Assalamualaikum.
HEllo hello hello.. selamat malam Malaysia salam maghrib. ngih ngih.
Okay, hari tu saya ada tunjukkan apam mekar yang saya buat dan saya telah menunjuk nunjuk tanpa niat kat blog ni kan. maafkan saya. heh heh. Disebab kan ada permintaan daripada Puan Shiela kite yang come lote ituww. Saya gagahkan pegi carik resepi akak untuk di taip di dalam blog ini. ehem.
Sharing is loving kan. *wink*
Resepi ini dikatakan resepi En hadi & isteri dan diolahkan oleh bonda & Nuwaini. Maafkan saya, tiada link di sini sebab saya dapat resepi ni pon hard copy. sowey mowey.
Bahan-bahan:
3 biji telur ayam red A
1.5 cawan gula pasir (boleh nego kalau nak kurang =P)
1 sudu teh ovelete
1 cawan ais krim soda yang baru dibuka (F&N sahaja)
3 cawan tepung gandum
esen vanilla/ros/pisang (untuk hilangkan bau hanyir telor)
Cara-caranya:
- Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovelete. Pukul hingga kembang, putih, gebu dengan kelajuan maximum.
- masukkan ais krim soda dan putar lagi.
- masukkan tepung gandum ke dalam adunan dan putar lagi hingga sebati.
- titiskan esen vanilla dan putar hingga sebati.
- bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan anda.
- Piping adunan anda ke dalam cup mini saiz S pun boleh. Jangan sampai melimpah ya. (guna sudu pon boleh.)
- kukus dengan api paling marak selama 7 minit. (awas jangan sampai marak hingga ke ruang tamu.. itu bahaye!)
Dah siap! dan pastikan cup tu letak dalam tray cup ye sebab nanti apam jatuh melendut. ngeh ngeh. Dan pastikan tray tu banyak jadi boleh buat dengan cepat sebab nak kukus cuma 7 minit dan cup sangat kecil. Faham fahamlah, kelajuan dan kepantasan adalah penting. =)
pastikan ikut langkah ini ye. Takot apam tak menjadi seperti apam saye. *wink*
Selamat Mencuba!!
Dan ini adalah hasil saya buat apam kali kedua petang tadi.. weeeee.... shiela. shiela. buat cepat-cepat ya. Esok akak nak bawa sebab ofis dia ada buat makan-makan. =)
Dan ini adalah hasil saya buat apam kali kedua petang tadi.. weeeee.... shiela. shiela. buat cepat-cepat ya. Esok akak nak bawa sebab ofis dia ada buat makan-makan. =)
Thanks to my sis sebab carik resepi yang sangat menjadi ni. ngih ngih.
Sekian~
p/s: Shiela buat tuk hubby elok-elok ea... kihkih. *wink.wink.wink*
p/s: Shiela buat tuk hubby elok-elok ea... kihkih. *wink.wink.wink*


