RODONGANS~

Showing posts with label seMASA. Show all posts
Showing posts with label seMASA. Show all posts

Saturday, August 20, 2016

Saturday, August 20, 2016

Private Tutor?

Assalamualaikum.

Masa kecik-kecik dulu, saya suka sangat nak jadi cikgu. Why? Sebab masa sekolah dulu saya ada cikgu favourite. i mean cikgu saya saya senang sangat dengan sikap dia, layanan dia, cara dia mengajar. 

Sekolah rendah antara cikgu yang saya tak boleh lupa, Cikgu Zuki.. satu-satu cikgu yang panggil saya Masnida.... what? siapa masnida?? sorry, nama saya Mai..... Asnida.... cikgu amik M depan terus sambung belakang. haha. nak cepat betul cikgu nih. Cikgu suka panggil saya buat kat depan walaupun habis menyuruk dah. Yang best sebab cikgu selalu ingat nama saya.... walaupun saya bukan lah anak siapa-siapa........... cewah. sinetron sangat.

Naik sekolah menengah.. ada beberapa cikgu yang saya senang bersamanya... caranya... PMR dengan cikgu Maisarah, saya suka cikgu sebab cikgu selalu hargai apa saya buat. Before cikgu pindah sekolah SBP cikgu bagi saya RM10 sebab siapkan buku ulasan lengkap. saya suka pergi library cari sinopsis okeh. PITAM.

Naik nak SPM saya suka cikgu Zai... dia buat kimia tu macam seronok dan muddaaah sangat pada hakikatnya tak lah semudah mana. ngee. Dan cikgu Wan, jurulatih bola baling sekolah. Ingat lagi.. ada satu masa, saya bukanlah siapa-siapa (once again). Tapi latihan tak pernah miss, disiplin memang tiada masalah. skema jugaklah kan. Pemain harapan macam ada buat hal sikit... tak datang latihan.. rebel.. bukan sorang, dua tiga orang. at that time, cikgu wan datang kat saya diam diam.. cikgu ada janji dan saya pegang janji itu.. " saya akan masukkan awak dalam team." Bila masa nak bertanding, nama saya tak dok pom.. haha.. nama pemain harapan bangsa juga yang naik. sadis. harapan tinggal harapan.. saya ingat lagi tapi nak tunggu cikgu sebut sendiri. Sampai sekarang... nan hado. (dah nak beranak dua kot.) over- Tapi i still love you cikgu wan... of cos as a teacher.. cikgu wan laki ya.

Masa matriks pulak, saya panggil cikgu comel... ada dua. Cikgu Zara-kimia dan cikgu comel 2-tiba-tiba tak ingat nama. haha-biologi. Bila mengajar kompem resap! hebat. subjek diaorang iolls dapat A untuk that semester. Tapi paling tiptop cikgu Zara... dah la comel. 

Dan ramai lagi... cikgu yang saya suka... yang tak suka saya tak taulah kan. husnuzon. ngeee.... bersangka baik. iolls tak buat jenayah peringkat sekolah okay.

apa kaitan dengan tajuk??? 

Okay. after degree.. saya ada apply nak jadi cikgu tapi tak panggil pun... dan before apply upu pun ada ambil pilihan guru. Pun tak panggil interview pun. even my best friend already call me "cikgu".. kuikui. lastly tak dopat panggilan pom. malu den. Yang pasti, kawan saya yang ramai kata tak suka jadi cikgu. Now jadi cikgu. InshaAllah cikgu yang baik.

After habis graduate assistance di satu universiti ni, saya berpeluang jadi cikgu ganti. Cikgu BM. Akhirnyaa.. haha. merasa mengajar di sekolah. ngee.. lepas tu dapat rezeki kerja. Alhamdulillah.

After bersalin anak first, saya resign kerja saya... atas alasan tak nak PJJ dengan suami dan of cos atas arahan beliau. On the mean time cari kerja di kawasan berdekatan. Saya berpeluang jadi private tutor. hehehehe. seronok. one to one. bonding lebih strong dan advantage kalau dapat parents yang kamching dan baik hati. :)

Tu orang atau ustaz selalu kata.... kadang-kadang.. apa yang kita naaaak sangat tuu Allah tak bagi, sebab apa? sebab ALLAH tahu benda apa yang lebih baaaaik untuk kita. So, bersangka baiklah dengan Allah SWT. 

bUT Till now, saya masih isi borang untuk jadi cikgu.. entah kenapa.. saya suka betul suasana sekolah. kihkih~~



Dah. tu je... nampak macam tak relate sangat dengan tajuk,. sorry. bye!


Selamat Malam,
Assalamualaikum.

Monday, March 23, 2015

Monday, March 23, 2015

Mari-mari support my AINA SOFIA MINI STORE :)

Assalamualaikum.

Hep.. sep.. Post kali ini nak promote blogshop baru. Meh support my new blog. Blog ni menjual barangan Bayi, kanak-kanak dan ibu-ibu, wanita-wanita. :)

Beli atau shopping untuk diri sendiri sambil-sambil menjual.

No worries. Harga akan try untuk beri paling murah daripada pasaran. Almaklumla, beli untuk diri sendiri juge.

Meh, nak tau lebih lanjut boleh baca di link ini: http://ainasofiaministore.blogspot.com/

Bagi siapa ada anak-anak, anak buah, anak kawan, anak jiran, anak rambut... eh? meh melawat blog ini, mana tahu berkenan..~~~~




Terima kasih ya kawan-kawan. Sokongan anda dan kebaikkan hati anda untuk membaca entri ini dan melawat blog Aina Sofia Mini Store amat saya hargai. :)

Sekian!

Daa~~

Friday, February 14, 2014

Friday, February 14, 2014

Home Sweet Home.

Assalamualaikum..

no other home that more sweeter than our own home.

"HOME SWEET HOME"

nampak sangat happy duduk rumah. cuti jumaat sampai selasa.. wee.

rabu jaga mesin pitam kawe.

tak pe yang penting saya rasa aman di sini lah... hehe. maksud saya di rumah.

baru-baru ni saya ada share cite dengan housemate. tentang zaman kecik kecik dulu. pasal banjir tahunan.. pasal air sungai. pasal mandi sungai.... best. bila ingat.. bestnya zaman ituw.....

semalam first time saya drive balik terus dari tempat kerja... bila masuk kampung.. terkejut bila tengok air sungai.... daripada air teh tarik.. tukar jadi tebu dan airnya jauh ke bawah tebing........... weeeee... macam dolu dolu.

dan bila saya lalu di hilir sikit.. ade beting pasir seluas padang bola kat tengah sungai... baru je saya cite kat hosmate. dah timbul... 

walaupun panas.pokok getah sume tukar warna, daun daun luruh.... macam autumn dah tapi cuaca macam savannah tapi still... bunga bunga mak berbunga cantik... musim panas musim paling menjadi untuk bunga berbunga. hehe...

nanti saya tangkap gambar ya... autumn dan bunga dan sungai.... ehem. bila saya kata nati tu maknanya tak taula sampi bila. kuang3...

kawan2 yang tak jemu melawat dan mengomen ituw... saya syg sama kamuuu...~~ 

:) 


sekian~


Tuesday, December 03, 2013

Tuesday, December 03, 2013

hujan sepanjang hari~

Assalamualaikum.

Muka kat bawah ni tak boleh belah. MUka enterperem. Tapi masa ni baru lepas habis meting dan tunggu kereta. sunyi sepi. krik krik krik. Maklumla, semua orang busy. Jadi normal la kena tunggu-tunggu. Dan tak boleh belah..... i siap buat video tuk diri sendiri. Sumpah tak ada keje. lastly, dah berjemur menadah (dah jemur tadah pulak) hujan, saya turun ke pondok semula. penim kepala. hujan renyai sepanjang hari. sambil-sambil tu tefun incik tunam. haha. huh. tu pom nak cakap kat sini. *gapo dio mu mai*


see.

Pondok tempat meeting pagi-pagi.

tinggi dan sunyi.

dan hujan.



shared some pic for today.

annyeong peeps!

Sekian~

Sunday, November 03, 2013

Sunday, November 03, 2013

JUARA PIALA MALAYSIA.

Assalamualaikum.





Alhamdulillah. syukran. at last! Pahang menang buat kali ketiga dengan gandaan plus minus 10 tahun. hehe. Tak apa.. gandaan 10 ke dua ke berturut-turut ke. Yang paling penting! tahun ini kami JUARA.

Kami juara bukan dengan nasib tapi dengan corak permainan yang menarik.

Awesome. 

nebes sepanjang masa. Alhamdulillah. esok cuti umum sayeeeeee... hehe.

Hogoh PAHANG hogoh!

i lebiu always.

I am KAKI BOLA liga MALAYSIA ye. Liga luar? failed! maap. 

Sebelum ini saya tak pernah sangka saya ada semangat patriotik negeri sebab dari dulu saya tak pernah  benar-benar terpikat dengan jejaka senegeri dan saya tak lah jenis yang over bila jumpa orang satu negeri. Kadang-kadang saya terfikir.. "aku ni tak bangga ke jadi orang pahang".

Tapi bila tengok bola. fuh, gaya dah macam witches. ahli sihir. Tambah-tambah tengok kat rumah. gegendang suara boleh pecah beb.

umm. ada lagi la kesejatian negeri tu. tapi kalau jumpa gmoh memang pahang habis lah guwe. haha. *takpasal*

Abaikan.

Yang penting kali ini pahang menang bermaruah. maen cantik. kawalan bola menarik. semangat sepasukan terbaik.

=)

Tidur dengan tenang.

Sekian~

Saturday, November 02, 2013

Saturday, November 02, 2013

Cuti Umum Jika.....

Assalamualaikum.

Olla peeps!

Memang betul. menang atau kalah belakang kira. Tapi tiba-tiba harapan saya dah jauh berbeza. Harap-haraplah menang nanti. 

apasal cik mai?

oh, tak ada la.. semalam, masa kami tengah metim dengan senior exploration manager dari Indonesia tu, tiba-tiba cik wan cuit saya. disuruhnya pusing belakang dan baca email.

ada memo.

awat?

saya baca tanpa menyangka apa-apa. 

so?

Rupa-rupanya, HR emailkan memo yang dikeluarkan atas titah sultan. Memo itu menyebut KALAU SEANDAINYA tok Gajah menang hari Ahad ini, Seluruh negeri pahang akan mendapat cuti umum berganti atau berbayar. 

weeeeeeee~

ada dua keuntungan melalui kemenangan itu.

satu. saya anak PAHANG.

dua. Saya bekerja di PAHANG.

oh yeah. tapi segala-galanya belom pasti.

Pasukan Kijang juara bertahan ye... susah jugak nak lawan dan kalahkan mereka. Mereka kuat dan kuat semangat. But, the most important thing is Kedua-duanya pantai Timur. itu yang penting!




apapun, selaku rakyat negeri pahang sejak dari tahun 1988 lagi. Saya doakan pasukan Acik Dollah menang. Amin. hehehehehehehehehehehe. InshaAllah.

So. GO-GO PANTAI TIMUR. 

=)

Sekian~

Friday, November 01, 2013

Friday, November 01, 2013

Hogoh Tok Gajah Hogoh!

Assalamualaikum.

Saya boleh dikatakan Hantu bola untuk perlawanan melibatkan pahang dan beberapa negeri lain. Ade pasukan saya hantu untuk tengok bukan sebab nak sokong tapi sebab nak sokong team mana-mana yang lawan team tersebut. Kehkeh.


Kebetulan saya balik hari tu separuh akhir Piala Malaysia. fuh. sanggup bangun pagi masak kek sebab malam tu tak nak kacau masa tengok bola. Tapi elok-elok final lusa... saya keje. sobs. dan paling sadis rumah saya channel dia crap! ishk. masa ni la tak ada siaran.

Hosmate dua-dua cuti pulak. dem. Tak ada geng. huwaa....

Tapi disebabkan pasukan pahang masok final. saya dah cop nak g angkut barang tidur rumah mazni. Nak tumpang tv. ngehngeh. Biarlah depa tak tengok tv. biar saya sorang pon tak apa. nak tengok jugak. Kalah menang belakang kira. yang penting saya nak tengok aksi mereka. Dan biarlah esoknya saya keje sekalipon. Nak tengok jugak.

hehe.. 

apapun. Hogoh Tok Gajah Hogoh! ngee~~

Dan, selain tu roaster saya dah tukor. dapat weeekend. hehehehehhehehehehe. Alhamdulillah. nanti saya start cuti jumaat-Isnin. cun. Tapi kalau sabtu-selasa pon cun jugak... weekdays kadang-kadang penting. Nak g bank ke, bayar saman ke, apa ke kan.. Tapi tak apa.. jangan banyak komplen. Alhamdulillah la bos nak kasi kan.

eh? maap. lari topik. Kan pasal bola ni cik mai oi.

Orang pahang? mari kite nyokong pasukan pahang. moh le kite. Koi tak sabo nok nunggu hari ahad. harap-harap boleh nengok dengan aman. aminn. aok sume jangan nok ngaco koi ye malam tu. buat hey siaplah aok koi kejekan. *melalut tak pasal*

nak cakap temerlove kononnye. Tak ade geng. Dapat gayut dengan gmoh best ni... hehe.

abaikan.

Sekian~




Wednesday, October 02, 2013

Wednesday, October 02, 2013

Komen.

Assalamualaikum.

Hampir dua bulan jugak la simkad BB@broadband saya ni saya pakai kat Hp. Almaklumla, hp i nan hadoo internet wa cakap sama luw.. sobs. Plus plus pulak bila simkad ni sumbat je dalam modem dan cucuk pada laptop. Level kelajuan dia macam saya ambil speed 1@*&@!&%#$ je. *sensored*

Jadi, dah dua tiga hari jugak saya dah tukar simkad phone saya dalam hp tak berapa nak canggih ni semula. Dan, hari ni saya masukkan semula simkad BB dalam modem saya. fulamak. sobs. Menangis nak loading satu page. Nak update satu entry pulak 2 jam (plus minus sambil semanyang, turun amik air, mandi, semualah).

RASa nak karate je simkad ni tapi kecil sangat. cumil bangat sih.

Yang mengherankan benak saya sekarang adalah... bila simkad masuk dalam phone. dan saya sharingkan wifinya pada laptop.. saya boleh buka FB (penanda aras kelajuan tertinggi boleh dicapai di kawasan berkelajuan rendah.). Tapi, bila saya guna modem.. pergh. Mengingau dibuatnya.

umm. Jadi. lepas update satu entry tadi selama dua jam. *gigih*

Saya pon try nak try la BW. hasilnya....... seperti Di Bawah.


Apo kono eh jang...

semua ye. semua!! grr. grr. mula nak mengaum macam rimau yang operator jumpa kat Monkey Valley semalam nih. Kalau betul la PERHILITAN dapat tangkap. saya nak pegi tengok. kihkih. *melalut*

okey. Jadi, kawan-kawan.. sehingga satu masa saya berpindah dari rumah ini... aktiviti BW memang terbantot. rindu kawan-kawan nih.. rodongans saya... saya selalu cek sapa rajin datang. *touching*

Tibe-tibe.

dah. tutop lappy. sok keje pagi bute.

Sekian~

PERKARA paling DIINGATI semasa BELAJAR~

Assalamualaikum.

Tensen wa.. ni kali keduwa wa taip sebab entry wa hilang sebelom save sebab internet down.. wa kecewa.

Adeh. try ingat balik ayat tadi. grr..

IMBAS KEMBALI

Bila diingat balik masa belajar dulu (sumpah den tak ingat ayat tadi....) nak dibandingkan dengan zaman bekerja... umm.. mana yang lebih seronok...? (menyimpang habis... cis.. penat buat ayat ikhlas tadi...)

um.. mestilah... zaman BELAJAR.

Ada satu fasa masa belajar yang hampir 90% pelajar universiti akan merasainya tapi TIDAK saya adalah stay up sepanjang malam masa exam. fuh. Sorry beb, wa sayang tidur wa. 

hang memang terukh cik mai.

haha. bukan tak pernah cuba. pernah... tak boleh. dan saya kurang sikit study group melainkan saya dah habis study... sebab saya rasa banyak benda yang saya missed. Lagi nak exam lagi awal saya tidur. Konon-konon nak otak fresh masa jawab exam. chitpodah. haha....

Cuma, satu je effort saya masa study dulu... saya bangun pagi. Sepagi-pagi saya nak study pon.. ehem. pukul 5 je paling awal. hah hah hah. so funny cik mai.

dan setiap sem... itu amalan saya.. tapi mujur result berbeza... pelik. tapi syukran. Alhamdulillah. Biasa-biasa je resultnya tapi berbaloi.

hah stop bab exam. boleh bikin nebes. walaupun sekarang kalau nak dengar pasal exam mungkin tunggu lagi 10-15 tahun.. sebab masa tu inshaAllah ada anak masuk sekolah. ngeee~

tapi mana la tak seronok kan masa belajar. 

masa tu komitmen tak ada lagi. Bila ada kelas, datang. Ada lecture note, salin. Ada assignment, tiru kawan. Bila exam, study. Bila fieldwork, jimba. ops.

Tapi dalam banyak-banyak perkara..... satu je yang paling menyeronokkan antara semua... keseronokkan dan kegembiraan kita bersama KAWAN-KAWAN.

siyes. Yang buruk-buruk biasanya tak dikenang sangat la. Tapi yang manis-manis, yang indah-indah... umm... *smiley* indah untuk dikenang. boleh bikin wa gelak sowam-sowam. *macam orang cacat dah cakap*

dan hari ni nak share satu gambar paling latest (latest?tahun bila punya gambar pon tak ingat.) saya dengan sorang kawan saya yang sentiasa ada masa susah dan senang saya.... 

sekarang dia busy.. maklumla dah jadi mak.. hehe. ops. MAK SEDARA la.. baru dapat anak buah baru-baru ni...

"Yaaanaa eh bukan bukan.. panglima demak ampel@uchop keliwon@sathiamurthy.... eh. sathiamurthy tu panggilan mai ke yana eh? haha...... happy baby sitting (?) yana.. tahniah ibuk!" 


hukhuk. rindu.

Annyeong!

Sekian~



Thursday, September 19, 2013

Thursday, September 19, 2013

KAHWIN

Assalamualaikum.
 
Bosan.
 
 *tibe-tibe kan*
 
tak ada idea nak tulis. Bila ada idea tak ada masa nak menaip. Ni la Manusia.. Banyak betul alasannya.
 
Semalam saya beli lampu tidur baru. Rm4.90 Kat aktif. 1st time guna Rasa mcm tak tidur pulak... Saya dah biasa tidur bergelap. Bila ada cahaya, asyik nak bangun je.. Kesudahannya, saya mengantok sepanjang hari. Mai o Mai.
 
Bila sebut pasal kahwin. Ramai duk Tanya.. Bila majlisnya.. Tunam sudah tapi update pasal fasa seterusnya tidak.
 
Umm.
 
tak tau nak update apa. Ikutkan memang semangat.. Tapi.... Tak ada upaya nak laksanakan..
 
Tapi tak apa.. Hidup perlukan keberanian dan keyakinan........ Hehe.
 
Nati saya update.
 
Fuh. Nebes tiba-tiba.
 
Windu nak BW blog rodongans  tapi hari tu pergi Old Town kononnya nak WiFi laju. Hampeh. Kedai je gah.. Da la tak sedap. Huh..
 
Okay Mai. Keje. Keje. Bosan punya pasal. Guna hp pon boley...... =)
 
Sekian~
 

Monday, September 09, 2013

Monday, September 09, 2013

serabut.

Assalamulaikum.


luahan hati letak gambor katun CINTA. *tak pasal*

Ishk. nak membebel kat facebook, saya tak berapa nak suka. Hari ni serabut jugak la.. bukan sebab keje. Keje tak serabut sebab yang menyerabutkan diri sendiri ialah kemampuan bekerja sendiri. itu aje. 

Entah kenapa. hari ni rasa serabut.

Enjin kete buat hal pagi tadi, balik keje dah lambat, sampai rumah pukul 7, then nak test lagi kete tu. Lastly, sampai sudah tak ley start. Tak pehe kawe..... kawe doh la dok pandai bab2 kete ni, kete manual pulak tu. Nak selalu bawak tak reti clutch pendek, kawasan tempat tinggal bergunung ganang, masa boleh bawak keluar cuma malam, siang sepanjang hari di tempat keje. Nak blaja malam pulak duk kawasan hutan yang bandar dia miskin lampu dan dapat pulak kereta yang lampunya malap. stres.

Entah kenapa. hari ni rasa serabut.

Stress je rasa. rasa penat risau.. tetiba tadi hardisk hilang, kawan2 pinjam. Mungkin salah letak. sebab tu terselit mana mana kan. positip sikit mai. setiap yang berlaku ada jalan penyelesaiannya.

Entah kenapa. hari ni rasa serabut.

Sebab benda benda sampingan. pasal kete. pasal hardisk. pasal semuanya. kete? sebenarnya kereta tunang saya, lama sudah keretanya... ditinggalkan di sini, diminta untuk jaga tapi saya tak boleh nak komited dalam menjaga kete kat sini. saya keluar pegi keje gelap, balik pon dah nak gelap.... kalau cerah pun dah lewat. Nak di bawa kete jalan-jalan pulak, masa yang ada malam. malam pulak jalan gelap berbukit bukit dengan clutch pendek,lampu malap, kete umm boleh dikatakan besar. dan paling penting saya pulak tengah baru nak belajar bawa kereta.. huwaaaaaaaa~

Entah kenapa. hari ni rasa serabut.

macam syair sajak puisi moden dah rasa. rasa nak meluah perasaaan. Tak proper di facebook. Jadi, baik di sini.. boleh bebel panjang lebar. di facebook? mana boleh.. tak kan nak buat note semata-mata nak membebel pasal hati yang sedang serabut. 

macam mana nak buat dengan kete ni.. nak cerita tak pandai... hantar kedai? mahal tak? umm.. nak jump? umm segan mintak tolong kawan, hari tu dia mintak tolong kita(?) jual mahal.... padan muka. what goes around comes around mai! hidup dalam dunia ni macam roda, tak selalu kita di atas.

Entah kenapa. hari ni rasa serabut.

Kesian jugak kat encik tunang. saya tak pandai jaga kereta. Tapi sebenarnya saya tak ada masa untuk jaga kereta dan TAK PANDAI juga.

Entah kenapa. hari ni rasa serabut. 

rasa nak menjerit tapi tak boleh. hidup berjiran, tak boleh pentingkan diri. sobs.

Dahla mai. 

Sekian~





Wednesday, September 04, 2013

Wednesday, September 04, 2013

rASA AJAIb.

Assalamualaikum.

annyeonghaesayo. Pengako sayo. err.. okeh part pengako sayo tu abaikan eh.

hehe.

Online lagi.. tenggelam timbul. tenggelam timbul. maria maria... sabut kelapa pun tak macam ni. Air pasang surut pon kalah.. ni kadang-kadang surut tak naik-naik.

dasar si polan berangan sambil tengok awan. sobs. bosan tau.

Hari ni boleh online. ajaib. rumah ni macam ada saka, saka sosial. Saka ni tak bagi kita sosial sangat dengan internet ni. Dia suruh kita tidur saja bila balik kerja.

bagus. enak sekali.

Okeh, cakap pon dah ala-ala orang seberang. Yela, bos i orang seberang semuanya. terpengaruh sikit la. kihkih. gulps. bahaye ni.

nak update banyak cerita..

sudah la maiiii.....

dari hari itu nak update-update... tak jugak. sebab bila sampai masa, internet tak ada.. bila ada.. asyik ulang ayat sama... "kejap lagi update", "malam ni update", nyudahnya... tak hupdate hupdate.

sudah la maiiii..... *pengaruh izuwan*

Izuwan? who is dat pokemon?

rakan sekerja yang bakal jadi PAPA tapi perangai macam baby... rasa nak hantar nursery je. Nasib baik kawan i. haha. biar dia di geng dengan Kak Linda...

Kak Linda? sudah sapa pulak tu cik mai.?

hehe. dia.... coordinator saye. Tak ada dia tak meriah.... biru biru sentiasa di langit rasanya. HAHA.

Abaikan.

Tapi nak update gambar keje saya lah.

Trang-trang.. tak payah edit. internet selow...

faz, mazni~
Update.... saja saja update.. hehe. Update lebih-lebih karang tenet mengada-ngada.. maapkan Kami.

Sekian.~


Wednesday, July 24, 2013

Wednesday, July 24, 2013

Salah aku kah?

Assalamualaikum..
 
Sekali lagi mobile online.~
 
Salam Ramadhan buat semua =)
 
 
 
Hari ni dah ke15 ramadhan. Sepanjang ramadhan ni saya ada masalah sikit. Tiba tiba, I don't know why & how.
 
Tadi saya berbuka dgn kawan-kawan saya yang cumel ituw. 1st time buka luar.. 
 
Kawan saya ajak terus ke masjid teraweh di masjid.. Kemudian saya decline offer tu. 1 of my friends faham. Dia kata tak selesa ea. And the other maybe not. She asked "sedey tak Mai?" then I said, "tak." she replied "patut sedeh tu"
 
Sobs. Huwaaaaaa..
 
Allah je yang tau perasaan saya. Bulan puasala bulan saya tunggu-tunggu. Ya, dulu pernah saya sedey. Dan bila perasaan itu timbul saya akan sedarkan diri saya.. "jgn sedey Mai..sedey itu tanda menyesali aturan Allah, setiap yg berlaku ada hikmahNya"
 
Ayat kawan saya buat saya sedey.. Sebab bila saya sedih ibarat saya sesal dengan ketentuanNya. Saya sedih dengan diri saya, sebab kadang-kadang saya seperti tak bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.
 
Saya Cuba mematangkan diri saya.
 
Selamat berpuasa buat semua. Semoga ramadhan ini memberi seribu satu rahmat pada kita.
 
solat teraweh di rumah okay apa, bukan sebab kita malas ke masjid.. moga Allah terima ibadah kita semua.
 
Sekian. 

Sunday, July 21, 2013

Sunday, July 21, 2013

Apa kono eh Jang~

assalamualaikum..
 
Saya tak berupaya bebenor utk online. Jadi, ni pon saya online guna hp, masokkan simkad BB di sini.
 
Bijak pulak rasa. *lembab*
 
Rasa syg sgt. Sebab after balik keje memang free.. Tapi Tv rosak dah report tak baiki... Mau seminggu, tak boleh tahan pakej sekali dgn kipas dan lampu ruang tamu yang jammed.
 
Jadi, dengan kadar kelajuan tenet boleh tahan kuno. Oleh itu, dgn rasminya masa sya dihabiskan dgn tido Dan termenung.
 
Syg Rasa.
 
Masa banyak kot, kan best, at least dapat BW.
 
Sobsob.
 
harap-harap dua tiga minggu lagi setel probs.
 
Dah mintak tuko rumah dengan Muslim. Mcm tak ade chance je. Balik uma semua benda beli baru... Mak abah siap bising... Berdosa siapa yang uruskan tu sebab timbulkan waswas dlm penggunaan dapur.
 
Ade ke, mak suh beli peti lain. Haha. Tak mampu lagi den. Bek toksah duk uma company kalau sume beli sendiri.. Setakat periuk, kuali, sudu,sudip,pggan,mangkuk,jug air, blablabla tu ok lagi.. Siap angkut by bas kot. Macam balik sumatera rasa jauhnya...
 
Tapi nk buat mcm mana... Exec tu busy bangat dong. Tak ada masa nak selesaikan masalah kami (faz pon alami masalah sama cuma dia selang 4 rumah dari saya ) Tawakkal la.. Mujur housemate ok.. Nice je.. Cuma yela, takot juga tercampur makanan BAB 1 tu kan... Allahualam.
 
Banyak rentetan peristiwa ni.. Nati saya fikir lagi. Method ni boleh apply bila2 masa. maap ye.. Buat masa ni xleh komen dan BW bagai. Sobs. Will be.. Soon.. Er... Son... Sobs.
  • Kalo eden tau, lamp dah eden guno. Haha
 
Annyeongg~~
Sekian~

Thursday, July 11, 2013

Thursday, July 11, 2013

Apa saya buat sekarang.

Assalamualaikum.

Hari tu cyda ada tanya.. mai dapat keje apa? dan suh update laju-laju.

Baik.

Ni selaju yang boleh sebab BB cipot. Sobs.

Saya dapat keje kat TAMBANG.... bahasa melayunya lombong pak. hehe...

As apa? 

ASNIDA... haha. okeh. tak kelaka.. asnida tu nama guwe.... as graduate geo. Yela, belajo itu.. alhamdulillah lah keje itu...

Bersyukur sangat dapat sini. Kawan-kawan sporting. Wpun baru tapi depa dok layan baguih punya. hehe.

Nak cite satu-satu? okey la. Tapi tak se'detailed log' la ea... huhu. 

Keje? hehe. hari kedua keje... i selesema....... haha... 4 hari kemudian baru sihat iaitu hari ini. Demam terkejot orang kata.... kira-kira 4/7 la....... Dan rini bos kata saya hazard. hehehehe.... sebab selesema datang keje.. maap!

saya tak tahu. hehe..

Tempat tinggal.? saya tinggal di rumah company, satu bilik satu orang, full furniture... lengkap sumenya.. ade aunty datang cuci... hehe. cuma, saya tak serumah dengan muslim. Sobs.. Jadi tak feelingla masak sama-sama, berbuka sama-sama.. dan paling penting.. saya tak ade transport sendiri. So, 3 hari puasa saya cuma makan apa yang ada. Subsidi makan rm5 yang company bagi tu cuma kasi ayam@mutabak aje. nasi? yilek.. sobs. SO, saya berbuka ala-ala barat la... haha. Tapi alhamdulillah, ada jugak makanan kan.. Nak masak, rumah ni scary sikit plus housemate non-muslim. So, tak seronok nak masak-masak.

Sabo mai sabo.. ade kete nanti guna sebaik mungkin deh! kehkeh. *Verangan*

lagi pasal apa eh? Skop keje? Oh la la. berpanas-panasan. Tak merasa duk dalam aircond. orang yang plan nak kawen nak putih, saya gelapkan diri... tapi kenchanayo. Saya okay je.. asalkan tak menganggur. kuikui.

Lagi? ape ea.. tu je la buat masa ni. i tak susun ayat lagi nak cite lebih-lebih. sebab tak sangka dapat tenet malam ini..

So, far... keje best la... seronok. Merangkak jugak nak tangkap skop keje ni sebab masok tengah jalan kan... but i'm trying my best. Moga saya dapat menyesuaikan diri...

selow... okeh.. bab-bab bertanya ni saya selow.. masok-masok je mental breakdown sebab demam. Mulai hari sihat saya hari ni. saya nak blajo jadi geologist yang menawan. eh? bukan menawan tapi yang terbaik. ewah.. cite-cite tak boleh bla.. nak tinggi.. weeee~ nama pon si polan Melihat awan.. haruslah tinggi ye dok.!

Tak ley letak gambar sebab dosa letak gambar tempat keje sebab company's regulation cenggitu gaye. hehe.

Hah. ade topik. seksok nak cite pasal team explo la... hehe. No worries. tak ada yang buruk-buruk. *Wink*

Tata..   

Sekian~




 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang