RODONGANS~

Showing posts with label PERKAHWINAN. Show all posts
Showing posts with label PERKAHWINAN. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Thursday, September 19, 2013

Bukan Kerana SUdah Gatal~

Assalamualaikum.


suwet kan. =)

Kenapa bila cakap pasal kahwin... sesetengah orang macam bagi respon seperti ijabqabul ni satu yang pelik atau janggal? umm... why?

Ada beberapa sebab saya rasa...

1. mereka rasa yang nak berkahwin ni GATAL.
2. mereka PERASAN mereka masih muda.
3. mereka berfikiran berkahwin adalah satu perkara yang KOLOT. (?)
4. mereka TIADA pasangan sebenarnya. ehem.

Tapi.... hakikatnya, perkahwinan adalah sunnah. 


Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".


Mungkin fasa untuk mereka untuk mendirikan masjid ni belum sampai... Jadi, mereka merasa perkara seperti hal begini tiada kaitan dengan hidup mereka... Oleh itu, di saat kita membincangkan soal kahwin.. ada yang tutop telinga, ada yang buat-buat tak dengar dan ada yang buat mimik muka. umm. Hakikatnya, kalau sampai masa awak dapat hidayah untuk berkahwin, awak akan faham bahawa perkahwinan bukanlah kerana tuntutan nafsu semata-mata tapi seperti perasaan ingin bertanggungjawab, mempunyai keluarga dan lain-lain yang tak boleh nak di gambarkan dengan kata-kata.

macam mana nak terangkan pun saya tak pandai. 

TAPI.

1 day bila sampai saat anda anDA ANDA semua untuk mendirikan rumah tangga. ANDA SEMUA akan tahu perasaan itu bagaimana sebenarnya.

okeh, melainkan anda betul-betul spesis gatal gelenya tahap miang buluh. huh.

Sekian~

Wednesday, May 22, 2013

Wednesday, May 22, 2013

Kawan seKampung Kahwin (3K)

Assalamualaikum.

Dalam era globalisasi ini.... 

okay. terikut-ikut perenggan pendahuluan bahasa Melayu dah ha... Sebut pasal kawan kawen, dalam kampung saya ada 5 orang yang lahir tahun 88 dan merupakan teman permainan dari kecil lagi. Ehem.. dan rasminya, 2 orang dah bertunam, sorang bakal bertunam, sorang masih single tapi unknown status availability dia dan seorang yang dah berkahwin.

Today tak mau cite pasal yang lain. Tak mo. tak mo. Nak cerita pasal yang dah kahwin. hehehe.. Majlisnya berlangsung 10 hari lepas bersamaan 12 MEI 2013. Alhamdulillah, percintaan di zaman sekolah berakhir di jinjang pelamiin. hep hep horay.

Okay. 10 hari lepas. saya tau majlis dah lama berlalu baru nak hupdate.. lantak pi lah, ikot keRAJINan okes. =P

Tahniah Aby dan Tahniah Wan. Sebenarnya, wan pon kawan saya.. kawan satu sekolah. hehe. Jadi dua-dua saya kenal... Tahniah buat mereka. Lepas ni ada sorang kawan kami nak bertunam.. After that, officially..... 4 taken. ngehngeh. I atau E atau nama betulnya Izzat bila la nak bagi hint ya. 

Kami dulu kawan-kawan dari zaman mengaji lagi, sedari usiaku 5 tahun. ewah. Maen getah sama-sama, tuju selipar sama-sama, main galah panjang@tayang sama-sama... maen getah dalam surau pon pernah okay. hehe.

Tapi masa yang berlalu cuma boleh dikenang tidak untuk diulang.... keakraban pun merundum. apapun.. terima kasih cinta.. eh? terima kaseh kawan.... =)

Tahniah buat yang sudah bertemu dan disatukan dengan IjabQabul.. okeh, kompem-kompem Aby sorang je la. haha. Congrats! se chuka..apanakda. hahaha... tak tau eh dalam bahasa korea cakap apa, nak gugel malas. 


"maapkan koi aby, tangkap gambo gune hp jadi gambo aok semacam sikit le.. haha.. naseb bek gambo wan molek ye."

Sekian~


Sunday, December 09, 2012

Sunday, December 09, 2012

Wedding Rin Aznina 8.12.2012~

Assalamualaikum.

Sebenarnya Rin Aznina ni kawan satu course masa ukm dulu, nama sebenarnya panjang jadi diringkaskan tajuk ikut nama facebook cik Intan kite ni. Eh, panggil Intan pulak.. okey okey, nama sebenarnya Raja Intan NorAznina.. ummm nor dengan aznina tu dekat ke jauh intan? hehe... aiyook.. saya tak tahu.. nehi nehi... namastee.. *tibatiba*

Dan sebenarnya untuk kali kedua, ijabQabul Intan adalah raya ketiga AidilAdha.... di Bukit Katil, Melaka. But, honestly cakap... raya aji kan cuti pendek, umah jauh.. raya ketiga.. for sure tak sempat pergi. Duk usyar ushyar macam mana eja eh.. wedding belah pengantin lelaki dekat Ipoh. Hah, molek sangat lah kan... so, decide siap siap kamiorang berlima nak pergi Sana.... di Chepor...

Tapi, aspa dan waney berangkat ke sabah pulak sebab fieldworks.. so, Bertigalah kami pergi.. Semangat saya ajak chee meng pegi tau. Well.. i kan semangat kenduri kawen ni.. doaa semoga che meng nak. kehkeh. Malam tu chee meng message.. "OKay kita pergi."

"Yahooooooo.com"

So, tak mo cite panjang.. jom tengok gambor...

Di BUKIT KATIL, MELAKA.

Honestly, rasa rugi tak pergi di Melaka.. hubby cik Puan intan kite ni polis.. so, kawen ikot adat istiadat polis lah kot kan dan kawen pon pakai unipom polis.. huwaa..... nak tengok.. ehem... jarang jarang orang, lebih lebih lagi kawan kawan kawen dengan unipom tau... melepas guwe..~~

Dan gambar gambar itu, cun habes.. dan ade 2 keping saye curik dari facebook beliau. mAap! hampir semua gambar kawen kawan saye, saya curik! kehkeh..~



Okey... Next, di belah pengantin lelaki... yang ini kami pergi sendiri...~

Di CHEPOR, IPOH.

Sebenarnya, tak tahu lah chepor ke chemor ke... ikot signboard chemor.. ikot alamat chepor.. kat pahang ade nama chenor.. macam macam nama eh.. hehe. 

Dua gambar first ni pon gambar curik... kehkeh. Lawa kot. so, berbaloi curik dari fb beliau. uuff.





Orang kata tema macam scha alyahya... umm.. saye tak tahu pulak depa duk kawen warna pa.. yang saye tahu... ni baju kedua yang saya rasa cun orang sekarang pakai untuk kawen guna material songket.. first tengok IreneNadia... cun habes. So, yang ni pon ehem... cun habes.. 

So, gambar kami!!! :)

after makan.


chee meng dan mok bak kate hubby intan. hehe.


sanding~~


Okay, adik perempuan pengantin lelaki sanding sekali ye.. harap maklum.. warna hijau pucuk pisang.. lawa jugak.. hehe.. comel je.. pengantin lelaki dan perempuan dia malu malu.. mungkin sebab sanding kali pertama kan.. :)

Before balik, haruslah tangkap gambar dengan pengantin.. bukti kami hadirr... dengan chee menggg!! hehe. :D

nampak tembam pulak sayerr. naseb muke bolat. hehe.

Lepas tu kami balik... tapi semalam.... perak sangat panas woo.... satu jam dalam keta boleh burn.. bayangkan.. oh la la.....

dan saya semalam kebetulan terikut tema.. HIJAU.... yihaa... kepada intan dan hubby..:

"SEMOGA IJABQABUL INTAN DAN HUBBY BERKEKALAN DAN BERPANJANGAN SAMPAI SYURGA"
aaminn.

Sekian~

Friday, November 30, 2012

Friday, November 30, 2012

Walimatul Urus.

Assalamualaikum.
 Hye!

Sekarang memang musim orang kawen kan. Sana sini, sebab cuti sekolah pun ye jugak. Tapi dari dulu saya tak ley nak ketchup.. eh? ketchup.. hehe. .. ketchup kenapa orang suka buat time cuti sekolah. Sebab bukan semua orang cekgu tau, yang biasa dijemput ke majlis perkahwinan itu mak ayah nya, bukan budak sekolah. hehe. Tapi apepun..cuti sekolah memang pilihan utama orang nak buat kenduri kawen. hehe. So, macam musim buah dan musim hujan.. kawen pon ade musim tau. =P

Okay aje je nak letak. Ni kawan saya ye. Semak samun dekat dekat rumah dia je tau, tapi still gambar ni.... lawa. :)

Okey Jom fahami.. ape itu Walimatul Urus atau bahasa kampongnya kenduri kawen. hihi.

Apa makna nya ya?? :

Walimatulurus (Bahasa Arab: وليمة‎) atau kenduri kahwin (seperti majlis santapan makanan) sunat diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat).

Apa tujuan kita adakan ya? :
Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.

Ada adab adab yang perlu kite ikut tak? :
Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti
  1. dilakukan selepas akad nikah;
  2. menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan;
  3. bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.
Apa hukum mengadakannya ya? :

Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakad ( yang sangat dituntut) sebagaimana sabda Nabi S.A.W. :

Ertinya : Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor kambing.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Eh, apa hukum menghadirinya pula? :

Menerima jemputan ke majlis adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran tidak dapat menghadirinya, seperti sakit dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah kamu menghadirinya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ade syarat syarat wajib ke untuk menghadirinya.? :

1. Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang-orang kaya sahaja.
2. Yang menjemput itu juga beragama Islam.
3. Kenduri itu tidak menggunakan wang atau harta haram.
4. Yang dijemput itu tidak menerima pada satu masa, maka hendaklah menerima jemputan yang lebih dekat dari segi keluarga kemudian dipandang dari segi dekat tempatnya.
5. Tidak didapati perkara-perkara yang mungkar di majlis itu seperti mengadakan minuman keras dan sebagainya.

Saya ni kalau u'olls perasan, sangat suka menghadiri majlis macam ni. Apa saya majlis kawen ni macam super charming.. eh? comel.. umm.. bahagia... hehe. walaupun kite lihat orang lain yang di IjabQabulkan.. disandingkan but hati saya turut kembang kembang gembire gituww... gedik kan.

So, persoalannya.... ade ke orang nak rahsiakan perkahwinan?? tak ade kot... haha.... weh, tak syok lah kawen senyap senyap... macam buat salah.. benda baik, baik di hebahkan.. kang boley mendatangkan fitnah tau. So, sila bagitahu saya sekarang... hehe. Boleh saya tumpang hepi sekali..Ngee~

Sekian~

Monday, November 26, 2012

Monday, November 26, 2012

Resepsi Ana di Intekma Convention Center, Shah Alam.~

Assalamualaikum.

Hye..! hehe.

Ngada ngada nak guna perkataan resepsi kan. kihkih. Sebenarnya ini majlis menyambut menantu, kira belah pengantin lelaki lah. Buat di Shah Alam, Intekma resort and covention center. Saya baru tahu Intekma ni Uitm punya. maap. maap. SAmpai sampai je, oh... semua ofis uitm.

Dah la sesat, kawan saye yang sorang ni yakin je kat seksyen 7, lepas tu kata seksyen 6. Bila call kawan yang satu lagi yang dah sebati dengan Uitm ni, dia kata seksyen 2. Toing. Toing. Lari betul. hehe. Tapi Alhamdulillah ketemu jua akhirnya. :)

Dah jom tengok gambar, maaf..... kualiti kurang elok kali ni.. yela kamera cabuk saya dong. hehe~

Emak pengantin~~ :) 

Pengantin Perempuan itu kawan saye. hiks.

Dua dua kawan sekolah rendah saya hingga sekarang.

hehehe.

dewannya.

anak katanya. pendapat saya, ikut ayah ni.. 100%. hehehe. ammpunn.

Kawan saya jugak. hehe.... dari sekolah rendah, menengah pom same.

Jempot minum kawan kawan. nampak beno parut jerawat saye ye. ishk. kena makan innershine ni. :P

Jadilah kan.... tak de photograhper pun tak ape. Ni tak nampak sangat pulak parutnya. pelik.

Yes!! Ni je? sobsob.. Jadilah kan :)

Amek berkat ke Ainnnn??

"Ye, saya nak ambik berkat.. sekian!"

Jom Balik kawan kawan~~~

Hehe. Ni first pengalaman saya tengok wedding di dewan yang siap ade protokol ye. Best lah, macam ni agaknya wedding dalam majalah PENGANTIN tu kan. Mewah, meriah, dan menarik. Apepun... dapat jadi VIP that day sebab wakil pengantin perempuan. Ngeee~~~~

Lepas ni sape pulak. Kamon. Kamon. Jangan lewat lewat sayang.... :)

Sekian~

Nota kaki: Balik tadi tangan saye parkinson.. ketar ketar... tak cukup zat, tak cukup makan dua hari duk KL tau.. Sobsob. Naseb bek ade nasi kenduri. =)

Monday, November 19, 2012

Monday, November 19, 2012

Wedding Shaz 18.11.12

Assalamualaikum. 

Hye rodongans! =D

Okey, ni entry kedua untuk hari ni pasal perkahwinan yang saye sempat menghadirkan diri. Semangatnya saye naek KL satu hari sahaja untuk ke majlis ini. Saye naek train ets dari batu gajah pada jam 705pgi dan balik naek bas di puduraya jam 640ptg.

Semangat ni bukannya apa, sebab saye nak jumpa kawan kawan saye, yelah.. mase kawan kawan kawen lah kite dapat berkumpul ye dok. BTW, saya kan sukakan majlis macam ni... ngee~ suweet kata orang.

Tak mo cakap lah, tak ade idea nak bercerita, jom tengok gambar yang tak seberapa ni...

ade sorang puan kat sini.. ce teka! ;D

Asal suruh free style je failed! maap.

Sila pengantin potong kek yo... hehe...

OH, sebahagian je..~
Ada ramai lagi yang hadir tapi tak sempat bertemu, ada yang sempat bertemu tapi tak sempat bergambar... yang stay dengan kami dari awal hingga akhir adalah mereka...

tetiba ade idea nak cerita..:

Lepas balik dari sini, saye tumpang solat di rumah kawan saye pza.. dan terus gerak ke Masjid Jamek sebab nak beli selipa rm15. Hehehehe. Kenapa nak beli selipa??? sobsob..

Alkisahnya, sebaik sampai ke rumah pengantin... hujan mencurah curah ke ladang gandum.. air bertakung paras buku lali.. dan nak di jadikan cerita dongeng, saya sorang je pakai pum shoes.. yang lain pakai wedges dan heels. So, bermulalah kisah sedih saya meredah hujan dan merendam kaki... habis basah pum shoes saya dan stoking sekali sebab air bertakung paras buku lali. Mau kembang kaki den..... Demikianlah, saya telah berjaya membeli selipa rm15 di Masjid Jamek. ngee~

Setelah itu, kami bergerak ke puduraya. Dan bermula kisah sedih kedua...... bas kami sepatutnya bergerak pukul 6ptg telah lewat sehingga 640 ptg dan kami diminta menunggu di luar terminal puduraya yang gah direnovate dan bersystem canggih *bak kate tV*. Patut dapat diskaun ni.

Hangin satu badanku ditambah pula sudah berbau, kihkih pabila bas yang diharapkan sampai 9lebey telah berjaya mendaratkan kami pada 1030malam. Macam jalan jauh sangat kan..... tengah jalan tu benti berkali kali.. lama pulak tu. Sejuk agaknye, ramai nak kench kench tapi air tak de cebok hilang paip kena buang, sebab tu lama depa pegi toilet.. hehe.. kesian dorang. Jadi, lambatlah kami sampai. :) *be happy*

Okeh, tak ade cite lain dah untuk 18.11.12 ni. Dengar dengar ramai nak kawen lagi ni. hehehe.. tak sabo tunggu kena jempot. Ngee~

Sekian~

Wedding Ana 10.11.12~

Assalamualaikum.

Lama kan baru nak update pasal wedding ana. Maaf Na, bukan sengaja tapi laptop kite ni selow tambah line broadband di sini boleh tahan selow. hehehe~

Jadi, saye tak mahu cakap panjang Jom tengok gambar sepanjang majlis ct nur ana ini. Hehehe. FYI, saya pengapit okay. Pengapit tak bertauliah, harap dapat berkat. Ngee~

Baju pengapit saya beli khas tuk majlis ini tapi tak ade size saye.. dan saya pakai 3 lapis sebab takot jarang di satu majlis yang boleh tahan panas berseri cuacanya.... sekian, baju beso pon bagus kan. hehehehehe.. tutop aurat. 

Sepanjang majlis ijabQabul, saye sebok duk tangkap gambo kan.... sampai pengantin penim... "mana pengapit aku ni!!!"
abang photorapher tangkapkan. kiki.

ni dua olang kawan saye tau.


susah sangat nak dapat view, saya tumpang view orang. kiki.

nebes ea.. manisnya kamu. :)

Ini dua olang kawan saye juga.

hehehehe. suke!

Family sana. :)

Geng bas sekolah. kiki.

SAYANGkan ibu.
Saya nak jugak bergambar tau. sebok tangkap gambo olang. :)

Masa untuk sanding~~  dan masa ini tugas tangkap gambar diserahkan kepada kawan saye, cik loyer....:)

kepochi kan nak tengok pengantin makeup.~

Jom jumpe abang awak~

hehe.... abaikan penampilan saye.!

nampak sangat kepochi kan, sempat lagi..~

Saye! hhaaak tuii. muke seposen.

Okay. Hasil pemerhatian dan pengalaman, saye nak tamatkan kerjaya sebagai pengapit. hehehe. Saya memang tak berbakat. pffft. maaf ana! ngee~

Okeh. dah satu wedding. ade satu lagi wedding nak update. ngee~~

Sekian~

Saturday, November 17, 2012

Saturday, November 17, 2012

Restu.

Assalamualaikum.

 

Saya baru baru ni ada berkongsi satu kisah dengan sahabat saya yang pada saya  kisah ini agak sedih lah. Saya ada seorang kawan, dari dulu seorang yang baik orangnya, bukan jenis yang bersosial, teguh pegangan agamanya. Pada satu hari, ada seorang jejaka berjaya mencuit hatinya.. Saya pun tumpang gembira, bila dia pun turut sama gembira. Yela, siapa tak tumpang bahagia dengan kebahagiaan sahabat baik mereka kan. 

Walaupun ada sedikit perbezaan umur sedikit sahaja ya, dan qualitification.. still, pada saya itu bukan satu masalah. Jejaka ini telah bekerja dan mempunyai kerjaya. Kerjaya yang tetap dan stabil sebagai penjawat awam kerja gomen lah kan. Tapi kerjayanya itu tidak mendapat sambutan dari keluarga sahabat saya. Walau pada awalnya, cuma abang sahabat saya je yang menghalang tapi at the end, ibunya turut serta. 

Gundah gelana lah hati sahabat saya ini, memikirkan nasihat ibu dan hati si jejaka pilihan hati. Dia mempunyai satu masalah, bagaimana untuk menyatakan kepada si jejaka.... bahawa dia tidak dapat menerima si jejaka kerana kerjayanya. ummm. Saya tumpang simpati pada dia, dia minta nasihat saya. Saya pula kelu tanpa bicara, masalah seperti ini tidak pernah timbul dalam keluarga saya. Yelah, setiap orang ada pendapat masing masing dan sebagai anak gadis, restu ibu bapa kan penting. Saya cuma nasihatkannya supaya berterus terang dengan segera supaya si dia tidak terus membina harapan tinggi dan slow talk dengan si jejaka sebab musababnya.

Hadith ke dua belas : Ibubapa Memiliki Hak Dalam Pemilihan Pasangan Hidup Anak.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Tidak ada nikah kecuali dengan wali.[1]


Apa yang baginda maksudkan dengan hadis di atas ialah, pernikahan adalah tidak sah tanpa izin wali. Hadis berikut memperincikan maksud hadis di atas:Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal (baginda mengulanginya tiga kali).[2]


Jika dua hadis di atas merujuk kepada anak perempuan, maka dua hadis berikut merujuk kepada anak lelaki pula. ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:Aku pernah memiliki seorang isteri yang sangat aku cintai akan tetapi ‘Umar (bin al-Khaththab,yakni ayahnya) tidak menyukainya dan menyuruh aku menceraikannya. Namun aku enggan.Maka ‘Umar membawa hal ini kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan menceritakan apa yang berlaku. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab (kepada ‘Abd Allah ibn ‘Umar): “Ceraikanlah dia.”[3]


Dalam sebuah kes yang lain, Abu Darda’ radhiallahu 'anh berkata: Bahawa seorang lelaki datang bertanya: “Sesungguhnya aku memiliki seorang isteri akan tetapi ibu aku menyuruhku menceraikannya.” Abu Darda menjawab: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kepada kamu (seorang anak) sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya.”[4]

Sumber. SINI. 

Oleh itu, sebelum hubungan itu pergi lebih jauh... bertindaklah segera. Saya bersyukur buat masa ini keluarga saya tidak begitu memilih, asalkan boleh menjaga anak anaknya dan tidak melampaui batas agama, itu pun sudah mencukupi.

 
 "Andai kata, jodohku dah ditentukan nanti, aku doakan si dia mendapat restu dari keluarganya dan keluargaku." 

Saya doakan sahabat saya yang tercinta ini sabar menghadapinya, setiap yang berlaku ada hikmahNya dan tidak mustahil jika dah tertulis jodohmu miliknya, pasti hati ibu, hati abangmu akan terbuka untuk menerima dia. percaya lah~ :)

Sekian~

Saturday, November 10, 2012

Saturday, November 10, 2012

Alhamdulillah. 10.11.12~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Berakhir satu lagi majlis penuh meriah, seorang lagi sahabat saya bertukar status. Alhamdulillah.

Internet sekarang seumpama seekor siput. Dan tidak melampau saya katakan bahawa siput pon jalan lagi laju. So, next entry saya akan cuba update apa yang terjadi hari ni ya. =)



This is my big day that i talked about. Oh Yeah.. Oh Yeah.. Semua wedding kawan saya adalah big day untuk saya. =) 

P.E.A.C.E.

Sekian~

Tuesday, September 25, 2012

Tuesday, September 25, 2012

Wedding Nik Nurul Nadiah & Zaza.~

Assalamualaikum...

Hye korang!!!!

Sorry... lame gile tak buka blog and blogwalking. busy. ceh.. busy lah sangat... Ni baru balik dari buat lab di KL.. so busy lah kan. hihi... sempat jenguk blog pon 10-15 minit je... Banyak entry nak kena terjah ni. Busy lagi lah jawabnye....

Pada tanggal 16.09.12 sebenarnya Sape yang kawen?? kawan saya lah... satu batch di UKM dulu... Namanya Nik Nuruh Nadiah... dan kami panggil as Nik. Tapi hubby dia saya tak sure nak eja namanya.. kuikui.. so, untuk selamat letak nama panggilan orang kebanyakkan padanya... ZaZa... hihi. Bianae.! :)

Sampai sana agak awal.. tapi ramai kawan-kawan kami datang lagiiiii awall.... So, kebanyakkannya sempat tegur hi hi bye bye aje.. sobsob. So, tak ade gambar depa.. yang ada pun.. yang duduk dekat-dekat aje masa makan.....

Sampai-sampai pulak memang perot mintak isi sambil tendang-tendang usus.. waa.... lapa... so, kamera... memang di abaikan.. lepas tu tengah makan, pakai tangan, mulot pulak laju menguyah... pengantin masok pulak... waaa... berdiri sekejap tengok pengantin. SENONOH SANGAT kan anak dara. hehe..

ape pun.. majlis Nik dibuat besar besaran.. meriah.. video akad nikah siap dalam dewan... datok, datin semua datang... yela, anak sulong.. perempuan pulak tu... kan. Haruslah meriah. hehe. happening majlisnya.

Okeh. tak mo cite dah. Jom tengok gambaq.

:: maaf... kamera cabok resolusinya "mengagumkan" HAHA.

Sempat menempel ambik berkat... macam anak raja dah haa~~~

Uchop and Intan.

3/8 mawardah... ??

Aish.... comel betul budak Intan ni!

Gelap kan?? ini yang saya maksudkan "mengagumkan" gambar dari kamera ni! pffft.

Mate kalau boleh nak tutop terus!!! pffft.

Ni la Amal Hamsan...
buku terbaru dia KETAKUTAN.
eh? yekee..? maap Mal kalau salah.

Yang belakang tu paling photogenik... sempat dia menempel kat belakang tu... ishk2...


gambar no 4 tu.. muke eden.... ishk2... serius betol!

wani, me, amal, bit.

yang gambar ketiga tu InsyaAllah becoming.. ngee... aminn.. dua dua kawan saya...
semuga berbahgia... :)

SEMEJA.

SEDINDING pulop. kehkeh.

before makan.

Madey, syafiq.

aish.. tak payah cite.. hari-hari jumpa! hehehe. 



Maapkan saye.. gambarnye banyak tak terkire... dan rata-rata langsung tak ikot susunan... hehehe.. apepon... >>>>>>>


"SELAMAT PENGANTIN BARU NIK... semuga IjabQabul mu berkekalan sehingga ke Syurga"
Aaminn.

Sekian.~

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang