RODONGANS~

Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Tuesday, February 23, 2016

Tuesday, February 23, 2016

Kerja di rumah atau Pejabat?

Assalamualaikum.

Kita sekarang hidup dalam keadaan ekonomi tak menentu dan banyak persaingan. So, ramai yang struggle nak teruskan hidup selesa dan ramai juga yang hidup dia tak terkesan. Itu, bergantung pada rezeki masing-masingkan.

Okay, apa beza kerja di pejabat dengan kita buat income dengan kerja di rumah?

Based on experience la..

Saya pernah kerja waktu office hours (mula awal dari office biasa dan balik lambat daripada mereka) dan now working home based. Banyak beza... pro dan kontras dia lebih kurang je.

Office Hours:
1. Ikut time.. masa tu masuk, sebelum masa tu tak boleh keluar. 
2. Tak boleh balik suka hati masa kerja (nak keluar kena buat pas bagai)
3. Ada bos pantau kerja.
4. Ada daily routine...contoh:hari ni satu lubang naik,so kena logging cepat supaya sampler boleh sampling cepat. Kalau buat lambat, esok akan bertindih lubang baru... especially kalau drilling hole pendek.
5. Anak kena hantar pengasuh.
6. Malam penat, makan luar.
7. Ada KWSP dan ada yang ada Pencen.

Home Based:
1. Working hours fleksible. kadang-kadang tengah nak baring tidur pun buat kerja, tengah suap nasi anak pun buat kerja, tengah masak pun buat kerja
2 .Makan di rumah
3. No pass card, thumb print bagai
4. Tiada bos pantau
5. Anak jaga sendiri
6. Ada daily routine juga cuma tak ada checkup atau berkaitan dengan pekerja lain.
7. Tiada KWSP atau pencen.

tu contohlah situasi kerja office dan kerja di rumah. Tapi dua dua ada KONTRAS dia.. 

KERJA OFFICE ni kita banyak lagi load kerja, Hari-hari menghadap job, sebab job tu ada dateline.. meeting kadang-kadang hari hari, kadang-kadang..2-3 kali sehari. Balik lambat, so anak dengan pengasuh. Kadang-kadang tersasul umi sedangkan kita mama...umi pengasuhnya. haha.... Tapi bulan bulan ada potongan kwsp kalau swasta, ada yang dapat pencen. Bila habis waktu kerja... kerja tinggal di office.  Malam tu memang masa dengan keluarga. fokus. 

KERJA HOME BASED ni memang seronok. duduk di rumah. cuma bila bekerja di rumah kita tiada limit hours. so,kadang-kadang tengah main dengan anak kena hadap kerja. So, sampai kadang-kadang suami kata...  anak tu.. nangis dah nak mama layan dia. Sometimes, tengah makan pun hadap telefon. Nak tidur pun hadap telefun. masa berkualiti dengan anak dan suami tu kurang kalau tak pandai bahagi masa. Tapi jimat kerja di rumah,tak perlu fikir nak bersiap pagi, hantar anak pengasuh, nak ulang-alik kerja. Cuma, tiada kwsp atau pencen. Bergantung kepada kepandaian kita menyimpan duit. 

So, terpulang kepada individu tu sendiri nak pilih yang mana. Kadang-kadang bukan kita nak pilih tapi Allah dah kasi itu rezeki kita bermakna itu terbaik untuk kita. So,yakin. Setiap orang rezeki mereka berbeza. Kita kena redha. 

Asalkan personal matters kita tak di kontrol atas tuntutan kerja sudah. itu dah melanggar hak asasi manusia. hehehehe. bekerja bekerja juga. tapi ada limit.

Pernah dengar tak orang kata... antara kerjaya dan keluarga. Pilih keluarga. 

Ya, saya pilih keluarga masa quit kerja dulu. Memang ramai kata saya tak bijak sebab gaji besar tapi berhenti kerja tapi saya cuba yakinkan diri saya ada hikmah ikut kata suami. So, orang lain pun sama. Jangan ragu perancanganNya.

Jadi, saya share sikit pengalaman kerja di rumah dan office. Dua-dua ada kebaikkannya.... Dua-dua saya suka. Cuma, rezeki Allah yang memberikan saya laluan untuk perubahan. Alhamdulillah.


so, jangan feeling down orang kata perempuan kena duduk rumah! lebih baik.. tak juga, kalau memang itu keperluan.. kerja sahaja. Peduli orang kata apa.

Tapi yang duduk rumah jangan pula down sebab orang kata rugi belajar tinggi tapi duduk rumah je... jangan risau.... mungkin saham kita di sana nanti TINGGI. Positif kan diri ya.

Sekian.

Sunday, June 29, 2014

Sunday, June 29, 2014

Puasa

Assalamualaikum.

Puasa. lip lap lip lap dah puasa balik. Hari ni 1 ramadhan. sempat sahur ala kadar dengan suami. wuwu.Alhamdulillah. Memandangkan sekarang kurang upaya jadi sahur begitu dah memadai. Baru separuh hari angin dah mula keluar membuak-buak. harap dia tak memudaratkan tubuh badan lah malam nanti. Amin.

Bulan ni InshaAllah kalau kekurangan upaya bertambah baik.. akan puasa penuh. Hopefully segala moning evening nighting sickness tak ada. Semalam dah terlepas satu terawikh. Niat daripada pagi nak pergi.. at last terkujur di bilik kurang upaya berbaukan minyak angin. sobs. 

DUGAAN.

Dapat habis puasa pun dah alhamdulillah. harap sempurna. Maapkan hambamu ini YA ALLAH.

Berbulan tak buka FB, WHATSAPP, WECHAT, BLOG (apatah lagi) dan lain-lain. Hari ini first time dapat gagahkan jejari nak taip kat blog. *buang tebiat agaknya, tibe-tibe*

Dah. kang kantoi. kat opis.

Bye-bye.

Selamat Berpuasa kawan-kawan.

Sekian~

Wednesday, June 12, 2013

Wednesday, June 12, 2013

Frenz Malaysia (A) VS Timor Leste ---->kongsi.

Assalamualaikum.

Semalam tak ada perlawanan bola yang saya sempat tengok. Petang semalam kata abah ada satu tapi saya tak tengok sebab lepas semayang asar, saya teman ateh ke kedai slipar. eh? kedai kasot. hehehe..........

Tapi malam tu sebab abah nak sangat tengok bola.. macam gian kan. haha. Tapi ye, kami sekeluarga suka tengok bola di hadapan TV ye. TV sahaja.. bukan di stadium bagai. I dah la rabun, pegi stadium nampak apa kan. Tak puas. duk rumah boleh tengok bila kamera zoom-zoom ha... nampak segala-galanya. "sila jangan korek hidung ye di padang.."


Semalam ada satu perlawanan. ini first time saya tengok. Liga untuk ASEAN CHAMPIONS TROPHY. Tapi yang saya pasti Liga ini adalah untuk bawah 15 Tahun. dan kesemua pemain timur leste adalah bawah 14 tahun.

FRENZ A (Malaysia) vs Timor Leste.

Bila baru start tu, kami terkejut..... wah.. rambut pemain timor leste kena sodok semuanya di kiri kanan. In the other word "stylo" la..... hihi.. tapi semuanya tak begitu indonesian mukanya tapi lebih kepada muka melayu. cuma nama seperti filipina.. Okey, sebelum ni mereka melawan Vietnam kalau tak silap saya, Mereka dikalahkan oleh vietnam 8-0. Jadi, saya nak tengokla bila dah lawan malaysia ni macam mana..

Menarik. Kawalan bola mereka sangat baik.

Tapi yang menyebabkan saya terkejut ialah satu kejadian ini. Bila masa pertukaran pemain bagi pemain Timur Leste..... Pemain yang baru keluar mengeluarkan pad yang mereka letak di kaki dan diberikan kepada pemain pengganti. Sebak. Pad di kaki itu dikongsi. Pemain Malaysia tidak akan menghadapi masalah ni.. saya yakin.

Start daripada itu, saya mulakan perhatikan. Dan saya buat perbandingan antara Frenz vs Timur Leste.

1. Baju pemain malaysia kita lihat mempunyai size "custom made" atau size mengikut badan. TETAPI pemain timur leste memakai baju yang besar dan lebih tepat Free size.

2. Nombor di belakang baju pemain timur leste ini seakan-akan ditampal sendiri dan nombor mereka sangat besar. Bayangkan, jika nombor pemain itu 32. Tiga sudah besar ditambah dengan 2. Saya lihat nombor itu suntuk ke bahu. Ibarat nombor dibeli asing dan ditampal sendiri.

3. Pad di kaki cukup-cukup untuk 11 pemain. Jika terdapat gantian..... sila tukar.

4. Pemain malaysia bermain kurang bertenaga dan sering krem... tetapi pemain mereka ok-ok sahaja.

4. Nasib tidak menyebelahi timur leste kerana dengan pertahanan yang lemah dan goal keeper yang kurang tekniknya bagi pasukan Frenz Malaysia... timur leste tetap tidak berjaya menjaringkan goal.

Sedih. Bila mengenangkan mereka... saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia... dilimpahi nikmat dan kemewahan. Sesusah-susah hidup kita, susah lagi mereka.

Lebih membuatkan saya terharu. Semangat yang ditunjukkan mereka. Dengan kekurangan kemudahan, kurang sponsor tapi semangat untuk menyertai pertandingan ini sangat tinggi. Sedangkan mereka baru beberapa tahun merdeka tetapi peningkatan yang ditunjukkan boleh dibanggakan.

Tahniah buat mereka. Tak lupa, tahniah buat Frenz malaysia A sebab memenangi perlawanan 2-0. Walaupun peningkatan mata menjadikan malaysia searas dengan vietnam tetapi malaysia kekurang dari segi bilangan gol.

Best jugak. tengok adik-adik bermain..

Sekian~

Thursday, May 16, 2013

Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU.

Assalamualaikum.

Hari ini: 16 MEI 2013.

Merupakan hari guru iaitu sebagai satu hari penghargaan atas jasa dan pengorbanan seorang guru. Seorang guru yang berpenat lelah mendidik anak-anak muridnya, yang bersusah payah mengejar dan menggesa anak-anak muridnya supaya dapat membantu mereka membuat latihan dan kerja rumah.

ehem.

Okey. atas tu ayat skema melayu karangan tak berapa nak lepas.

Hari ni hari guuruuu weh.. yeay...

"Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua guru-guru saya yang pernah mendidik saya daripada saya darjah satu sehinggalah sekarang. Maafkan salah silap saya, halalkan ilmu yang diberikan..."

Saya tahu, sebab saya sekarang duduk semeja dalam kalangan guru-guru.. mereka tak mengharapkan hadiah, cukup sekadar tanda ingatan..

Terima kasih. Cikgu! =)

Dalam frame tu Kak Ati, cikgu yang saya ganti.. hari-hari saya betulkan frame itu sebab saya hormati Kak Ati sebagai guru yang saya ganti. Kalau bukan kerana Kak Ati, mungkin saya cuma goyang kaki, kembongkan pipi di rumah =)

Okey. Hari ni saya pon dapat sebijik hadiah.... eh, dua la.. Awal-awal pagi Cikgu Syamsul agihkan cupcake yang sedap dan lazat ini. Dan tiba-tiba student datang, hadiah daripada sekolah katanya.. buat semua cikgu. Malu i masa nak ambil tu, den kan baru nak masuk 3 minggu mengajar. Cikgu sementara pulak tu. Segan-segan nak ambil hadiah but akak depan meja saya kata.. "tak apalah, cikgu jugak kan.."

Ngee~

Masa solat zohor saya suka pergi dalam 2.30 ke atas sebab biasanya masa tu students dah tak ada. Maklumla, tirai surau dicabut sebab kata mereka, students perempuan asrama suka buat bising. Jadi, warden cabut. tAPi tadi, saya sampai.... berderet kasut. gulps. 

Masuk-masuk...

Eh, ramai jugak.. students lelaki di depan dan perempuan di belakang. Kebetulan, students saya. Bising diaorang.. dok panggil.. "cikgu mai.. cikgu mai.." siap nak nyanyi. aiseh.. saya angkat jari telunjuk ke mulut.. surau kan.. ade ke nyanyi-nyanyi. hehe.. 

Masa ambil wudu', kasut saya di luar pintu bilik wudu' dan kebetulan ada budak lalu dan saya dengar seorang student cakap.. "eh, kasut cikgu Mai.." haha... kasot den pon depa tau ka. malu den, kasot tak comel.

Apapun.... saya senyum lebor sampai ke pipi. Walaupun cuma sementara dan masih baru... saya tetap happy. Saya mereka ingati. ewah... sobs. terharu den.

Last but not least. Selamat hari guru!! hari-hari adalah hari guru, dan hari-hari adalah hari ibu.... cuma ditetapkan satu hari sebagai penghargaan buat mereka. Terima kasih mak! terima kasih cikgu! menjadikan saya seperti hari ini sedangkan saya ni degil ya Rabbi.  =)

Sekian~

Wednesday, May 15, 2013

Wednesday, May 15, 2013

BUNUH DIRI.

Assalamualaikum.

Seram sejuk sebenarnya nak cakap pasal topik ni. Tapi topik ni penting... ustazah pernah kata dulu.. orang yang tidak cium bau syurga adalah orang yang membunuh diri. Baru-baru ni ada dengar berita orang bunuh diri di kawasan kami, bukan di kawasan kampung kami tapi masih dalam daerah sama. Terimbau kenangan masa ukm dulu, budak di blok sebelah terjun bangunan. macam-macam spekulasi timbul sebab musabab kejadian... Haru-biru kolej kediaman kami masa itu. Dan yang terbaru ini, saya tau dari akak.. berlaku di kawasan tempat dia kerja. Menggantung diri di asrama. Kesian arwah..... meninggal kerana bunuh diri. Mengikut cerita kerana tertekan. Yela, arwah bukan pekerja yang bermasalah.

Apapun, jom renungkan dan kita ambil iktibar.

INFO:

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.


Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.”(HR al-Bukhari dan Muslim)


Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:

مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:

‏كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا ‏ ‏ رَقَأَ ‏ ‏ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ‏ ‏بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)


Hukum Orang Bunuh Diri

Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.

Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.


Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:

‏أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)


Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:

“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”

Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.

Wallahu a’lam.

INFO: LINK.

Sekian~


Monday, April 22, 2013

Monday, April 22, 2013

Marah.

Assalamualaikum.

Terimbau zaman kecik-kecik dulu, saya jenis yang cepat marah, mengamuk. Pantang salah... habis mengamuk. sebab itu bila anak buah mengamuk je.. ibu dia kata.. "ikot mak andaklah tu.." Saya tak terasa sebab saya tahu memang saya macam tu. Tapi makin besar, saya makin cuba belajar. Tahan. Tahan. Jangan ikutkan hati.... Sebab tu bila saya cakap saya jenis cepat marah dan garang biasanya kawan-kawan tak percaya. "yeke.." "betul ke.." "yelah tu". 

Sekarang, saya susah nak marah tanpa sebab. Kalau orang tak kacau saya, saya tak akan pernah mula nak kacau orang. Kebanyakkan pertengkaran bukan saya mulakan sebab prinsip saya macam tu. Hati saya tak akan terusik kalau orang tak akan mulakan dulu. 

Contohla: Kalau kite cakap baik-baik... orang balas mengada-ngada atau dengan nada sindiran atau dengan marah. Oh la la... i is pantang. masa tu, bergantung pada keadaan.. dalam diri saya ada dua options. 1. saya pendam dan orang tu saya dah noted tak berkenan atau saya akan kumpul point.. 2. saya hambur balik.

Saya tak akan pernah mulakan untuk marah-marah. Walaupun sakit hati, kecik hati, terasa hati... benda tu saya boleh simpan, lama-lama hilang.... Tapi start orang nyalakan api. Sorry. Sebab tu lah bila orang marah saya, saya akan terasa... sebab pada saya... i tak marah dia why dia nak marah kita.?

Dan saya pantang, orang marah saya sebab buat A pada dia.. kononnya terasalah kan. Dan tiba-tiba satu masa di hadapan... orang tu buat perkara A pada saya. haha. Itu ertinya "CAKAP TAK SERUPA BIKIN". Kalau dia tak marah saya, saya tak kisah dia nak buat tapi once dia dah tegur saya yang dia tak suka saya buat macam tu... Tapi lepas tu dia buat. Oh,.. masa itu saya tak marah dia tapi saya akan gunakan OPTION Pertama. Noted sebagai tak berkenan. Jadi, jangan bermuka-muka. 

Marah kan ibarat api. Api itu asal kejadian syaitan. Saya bukan baik mana.. tapi saya tak suka orang marah saya tak kena gaya. Cakap kasar, jerit-jerit lagi la. Silap ai bulan.. i jerit balik. Setakat teguran dengan ayat yang sopan dan bermakna dan membina saya suka. Biarlah 100 perkara orang kata saya salah pun saya terima sebab tegurannya kena gaya.

Dan paling utama saya jenis penyimpan. Jadi, orang kata penyimpan ni bahaya. Sekali meletop.. tus tus tus.... terbakar semuanya. Tapi sememangnya marah itu kan tak elok.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali 'Imran: 134)


Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. : "Berilah wasiat padaku."


Nabi s.a.w. bersabda : "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: "Jangan marah." (Riwayat Bukhari)


Penanda terbaik orang nak tahu saya tengah marah adalah saya jadi pendiam. diam tiba-tiba atau tak bercakap dalam satu tempoh yang sukar dijangka. Lepas satu ketika, tiba-tiba elok semula. Dan sebenarnya, diam itu digalakkan bila kite marah. Saya pun baru tahu tapi saya memang macam itu bila dengan kawan-kawan. Kalau dengan family, bertanduk i. heh heh... i love u lah my family. 


"Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)


Jadi, pada sesiapa suka marah tu.. dan marah yang memudaratkan.. lenting sana sini, jerit-jerit, hempas-hempas barang, tutup pintu kuat-kuat, jeling-jeling, keluarkan ayat berbisa, perli-perli, tunjuk-tunjuk jari telunjuk sambil bercakap. Sudah-sudahla tu, tambah-tambah semakin meningkat usia, cuba-cubalah matangkan diri. Saya dulu pun pemarah orangnya, sekarang pun sebenarnya.. tapi saya cuba kawal diri.

Kenapa tiba-tiba entry pasal marah ni cik Mai? sebab semalam saya marah! hehehehehehe... Jadi, nak hilangkan marah tu saya taip slow-slow entry ni dari semalam. Laptop pun shutdown sendiri malam tadi sebab tinggal-tinggal.

Siap akhirnya. Saja kongsi rasa hati saya.

Sekian~

Nota: harap-harap anak-anak tak ikut perangai saya nanti. huwaa... kena doa hari-hari masa pregnant nanti, supaya anak tak degil macam saya. Sobs. (Risaukan masa hadapan... hehe. *wink*)

Friday, March 08, 2013

Friday, March 08, 2013

New Bloglists..

Assalamualaikum.

Okay. sekarang saya dah ade widget untuk top komentor. heuheuheu. Thanks to that little cute miut girl. Sila perasan ye dik oii.. 

Jadi. sekarang saya nak buat satu bloglist baru lah.. selain bloglist yang ada.. saya buat ni khas untuk top komentor. Yela kan, orang dah rajin datang blog, singgah, baca, komen.. jadi saya nak buat satu lah bloglist khas tuk depa. Haa.. senang la nak jenguk semula. 

Bloglist ni akan berubah ikut widget tu suruh. haha. kalau kot kot next month dah tukar orang, saya tukar lah. Tapi bloglist yang lain permanent ya.... saya tak pernah remove tapi tambah mungkin. hehe.

Okay. entry ni sependek alam je.. yela malam jumaat. *tibetibe*

haha. abaikan. tak de kaitan ni malam apa pom.

malam ni busy jadi baker. err.? macam tak bake je rasanya. kuker buley? haha.. 

Gudnite eberibadeh.... lebiu all. Daaa~~~

Sekian~

Saturday, March 02, 2013

Saturday, March 02, 2013

Si Kuat Komen =)

Assalamualaikum.

hoho.

Okey. mulakan entry dengan senyuman kan. 

Semua orang sekarang sedang musim bagitahu top komentar mereka. Saya secara rasminya buat pertama kali mengira siapa top komentar saya. hehehe. Thanks sudi datang blog kecil kecilan saya selama ini dan thanks sudi drop komen di entry saya. Thank you sooooooo much.. nomu nomu nomu chuwahaeyo. *wink*

Kepada silent readers pon thanks ya. Sudi singgah pun dah cukup buat saya. 

so saya sorted out 10 si kuat komen di blog saya bagi dua kategori.. kenapa 10? 10 lah, baru yang lain rasa semangat nak masuk list.. heh heh. Ada ke yang rasa semangat tu.. *perasansorangdiri* =P

So, a big thanks to them!! yeay. clap clap hands pehlis......


Dan Aini.... Tahniah ya dik. Juara lagi.. kalau kumpul trofi ni.. berapa dah aini menang.. emas, perak, gangsa, saguhati semua ada.... hehe. Thanks semua..

Btw, baru baru ni saya perasan ada deretan komen di ruangan chat yang lebih kurang sama. Dan mereka berkata BW sambil menderma dan sambil klik iklan.. eh? blog saya belom pasang iklan rasanya.. er.. ke ada iklan yang saya tak perasan sebab saya owner blog?? kalau ada bagitahu ya, sebab nak claim. ngeh ngeh.. Dan dah jadi trend ea, kat chat nama letak link iklan.. hehe.. kot ye pon tinggallah link blog, ley lawat blog anda sekali ye dak.. saya tak lah kisah sangat tapi heran bin pelik bila ada yang kata klik iklan saya... padahal saya tak pasang pom.... kot ye try amik hati pon, trylah cek dulu wujud ke tak benda tu. hehe. *wink*

penat dah kenyit mata... kenyit mata memanjang... lepas ni tak mo kenyit dah flying hand pulak, nak flying kiss kang pitam..

Okey, itu sahaja buat masa ni... hehe.

Sekian~

ISU Kenapa POLIS bukan TENTERA.

Assalamualaikum.

Sekadar berkongsi. Saya dapat dari Kelab Penyokong PDRM yang mengulas isu yang dibangkitkan. Ada logiknya, sebab setiap tindakan yang melibatkan keselamatan negara perlu dibuat dengan bijaksana. Jika tersalah langkah mungkin memudaratkan rakyat jelata. Lagipun, setiap perkara ada protokolnya bukan.. yela. Malaysia bukan hidup sendiri di dunia.. dan Malaysia tidak bebas untuk bertindak sesuka hati. Sebab kita ada undang undang antarabangsa. 

Saya ada baca kisah kesultanan sulu. Menarik kisahnya.. apa kata kita kaji kejadian ini dari kaca mata rakyat mereka.. mungkin boleh membuka mata.



Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?

Persoalan Kenapa polis tak tentera?

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.
Sumber-Kiub Fakta

Sumbernya KLIK SINI.

Dan nak tahu lebih lanjut tentang SULU? KLIK SINI. Ada banyak lagi page yang menceritakan tentang sulu tapi kebanyakkannya susah di fahami kerana mereka bukan berbahasa melayu. Mereka ada bahasa mereka sendiri. Dari sini kita tahu, tak semua rakyat mereka sefahaman dengan pemberontak diraja sulu. Rakyat mereka sebenarnya cuma mahukan kebebasan dan kemerdekaan untuk membentuk SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam kalau tak salah saya). Dan yang saya tahu, rakyat sulu yang bekerja di sabah juga ramai dan ramai juga diantara mereka diberikan amaran supaya tidak terlibat dengan pemberontakkan oleh kerajaan kecil mereka di sana kerana jelas, mereka tak sukakan peperangan mereka cuma mahukan kemerdekaan daripada filipino. 

Dari sudut positifnya; biasalah, setiap negara ada pihak berlainan pendapat. Berlainan pendapat itu jugak sebenarnya penting untuk pembangunan negara. Bayangkan semua sama pendapat, mungkin taraf hidup kita rakyat malaysia tidak akan pernah berubah. 

Semoga Allah SWT melindungi negara kita dan mengekalkan keamanan isi di dalamnya. Aaminn.

Sekian~

notakaki: sekadar perkongsian.. bacalah sejarah sulu. menarik.. mungkin kerana saya sukakan sejarah...sebab subjek sejarah juga tanamkan sifat patriotik dalam diri saya sejak di bangku sekolah lagi.   Jadi haruslah skor paper sejarah kan.. hehe. *wink*

Friday, March 01, 2013

Friday, March 01, 2013

Dua komando polis maut terkena serangan mortar.

Assalamualaikum.

Saya pasti lepas ni atau sekarang ni mesti ada ramai yang post pasal incident ni. Sebab berita ni melibatkan keselamatan negara. Dua orang komando meninggal dunia terkena serangan mortar di Lahad Datu.

Sebenarnya, sebelum berita ni tersebar lagi saya dah dengar berita tentang kepincangan keselamatan di sana. My lovely Mat Terap yang bagitahu bahawa mereka semua tengah stand by sebab perang di sana. Masa tu saya risau, cuma yela.. dah biasa hidup aman tanpa perang.. kerisauan itu ke laut la. Risau tapi tak berapa risau. 

Bila ternampak tajuk berita tu, berderau darah saya. Berita tu betul betul terjadi.

Ya Allah, negara kita sedikit sebanyak telah diganggu oleh mereka, mereka yang dahagakan peperangan. Nauzubillah. Minta dijauhkan.

Dan saya tak senang melihat status sahabat sahabat saya di facebook. Saya tak tahu situasi sebenar tapi dari pemerhatian saya, ramai yang kelihatan marah kerana kejadian ini di politikkan. ummm. sedey rasa. sempitnya fikiran mereka. mereka yang saya tak tahu siapa dan saya tak mahu tahu.

Kejadian ini melibatkan nyawa, so please.. ini juga melibatkan keselamatan negara, so please. Please berfikiran matang dan terbuka. Politik kah bila nyawa mereka sebangsa dan seagama kita terkorban. Bukankah sepatutnya kite mendoakan roh mereka di cucuri rahmatNya.. Mereka tetap manusia macam kita.

Tugas polis dan tentera patut kita sanjung sebab adakah kita seberani mereka berjuang mempertahankan negara dan nyawa rakyat di dalamnya? Dan adakah keamanan di Malaysia jika tiada mereka semua? Perkara buruk terjadi di mana mana. Cuba google di seluruh dunia, tiada negara yang sempurna! TIADA. Pasti ada tumpah darah, pasti ada keluh kesah. Tapi bandingkan negara kita dengan negara yang lebih teruk keadaannya. Kita jauh lebih aman dan sentosa.

umm. stop being so low. shallow thinking bak kata senior saya. Stop being a creature that have a brain but not using it!


LAHAD DATU: Dua komando polis terbunuh selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. 

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata, mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu. 

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu selepas diarahkan pihak berkuasa.

Pada jam 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. - BERNAMA


TERBARU:

Perkembangan di Lahad Datu, Sabah:
Pegawai Yang Terkorban
-INSP ZULKIFLI BIN MAMAT
-KPL SABARUDDIN BIN DAUD

Pegawai Cedera/Cedera Parah
-KPL MOHD TARMIZI BIN HASHIM
-KPL AZMAN BIN AMPONG
-KPL MOHD QAIYUM AFZAL BIN ZULKIFLI


Sumber: SINI.

Semoga mereka yang masih berjuang di sana dilindungi oleh Allah yang maha kuasa dan semoga negara dikekalkan keamanan olehNya. aminn.


Sekian~

Thursday, February 21, 2013

Thursday, February 21, 2013

KUTU.

Assalamualaikum.

ehsan google.

Pernah kena kutu tak kecik kecik dulu? hmm. amboih.. tinggi darjat kutu ni sampai jadi tajuk besar, gambor pun besaq ye. Kutu kutu....~~

Tadi sebenarnya saya cari sikat, duduk rumah akak ni lebih kurang 3 hari tak sikat rambut secara rasmi.. sebab tak jumpa sikat. Hari hari sikat guna jari, feeling iklan Rejoice lah kan. Macam rawatan sauna. Disebabkan tak tahan rasa nak sikat rambut, saya terpaksa guna satu satunya sikat yang maseh tak hilang kat rumah ini.. iaitu ----------------------------> sikat KUTU.

hahahahaha. sadis.

Bukannya akak tak beli sikat. Tapi beli hilang. beli hilang. Budak budak kenit ni makan ke apa.? Saya punya sikat tak bawa sebab naik putrajaya kan tergesa gesa hari tu.

Dengan lafaz bismillah, saya sikat rambut.. mintak dijauhkan.

Hahahaha. sadis.

Sikat ni sebenarnya Aisyah punya, masa study.. ewah.. study tuuu.. masa aisyah study kat Tadika Yadim tahun lepas, dia dijangkiti kutu. Masa saya tahu tu, tergelak besar saya...

 "oit.. duk bandar macam ni pun kena kutu ke?? bukannya main dalam semak macam mak andak duluuu..."

Tapi aisyah tak pernah anggap kutu tu satu kekurangan sebab dengan adanya kutu, dia dapat tudung baru dan sikat baru iaitu -------------------------> Sikat KUTU.

Begitu lah alkisahnya, Bila diingat ingatkan, saya dulu kenit kenit kena kutu woo.. sakit garu.. gatal.. geram aje. Tapi ada satu shampoo yang sekali pakai je kutu hilang. Dan shampoo tu lah saya belikan tuk aisyah. Dan saya teringat ada kawan saya kata...

"Kutu tak singgah kat kepala kotor, dia singgah kat kepala bersih je.."

err? yeke?? Ikut logik betul jugak.. yela, dengan bila rambut bersih, licin, lurus, tak de buah buahan di rambut.. akan memudahkan kutu ni nak tumpang lalu dan berteduh kan. Bila ada kelumumur, kutu pun rasa susah hati nak travel. Betul tak? Tapi hakikatnya, kutu ni parasit yang memang sukakan rumah tumpangan. Sebab itu, kutu boleh ada di kepala mereka yang paling kotor sehinggalah di kepala paling bersih di dunia.

Macam mana nak elakkan berjangkit. Yela, bila sorang budak tadika kena.. comfirm lagi 39 orang tu akan berjangkit melainkan student tu.. ewah student... melainkan student tu bernasib baik.

Cara pencegahan yang pernah saya dengar adalah:

1. Jangan kongsi tuala.
2. Jangan kongsi sikat.
3. Jangan kongsi bantal.
4. Jangan kongsi apa apalah melainkan makanan.
5. Asingkan pakaian mereka yang nak di basuh di dalam bekas yang berbeza.

ehsan google.

Ada ke anak anak cucu cicit anak buah sepupu sepakat terkena kutu?? hehehe.... belilah shampoo di atas. berkesan woo.. *anggukanggukkepala*

Tips lain? google eh.. ngeh ngeh.. Saya maseh penim kepala mana nak cari sikat.. =P

Sekian~


Wednesday, January 23, 2013

Wednesday, January 23, 2013

HELP FIND WILLIAM YAU ZHEN ZHONG.

Assalamualaikum.

Selepas tahu kisah sebenar adik william ni boleh hilang, heran jugak saya. yela, biasanya kalau anak ditinggalkan di dalam kereta sudah pasti dengan seorang penjaga kan. Dan sudah pasti dipesan berkali kali.. kunci pintu. kunci pinti pintu. Bila anak kecil ditinggalkan sendirian... umm.. itu heran. TApi ape pun yang berlaku, harap sesiapa yang terjumpa adik william ni merayau rayau atau bersama dengan orang yang mencurigakan, apa kata.. buat laporan. Yela, malaysia ni besar. Tak semua orang akan terserempak.

Kesian, kanak kanak sekecil ni, apa lah yang akan terjadi padanya jika tidak bersama ibu dan bapa?


Jom share, saya pun share daripada Kak Liz.

Sekian~

Thursday, December 13, 2012

Thursday, December 13, 2012

PURE MARINE COLLAGEN.

Assalamualaikum.

Semua orang ada keinginan nak cantik dan sihat kan. ehem. So, saya baca entry kak MV kita ni pasal PURE MARINE COLLAGEN.. menarik. tertarik untuk cuba... Bukan apa... nak jaga kesihatan kan.. kehkeh.

Lepas baca baca seluruh entry kak MV ni saya terus rasa nak cuba sebab Msvalentine kita ada jual PURE MARINE COLLAGEN. yaahoo... murah je, rm25 termasuk postage dari sabah kan. Then, bila saya balik rumah.. dan kebetulan rumpai laut ni sampai... semua teruja nak tengok termasuk mak abah.. rupa rupanya baru baru ni mak asyik dengar orang duk cakap pasal rumpai laut.. kat klinik lah terutamanya.. sebagai ubat orang sakit.

Mak kata boleh lah cuba, kalau bagus beli lagi nanti. OOkay.. mak abah cuba tuk kesihatan saya cuba untuk jadi lebih chumel. kihkihkih.... hopefully, menjadi. :P

ni rumpai laut sebelum masak, dalam packaging dia lagi..


Okay... dah siap kolegen guwe... kihkih.. satu bekas tuk abah dan mak.. satu tuk saya dan satu lagi masker.. weee~~

Korang nak cuba..? nak tau khasiatnya klik je blog kak MV kita ni... kalau nak beli, try try contact kak MV kite ni, sekejap je.. eh, dah sampai la~~~ =)

internet sipot kat kawasan yang aman damai seperti ini, so... yang boleh loading saya BW, yang tak boleh loading... nanti ya. =)

Sekian~

Tuesday, December 04, 2012

Tuesday, December 04, 2012

Boikot..? Perlu ke kite Boikot?

Assalamualaikum.

 
 KATA MANUSIA:

Boikot produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh. Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak2 muda negara kita yang hilang peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang still pakai produk mereka, satu dunia

 MAKA, tersebutlah alkisah:

 
Tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim,ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu"
, mereka mengejek. 
 
Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidakakan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."
 
Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti.
 
Renung renungkan... =)
 
 
 
Sekian~

sumber: fb. =)

Friday, November 30, 2012

Friday, November 30, 2012

Walimatul Urus.

Assalamualaikum.
 Hye!

Sekarang memang musim orang kawen kan. Sana sini, sebab cuti sekolah pun ye jugak. Tapi dari dulu saya tak ley nak ketchup.. eh? ketchup.. hehe. .. ketchup kenapa orang suka buat time cuti sekolah. Sebab bukan semua orang cekgu tau, yang biasa dijemput ke majlis perkahwinan itu mak ayah nya, bukan budak sekolah. hehe. Tapi apepun..cuti sekolah memang pilihan utama orang nak buat kenduri kawen. hehe. So, macam musim buah dan musim hujan.. kawen pon ade musim tau. =P

Okay aje je nak letak. Ni kawan saya ye. Semak samun dekat dekat rumah dia je tau, tapi still gambar ni.... lawa. :)

Okey Jom fahami.. ape itu Walimatul Urus atau bahasa kampongnya kenduri kawen. hihi.

Apa makna nya ya?? :

Walimatulurus (Bahasa Arab: وليمة‎) atau kenduri kahwin (seperti majlis santapan makanan) sunat diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat).

Apa tujuan kita adakan ya? :
Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.

Ada adab adab yang perlu kite ikut tak? :
Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti
  1. dilakukan selepas akad nikah;
  2. menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan;
  3. bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.
Apa hukum mengadakannya ya? :

Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakad ( yang sangat dituntut) sebagaimana sabda Nabi S.A.W. :

Ertinya : Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor kambing.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Eh, apa hukum menghadirinya pula? :

Menerima jemputan ke majlis adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran tidak dapat menghadirinya, seperti sakit dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah kamu menghadirinya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ade syarat syarat wajib ke untuk menghadirinya.? :

1. Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang-orang kaya sahaja.
2. Yang menjemput itu juga beragama Islam.
3. Kenduri itu tidak menggunakan wang atau harta haram.
4. Yang dijemput itu tidak menerima pada satu masa, maka hendaklah menerima jemputan yang lebih dekat dari segi keluarga kemudian dipandang dari segi dekat tempatnya.
5. Tidak didapati perkara-perkara yang mungkar di majlis itu seperti mengadakan minuman keras dan sebagainya.

Saya ni kalau u'olls perasan, sangat suka menghadiri majlis macam ni. Apa saya majlis kawen ni macam super charming.. eh? comel.. umm.. bahagia... hehe. walaupun kite lihat orang lain yang di IjabQabulkan.. disandingkan but hati saya turut kembang kembang gembire gituww... gedik kan.

So, persoalannya.... ade ke orang nak rahsiakan perkahwinan?? tak ade kot... haha.... weh, tak syok lah kawen senyap senyap... macam buat salah.. benda baik, baik di hebahkan.. kang boley mendatangkan fitnah tau. So, sila bagitahu saya sekarang... hehe. Boleh saya tumpang hepi sekali..Ngee~

Sekian~

Tuesday, November 27, 2012

Tuesday, November 27, 2012

Sate Bota.

Assalamualaikum.

Hye! hep hep hooray.. *tetibe*

Rakyat Malaysia saya yakin memang familiar kan dengan sate kajang @ sate Haji Samuri... rata rata orang cite pasal tu. Bila datang kajang, pergi main restauran dia.. pergh... penuh, sesak dengan orang. Sedap. Tapi dengar dengar kat main restauran dia je sedap.. bila pegi cawangan dah kureng. Orang cite, tak tahulah kan. Pernah pergi kat Kajang tu betol. Sedap.

Dan sejak sejak belajar di Perak ni.. kawan kawan sini perkenalkan sate bota. Okay, pernah lah dua kali makan sebelum ini. Pergi pun dengan orang lain lain. Dan hari tu yang saya dah tak ingat hari apa tapi saya rasa hari khamis. Akhirnya, kami pergi jua. Setelah plan berminggu minggu.... lepas jugak. 

Sate Bota ni dibuka hari Khamis-Ahad je tau,
Terletak di jalan menghala ke Lumut (ipoh-lumut),
dibuka dari pukul 4 sampai pukul 10. 
Tapi saya sarankan jangan pergi malam. Sebab sate perisa lain dah banyak habis dan nasi impit pon dah tak de. Mungkin laku sangat petang petang kot. Hehe.

Saya rasa okay lah sate bota ni. Cuma dia manislah, kuah kacangnya halus dan manis. sate dia pun manis kemanisan sikit. rosak bahase guwe. ehehehe. Tapi sape datang sini jarang jarang, trylah. Tak pun sesiapa yang belajar sini, wajib try sekali. Malulah weii.. duk sini dua tiga tahun tak merasa. Kang orang tanya tak ley jawab kan. hehe.

Tapi sape yang bencikan masakan selain kuey dan kek yang manis. Sila jangan cuba banyak. Sedap tapi manis. macam mana nak cakap eh, try sendiri lah. hehe.

 Haa.. ni la ghupenya sate bota. Nampak menarik kan.~ hehe.


 Rase iklan ni zaman tok aki dulu kot..
"makan cara asia, minum cara asia."
hehe.

Sekian~

Saturday, November 24, 2012

Saturday, November 24, 2012

Link untuk cari HOMESTAY.

Asssalamualaikum.

Hye.!

Adik nak tauliah ni. 15hbDis2012 dia tauliah, lepas tu macam ramai aje nak ikot pegi tengok. So, plan dengan akak nak ambik hommestay, boleh duduk ramai ramai. 

Disebabkan belajar di Perak, tanggungjawab cari homestay di tangan saye. Gulps.
 
Kawan akak ade kasi contact no. hari tu. Tapi call tak dapat. So, semalam try lagi.. wahh! ko biar betul maria.. seriously semua dah ade orang booking!! waa.. cuak cuak. nebes den.

Lepas tu google lah.. Tak sempat taip full ejaan HOMESTAY. baru taip HOMESTA je.. nak tau keluar apa?? 


Amik kau! haha.. sekali pencarian hangat tuk lokasi itu. Kebanyakkan yang berdekatan kawasan tu dah full book. Saya cari dan call yang lain satu satu. Kebanyakkan nya jawab: "maaf ya, dah ade orang..."

weee.... lagi gigih saye call satu satu, takot kena marah karang.... yela, sape suh tak carik awal awal. Sekarang musim orang kawen pulak. Lepas tu, sebok nak tauliah bulan doblas kan dik. saje je kann.... sajee je.

Akhirnya jumpe satu, En Omar call saya balik selepas Solat Jumaat, sebab dia perasan ade misscall kot kan. Terima kaseh!! Bandar seri botani pon okay, dekat jugak.. ngeee~~`

Tapi website paling best cari homestay tuk seluruh malaysia adalah carihomestay.net... ni LINK dia. Yang saya kasi tu kat Ipoh, boleh carik tempat lain jugak. banyak pilihan dan info serta contact number pon boleh tahan la... hehehe.

So, nak bercuti? perlukan homestay?? sila ke laman web carihomestay.net..... kihkih. macam promoter pulak. Nak duet admin.. upah. :D

Sekian~

Thursday, November 22, 2012

Thursday, November 22, 2012

Kissenger@ A Kiss Messenger.?

Assalamualaikum.

Hye kamu kamu kamu tapi bukan kamu, dan kamu tahu saya maksudkan kamu. Ngee~

Tajuk boleh tahan kontroversi kan. Ekceli, petang tadi.. tengah minum minum petang style anak anak orang berada.. tiba tiba aje, aspa mentioned pasal gadget untuk ciuman jarak jauh.. Kami terus terpana... owh.. hmmm....... *blushing masing masing*.

Biar betol aspa....!

Betol betol kata aspa!

Hah! macam mana tu?? kami maseh tak percaya..

Betul lah!.. macam ade gadget bentuk love yang sambung dekat komputer guna USB lepas tu mase chat tu boleh kiss... boleh rasa macam betul betul.. lepas tu aspa boleh bagi contoh... misalnya mai dengan puotek.... Time tu kami terus pandang sesama sendiri... HAHAHAHAHAHA... 

Biaq betul.. eee.. gelinya alat tu. Aspa kate nati dia carik...

Kami cakap jangan post kat facebook pa, lepas tu jangan tag kami...

Hahahaha... and end up sebentar tadi, beliau bagi message kat facebook, tunjuk gambar. Naseb baek message.. ufff... Kihkih... wujud rupanya..... Nak tengok??

Tak bentuk love rupanya....~

Alat ni dicipta oleh scientist dari Singapura, Hooman Samani namanya... cara penggunaan alat ini sangat mudah, Cuma aktifkan Kissenger, lalu tempelkan bibir Anda di bibir robot lucu ini dan bayangkan Anda sedang mencium si dia. Gerakan bibir Anda akan dikirim ke robot Kissinger milik pasangan menggunakan teknologi wireless. err... gilo kan??! 

Macam ni~

tapi dengar dengar alat ni macam dapat tentangan sebab itu tak dipasarkan secara meluas walaupun dah setahun dicipta... kehkeh. Ko gile ke nak luluskan.. makin rosak lah remaja zaman sekarang.!

Hehehe... okeh. Pelik kan, macam macam.. bijak pandai tapi ilmu diturunkan pada benda yang sia sia.. kesian. 

Sekian~

Notakaki: nak BW ni... tadi busy sangat.!:D

 


Tuesday, November 20, 2012

Tuesday, November 20, 2012

KOMANDO, Malaysia.

Assalamualaikum.

Hye rodongans!

Komando? askar? kalau ikut sebutan manja ash-kar... kihkih. 

ehsan google.


 Sejarah.

Secara ringkasnya:

Penubuhan pasukan elit tentera darat ini bermula selepas konfrontasi yang melibatkan Persekutuan Malaysia-Indonesia pada tahun 1965. Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul dari konfantasi tersebut, Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu, Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein, telah memberi arahan untuk mengadakan unit ujian. Menteri Pertahanan telah mengarahkan sukarelawan dan sejumlah sukarelawan dari tentera darat dan laut untuk mengambil bahagian. Pada 25 Februari 1965, satu latihan asas komando diperkenal dan dikendalikan oleh Regimen ke-40 Komando Marin DiRaja British (40th British Royal Marines Commando) di Kem Majidee, Johor Bahru, Johor.

Daripada 300 sukarelawan yang mengambil bahagian, hanya 15 orang sahaja yang terpilih untuk menjalani latihan asas Komando selama 6 minggu. Pada akhir latihan, hanya 4 Pegawai dan 9 anggota dari lain-lain pangkat berjaya dalam latihan ini dan juga merupakan trup nukleus yang pertama.

Kejayaan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga berkebolehan untuk mengambil apa jua peranan dan tugas yang diberikan. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih khas dari Rejimen ke-40 Royal Marines Commando British bawah pimpinan Mejar Bacons dan Kapten Seager, Grup Gerak Khas mula melebarkan sayap pada tahun yang sama, mereka berjaya mengatasi 6 latihan asas komando.

 Pencapaian.

Antaranya:

ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu²nya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India !…
 ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruh kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal serba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!

Dan banyak lagi.

SUMBER: 1, 2 etc..~

Eh, dah kenapa cita pasal komando ni???. haha.. okay, btw... tough kot nak jadi komando kan.. latihan tough, cuti susah, jauh dengan family. Ade baik buruknya juga lah. eh? haha.... dah kenapa aku ni? ekceli, tadi ade orang mentioned pasal komando, so saya ni tak berapa nak berpengetahuan sangat, rosak bahase melayu So, google lah sikit. 

Saje tambah ilmu.

Sekin~

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang