RODONGANS~

Showing posts with label PREGGY OMMA.. Show all posts
Showing posts with label PREGGY OMMA.. Show all posts

Monday, December 01, 2014

Monday, December 01, 2014

Tips bagi kehamilan bayi songsang (Breech).

Assalamualaikum.


Pagi ini setel MOGTT dan appointment Dr. 

senyum.

Masam.

Sebab apa masam? Sebab... pada ketika 36w 3d, BABY ku masih kepala di atas. Sobs. Habis bertangan-tangan meraba perut iolls. At the end, scan..... breech.

Dr pesan; Air ketuban yang ada cukup-cukup. Kemungkinan untuk bayi kekal dalam kedudukan tu tinggi. Tapi kemungkinan untuk pusing sentiasa ada.

Iolls: *Muka cover. Tak menyampuk.*

Dr pesan: Disebabkan puan nak bersalin di HOSHAS, jadi kita cuba refer pakar lipis dulu, Kalau pakar lipis tak dapat. Kita buat surat siap-siap la untuk refer temerloh.

iolls: *angguk-angguk, masih muka cover*

Dr pesan: Kalau sakit tegang sikit je kat perut dalam jangka masa awak tak balik lipis lagi ni, terus ke hospital sini ya. Walaupun sedikit *ada ketegasan di situ*

Keluar bilik Dr, kena tunggu buku merah dan keputusan appointment pakar. Sobs, fikiran dah merata-rata dah pergi. Ishk, kalau caesar macam mana? huwaa... takut. 

Sampai ofis, fikiran dah ke lain. Keje dah ke laut. Nak nangis tapi tak keluar air mata. macam mana tu? hehe. redha. redha.

Then, saya teringat uncle saya kan ade.. uncle gugel.

Lets share, apa yang orang lain share untuk saya.:

  1. tilt position: Masa solat sujud lama dalam 5 minit. Kalau tak larat, buat sekadar yang mampu kemudian terus rebahkan badan ke kiri atau ke kanan bergantung kepada kedudukan bayi selama 20-30 minit. (Jika bayi berat ke kanan, rebah ke kiri dan begitulah sebaliknya...)
  2. Buat kedudukan seperti merangkak (jangan pergi main-main merangkak pulak) kedudukan sahaja buat selama 5 saat atas kemampuan sebanyak 2-3 kali.
  3. Semasa buat 1. dan 2. baca ayat dari Surah Al-Hijr yang bermaksud "maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah."
  4. Ambil segelas air kosong, baca surah Al-Insyirah 3x dan hembus ke air. Air itu kemudiannya diusap ke perut mengikut lawan jam beserta selawat. (lebih elok buat bersama suami).
  5. Letakkan Pek ais di bahagian kepala bayi dan bekas yang berisi air suam di bahagian bawah pusat supaya bayi akan cenderung ke arah haba atau ke bahagian tulang pubik.
  6. Ambil lampu suluh, suluhkan ke bahagian bawah atau di bawah pusat. Baby akan cenderung bertindak balas ke atas haba/cahaya lampu.
  7. Rajin bercakap dengan baby supaya bergerak ke arah kedudukan yang betul dan banyakkan doa, bacaan al-Quran selain rajin dan ikhlas.
  8. Bagi yang mampu, berendam dalam kolam renang. Seperti penggunaan pek ais, fungsinya sama.. menggalakkan bayi bergerak atau memusingkan kepala ke bawah.

Sobs. Saya nekad akan konsisten cuba kaedah-kaedah ini walaupun sukar. Minum air banyak supaya air ketuban bertambah meriah. Esok jumpa pakar. Debarnya. Dan lagi satu.. debarnya nak cari parking. Kawasan tu langsung tak strategik nak parking. Kan best kalau ada orang hantar dan drop je. Tak payah fikir mana nak letak, parking jauh so jalan jauh. hehe. Nak buat macam mana kan. redha je la.

Lepas balik kerja terus zooooom ke kedai rm2. Cari lampu suluh yang agaknya esok habis bateri ha. duk guna memanjang. Dan beli air mineral. Tekad minum air banyak. hehehehe. Kalaula terfikir sebelum ni. Masa 32w Dr bagitahu tak pusing lagi tu, saya dah buat. ishk, tak baik menyesali perkara yang lepas. Tak apalah, pengajaran lepas ni.

So, Anak mama,mami,ibu,mak yang come lote...... jom bersalin normal sayang. =)

Jadi.. sesape yang rasa ada masalah sama.. jangan tunggu-tunggu. Saat tahu je tak pusing lagi, meh try kaedah ini. Kite hanya merancang, mencuba dan berusaha. Allah SWT yang tentukan segalanya.

dah, Nak g teruskan usaha dan kurangkan bengkak kaki.

LINK ini pun menarik juga untuk dicuba. Ikhtiar kan... =)

Sekian~




Sunday, November 30, 2014

Sunday, November 30, 2014

TANDA-TANDA AWAL KELAHIRAN.

Assalamualaikum..




8 TANDA-TANDA AWAL KELAHIRAN:

1.        Engage: Ini merupakan tanda awal hendak bersalin. Anda mungkin dapat merasakan baby anda bergerak atau berada di bahagian bawah perut (baby saya sejak tujuh bulan macam dah duduk bawah. Hehe). Bagi ibu kali pertama, kebiasaannya bayi engaged 2-4 minggu sebelum bersalin. Bagi ibu yang telah mempunyai pengalaman, bayinya mungkin engaged ketika saat kelahiran kerana tulang pelvisnya sudah meregang.

Saya scan 7 bulan, kepala bayi saya masih di atas walaupun perut seperti sudah jatuh. Dr bagi tempoh sehingga 36w untuk bagi baby berpusing kalau tidak consultation untuk Caesar akan dibuat sebagai persediaan. Esok EDD ketiga saya, so pleeease baby, turn down… for mama. Sobs.

2.       Kerap membuang air kecil: perut anda semakin membesar. Berat dan kepala bayi akan menekan pundi kencing anda yang terletak berhampiran bahagian tengah tulang pelvis anda. Oleh itu, anda akan kerap untuk ke tandas.

Tetapi tips ini mengherankan saya, sekitar 6-7 bulan usia kandungan saya, ya… saya kerap ke tandas. Sampai penat dah nak pergi. Tetapi bila mencecah 36w saya kurang rasa mahu buang air tetapi kerap buang air besar (yang mana ini tidak mengherankan ya kerana ruang tiada untuk anda simpan makanan lama-lama. Hiks).

3.       Sakit belakang di bahagian bawah: Apabila bayi anda semakin berat dan jatuh lebih rendah. Anda akan berasa sakit di bahagian ligament Rahim dan tulang pelvis kerana regangan sedang berlaku.

Sebenarnya, saya tak pasti untuk bahagian belakang. Tetapi saya sangat sakit di bahagian tulang V. terutama di sebelah kanan yang mungkin berpunca kerana menampung berat baby yang suka sangat duduk di sebelah kanan. Ya, si comel ini memang suka duduk belah kanan. Huks. Sakit.

4.      Kontraksi Braxton-hicks: anda mungkin berasa kontraki ini semakin kerap dan sakit seperti cramp semasa datang haid. Walaupun kontraksi pra-kelahiran ini tidak sekuat kontraksi pengecutan kelahiran yang sebenar. Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks anda. Ia akan berlangsung untuk 1-2 minggu sebelum kelahiran bayi bermula. Anda mungkin mendapati kontraki ini menjadi kurang sengit apabila anda menukar posisi atau mula berjalan.

Okey, kontraksi ini sebenarnya saya tak faham sangat. Tapi apa yang saya rasa apabila kita duduk lama dan mula untuk berdiri. Kita akan merasakan sakit untuk mula berjalan. Dan ketika tidur mengiring ke kanan. Kita akan rasa sakit di bahagian tulang pelvis untuk mengubah kedudukan ke kiri. Oleh itu, tidur anda sentiasa tidak selesa kerana sesungguhnya untuk mengekalkan Cuma satu kedudukan ketika tidur adalah mustahil kerana anda akan lenguh. Ehem. Ya.. lenguh. Kita perlukan perubahan posisi yang menyakitkan. hihi

5.       Cirit birit: Hormon kelahiran bertindak pada usus anda boleh menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar. Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus anda member lebih banyak ruang untuk laluan bayi. Hormon kelahiran ini juga membuat anda merasa loya. Ini juga merupakan salah satu tanda kelahiran.

Tidak dinafikan tanda ini ada benarnya, saya kerap membuang air besar dan tidak sembelit. Walaupun baru makan, saya sudah mahu ke tandas dalam1-2 jam kemudian. DAN loya? Ya… betul. Sekarang saya mudah hilang selera tetapi bila makan habis juga. Hehehe. Cuma, saya akan terasa nak muntah selepas itu. Hampir tetapi belum. Sampai di tekak dan tak jadi. So, tanda no. 5 ini maybe ada benarnya.

6.      Keputihan: Anda mungkin perasan telur yang lebih putih, lelehan lendir yang dikeluarkan dari faraj.

Tanda no.6 ini juga saya sedang alami. Sehingga saya membeli stok pantyliner anti-odour yang banyak supaya dapat menukar sebelum solat terutama ketika bekerja. Simptom ini bermula sejak week ke 35 lagi.

7.       Lender pekat dan pendarahan (bloody show): Kepala bayi turun ke dalam rongga pelvis dan kontraksi Braxton-Hiks boleh menyebabkan pluk mukus tertinggal. Pluk mukus ini menghalang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks dan menghalang sebarang kuman merebak kepada bayi. Pluk mucus berlendir pekat dan bercampur darah. Ketiadaan pluk ini membolehkan bayi boleh bergerak ke bawah dengan perlahan-lahan.

Tanda ini belum saya alami.

8.      Air ketuban pecah: Hanya 1-10 ibu hamil mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran/ Anda harus menghubungi Dr anda segera apabila air ketuban pecah. Kebanyakkan Dr akan mencetuskan kelahiran dalam jangka masa 24jam jika situasi ini berlaku keran bimbang berlaku jangkitan dan komplikasi yang mungkin terjadi.

Juga belum saya alami.

maaf keciltapi ini doa harian kita, anda pasti mudah untuk mengingatinya.


Walau apapun yang terjadi. Jangan lupa doa. Atau pesan untuk suami supaya ingatkan kita supaya berdoa kerana mungkin ketika kita sakit, perkataan yang Cuma kita ingat untuk sebut “ALLAH”. Itu pun kalau ingatla.. so, si suami ingatkan isteri selain sebut nama Maha Pencipta, doa lah kepadaNya. InshaAllah.

Ini merupakan panduan untuk kita ibu pertama kali. Saya pun tak pasti apa yang akan berlaku pada saya nanti. Semoga tips yang saya share ini bermanfaat bagi yang memerlukan. Saya pun tertanya-tanya.. bagaimana tanda aku nanti ek? Hehe.. Apapun, banyakkan berdoa, zikir.. mohon dipermudahkan urusan olehNya.



Setiap kesakitan yang kita alami tidak boleh kita berungut tau. Semuanya ujian.. walaupun sakit, bila mengenangkan bayi yang dikandung.. sejuk hati rasanya. Senyum.

                         http://genkimomma.my/tips-tanda-tanda-awal-nak-bersalin/


Sekian~

Saturday, November 29, 2014

Saturday, November 29, 2014

36Weeks Already!

Assalamualaikum.

Hari ini genap 36weeks, So what do you think about how i feel? Excited macam extravaganza...? Scared tahap tengok Pee Mak? Nervous macam tunggu result UPSR?

Ya Allah.

Saya pon tak tahu nak gambarkan. Perut makin berat. tapak kaki makin membesar macam big foot..... baby makin aktif. Alhamdulillah.. semua perubahan itu positif tandanya.... bermakna... Baby dah makin hampir nak jumpa MAMA.............. hehe.

But,

Huwaa....... Moga Allah bagikan kekuatan. 2 bulan kebelakangan ini. ewah. Saya asyik fikir pasal bila ada baby nak kena buat apa? APA kena ada? dan saya pulak jenis tak boleh tunggu orang bagi... asal terlintas nak beli... asal terfikir nak cari... asal ternampak mula rambang mata nak memiliki. Rasa semua benda penting.

Persediaan? Tak tau nak cakap. Anak first macam tak tau nak budget.. Hasil gugelan........ rasanya 90% dah ready for newborn. (Tak termasuk persediaan baby 4 bulan ke atas) ehe..

Tapi bagi yang masih tercari-cari panduan hidup berjuang nak bersalin SIRAPLIMAU ada share checklist persediaan ibu bersalin dan baby. klik LINK ini pasti membantu. Mungkin ada yang mereka lupa masukkan, sekurang-kurangnya kita ada guidelines especially bagi yang first time. *wink*

WAJIB ADA ADALAH:

1. =======> Buku PINK.

Kalau rasa rasa nak kena marah masa tengah sakit nak bersalin... sila lupa bawa buku ini. sekian.

2. IC atau kad pengenalan. memudahkan pendaftaran

3. SUAMI... tolong jangan tinggal suami. Bagi suami yang ada dugaan nak datang segera.. sila bawa mak/ mak mertua/ kakak/ sahabat handai. supaya boleh bawakkan beg ya kawan-kawan.


PERSEDIAAN yang saya sediakan:

1. BEG. of koslah beg penting.. kalau tidak tak akan nak bungkus guna plastik. Tapi jangan main-main wey.. dalam dunia ini ada orang macam tu. So, kalau korang ada beg dan mampu beli beg biarpun soploh irnggit harganya.... bersyukurlah sayang. Allah menyayangimu. :(

lain-lain: seperti dalam gambar berikut. hehehehe.



Okay.. gambar saya ni tak ikut kepentingan ya.. 

  1. Of cosla LAMPIN.... saya punya putih bersih ja... kalau nak lawa-lawa beli la yang corak-corak.. boleh balut baby macam scha al yahya. hehe.
  2. Barut. saya punya 3 helai je bawak ke hospital... kalau kena tahan wad sempat lagi mintak suami iolls balik ambil lain.
  3. Topi.... sebenarnya sesuai pakai masa nak checkup hotel. eh, hospital.
  4. Sarung tangan dan kaki. kot baby sejuk-sejuk. KOt tangan baby garu-garu muka. (saya bawa dua pasang)
  5. Sapu tangan atau mini towel.. tuk lap lap baby cikit. oloh manjaa...~~




Next.
        6. Towel. (selai)
        7. Baju... (iolls over.. bawak 5 baju semua bukan newborn. 1 lengan pendek+4 lengan panjang.)
        8. Bedung. (bawa selai je, kalau tak cukup, lampin kan ada... hehe)




Last but not least.
      9. Pampers newborn (6 helai)
     10. Set mandian. (beli yang kecil senang masuk beg)
     11. Minyak Yuhyi@ Minyak telon pon boleh.
     12. Baby oil. kot rajin nak mengurut... hehe.. ala-ala iklan baby johnson.~~
     13. Baby wipes jangan lupa.. (hospital cuma sediakan untuk orang asli je okey.)

So Far, ini yang ada dalam beg saya. Tak semestinya yang saya bawa ini lengkap tau. Untuk Omma..... boleh fikir sendiri apa yang perlu atau cek kat checklist yang saya bagi LINK di atas. Sebenarnya, saya pon tak ready barang sendiri. blurr nak bawa apa.

Apapun, ini pengalaman pertama daku. Semoga segalanya berjalan lancar dan yang kurang, akan jadi lengkap untuk anak kedua. ewah.. yag first belum selesai dah planning kedua.. o mai... lepas yang satu ini dulu ya~~~

Harap membantu bagi yang memerlukan. =)

Sekian~

KAKIku SEMBAB.

Assalamualaikum.



BIla mana masuk je 35week a.k.a 7 bulan 3 minggu.... kaki saya mula sembab tiba-tiba. ditegaskan di sini ya... TIBA-TIBA.

Kaki saya tak pernah sembab.. tapi tiba-tiba ade bukit kecil di kiri kanan kaki... dan ibu jari membelon tiba-tiba... umm. pasai pa ya?

Bila akak-akak tempat kerja tengok. respond sis semua sama.... "tak lama dah tuuu..."

Opps.

I'm Worry okay.

walaupun seronok nak dapat baby sendiri, in the same time i'm worried sebab 7 hari sebelum saya mula bercuti untuk bersalin.. saya tinggal sensorang di rumah agam milik syarikat ini. huwaaa....... Paling takut, kalau it's happen during 7pm till morning. Macam mana weh.... kalau sakit saya larat, saya drive sendiri.. kalau tidak? kena berusaha kol kawan-kawan rumah lain. 

Oh no.

Tidur la rumah dorang...?!

Oh no...... iolls tak larat okay angkut-angkut barang tidur sana sini. Kat rumah ni semua sudah ada.... tandas pon dekat.

mana housemate?

housemate iolls cuti 8 hari...... ada kenduri di rumahnya. kita pon faham..family first okay. So, its okay.. Biar dia happy dengan family dia berkenduri... weee... i loike kenduri.

Back to the main topic.

MySelf.

Hari ini genap 36weeks.... dan dapat berita seseorang yang berkahwin sama dengan saya, tetapi kandungannya lebih muda telah melahirkan baby pramatang. iolls nebes... walaupun ralit tengok.. chumel babynya... chomel sgt... tapi.... moga Allah pelihara kandungan saya ini.

Kalau ditakdirkan keluar awal, moga Allah permudahkan urusan... semoga saya bukan sendirian dan jika sendirian.. moga Allah kuatkan, gagahkan saya untuk drive ke hospital.

umm...
berbalik kepada isu sembab... sembab kaki ni ada masa macam surut tau... dan hari ini bengkak itu menjadi-jadi... dan saya semakin susah untuk berjalan. berat. Baby berat? or mama dia makin berat.. kehkeh.

whatever.

isnin  ni kena minum air HULA.... aka MOGTT.... aka test kencing manis sebab berat badan bertambah dengan meriahnya. wehuuuu... patut jalan lambat. sebab BERAT. haha...

redha la mai.

Till now. "menghitung hari... detik demi detik...."


peace yo.

Sekian.



Tuesday, November 04, 2014

Tuesday, November 04, 2014

Bila Hati Berbicara.

Assalamualaikum..

Hati ini salah satu perkara/benda/anggota/organ yang susah nak kawal. Hati ni berkait rapat dengan emosi. Bila susah hati... mulalah nak marah, sedih, geram, nak mengamuk, stress, nak gigit orang, nak baling pinggan... etc.

Tambah-tambah bila memboyot. Susahnya nak kawal emosi. Emo memanjang. Siang-siang especially time kerja... sebaik mungkin senyum memanjang. Orang ingat sewel dah asyik senyum aje. Padahal, dalam hati... tuhan je yang tahu. 

Macam -macam kerisauan, kegundahan, ketidakenakan, kekembongan, keanginan... dan sebagainya muncul tanpa diundang.

doa doa..

Ibu memboyot orang kata kena kawal emosi.

doa doa..

Moga emosi yang terganggu tidak mengganggu anak dalam belly ku ini  *omputih*

Dah kahwin tak macam masa bujang. 90% berbeza... kalau bernasib baik lebih senang, bagi yang diberi pilihan diuji...... bersabarlah. Tanda Allah sayang...

Bahagia..

Sudah tentu. Mana nak dapat baby membesar dalam perut. Bagi duit berjuta pon tak akan berjaya untuk cipta baby dalam perut melainkan Allah kata "Jadi, maka jadilah ia." betul tak?

Alhamdulillah.

Rezeki paling besar yang Allah SWT kurniakan ialah ANAK. 

Ya Allah... 

Tak tau nak kata... Ini satu kurniaan dan rezeki dan satu dugaan. Dapatkah kita berikan yang terbaik untuk dia? memberinya nafkah.... makan pakai, pelajaran, keselesaan dan paling penting agamanya.

KIranya nak ada baby ini seperti satu game yang kite kena pastikan walau banyak kali kita jatuh tapi akhirnya kita berjaya. Barulah anak-anak jadi syafaat untuk kita di akhirat.

Oh anak... Bulan depan ku menanti detik untuk bersamamu. sungguh pun dirimu tidak dilahirkan lagi... mama/umi/ibu/mommy rindu padamu.

anak

Sekian~

Sunday, November 02, 2014

Sunday, November 02, 2014

Bila Laptop mula bernyawa,,~

Assalamualaikum..

Rasa macam dah beratus hari tak buka blog guna laptop. Pernah sesekali buka guna komputer company... nak loading. Mak aih, dia block agaknya. Pernah juga sesekali guna handfun.... tak pueh hati den yo.

Perut dah memboyot. Baby dah belajar karate di dalam.... Alhamdulillah. Tanda sihat. Tapi nak, karate, karate jugak tapi jangan sampai tembus yo. Sabaq dulu na.....

31 Oktober 2014, genap usiamu wahai anak 32 minggu. Tak lama lagi InshaAllah melihat dunia. Bila ditanya apa perasaan... lebih kepada tak sabaq. Tapi bila difikir-fikir terlintas perasaan debar... ishk, macam mana ek nak tau baby nak keluar? sakit macam mana? darah banyak keluar macam dalam tv tu ke? pengsan tak? larat ke? macam-macam la...... first experience la katakan.

Kalau nak dikata tak cari tips... rata orang eden tanyo. haha. Sape yang pernah beranak tu, semua eden cekup. Boleh join mother's club dah okay. Dengar diaorang cerita pasal anak-anak dan pengalaman masing-masing. Tersenyum saya. "macam mana aku nanti ek?" 

hehehehehe

verangan.

Ramai yang kata... "mai tengok orang comel-comel, lawa-lawa, hensem-hensem je... haa.. inshaAllah anak cute." tihtih. Time meeting kalau bos tak ensem maknanya eden kena tunduk la yo? tih tih tih.

"buang tebiat ke mai, cakap sambil tunduk?"
"tawadu' bos!"

hehehehehe

kelakor

Tapi masa ibu-ibu senior tu cakap macam tu, saya terus gugel Jang Ok Jung... a.k.a Kim Tae Hee. Satu-satu pelakon korea yang saya rasa paling saya suke. Rasa lawo aje. tih tih tih. konon-konon anak bermuka cumil begitu. 

hehehehehe

Mak muke melayu tulen! mujur ayah muka selebriti sikit. haa.. Hai, anak.. jika perempuan... semoga berhidung seperti dedi mu. tih tih tih.



Cun Kan~~
tu baru satu part pasal baby... berpuluh part tak di share. Saya sekarang bukan macam dulu... asal free ngadap laptop, asal tak buat apa ngadap laptop. Sekarang kerja mana boleh guna PC untuk berfoya-foya... setakat buka maybank2u lepaih ler. Lepas tu, asal free nak tido, asal ada ruang dan waktu, nak beradu. Fenat okey. 

Kalau orang kata perempuan mengandung elok banyak berjalan. Saya rasa saya passed ujian ituw. Tapi bila malam, baring lebih 5 minit nak bangun..... sekse. bukan seksi ya tapi sekse a.k.a seksa. retak seribu tulang kali rasanya.

Tapi yang anehnya... sekali tak pernah bangkit rasa marah.. sekali pun tak pernah menangis tentang rasa sakit-sakit... biarpun habis almari, tiang katil duk capai untuk bangun.. maklumla PJJ, suami tiada di sisi.. ini mungkin sebab rasa bahagia.. kita sakit kerna dia, bakal anak yang akan lahir.

"Ya Allah... Kau peliharalah anak dalam kandunganku, Lahirkanlah dia dalam keadaan sempurna sifatnya, tajam akal fikirannya dan Jadikan dia seorang yang taat padaMU, taat padaku, taat pada suamiku dan beramal soleh."  aaminn.

mama menanti mu dengan penuh sabar sayang.

Sekian~

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang