RODONGANS~

Sunday, November 30, 2014

Sunday, November 30, 2014

Main Nombor. Melayu Islam?

Assalamualaikum.

Hari ini kerja balik dengan uncle Lim a.k.a sonny. Thanks uncle!!! hehehe. sebab nak balik awal plus saya tak boleh bawa kereta company hari ini sebab  esok saya masuk lambat. So, saya tak boleh pergi jemput orang lain. Solution lain, saya tumpang uncle Lim. hehe. so nice.

Salah satu reason saya balik awal sebab surau direnovate dan cuma surau perempuan direnovate dan orang tu macam tak reti-reti yang kerja lombong ni bukan semua lelaki okay. Kami perlu solat juge. 

So.. Balik awal dah kena solat dan mandi dulu baru boleh keluar bungkus makanan dan isi minyak kereta. Masa nak keluar duit. Saya parking depan kedai nombor ramalan. Kedai tu pulak exactly tepi maybank. Saya ada terpandang sorang pak cik pertengahan umur tengah tinjau-tinjau. Saya dah risau. Saya dah la mengandung, jalan lambat. Kot nak merompak... ishk. Mintak jauh. Keluar bank, saya tak sangka akan terserempak balik dengan pak cik tu, dan cuba teka apa saya nampak??

Pak cik itu masuk kedai ramalan dan keluar dengan membawa one piece of small paper. Ya Allah.. Bila saya tengok betul-betul.......... ramainya melayu islamm dalam tu. ERr.. sini pekan kecil, so kemungkinan besar mereka melayu islam. 

Terus geleng-geleng kepala.


Muka ayah-ayah... baik-baik... ummm.. beli nombor ramalan a.k.a ekor. imagine. duit tu buat beli lauk, bagi makan anak isteri... sedeynya.

Terang-terang main nombor itu judi.

Hukum berjudi itu haram. 

sedeynya. susah sangat ke hidup mereka? Nampak berisi, seperti cukup makan minumnya.

Abah mak tak bergaji duduk kampung, menoreh getah berjual sayur pun masih boleh hidup serba cukup. Yang penting syukur lah. Duduk bandar lipis ini kecil saja pekannya. Kalau duduk di kampung tak ada masalahla... melainkan duduk di bandar. But still, itu bukan alasan untuk berjudi. Jangan perjudikan hidup di akhirat dengan dosa yang terang-terang salah sebab yang tersembunyi pun dah banyak mana hitungannya pun kita tak pasti. 

Semoga Allah sedarkan mereka,...

Sekian~

1 comment:

  1. Assalamualaikum akak maria, laaa malunya sheila baca ni.. kat KL ni lagi bersepah kak.. orang melayu selambar keluar masuk beli nombor T________T"

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang