kaedah ini. Kite hanya merancang, mencuba dan berusaha. Allah SWT yang tentukan segalanya.
dah, Nak g teruskan usaha dan kurangkan bengkak kaki.
Assalamualaikum rodongggggg, akakkkkk! sorry sheila lama tak singgah sini. Ya Allah, akak dah 3rd trimester ya? semoga Allah permudahkan segalanya.. be strong akak... nak nombor telefon, email sheilashahfiekry@gmail.com :)
ReplyDelete