RODONGANS~

Showing posts with label ABOUT ME. Show all posts
Showing posts with label ABOUT ME. Show all posts

Tuesday, February 23, 2016

Tuesday, February 23, 2016

Kerja di rumah atau Pejabat?

Assalamualaikum.

Kita sekarang hidup dalam keadaan ekonomi tak menentu dan banyak persaingan. So, ramai yang struggle nak teruskan hidup selesa dan ramai juga yang hidup dia tak terkesan. Itu, bergantung pada rezeki masing-masingkan.

Okay, apa beza kerja di pejabat dengan kita buat income dengan kerja di rumah?

Based on experience la..

Saya pernah kerja waktu office hours (mula awal dari office biasa dan balik lambat daripada mereka) dan now working home based. Banyak beza... pro dan kontras dia lebih kurang je.

Office Hours:
1. Ikut time.. masa tu masuk, sebelum masa tu tak boleh keluar. 
2. Tak boleh balik suka hati masa kerja (nak keluar kena buat pas bagai)
3. Ada bos pantau kerja.
4. Ada daily routine...contoh:hari ni satu lubang naik,so kena logging cepat supaya sampler boleh sampling cepat. Kalau buat lambat, esok akan bertindih lubang baru... especially kalau drilling hole pendek.
5. Anak kena hantar pengasuh.
6. Malam penat, makan luar.
7. Ada KWSP dan ada yang ada Pencen.

Home Based:
1. Working hours fleksible. kadang-kadang tengah nak baring tidur pun buat kerja, tengah suap nasi anak pun buat kerja, tengah masak pun buat kerja
2 .Makan di rumah
3. No pass card, thumb print bagai
4. Tiada bos pantau
5. Anak jaga sendiri
6. Ada daily routine juga cuma tak ada checkup atau berkaitan dengan pekerja lain.
7. Tiada KWSP atau pencen.

tu contohlah situasi kerja office dan kerja di rumah. Tapi dua dua ada KONTRAS dia.. 

KERJA OFFICE ni kita banyak lagi load kerja, Hari-hari menghadap job, sebab job tu ada dateline.. meeting kadang-kadang hari hari, kadang-kadang..2-3 kali sehari. Balik lambat, so anak dengan pengasuh. Kadang-kadang tersasul umi sedangkan kita mama...umi pengasuhnya. haha.... Tapi bulan bulan ada potongan kwsp kalau swasta, ada yang dapat pencen. Bila habis waktu kerja... kerja tinggal di office.  Malam tu memang masa dengan keluarga. fokus. 

KERJA HOME BASED ni memang seronok. duduk di rumah. cuma bila bekerja di rumah kita tiada limit hours. so,kadang-kadang tengah main dengan anak kena hadap kerja. So, sampai kadang-kadang suami kata...  anak tu.. nangis dah nak mama layan dia. Sometimes, tengah makan pun hadap telefon. Nak tidur pun hadap telefun. masa berkualiti dengan anak dan suami tu kurang kalau tak pandai bahagi masa. Tapi jimat kerja di rumah,tak perlu fikir nak bersiap pagi, hantar anak pengasuh, nak ulang-alik kerja. Cuma, tiada kwsp atau pencen. Bergantung kepada kepandaian kita menyimpan duit. 

So, terpulang kepada individu tu sendiri nak pilih yang mana. Kadang-kadang bukan kita nak pilih tapi Allah dah kasi itu rezeki kita bermakna itu terbaik untuk kita. So,yakin. Setiap orang rezeki mereka berbeza. Kita kena redha. 

Asalkan personal matters kita tak di kontrol atas tuntutan kerja sudah. itu dah melanggar hak asasi manusia. hehehehe. bekerja bekerja juga. tapi ada limit.

Pernah dengar tak orang kata... antara kerjaya dan keluarga. Pilih keluarga. 

Ya, saya pilih keluarga masa quit kerja dulu. Memang ramai kata saya tak bijak sebab gaji besar tapi berhenti kerja tapi saya cuba yakinkan diri saya ada hikmah ikut kata suami. So, orang lain pun sama. Jangan ragu perancanganNya.

Jadi, saya share sikit pengalaman kerja di rumah dan office. Dua-dua ada kebaikkannya.... Dua-dua saya suka. Cuma, rezeki Allah yang memberikan saya laluan untuk perubahan. Alhamdulillah.


so, jangan feeling down orang kata perempuan kena duduk rumah! lebih baik.. tak juga, kalau memang itu keperluan.. kerja sahaja. Peduli orang kata apa.

Tapi yang duduk rumah jangan pula down sebab orang kata rugi belajar tinggi tapi duduk rumah je... jangan risau.... mungkin saham kita di sana nanti TINGGI. Positif kan diri ya.

Sekian.

Wednesday, November 26, 2014

Wednesday, November 26, 2014

Asyik Meminta dan Bersungut.

Assalamualaikum.

Saat hati tidak kuat. Saat jiwa kacau bilau. Saat fikiran tidak menentu...

apabila segala keinginan belum dimakbulkan.

CUBALAH. 

pandang ke bawah, jika tidak pandang ke belakang.. terdapat mereka yang diberikan dugaan yang jauh lebih besar daripada apa yang kita hadapi. 

OLEH ITU.

Cubalah untuk bersyukur dengan setiap detik.. setiap saat yang Allah beri.. Setiap perkara yang Allah limpahi.... BERSYUKUR. Ya Allah susahnya untuk bersyukur. Selalu menyesali bukan mengsyukuri.

Maafkanku Ya Allah.

Kau anugerahkan aku seorang suami yang setia di sisi... sentiasa beralah.. sentiasa berusaha membuatku gembira. tapi aku? selalu tidak bersyukur. 

Ya allah.. ampunkan dosaku. Panjangkan jodohku dan suamiku.. bukan sahaja sehingga ke penghujung nyawaku... tetapi.... ke syurgaMu. Aaminn Ya Rabbal Alamin.

news: Baru tahu adik sepupu pregnant 5 bulan kembar kehilangan kembarnya itu. Beberapa hari yang lepas. "Semoga anak-anak itu menjadi syafaat buat Nina. Kak ida tumpang simpati. MOga Nina sabar menghadapi dugaan Allah beri."

Ya Allah.. kau peliharalah anak dalam kandungan ku ini sehingga ke saat kelahirannya. Limpahkanlah rezekiMu buat anak ini. Semoga dia menjadi hambaMu yang soleh, taat pada ibunya, taat pada ayahnya. Aaminn.


Bersyukurlah wahai insan.... 

Sekian~



Monday, June 30, 2014

Monday, June 30, 2014

2 hARi

Assalamualaikum.




Sampai opis awal ambil peluang online. sebelum bos bos datang. Sini internet limited. sobs. Tak ley buka facebook pon.

Semalam puasa berjaya. Hopefully, hari ini pun sama. amin. Moga Allah berikan kekuatan dan kesihatan.

Harap lombong ni tak panas la hari ni. sobs.

Harap boleh siapkan kerja ini pagi. amin.

Banyak harapan sejak dua menjak ni. harapan yang tak tercapai. :(

Dah. jap lagi bos datang. kantoi. tata.

Sekian~

Sunday, June 29, 2014

Sunday, June 29, 2014

Puasa

Assalamualaikum.

Puasa. lip lap lip lap dah puasa balik. Hari ni 1 ramadhan. sempat sahur ala kadar dengan suami. wuwu.Alhamdulillah. Memandangkan sekarang kurang upaya jadi sahur begitu dah memadai. Baru separuh hari angin dah mula keluar membuak-buak. harap dia tak memudaratkan tubuh badan lah malam nanti. Amin.

Bulan ni InshaAllah kalau kekurangan upaya bertambah baik.. akan puasa penuh. Hopefully segala moning evening nighting sickness tak ada. Semalam dah terlepas satu terawikh. Niat daripada pagi nak pergi.. at last terkujur di bilik kurang upaya berbaukan minyak angin. sobs. 

DUGAAN.

Dapat habis puasa pun dah alhamdulillah. harap sempurna. Maapkan hambamu ini YA ALLAH.

Berbulan tak buka FB, WHATSAPP, WECHAT, BLOG (apatah lagi) dan lain-lain. Hari ini first time dapat gagahkan jejari nak taip kat blog. *buang tebiat agaknya, tibe-tibe*

Dah. kang kantoi. kat opis.

Bye-bye.

Selamat Berpuasa kawan-kawan.

Sekian~

Wednesday, June 19, 2013

Wednesday, June 19, 2013

LAST DAY.

Assalamualaikum.

Hari ni hari last di sini.. sedih pulak den. Saya suka suasana sini, cikgu-cikgu sporting.. duduk dalam ofis tak rasa kekok cuma saya ni peemaaluuu orangnya. ehem. yeke? hehehe.. ye. saya pemalu ikut situasi. Bila dengan golongan pendidik ni, saya jadi terlebih pemalu. Yela, cikgu-cikgu semuanya...

Tapi sini seronok. sporting je semuanya... antara yang buat saya asyik nak senyum je... sir fauzi, cikgu lan dan cikgu Joe. Asyik mengusik je... saya tau, gurauan je semuanya. Tapi gurauan macam tu buat saya rasa selesa. Rasa diterima. Terima kasih... Cikgu Joe pulak suami cikgu Ati (Kak ati) yang saya ganti. Serius saya cakap.. cikgu joe sangat kelakar. 

Pagi-pagi datang, Cikgu Lan cakap... "pukul 1 ea mai.. jamuan.."

Saya blur blur.. okay... ada jamuan apa ni? 

Bila masa makan, saya tanya Kak roddiah.. "Jamuan apa kak?"

Kata kak Roddiah.. "jamuan untuk mai laa...."

Gulps. huwaaa.... terharu. sobs. Baiknya cikgu-cikgu sini. Padahal, saya cuma cikgu ganti.. Tapi saya disambut baik, diterima baik, diberi tunjuk ajar baik, selalu ditanya kepada saya sama ada okay atau tidak... mereka layan saya sama je... mereka beri saya kepercayaan untuk mengajar, menanda, menjaga kelas. Antara yang selalu tolong saya, kak zan, kak zah, kak roddiah, kak liza, kak za, kak Kat,... dan antara yang selalu tanya saya okay atau tidak, Kak Liz....... eh.. banyak pulak sebut. hehe. semualah. 

Semua baik-baik. kaLO rajin, rasa nak lukis kedudukan meja siap. Malangnya saya M. kihkih. M.A.L.A.S. emang dasar~~~

Alhamdulillah.

Sepanjang bekerja dan beberapa pekerjaan yang pernah saya buat. INI pengalaman TERBAIK pernah berlaku pada saya.

Alhamdulillah.

Rezeki saya sudah diterima bekerja... elok-elok kontrak cikgu ni habis. Saya dah diterima kerja di Penjom. Isnin saya interview, selasa petang saya terima panggilan diterima.

Rezeki.

Dulu saya selalu menangis, selalu risau... bila rezeki saya untuk kerja akan tiba. Rasa payah sangat.. kadang-kadang rasa give up tapi saya selalu kuatkan hati.. "tak apa mai.... ada rezeki tu nanti.. Allah dah sediakan untuk awak, mai" Sekadar untuk sedapkan hati sendiri.

Bila saya diterima untuk jadi cikgu ganti, rasa nak melompat. Yes. ada kerja.. takot-takot jugak tapi kuatkan hati sebab daripada saya duduk rumah kan. Baik saya kerja, walaupun sementara.

Tiada penyesalan.

Saya tak menyesal bekerja di sini. cita-cita asal saya dulu kan cikgu. Bila Allah kasi peluang ni, syukur sangat-sangat. Allah bagi peluang saya rasa apa yang saya pernah minta daripadaNya dulu. Syukur.

Sekejap lagi. Kelas akhir saya di sini... 

Nantilah saya preview... untuk hari-hari terakhirku di KVT.. =)

Sekian~


Tuesday, June 18, 2013

Tuesday, June 18, 2013

Payahnya untuk ucapkan "Selamat Tinggal."

Assalamualaikum.

Agak-agak saya type yang BAD ke? HAHA.

Susah ya nak ucapkan bye-bye. Sayonara. Sedih? Saya sepatutnya tidak lah merasa sedih mana... sebab bila kontrak saya habis bermakna saya bakal dapat gaji. Tapi entah kenapa, lidah ku kelu. Tak tahu nak cakap apa. Sebelum masuk kelas, saya tak prepare langsung untuk cakap apa.

Tiada text ucapan kerana pada saya. Perkara ni biasa. Tapi..... kelu.

Saya asyik dok ulang ayat sama 2,3 kali. Kelu. Tak tahu nak cakap apa. Rupa-rupanya ucapan selamat tinggal itu tak semudah yang disangka. 

Saya sedih ke?

Entah.. degil je budak-budak ni. Bising je dalam kelas... Tapi kelas yang satu ni saya suka.. biarpun bising.. bisingnya mereka kerana semangat berbincang dengan saya. Yela, walaupun daripada 100%, 50 % JUGA MENYIMPANG tapi sekurang-kurangnya saya lebih preferred begitu daripada dorang dok cakap sesama sendiri, dok tidor memanjang.

Rude. Paling rude pada saya bila students itu tidur lena. apabila students tu bercakap sesama sendiri. Kalau tersengguk-sengguk tu perkara biasa. normal manusia.

Hari ni saya berdebar-debar. Kelas terakhir buat kelas yang satu itu.

Pengalaman. 


Pengalaman buat saya menjadi seorang cikgu. Sekarang baru saya tahu. Perasaan seorang guru. Nasib baik tiada penyesalan masa laluku... Alhamdulillah. Saya bukan budak skema, genius tahap gaban tapi saya seorang yang tiada masalah disiplin. sobs. sekurang-kurangnya dahulu saya hormati cikgu.

Dulu saya macam ni ke? kihkih. bila ade cekgu skema... bila tak ada cikgu, joyah kau.! hoho.

Kali ini saya tau, apa nilai sebenar usaha seorang guru.

Sedih. tiba-tiba sedih... sedih kerana selepas ini saya kembali menganggur dan sedih untuk meninggalkan kerja ini.

Sekian~


Saturday, March 23, 2013

Saturday, March 23, 2013

Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

Hari ini berakhirnya majlis sederhana dan ringkas di rumah saya. Alhamdulillah. Alhamdulillah.. dan seperti yang saya niatkan sebelum ni. Hari ni saya publishkan satu blog baru saya..... blog DIY, blog cinta ehem, dan tentang dunia baru saya. InshaAllah.

Pada awalnya, saya ingat nak rahsiakan semuanya. Sebelum ni macam dah sebati orang kata, kalau kahwin kena hebahkan tapi kalau tunang elok dirahsiakan. Tapi bila saya baca-baca... baru saya sedar, sebenarnya bertunang pon perlu dihebahkan.

Bak kata ustaz Akashah, yang bermaksud (saya lupa ayat asalnya): Bertunang ni perlu dihebahkan seperti kebiasaannya untuk mengelakkan fitnah sebab meminang tunangan orang adalah berdosa.

Then, saya buka mata. betul jugak. Kalau rahsiakan, macam mana nak orang tu tahu kita dah tunang belom kan. =)

Jadi Officially, hari ini 23.3.13.. saya publishkan blog ni.. bererti saya dah selamat menjadi tunangan orang... hehe. Alhamdulillah.

Blog Baru saya adalah: 


jemput ke blog ini. hehe. ehem. malu pulop.

http://hmlovestories.blogspot.com/

Doakan yang terbaik untuk saya ya. =)

Nati saya update blog sana laju-laju sebab entry dah ada cuma tunggu masa sesuai sahaja...... dan nati saya update blog ni laju-laju juga. err.? InshaAllah, kalau internet laju. ngeh ngeh.

Itu lah kesebokkan yang melanda saya 2 minggu ini. Maapkan saya... =)

Sekian. =)

Thursday, January 10, 2013

Thursday, January 10, 2013

Memahami.

Assalamualaikum.

Sekarang walaupun hampir habis belajar pun, still kena cari keje kan. Kalau dulu elaun ada untuk support, sekarang dengan sengaja tak mo amik elaun lagi sebab tak mo ade orang bising bising tak bagi komitmen di sana. Alhamdulillah, entah.. walaupun elaun dah tak ade, poket kosong tapi saya tetap senang hati sebab dapat keluar dari situ. Alhamdulillah. 

Now, fikir masalah lain. Nak cari keje, baru dua hari duk rumah dah pusing pikir mana nak keje. Nak keje kedai makan... Dia tak kasi, Nak keje kedai kedai pun Dia tak kasi. Katanya baik duk rumah tolong mak di kebun, abah buat rumah dari keje mengarut-ngarut. ummm..... ade orang offer buat bisness... pon Dia kata tak usah, mengarut. 

Bila saya cakap saya risaukan rancangan kami nanti, dia kata nak buat meriah meriah ke sampai nak cari keje. Dia ada, dia tanggung semua, dia kasi duet nanti. Masalahnyaaaa, bukan sebab nak buat meriah.. just in case lah apa apa jadi, at least.. kite ada duit sendiri. Yela, simpanan sendiri ada.. tapi tak sebanyak mana. Katanya jangan risau, tunggu je keje tetap.. rezeki itu ada. 

 

Cakap dengan dia boleh gugur air mata, menangis tanpa lagu. Masalah tak payah cerita dia dah tahu dan faham puncanya. umm.. Alhamdulillah, syukur padaNya. Dia menenangkan hatiku tepat pada masanya. Katanya, tak usah difikir fikir sangat... jangan susah hati, sebab kami sepatutnya gembira untuk apa yang bakal kami rancang nanti.

Mengenali dia bukan satu kesilapan.. Dulu walau adelah orang cuba kenalkan saya dengan seseorang.. susah saya nak terima. Hati macam tak suka. bukan sebab benci cuma bukan suka. Walau cuba ditanam, belom masuk part kawan kawan cerita macam macam versi pasal mereka tu. Yela, kiranya match making tak berjaya lah untuk diri saya.

After saya jumpa dia, kenal dia.. saya pasti dia orangnya. Kami tak selalu jumpa macam pasangan lain, bukan tak selalu.. cuma 1 kali jumpa secara rasmi.. itupun dibawa jumpa family. Kira first dating sudah dengan family, lepas tu.. entah bila jumpa lagi.

Perkara ni saya tak suka cerita di sini, saya tak suka cerita satu perkara yang tak pasti. SO First time, saya luahkan di sini... Inshaa Allah, akan saya update juga satu hari nanti. Setelah macam macam perkara terjadi menyebabkan saya berhati hati untuk meluahkan sesuatu di sini kerna saya tahu ada mata memerhati dan tunggu untuk mencucuk duri.. walaupun bukan secara rasmi. Semoga Allah permudahkan urusan kami nanti. Aaminn.

Terima kasih Ya Allah,

 

Sekian~

Thursday, January 03, 2013

Thursday, January 03, 2013

UnBelievable.

Assalamualaikum.

Memang saya tak ada masa buka blog seminggu yang lepas.. Still minggu ni pon maybe sama. Macam macam kena buat. Macam macam aktivitinya. hehe. penting semuanya, jadi tak ley tolak tepi. BTW, nak jugak masukkan dan share kat sini UnBelievable thing happened to me a few days ago. ewah! Cakap omputeh pulak. 

Perkara yang berlaku semua tak dijangka.. Jadi, terkejut besar sepanjang masa, rasa macam tengah jawab test pon ya. Namun yang demikian... ewah.. ayat bahasa sangat.. 

"Saya happy dan mereka sporting semuanya"
Terima Kaseh. =)

But still, saya tak mau cite banyak dulu. Anggap teaser. One day saya cite ya. ewah. =)

Di Tg Gawai... hehe. membelakangkan Pantai Merdeka. :)

 Mak cik, Jejai Ramli, Adam & Dek Na. 
hehe

 Dek Di, Pak cik, Adam, Jejai Ramli, Mak cik & ehem... Shayer!
hehe

 me and Mak cik. 
L.O.V.E

Okey.. and special Thanks to Afa sebab tumpangkan saya ke sana.. mujur fa keje sana kan.. ngee~


Alhamdulillah. Apapun, matlamat tercapai. heh heh.

Okeh. esok present tuk final sem ni. ewah... gembira gembira jugak, badan penat penat jugak.. tapi slide belom siap! usahaaaaa.... k. Chow. *wink*  =)

Sekian~


Sunday, December 30, 2012

Sunday, December 30, 2012

Tak Tahu.

Assalamualaikum.

 
ehsan google.

sekarang ini rasa macam tak tahu. faham tak... rasa ada something yang dalam hati dan perasaan ini satu perasaan yang tak tahu nak ditafsirkan sebagai apa.

Bila direnung renung.... macam sedih.. sedangkan sehari sebelum ini saya sangat happy. Tapi macam tak perlu lagi untuk bersedih sedihan. Sebab persoalan belum ada jawapannya. Tapi pabila persoalan yang saya harapkan jawapan tu diabaikan...... sepi je rasa. mula mula sikit... lama lama jadi bukit.

entah.

Kacau bilau hati ini. Moga tuhan kuatkan sang hati.. masa semakin dekat... bukan lagi menghitung hari.. cuma menghitung waktu. waktu yang bila bila sahaja akan berlalu.

Rasa nak menangis.

Tapi ditahan tahan... tak mahu menangis kerna perkara yang tak perlu tapi hati ni degil... masih bersedih. 

Dah la....... mainan perasaan.

Sekian~

Wednesday, November 14, 2012

Wednesday, November 14, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME.

Assalamualaikum..

Hye kawan kawan!

Diumumkan hari ni birthday saye... hehehehe.. yeay. 



14. 11. 2012

Alhamdulillah, 

Allah panjangkan umur saya sehingga ke hari ni.

Terima kaseh ya Allah, kerna memberikan hambaMu ini peluang untuk terus berdiri di atas bumiMu ini. Semoga nikmat yang KAU pinjamkan padaku ini, dapat ku manfaatkan sebaik baiknya.

Amin.

Thanks kawan-kawan yang wish di FB ataupun di HP (msg).

::entry versi celebrate diri sendiri. ngee~

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang