RODONGANS~

Showing posts with label MAKAN-Makan. Show all posts
Showing posts with label MAKAN-Makan. Show all posts

Wednesday, May 29, 2013

Wednesday, May 29, 2013

Bila Perut Berbunyi.

Assalamualaikum.

Bila perut lapar, macam-macam boleh kite fikir kan... nak marah pun ada dan kadang-kadang nak marah pun tak larat. Mood ke laut... Lepas tu macam-macam nak makan. Benda yang masa kenyang kita rasa tak sedap terus nampak sedap kan.. 

Ye. Sekarang saya lapar.. bila nampak biskut yang saya tak berkenan masa kenyang terus saya rasa meronta nak makan. ishk. sedap pulak den tengok. haha..

Tetiba teringat satu hari yang hening.... saya dan cik yana ke mid valley.

Kali pertama diriku ini menjejakkan ke satu restoran yang tidak ku ketahui isi dalamnya.. Terletak di  mid valley walaupun acap kali ke sana. eh acapkali dekat ke jauh? ke patut tulis acap kali atau acap-kali? haha.... failed. Stop membebel budget excellent BM. Oh Bahasaku! Betul, itu first time saya ke sana. ke sana maksud saya bukan mid valley tapi kedai makan tu.. mid valley tu mau berpuluh ratus kali i pegi. playgrounds. haha. okeh tu tipu.. 

before sampai cik Yana dah warning.. "taugeh dia banyak tau". Saya pulak dah terbayang... "kedai tu vegetarian agaknye?" haha.. tapi tak pulak tanya yana betul ke tak. Saya terbayang satu pinggan penuh dengan taugeh je. Gulps. Saya suka makan taugeh cuma.... kalau cuma taugeh. "lapa beb!". 

Bila dah sampai. hok oloh.... ade lah daging... daging ayam, ikan, lembu.. haha.

pinjam orang punya. Ni ayam... Kalau tengok saya punya pic mesti terkejut. tak nampak nasi dan daging tapi tak tangkap pic pulak masa tu. Bianae. =P

Chop sepinggan Beef set. Masak depan mata, bila dapat tu dapat nasi dan daging dulu. Sedap woo... menangis. bila terkenang tu menangis. haha... nampak sangat sekarang tengah kebuluq kan... hehe.. Tengah makan tu, dia letak taugeh. MAK KAu.! tutop semua nasi dan daging.... banyak gila taugeh. Ye, saya sukakan taugeh tapi tak sampai level tu. haha..

Apapun, sedap! thanks to yana... dia tak belanja i okeh.. ehem.. tapi perkenalkan i. hehehe..... Waaa.. nak makan tepayakki pulak rasanya! lapo. dush-dush.

Sekian~

Friday, March 08, 2013

Friday, March 08, 2013

Tempahan Woo.

Assalamualaikum.

Hai. Mesti ada yang dah bosan asyik post pasal apam aje. hahahaha. maafkan saya. =P

Lepas saya buat tu, abang zul bawa ke ofis. tibe-tibe ada orang nak order. Mulanya dua bekas aje. Dah siap 2 bekas, then ada orang nak order lagi.. 5 bekas. Baru semalam saya buat tuk 5 bekas itu.. ada tempahan untuk 200 biji pulak. woo woo wooit. Ley buka kedai ni. hahaha. padahal tak banyak mana.. sebenarnya, saya buat tuk akak je. Kire akak owner. ewah... Dah jadi owner tuuu. haha. Saya tukang kacau bahan, tukang masak  dan tukang design corak aje.... wooooo...... 

yang penting sedap woo. 

haha..... perasan.

Orang muor panggil ni apam aiskrim, sebab masa bagi cik uchop keliwon makan. Dia sebut apam aiskrim. hehehehe. aiskrim pon boley sebab aiskrim sodaaa... hehe. =)


apapun, setiap kali buat apam ni.. mesti aisyah bawak bekal pergi pra-sek... hehehehehe... itu lebih membuatkan diriku ini berbesar hati. ngeh ngeh. =P

Dah la. asyik apam aje. Nak try benda lain pulak la. wuhuuuu.

Sekian~

Sunday, March 03, 2013

Sunday, March 03, 2013

RESEPI APAM MEKAR.

Assalamualaikum.

HEllo hello hello.. selamat malam Malaysia salam maghrib. ngih ngih.

Okay, hari tu saya ada tunjukkan apam mekar yang saya buat dan saya telah menunjuk nunjuk tanpa niat kat blog ni kan. maafkan saya. heh heh. Disebab kan ada permintaan daripada Puan Shiela kite yang come lote ituww. Saya gagahkan pegi carik resepi akak untuk di taip di dalam blog ini. ehem.

Sharing is loving kan. *wink*

Resepi ini dikatakan resepi En hadi & isteri dan diolahkan oleh bonda & Nuwaini. Maafkan saya, tiada link di sini sebab saya dapat resepi ni pon hard copy. sowey mowey.

Bahan-bahan:

3 biji telur ayam red A
1.5 cawan gula pasir (boleh nego kalau nak kurang =P)
1 sudu teh ovelete
1 cawan ais krim soda yang baru dibuka (F&N sahaja)
3 cawan tepung gandum
esen vanilla/ros/pisang (untuk hilangkan bau hanyir telor)

Cara-caranya:

  1. Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovelete. Pukul hingga kembang, putih, gebu dengan kelajuan maximum.
  2. masukkan ais krim soda dan putar lagi.
  3. masukkan tepung gandum ke dalam adunan dan putar lagi hingga sebati.
  4. titiskan esen vanilla dan putar hingga sebati.
  5. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan anda.
  6. Piping adunan anda ke dalam cup mini saiz S pun boleh. Jangan sampai melimpah ya. (guna sudu pon boleh.)
  7. kukus dengan api paling marak selama 7 minit. (awas jangan sampai marak hingga ke ruang tamu.. itu bahaye!)
Dah siap! dan pastikan cup tu letak dalam tray cup ye sebab nanti apam jatuh melendut. ngeh ngeh. Dan pastikan tray tu banyak jadi boleh buat dengan cepat sebab nak kukus cuma 7 minit dan cup sangat kecil. Faham fahamlah, kelajuan dan kepantasan adalah penting. =)

pastikan ikut langkah ini ye. Takot apam tak menjadi seperti apam saye. *wink*

Selamat Mencuba!!


Dan ini adalah hasil saya buat apam kali kedua petang tadi.. weeeee.... shiela. shiela. buat cepat-cepat ya. Esok akak nak bawa sebab ofis dia ada buat makan-makan. =)

Thanks to my sis sebab carik resepi yang sangat menjadi ni. ngih ngih.

Sekian~

p/s:  Shiela buat tuk hubby elok-elok ea... kihkih. *wink.wink.wink*

Wednesday, February 06, 2013

Wednesday, February 06, 2013

Dinner o Dinner.

Assalamualaikum.

Lepas habis blaja di Bangi dulu, kiranya tak ada dah dinner lepas tu. Kat sini department macam tak aktif sangat ah dengan aktiviti luar akademik ni. Mungkin sebab tu tak semua batch rapat atau silap hari bulan tak kenal kan. Tapi kelebihannya, sini tak besar.. student tak ramai.. jadi, pusing pusing jumpa orang yang sama jugak. hehe.

Hari tu teman akak pegi cameron highlands. hari tu merujuk pada satu masa yang agak lama jugak sebelum update lah kan. kihkih.. tapi pegi sana ade dinner woit. hoho. Dinner dengan misi misi, doktor doktor. Ingat time tu kalo dinner dengan dorang ni skema lah kan.. Aling aling, macam kite kite jugak.. pakai lawa lawa... macam macam... ade nyanyi nyanyi... ade cabutan bertuah.. cuma saya orang bawaan je kan. Jangan harep ler dapet. hihi. Ade la tangkap gambo banyak tu memang banyak cumaa kebanyakkannya gambo akak. yela, dinner dia.. i follow je. =)

 comel budak kenit tu... PEACE jugak kakak.!

 makan makan... teka mana akak saye!???

 Geng akak la ni. Akak paling mude. saya mana? photographer le... 

 Staff nurse n Doktor2.

 Ni kakak. Nama betul unknown tapi mama dia Kak Pah dan ayah dia Abang Ji... saya tak tahu kenapa tapi saya suke budak kecik ni. Siyes tak banyak songeh. siyes baik. siyes. *mukesiyes*

 Haruslah tangkap banyak tempat.

 oh, teman seapartment. kihkih. sisters.
teman sekerja ateh lor.

 Tak boleh nak maso sume. saya amik separuh je la. Sempit ruangnya.

 Oh, Ni la ateh si kakak saya.. =)



LAST BUT NOT LEAST.

GAMBAR SAYA la......! ngehngeh. Nak jugak sekaki dua ye. =)

Gegar pon gegar lah kan. peace.

Tangkap tengah makan pon boleh. Perempuan kalo makan. Mana boleh sopan sangat. Tak keyang la weh. hehe.

Saya tak tahu kenapa guna kamera canggih jadi warna oren macam tu. dah la tema oren, lampu oren, gambar pon oren. memang sape tak pakai baju oren pon nampak oren. Kan? hehe.

Nati update esoknya pulop. Jalan jalan cameron. =)

Sekian~


Tuesday, November 27, 2012

Tuesday, November 27, 2012

Sate Bota.

Assalamualaikum.

Hye! hep hep hooray.. *tetibe*

Rakyat Malaysia saya yakin memang familiar kan dengan sate kajang @ sate Haji Samuri... rata rata orang cite pasal tu. Bila datang kajang, pergi main restauran dia.. pergh... penuh, sesak dengan orang. Sedap. Tapi dengar dengar kat main restauran dia je sedap.. bila pegi cawangan dah kureng. Orang cite, tak tahulah kan. Pernah pergi kat Kajang tu betol. Sedap.

Dan sejak sejak belajar di Perak ni.. kawan kawan sini perkenalkan sate bota. Okay, pernah lah dua kali makan sebelum ini. Pergi pun dengan orang lain lain. Dan hari tu yang saya dah tak ingat hari apa tapi saya rasa hari khamis. Akhirnya, kami pergi jua. Setelah plan berminggu minggu.... lepas jugak. 

Sate Bota ni dibuka hari Khamis-Ahad je tau,
Terletak di jalan menghala ke Lumut (ipoh-lumut),
dibuka dari pukul 4 sampai pukul 10. 
Tapi saya sarankan jangan pergi malam. Sebab sate perisa lain dah banyak habis dan nasi impit pon dah tak de. Mungkin laku sangat petang petang kot. Hehe.

Saya rasa okay lah sate bota ni. Cuma dia manislah, kuah kacangnya halus dan manis. sate dia pun manis kemanisan sikit. rosak bahase guwe. ehehehe. Tapi sape datang sini jarang jarang, trylah. Tak pun sesiapa yang belajar sini, wajib try sekali. Malulah weii.. duk sini dua tiga tahun tak merasa. Kang orang tanya tak ley jawab kan. hehe.

Tapi sape yang bencikan masakan selain kuey dan kek yang manis. Sila jangan cuba banyak. Sedap tapi manis. macam mana nak cakap eh, try sendiri lah. hehe.

 Haa.. ni la ghupenya sate bota. Nampak menarik kan.~ hehe.


 Rase iklan ni zaman tok aki dulu kot..
"makan cara asia, minum cara asia."
hehe.

Sekian~

Tuesday, November 13, 2012

Tuesday, November 13, 2012

ANGGUR KAMPUNG?!

Assalamulaikum.

Hye peeps!

Hehehehe... *belom pape dah sengih*

Anggur kampung? pernah tengok tak?? sebenarnya bukan anggur pon.. haha. Kundang.. kami di sini menggelarkan buah ni kundang.. bewarna hijau semasa belom masak dan berbiji purple. Bila masak warna nya keorenan atau mungkin boleh jadi merah. yang pasti buah ni masam. Bila masak dia akan berasa suweet sour gitu. hihi. Nyumm.. *kecur liur*

Rumah kami ade dua pokok kundang... belakang uma je. Dua dua besar dan tua. Tapi satu tu malas berbuah.. agaknya lebih 5 tahun dah tak berbuah.. ke lama lagi? entah tak ingat.. Tapi yang satu lagi tu memang rajin berbuah... setahun-dua tahun sekali.. hehe.. rajin lah tu. Dari tak berbuah langsung kan.. Dann sekarang dia tengah berbuah... yeayyy..... tapi maseh muda.. bergugus gugus di atas pokok.. 

Saya pernah dengar akak ipa panggil nama lain, tapi saya tak ingat apa.. akak ipa orang kelantan.. so, memang kompem saya tahu orang kelantan panggil kundang ni dengan nama lain.. nama ape ea? lupa dah..

Bergugus gugus macam anggur so, saya panggillah anggur kampung. Sekarang musim hujan dan buah tau. 14 pokok rambutan berbuah abah kata, selain itu... pokok rambai, durian, kedongong, kundang, langsat, mata kucing@bidara semua berbuah.... tomato pon kat tepi uma ni berbuah.. eh? tomato? hehe.. betul. tomato yang kecik kecik tu. ade tepi uma kite tau.. oh, saya sukakan kekampongan. ehem.

sO, saya share lah gambar kundang yang saya makan semalam.. Nyum2... :)

Ade gaye anggur dop?

Rangup tau yang kecik2 tu..

Cicah gula ye. Letak garam sikit. nyum.

Hehe.. amacam. terliuq tak? sedapnye.. mashamm... ufff. 

Saya sukakan kampong saya. NOted!

Sekian~


Wednesday, September 12, 2012

Wednesday, September 12, 2012

TWO FAMILY GATHERINGs & 2 WEDDING INVITATIONs .

Assalamualaikum.

Hye!

Ehsan Google.

Raya dah nak habis kan. Ni antara minggu-minggu last nak raya. Saya pun tak sabar nak raya lagi sekali dalam bulan raya ini. Tadi my sis called. 

Dia bagitahu tiga perkara...

Satu: Kami ada family gathering lagi sekali untuk waris keluarga ABDUL RAHMAN.

Dua: Kawan sekolah rendah saya, Syafida akan melangsungkan perkahwinannya.

Tiga; Buah kedongdong berbuah lebat, peminat tegar buah tersebut adalah saya dan saya diperlukan untuk menghabiskan stok buah tersebut. sambil dengar mak bebel tepi phone bagitahu buah tu tak ade orang nak makan. 

Tapi saya ada dua perkara yang menyebabkan saya tak boleh balik:

Satu: Kawan saya, Nik Nurul Nadia akan melangsungkan perkahwinannya di Nilai.. di jangka ramai kawan yang satu batch dah lama tak jumpa akan berkumpul.

Dua: Angah nak buat makan-makan untuk family dan cousin kami yang ada di KL.owh itu tak kompem lagi tapi besar kemungkinan ahad. 

Kekangan masa menyebabkan saya tak boleh balik juga sebab selasa saya ada training di KL. So, saya tak berkesempatan untuk balik. waaa~

Oleh itu, banyak perkara serentak dalam satu minggu. Kalau masa boleh disusun-susunkan, saya nak pergi semua! and my sis bagitahu tadi buah tangan dari Kota Bharu adalah kain pasang cotton rama-rama. Oh yeah. Pemberiannya tidak pernah saya tolak dari kecik. Kehkeh.

oh, kebetulan saya jumpa gambar Abang PokPok saya dan Syasya~~

Kalau Angah jadi buat makan-makan, kemungkinan untuk jumpa abang POKPOK yang dah lama tak tengok muka itu tinggi. ngee~~ dan syasya mesti datang. saya paksa. kena datanglaaaa... "mak andak rindu..... lama tak jumpa!". Nak balik rumah sanaa susa... jauh dari transport awam.. kena drive sendiri. tak Mampu lagi... tak kan nak harapkan abang je hantar sana sini.. *i berdikari tau u. nGee~

Sekian~



Sunday, August 12, 2012

Sunday, August 12, 2012

Terbukti Wanita Buas Semuanya~

Assalamualaikum.

Hye korang! *tajok tak boleh nak blah lagi kan.
NGee... ape cite rini? semalam dari petang sampai tido tak online. tak menyempat, busy betol. Ehem.

Semalam actually, kami hosmate kuar makan luar and niat hati nak shopping.. *pada awalnya sorang je kot nak shopping. HAHA. 

Tempat dituju: AEON Seksyen 18, Pengkalan.

Waktu berbuka: 7.32p.m 

disebabkan semua kedai penoh, kami decide solat dahulu. Prepared roti dan air masak sahaja. Setelah selesai...

Makan: 8.15p.m

Tempat pilihan: Pizza Hut. *hampir nak masuk kenny roger but still full house. ceh. selamat wet aku.

Nana, Waniey, Arfa. kihkih.
Uchop Santorian... Yana.

dan hasilnya....... seperti di dalam gambar!

Main Set!
SIDE DISHES 1
SIDE DISHES 2
SIDE DISHES 3
SIDE DISHES 4
Bahana kepada segala order kami iniiii.....

MAK!! POSE lah makan luar lagi seminggu. tehee~
"Mujur kongsi lima orang.. pfff"

Nampak tak?? buasnya kamii.... haha.. perot dah jadi kakak dinosaur memasing.. Lepas tu masing-masing sedapkan hati...

"tak pe lepas ni kite shopping, jalan-jalan tengok barang.. buang kalori.."

sebab makan cheese terlebih. Semua menu bercheese. gile kau. hahaha....

Akhirnya, kami balik sampai tahap pekerja AEON tu announce kan yang depa akan tutop dalam masa 2 minit! KAHKAH. wanita. wanita. balik lah woiit.. :P

Semua orang dapat hasil. Paling penting hasil sayer paling sikit. under rm30 je barang sayer.. orang lain?? tak mahu cite... tak terkata. wanita. wanita. HAHA.

what ever it is.... semalam kami semua happy dan puas hati. Maybe sebab jalan dalam keadaan senang hati, gembira dan ehem.. sale sale sana sini... kehkeh.

Note: kat PADINI orang beratur nak bayar sampai keluar kedai kot. gile tak gile.

Sekian~


Saturday, August 11, 2012

Saturday, August 11, 2012

Juadah Berbuka Wanita Bujang Berselera Anak Dinosaur~

Assalamualaikum.

Hye!
Saya rasa ramadhan di hostel tahun ni adalah yang paling best pernah saya alami bersama-sama dengan kawan yang cukup awesome. tau tak kenapa and banyak mana lah sangat ke'awesome'an depa ni?? hehehe...... meh nak cite siket...

Hari tu saya ade cite kan yang kami makan steamboat. So, satu menu boleh pangkah kalau nak makan luar... boleh buat sendiri kott!!! hahaha. hoyeah hoyeah. tom yam nyummy.

Then, i remembered. satu scene tu....:

Yon: Eh, korang pilihla menu ape korang nak tuk buka.. nak beli bahan senang.... *sambil bagi buku masakan sebagai rujukan.

Saye: yeke... okay.. *sambil belek-belek ngantuk....... maklumlah, dah habes teraweh. mate kuyu.

Yon: esok boleh beli barang nak masak.

Saye: tak tau la yon... tak reti nak pilih.. ape-ape yon masak kite makan aje... *mate maseh kuyu sambil sengih-sengih kera sumbang.

Keesokkan hari nya ketika bersahur.

Saye: **sambil membelek-belek buku dan yon pon sampai ke meja makan..

Saye: Yon Yon Yon.. sini sini... kite rasa kite dah tahu kite nak makan ape... ni ni ni... hahaha... *sambil tunjuk kedua menu ayam masak merah dan ayam merah masak madu. 

eh yeke tu nama nye? entah..  yang pasti itu feveret ku.... :P

Ketika berbuka, khamis: TARAAAAAAAA.

Ayam MASAK mERAH.
hahahahahhahaha. sayang yon! sayang banyak-banyak!

Dan minuman wajib kami yang diwajibkan oleh saya sebab saya beli perisa ni sebab dapat percuma jag.... adalah air SUNQUICK BLACKCURRANT.  kahkah. maap. disebabkan saya beli sunquick botol besar. saya sanggup jadi tukang buat air sepanjang bulan pose ni tuk korang dan tak boleh pilih menu air. Air ni je. WAJIB! kihkih.

Dan kami perlukan 2 jag air sekali berbuka untuk 6 orang okay. 6 ORANG SAHAJA... perut macam perut anak paus semuanya... :D

Air Blackcurrant dan jag ni ofcos lah free giftnya..  :D

Berbuka semalam, Jumaat:

Yon masak satu menu baruuu...... yeay.... Paprik.. paprik campur.. semua campak, sotong, udang, sosej dan sebagainya dengan sayur kangkung dan buah oren. NYummyyy..... Saayaanng Yon! SO, pangkah paprik kedai.. boleh buat sendirik kot... err.. yon la buatkan. ngeeee~

PAPRIK.


Menu kami malam ituww.

Dan malam jumaat tu Yon terus buat puding jagung tau.. kami makan sikit time sahur... dan selebihnya kami buat moreh.. pergh. wanita... wanita.. pelahapnya. banyak betol makan bulan pose ni.. Mujur semua masak sendiri... Puding tu sangat sedap... sehinggakan... kami boleh pangkah la puding jual kat pasar malam and bazar.. *angkat kening*

Terliur tak?maap.

Yang sebelum ni memang kami masak. tapi tak terpikir nak tangkap gambo, makin ke akhir puasa selera kami macam dinosaur... haha. makin enak dan menu bertambah dan moreh siap...! dulu, mana ade moreh.. DIET kot!! :P

Hehehehe.. hari ni agak-agak makan ape ye? sahur tadi dah sardin dan ayam goreng tom yam... ahaaks. wanita. wanita.

sorry. puasa baru bermula tapi dah post makanan. ngee~

Sekian~

Thursday, August 09, 2012

Thursday, August 09, 2012

Sahur MakananCepat~

Assalamualaikum.

Hye!
Korang makan ape sahur tadi?? ke tak sahurr terus?? hikhik.. Saya hari ni julung-julung kalinya sepanjang hidup selama 2* tahun niii, makan makanancepat@fastfood. wahwahwah...... budak-budak ni punya plan. I follow ;)

Tempat Tumpuan Kami: McDonald baru di Bandar Seri Iskandar.

Okay jugaklah plan tu walaupon bangun pukul 4pagi kan, bila lagi nak try. Niat nak makan breakfast meal. Ngidam.. sedap woo.. tapi sampai-sampai breakfast meal start pukul 6-11pg.. eh, dulu start pukul 4 kenapa tukar?? shud be bulan puasa ni la diawalkan.. waaa.. jahatkan. pukul 6 pulak tu.. elok-elok umat Islam yang beriman kena benti makan!

McChicken aku punya dan Nugget wani... :)


Backup plan saya.. beli mcChicken.. julung-julung kali nya sepanjang saya makan McD saya beli McChicken.. sebab nak beger kecik. Nak beli feveret Spicy Chicken McDeluxe takot tak habes. Perot cinonet. Secara rahsia tadi saya tak makan habes roti dia... hehehe. kawan-kawan saya tak perasan. Naseb bek beli Ala Cart. 

5tray tunggu diisi, tray yang ade air tu tray kami...
hehehe... sabolah ye. ikot turn.

McD ni tak sampai seminggu buka, sebelum ni kami nak makan McD kena pergi Ipoh tau.. hehe. Bila dah buka ni saya dah boleh agak sape yang serbu.. budak-budak UITM dan UTP ler.. haha. Nama je makanancepat tapi dapat lambat. Tapi saya cool je tadi sebab faham, McD baru, tak sampai seminggu usianya.. kalau tempat lain.. harap maklum. Sila melenting! Tapi tak pernah lagi McD serve lambat, KFC ya~

Cantik Pulak gelas ni.. rase nak beli, tak mampu sahur pagi-pagi~
So, korang sahur ape? sahur ke takkk.. keekeke~

Sekian~

Moh Moreh moreh~

Assalamualaikum.

Hye!
kauorang makan ape hari ni moreh?? penat-penat teraweh tak kan tak lapa kot.. hikhik. siyes tak lapa?? diet leteewww...

Okay. Hari ni kami housemate berbuka spesel tau.. steamboat homemade. eh? yela yela.. tak makan kedai.. sup sup buat sendiri. tom yam sudah semestinya. Kami kan ade tukang masak bertauliah. Yon namanya... hehe. Kenyang makan berbuka.. Alhamdulillah.

actually hari-hari masak aje, tapi menu hari ni lain dari lain... tak ade nasik. wah wah... esok mampu ke tak makan nasi malam ni?? *pejam mata*



After teraweh semua.. satu tuntutan telah dilaksanakan.. tuntutan sejak berhari-hari yang lalu. mutabak meggi!

Mutabak ke panggil..? dulu zaman sekolah saya panggil pizza meggi.. meggi goreng bertelur ke.. ape-ape lah kan. Tapi yang saya buat ni paling simple di alam semester. tak ade ayam, bawang, udang ke ape. Just meggi, telur, cili potong dan minyak masak. dats all guys.!

Tadaaaa~~

Dan yang menariknya... ianyaaa sangatt sedap. sangat ker?? haha. Menjadi lah after ten years tak buat. Okay what??! Berbaloi masak sikit, baru rasa nikmat nya. :) jangan tertipu dengan gambar tu... benda tu nipis je sebenarnya. Buat sebungkus je makan 6 orang. "Jaga kesihatan lah katakan.." achoom!



dan kami makan cupcake jugak. Cik Wani bawak dari KL sebab semalam dia baru sampai hostel. Sedap!

Kawan-kawan esok kite buat lagi ea... hikhik. mentang-mentang jadik! :P

korang pulak? moreh makan ape?? hihi.

Sekian~

Wednesday, July 04, 2012

Wednesday, July 04, 2012

ELOK MAKAN CUKA?

Assalamualaikum.



Hye!
Dulu mase kenit-kenit dulu, selalu kena marah tau bila makan benda masam-masam ni, tambah-tambah jeruk. Kate mak cuka katanya, nati perut sakit. Tapi asal kejadian saye ni, suke sangat makan jeruk. Faham tak perasaan ku ini.. waaa.. even asam keping pun saye boleh makan sebelum/selepas di basuh. Bukan dulu je zaman kenit-kenit tu tapi sekarang pom. haha.

Dan orang selalu kate selalu makan asam nanti tak pandai... waaa... Dah la perut tak sihat sakit pandai pulak! TAPI tak sangka... rupa-rupanya CUKA ni sebenarnya makanan harian nabi-nabi tau. Even before Nabi Muhammad s.a.w pon dah di amalkan. 

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).

Cuka ni rupa-rupanya dibuat daripada buah kurma, epal, anggur atau tin yang diperam menjadi jus kemudian alkhohol kemudian menjadi Yis dan seterusnya asid asetat akhirnya membentuk KHAL atau omputeh sebut Vinegar. Kite melayu cuka lah kan. dan elok di amalkan makan dua sudu setiap pagi..err?biaq betol makan cuka ni tau...... patut rumah akak ade cuka Kurma! 

Bukan orang arab je yang amalkan.. omputeh pom. Patut selalu masakan dorang di masukkan cuka penyedap rasa. So, lepas ni boleh la makan jeruk banyak-banyak! teheee... ~tapi mai rasa jeruk buat sendiri je paling selamat sebab kite tahu mak memang campur suka dan bahan semula jadi je. Kilang entah apa lagi ditambahnya. Wah! terliur dah.... tapi tetap sodap!! ummmm pejam mata.

Dan jangan jugak makan cuka dengan susu sebab itu amalan nabi. Setiap tu mesti ade sebab kan macam susu pon tak boleh makan dengan daging, ikan dan telur. 

Nak tahu lebih lanjut Klik SINI dan SANA. :)

Hehe. Jom sarapan. Bebel pulak pagi-pagi ni.



Sekian~

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang