RODONGANS~

Saturday, November 17, 2012

Saturday, November 17, 2012

Restu.

Assalamualaikum.

 

Saya baru baru ni ada berkongsi satu kisah dengan sahabat saya yang pada saya  kisah ini agak sedih lah. Saya ada seorang kawan, dari dulu seorang yang baik orangnya, bukan jenis yang bersosial, teguh pegangan agamanya. Pada satu hari, ada seorang jejaka berjaya mencuit hatinya.. Saya pun tumpang gembira, bila dia pun turut sama gembira. Yela, siapa tak tumpang bahagia dengan kebahagiaan sahabat baik mereka kan. 

Walaupun ada sedikit perbezaan umur sedikit sahaja ya, dan qualitification.. still, pada saya itu bukan satu masalah. Jejaka ini telah bekerja dan mempunyai kerjaya. Kerjaya yang tetap dan stabil sebagai penjawat awam kerja gomen lah kan. Tapi kerjayanya itu tidak mendapat sambutan dari keluarga sahabat saya. Walau pada awalnya, cuma abang sahabat saya je yang menghalang tapi at the end, ibunya turut serta. 

Gundah gelana lah hati sahabat saya ini, memikirkan nasihat ibu dan hati si jejaka pilihan hati. Dia mempunyai satu masalah, bagaimana untuk menyatakan kepada si jejaka.... bahawa dia tidak dapat menerima si jejaka kerana kerjayanya. ummm. Saya tumpang simpati pada dia, dia minta nasihat saya. Saya pula kelu tanpa bicara, masalah seperti ini tidak pernah timbul dalam keluarga saya. Yelah, setiap orang ada pendapat masing masing dan sebagai anak gadis, restu ibu bapa kan penting. Saya cuma nasihatkannya supaya berterus terang dengan segera supaya si dia tidak terus membina harapan tinggi dan slow talk dengan si jejaka sebab musababnya.

Hadith ke dua belas : Ibubapa Memiliki Hak Dalam Pemilihan Pasangan Hidup Anak.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Tidak ada nikah kecuali dengan wali.[1]


Apa yang baginda maksudkan dengan hadis di atas ialah, pernikahan adalah tidak sah tanpa izin wali. Hadis berikut memperincikan maksud hadis di atas:Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal (baginda mengulanginya tiga kali).[2]


Jika dua hadis di atas merujuk kepada anak perempuan, maka dua hadis berikut merujuk kepada anak lelaki pula. ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:Aku pernah memiliki seorang isteri yang sangat aku cintai akan tetapi ‘Umar (bin al-Khaththab,yakni ayahnya) tidak menyukainya dan menyuruh aku menceraikannya. Namun aku enggan.Maka ‘Umar membawa hal ini kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan menceritakan apa yang berlaku. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab (kepada ‘Abd Allah ibn ‘Umar): “Ceraikanlah dia.”[3]


Dalam sebuah kes yang lain, Abu Darda’ radhiallahu 'anh berkata: Bahawa seorang lelaki datang bertanya: “Sesungguhnya aku memiliki seorang isteri akan tetapi ibu aku menyuruhku menceraikannya.” Abu Darda menjawab: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kepada kamu (seorang anak) sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya.”[4]

Sumber. SINI. 

Oleh itu, sebelum hubungan itu pergi lebih jauh... bertindaklah segera. Saya bersyukur buat masa ini keluarga saya tidak begitu memilih, asalkan boleh menjaga anak anaknya dan tidak melampaui batas agama, itu pun sudah mencukupi.

 
 "Andai kata, jodohku dah ditentukan nanti, aku doakan si dia mendapat restu dari keluarganya dan keluargaku." 

Saya doakan sahabat saya yang tercinta ini sabar menghadapinya, setiap yang berlaku ada hikmahNya dan tidak mustahil jika dah tertulis jodohmu miliknya, pasti hati ibu, hati abangmu akan terbuka untuk menerima dia. percaya lah~ :)

Sekian~

Friday, November 16, 2012

Friday, November 16, 2012

Terima Kasih.

Assalamualaikum.


Tadi lepas sorang @_@ then sorang lagi call. hehe. Salah sorang abang saya call. Abang wish bufday.. maaf lambat katanya, abang tak perasan tarikh itu... Biasalah busy kerja dan anak-anak. Tak pe, ingat pon dah memadai.. =)

terima kaseh abang! :)

Then abang sambung cakap...

"tau tak anak buah awak dapat no. berapa?"

"hah?? syasya ke? no berapa bang?"

"No. 3"

"Waaa... tahniah..."

Okay what, tak no. 1 pon no. 3 tinggi jugak tau. Sekolah dia kat Cheras, kelas banyak.. student memang banyak lah.. exam dia matematik je dapat dapat plus minus 80 sebab yang lain semua above 90/100. hehe.. pandai anak buah mak andak ni. Nanti mak andak kasi hadiah ya, abang pon duk bising sebab syasya dah duk bising menuntut hadiah. hehehehe.

Satu lagi. Kawan saye aspa. Terharu saya... hehe. sikit je tapi terharu lebih. =P

Petang tadi dalam kete, saya dan beberapa orang kawan lain dalam kete aspa.. Then tetiba aspa cakap.

"Nanti lunch McD tau!"

"HAHAHAHHA" kami gelak ramai ramai.. 1st time beliau bagi arahan berbentuk kongkongan.. rupa rupanya dia nak buat macam sambutan/meraikan bufday saya.. Aspa rasa bersalah eeaaaa sebab lambat satu hari wish sebab dia lupa. itu pon Saya yang ingatkan. hehe.

Terharu cheq, tapi tengah hari tak jadi. Sebab aspa nak solat jumaat.. tak sempat nak pergi sebab tunggu kawan yang lain jugak. Last-last makan cafe je. Lepas maghrib dia message.

"Salam mai.. esk na kite lunch mcd.. Harini xsmpt.."

Hehehe. semangat beliau. Thanks Aspa! actually, saya tak kisah sangat orang tak sambut. Dah beso kan. hehehehe. Lagipun semalam bestfriend saya dah belanja saya kek blueberry cheese. Sedap. Dia cakap hadiah tak beli lagi tuk saya. Saya kata tak payah, dah besar dah.. tak pe. So, tu pon dah cukup. tapi still terharu la kan.. orang nak buat kite berterima kaseh la. =)

Terima kaseh semuanya. BUdi yang baik akan ku kenang sampai akhir hayat, segala doa doa yang baik baik untuk saya dari ucapan mereka, saya doakan Allah SWT membalasnya. InsyaAllah.

Sekian~

Senyum Sikit Sayang.

Assalamulaikum..

Hye korang!! =) apekabosihatketu....? hehe..



Semalam saya dan sorang kawan baik saya pergi lah minum minum satu kedai/restoran/bakery ni.. actually dulu masa habis sekolah, kedai ni macam port la tempat kami lepak lepak.. gaye liar kan kan. Tapi semalam sempat lah nak pergi kedai tu sementara tunggu bas. 

Then, kami nampak kek.... umm.. dapnye makan kek.. nak satu potong lah.. tapi boleh tahan tercongok tunggu.. tak ade orang layan. Nak amik sendiri tak boleh, bila dah dilayan.. muke macam kena cerai semalam. ooh, saabaa maariaa... tak sengaja itu olang..

Then dah duduk, tak mo amik order ke? kawan guwa dah lapa weii... ishk, dia boleh pandang dan tanye.. "dah order" dengan muke tak ade perasaan. kami cakaplah belom kan, dia boleh datang melenggang dan angguk.! eh? tanyelah weeii "nak makan ape dikk....?" tak ke comel.....? ishk.. sabaaa maariiiaaa, itu olang terlupe itu dialog..

Kawan tak mo order kalau tak ade menu. saya mintakkan menu dia pon pegi ambik dengan muka seposen. Datang balik dengan muke seposen jugok, sabaaa mariaaaaa, saham dia tak laku semalammm kott.....

Dah siap makan. nak bayar. Kek tak habis, sayanglah sedap... blueberry cheese. Mintak bungkus, dia boleh tolak je kek guwa macam kek guwa tu bukan makanan dalam kotak. Guwa angin guwa angin.. belom siap kotak dibentuk guwa mintak.. guwa susun kek semula depan dia... kawan tanye tak mo plastik? guwa kata tak payah.... kawan kata amiklah.... "nak plastik" dan dia bukakan plastik dan nak ambik kotak dari guwa.. guwa kata...."tak pe, tak pe.." sambil ambik plastik tu dan guwa masukkan sendiri. Senyuman manis guwa terus hilang....

Keluar je.... ape lagi. saye dan kawan saye... mula berkata-kata. saye malas nak marah marah... sebab saye tahu bila saya marah saya sangat dasyat. sebab itu jugak saya jarang marah marah.. habis marah saya diammmmmmm aje. sebab saya tahu bila saya marah MULUT SAYA BERBISA. Itu olang menyebabkan saya mute di depannya... tanda protes saya, saya tak mahu cakap dengan itu olang...

Basiclah wei... keje kedai senyum. deal dengan ramai customer, ramah. kan.. mana rezeki nak datang keje macam tu. kot ye kena cerai, break dengan bf ke.. duk umah lah mc. sedih di rumah. jangan bawak ke kedai.. kawan tegur. "semua pekerja dia tak mesra, masam je." eh? dah kenapa... kedai ni kedai tiada senyuman keee? pelik tapi benar.

Sekian~

Thursday, November 15, 2012

Thursday, November 15, 2012

♥ Birthday GA by Sharina ♥


Assalamualaikum.

Hye.! 

November November November.

Ade GA Birthday tau. Jom join! DiSelenggara atau diLaksana oleh SHARINA.

Thanks Aynaa tag saya. =)


♥ Birthday GA by Sharina sponsored by 
thanks a lot :)

Nak Join? Klik aje Banner atau SHARINA ya. 

Saya tag follower 300, 301 dan 302 saya lah =)
Azwar,  Ariel dan Fariz.


Thanks :)

Sekian.

nota kaki: follower tiga ratus satu saya mungkin bangsa lain. harap harap beliau faham bahasa melayu sebab 95% bahasa melayu blog saya ni. ngee~

Wednesday, November 14, 2012

Wednesday, November 14, 2012

SEGMEN: Bloglist November by FA


Assalamualaikum.

Hye.. hari ni sempena hari yang baik hari ini.. saya nak join lah satu segmen ni.. hehe.. Kamu nak join? klik je Filzah AzZahra ni okay, internet probs nak letak kat banner. siput sakit kaki rasanya. Saya tau pon dari NURUL AINI ni.. AIni kite join jugok. Ngee~~

Filzah AzZahra..... masukkan blog saya ya. *takmalu*

 

Nak la masuk bloglist NOVEMBER ni.
Masuk tau! esok last date before 2 petang. :)

Sekian.

NOte: Salam Maal Hijrah kawan kawan.

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang