RODONGANS~

Sunday, November 30, 2014

Sunday, November 30, 2014

TANDA-TANDA AWAL KELAHIRAN.

Assalamualaikum..




8 TANDA-TANDA AWAL KELAHIRAN:

1.        Engage: Ini merupakan tanda awal hendak bersalin. Anda mungkin dapat merasakan baby anda bergerak atau berada di bahagian bawah perut (baby saya sejak tujuh bulan macam dah duduk bawah. Hehe). Bagi ibu kali pertama, kebiasaannya bayi engaged 2-4 minggu sebelum bersalin. Bagi ibu yang telah mempunyai pengalaman, bayinya mungkin engaged ketika saat kelahiran kerana tulang pelvisnya sudah meregang.

Saya scan 7 bulan, kepala bayi saya masih di atas walaupun perut seperti sudah jatuh. Dr bagi tempoh sehingga 36w untuk bagi baby berpusing kalau tidak consultation untuk Caesar akan dibuat sebagai persediaan. Esok EDD ketiga saya, so pleeease baby, turn down… for mama. Sobs.

2.       Kerap membuang air kecil: perut anda semakin membesar. Berat dan kepala bayi akan menekan pundi kencing anda yang terletak berhampiran bahagian tengah tulang pelvis anda. Oleh itu, anda akan kerap untuk ke tandas.

Tetapi tips ini mengherankan saya, sekitar 6-7 bulan usia kandungan saya, ya… saya kerap ke tandas. Sampai penat dah nak pergi. Tetapi bila mencecah 36w saya kurang rasa mahu buang air tetapi kerap buang air besar (yang mana ini tidak mengherankan ya kerana ruang tiada untuk anda simpan makanan lama-lama. Hiks).

3.       Sakit belakang di bahagian bawah: Apabila bayi anda semakin berat dan jatuh lebih rendah. Anda akan berasa sakit di bahagian ligament Rahim dan tulang pelvis kerana regangan sedang berlaku.

Sebenarnya, saya tak pasti untuk bahagian belakang. Tetapi saya sangat sakit di bahagian tulang V. terutama di sebelah kanan yang mungkin berpunca kerana menampung berat baby yang suka sangat duduk di sebelah kanan. Ya, si comel ini memang suka duduk belah kanan. Huks. Sakit.

4.      Kontraksi Braxton-hicks: anda mungkin berasa kontraki ini semakin kerap dan sakit seperti cramp semasa datang haid. Walaupun kontraksi pra-kelahiran ini tidak sekuat kontraksi pengecutan kelahiran yang sebenar. Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks anda. Ia akan berlangsung untuk 1-2 minggu sebelum kelahiran bayi bermula. Anda mungkin mendapati kontraki ini menjadi kurang sengit apabila anda menukar posisi atau mula berjalan.

Okey, kontraksi ini sebenarnya saya tak faham sangat. Tapi apa yang saya rasa apabila kita duduk lama dan mula untuk berdiri. Kita akan merasakan sakit untuk mula berjalan. Dan ketika tidur mengiring ke kanan. Kita akan rasa sakit di bahagian tulang pelvis untuk mengubah kedudukan ke kiri. Oleh itu, tidur anda sentiasa tidak selesa kerana sesungguhnya untuk mengekalkan Cuma satu kedudukan ketika tidur adalah mustahil kerana anda akan lenguh. Ehem. Ya.. lenguh. Kita perlukan perubahan posisi yang menyakitkan. hihi

5.       Cirit birit: Hormon kelahiran bertindak pada usus anda boleh menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar. Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus anda member lebih banyak ruang untuk laluan bayi. Hormon kelahiran ini juga membuat anda merasa loya. Ini juga merupakan salah satu tanda kelahiran.

Tidak dinafikan tanda ini ada benarnya, saya kerap membuang air besar dan tidak sembelit. Walaupun baru makan, saya sudah mahu ke tandas dalam1-2 jam kemudian. DAN loya? Ya… betul. Sekarang saya mudah hilang selera tetapi bila makan habis juga. Hehehe. Cuma, saya akan terasa nak muntah selepas itu. Hampir tetapi belum. Sampai di tekak dan tak jadi. So, tanda no. 5 ini maybe ada benarnya.

6.      Keputihan: Anda mungkin perasan telur yang lebih putih, lelehan lendir yang dikeluarkan dari faraj.

Tanda no.6 ini juga saya sedang alami. Sehingga saya membeli stok pantyliner anti-odour yang banyak supaya dapat menukar sebelum solat terutama ketika bekerja. Simptom ini bermula sejak week ke 35 lagi.

7.       Lender pekat dan pendarahan (bloody show): Kepala bayi turun ke dalam rongga pelvis dan kontraksi Braxton-Hiks boleh menyebabkan pluk mukus tertinggal. Pluk mukus ini menghalang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks dan menghalang sebarang kuman merebak kepada bayi. Pluk mucus berlendir pekat dan bercampur darah. Ketiadaan pluk ini membolehkan bayi boleh bergerak ke bawah dengan perlahan-lahan.

Tanda ini belum saya alami.

8.      Air ketuban pecah: Hanya 1-10 ibu hamil mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran/ Anda harus menghubungi Dr anda segera apabila air ketuban pecah. Kebanyakkan Dr akan mencetuskan kelahiran dalam jangka masa 24jam jika situasi ini berlaku keran bimbang berlaku jangkitan dan komplikasi yang mungkin terjadi.

Juga belum saya alami.

maaf keciltapi ini doa harian kita, anda pasti mudah untuk mengingatinya.


Walau apapun yang terjadi. Jangan lupa doa. Atau pesan untuk suami supaya ingatkan kita supaya berdoa kerana mungkin ketika kita sakit, perkataan yang Cuma kita ingat untuk sebut “ALLAH”. Itu pun kalau ingatla.. so, si suami ingatkan isteri selain sebut nama Maha Pencipta, doa lah kepadaNya. InshaAllah.

Ini merupakan panduan untuk kita ibu pertama kali. Saya pun tak pasti apa yang akan berlaku pada saya nanti. Semoga tips yang saya share ini bermanfaat bagi yang memerlukan. Saya pun tertanya-tanya.. bagaimana tanda aku nanti ek? Hehe.. Apapun, banyakkan berdoa, zikir.. mohon dipermudahkan urusan olehNya.



Setiap kesakitan yang kita alami tidak boleh kita berungut tau. Semuanya ujian.. walaupun sakit, bila mengenangkan bayi yang dikandung.. sejuk hati rasanya. Senyum.

                         http://genkimomma.my/tips-tanda-tanda-awal-nak-bersalin/


Sekian~

1 comment:

  1. Assalamualaikum akak, heee bestnya. tak sabar tunggu junior akak maria dan abang keluar. hehehe nanti boleh kawan dengan Muhammad Adam Husni :)))

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang