RODONGANS~

Saturday, November 29, 2014

Saturday, November 29, 2014

36Weeks Already!

Assalamualaikum.

Hari ini genap 36weeks, So what do you think about how i feel? Excited macam extravaganza...? Scared tahap tengok Pee Mak? Nervous macam tunggu result UPSR?

Ya Allah.

Saya pon tak tahu nak gambarkan. Perut makin berat. tapak kaki makin membesar macam big foot..... baby makin aktif. Alhamdulillah.. semua perubahan itu positif tandanya.... bermakna... Baby dah makin hampir nak jumpa MAMA.............. hehe.

But,

Huwaa....... Moga Allah bagikan kekuatan. 2 bulan kebelakangan ini. ewah. Saya asyik fikir pasal bila ada baby nak kena buat apa? APA kena ada? dan saya pulak jenis tak boleh tunggu orang bagi... asal terlintas nak beli... asal terfikir nak cari... asal ternampak mula rambang mata nak memiliki. Rasa semua benda penting.

Persediaan? Tak tau nak cakap. Anak first macam tak tau nak budget.. Hasil gugelan........ rasanya 90% dah ready for newborn. (Tak termasuk persediaan baby 4 bulan ke atas) ehe..

Tapi bagi yang masih tercari-cari panduan hidup berjuang nak bersalin SIRAPLIMAU ada share checklist persediaan ibu bersalin dan baby. klik LINK ini pasti membantu. Mungkin ada yang mereka lupa masukkan, sekurang-kurangnya kita ada guidelines especially bagi yang first time. *wink*

WAJIB ADA ADALAH:

1. =======> Buku PINK.

Kalau rasa rasa nak kena marah masa tengah sakit nak bersalin... sila lupa bawa buku ini. sekian.

2. IC atau kad pengenalan. memudahkan pendaftaran

3. SUAMI... tolong jangan tinggal suami. Bagi suami yang ada dugaan nak datang segera.. sila bawa mak/ mak mertua/ kakak/ sahabat handai. supaya boleh bawakkan beg ya kawan-kawan.


PERSEDIAAN yang saya sediakan:

1. BEG. of koslah beg penting.. kalau tidak tak akan nak bungkus guna plastik. Tapi jangan main-main wey.. dalam dunia ini ada orang macam tu. So, kalau korang ada beg dan mampu beli beg biarpun soploh irnggit harganya.... bersyukurlah sayang. Allah menyayangimu. :(

lain-lain: seperti dalam gambar berikut. hehehehe.



Okay.. gambar saya ni tak ikut kepentingan ya.. 

  1. Of cosla LAMPIN.... saya punya putih bersih ja... kalau nak lawa-lawa beli la yang corak-corak.. boleh balut baby macam scha al yahya. hehe.
  2. Barut. saya punya 3 helai je bawak ke hospital... kalau kena tahan wad sempat lagi mintak suami iolls balik ambil lain.
  3. Topi.... sebenarnya sesuai pakai masa nak checkup hotel. eh, hospital.
  4. Sarung tangan dan kaki. kot baby sejuk-sejuk. KOt tangan baby garu-garu muka. (saya bawa dua pasang)
  5. Sapu tangan atau mini towel.. tuk lap lap baby cikit. oloh manjaa...~~




Next.
        6. Towel. (selai)
        7. Baju... (iolls over.. bawak 5 baju semua bukan newborn. 1 lengan pendek+4 lengan panjang.)
        8. Bedung. (bawa selai je, kalau tak cukup, lampin kan ada... hehe)




Last but not least.
      9. Pampers newborn (6 helai)
     10. Set mandian. (beli yang kecil senang masuk beg)
     11. Minyak Yuhyi@ Minyak telon pon boleh.
     12. Baby oil. kot rajin nak mengurut... hehe.. ala-ala iklan baby johnson.~~
     13. Baby wipes jangan lupa.. (hospital cuma sediakan untuk orang asli je okey.)

So Far, ini yang ada dalam beg saya. Tak semestinya yang saya bawa ini lengkap tau. Untuk Omma..... boleh fikir sendiri apa yang perlu atau cek kat checklist yang saya bagi LINK di atas. Sebenarnya, saya pon tak ready barang sendiri. blurr nak bawa apa.

Apapun, ini pengalaman pertama daku. Semoga segalanya berjalan lancar dan yang kurang, akan jadi lengkap untuk anak kedua. ewah.. yag first belum selesai dah planning kedua.. o mai... lepas yang satu ini dulu ya~~~

Harap membantu bagi yang memerlukan. =)

Sekian~

1 comment:

  1. Assalamualaikum akak, dah bersalin ke? nanti update ye cerita. hehehe

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang