Assalamualaikum..
Rasa macam dah beratus hari tak buka blog guna laptop. Pernah sesekali buka guna komputer company... nak loading. Mak aih, dia block agaknya. Pernah juga sesekali guna handfun.... tak pueh hati den yo.
Perut dah memboyot. Baby dah belajar karate di dalam.... Alhamdulillah. Tanda sihat. Tapi nak, karate, karate jugak tapi jangan sampai tembus yo. Sabaq dulu na.....
31 Oktober 2014, genap usiamu wahai anak 32 minggu. Tak lama lagi InshaAllah melihat dunia. Bila ditanya apa perasaan... lebih kepada tak sabaq. Tapi bila difikir-fikir terlintas perasaan debar... ishk, macam mana ek nak tau baby nak keluar? sakit macam mana? darah banyak keluar macam dalam tv tu ke? pengsan tak? larat ke? macam-macam la...... first experience la katakan.
Kalau nak dikata tak cari tips... rata orang eden tanyo. haha. Sape yang pernah beranak tu, semua eden cekup. Boleh join mother's club dah okay. Dengar diaorang cerita pasal anak-anak dan pengalaman masing-masing. Tersenyum saya. "macam mana aku nanti ek?"
hehehehehe
verangan.
Ramai yang kata... "mai tengok orang comel-comel, lawa-lawa, hensem-hensem je... haa.. inshaAllah anak cute." tihtih. Time meeting kalau bos tak ensem maknanya eden kena tunduk la yo? tih tih tih.
"buang tebiat ke mai, cakap sambil tunduk?"
"tawadu' bos!"
hehehehehe
kelakor
Tapi masa ibu-ibu senior tu cakap macam tu, saya terus gugel Jang Ok Jung... a.k.a Kim Tae Hee. Satu-satu pelakon korea yang saya rasa paling saya suke. Rasa lawo aje. tih tih tih. konon-konon anak bermuka cumil begitu.
hehehehehe
Mak muke melayu tulen! mujur ayah muka selebriti sikit. haa.. Hai, anak.. jika perempuan... semoga berhidung seperti dedi mu. tih tih tih.
Cun Kan~~ |
tu baru satu part pasal baby... berpuluh part tak di share. Saya sekarang bukan macam dulu... asal free ngadap laptop, asal tak buat apa ngadap laptop. Sekarang kerja mana boleh guna PC untuk berfoya-foya... setakat buka maybank2u lepaih ler. Lepas tu, asal free nak tido, asal ada ruang dan waktu, nak beradu. Fenat okey.
Kalau orang kata perempuan mengandung elok banyak berjalan. Saya rasa saya passed ujian ituw. Tapi bila malam, baring lebih 5 minit nak bangun..... sekse. bukan seksi ya tapi sekse a.k.a seksa. retak seribu tulang kali rasanya.
Tapi yang anehnya... sekali tak pernah bangkit rasa marah.. sekali pun tak pernah menangis tentang rasa sakit-sakit... biarpun habis almari, tiang katil duk capai untuk bangun.. maklumla PJJ, suami tiada di sisi.. ini mungkin sebab rasa bahagia.. kita sakit kerna dia, bakal anak yang akan lahir.
"Ya Allah... Kau peliharalah anak dalam kandunganku, Lahirkanlah dia dalam keadaan sempurna sifatnya, tajam akal fikirannya dan Jadikan dia seorang yang taat padaMU, taat padaku, taat pada suamiku dan beramal soleh." aaminn.
mama menanti mu dengan penuh sabar sayang.
Sekian~
HUwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...rindu gila babun..dekat akak..nasib je tak jadi babun..hehehe. Punya lama akak tak update..baru sekarang dapat baca entri akak..huhu. Rindu. Tahniah akak..yeah dapat baby baru..dapat anak saudara baru lah nanti..hehe..Mesti comel punya..comel macam akak dan suami akak..hehe. Kim Tae He memey comel tapi comey lagi cik mai kita..hehe. Saya doakan moga dipermudahkan segala urusan akak..moga baby comel dalam perut sihat sokmo, membesar dengan sihat. Jaga diri elok-elok kak..Hah..panjang ni ucapan dan titah baginda pasir berdegung..nak tulis panjang lagi..tapi takut baby marah, kata mak cik dia kuat berleter pula..hahaha. Rindu dekat akak.
ReplyDelete