RODONGANS~

Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts

Tuesday, February 23, 2016

Tuesday, February 23, 2016

Kerja di rumah atau Pejabat?

Assalamualaikum.

Kita sekarang hidup dalam keadaan ekonomi tak menentu dan banyak persaingan. So, ramai yang struggle nak teruskan hidup selesa dan ramai juga yang hidup dia tak terkesan. Itu, bergantung pada rezeki masing-masingkan.

Okay, apa beza kerja di pejabat dengan kita buat income dengan kerja di rumah?

Based on experience la..

Saya pernah kerja waktu office hours (mula awal dari office biasa dan balik lambat daripada mereka) dan now working home based. Banyak beza... pro dan kontras dia lebih kurang je.

Office Hours:
1. Ikut time.. masa tu masuk, sebelum masa tu tak boleh keluar. 
2. Tak boleh balik suka hati masa kerja (nak keluar kena buat pas bagai)
3. Ada bos pantau kerja.
4. Ada daily routine...contoh:hari ni satu lubang naik,so kena logging cepat supaya sampler boleh sampling cepat. Kalau buat lambat, esok akan bertindih lubang baru... especially kalau drilling hole pendek.
5. Anak kena hantar pengasuh.
6. Malam penat, makan luar.
7. Ada KWSP dan ada yang ada Pencen.

Home Based:
1. Working hours fleksible. kadang-kadang tengah nak baring tidur pun buat kerja, tengah suap nasi anak pun buat kerja, tengah masak pun buat kerja
2 .Makan di rumah
3. No pass card, thumb print bagai
4. Tiada bos pantau
5. Anak jaga sendiri
6. Ada daily routine juga cuma tak ada checkup atau berkaitan dengan pekerja lain.
7. Tiada KWSP atau pencen.

tu contohlah situasi kerja office dan kerja di rumah. Tapi dua dua ada KONTRAS dia.. 

KERJA OFFICE ni kita banyak lagi load kerja, Hari-hari menghadap job, sebab job tu ada dateline.. meeting kadang-kadang hari hari, kadang-kadang..2-3 kali sehari. Balik lambat, so anak dengan pengasuh. Kadang-kadang tersasul umi sedangkan kita mama...umi pengasuhnya. haha.... Tapi bulan bulan ada potongan kwsp kalau swasta, ada yang dapat pencen. Bila habis waktu kerja... kerja tinggal di office.  Malam tu memang masa dengan keluarga. fokus. 

KERJA HOME BASED ni memang seronok. duduk di rumah. cuma bila bekerja di rumah kita tiada limit hours. so,kadang-kadang tengah main dengan anak kena hadap kerja. So, sampai kadang-kadang suami kata...  anak tu.. nangis dah nak mama layan dia. Sometimes, tengah makan pun hadap telefon. Nak tidur pun hadap telefun. masa berkualiti dengan anak dan suami tu kurang kalau tak pandai bahagi masa. Tapi jimat kerja di rumah,tak perlu fikir nak bersiap pagi, hantar anak pengasuh, nak ulang-alik kerja. Cuma, tiada kwsp atau pencen. Bergantung kepada kepandaian kita menyimpan duit. 

So, terpulang kepada individu tu sendiri nak pilih yang mana. Kadang-kadang bukan kita nak pilih tapi Allah dah kasi itu rezeki kita bermakna itu terbaik untuk kita. So,yakin. Setiap orang rezeki mereka berbeza. Kita kena redha. 

Asalkan personal matters kita tak di kontrol atas tuntutan kerja sudah. itu dah melanggar hak asasi manusia. hehehehe. bekerja bekerja juga. tapi ada limit.

Pernah dengar tak orang kata... antara kerjaya dan keluarga. Pilih keluarga. 

Ya, saya pilih keluarga masa quit kerja dulu. Memang ramai kata saya tak bijak sebab gaji besar tapi berhenti kerja tapi saya cuba yakinkan diri saya ada hikmah ikut kata suami. So, orang lain pun sama. Jangan ragu perancanganNya.

Jadi, saya share sikit pengalaman kerja di rumah dan office. Dua-dua ada kebaikkannya.... Dua-dua saya suka. Cuma, rezeki Allah yang memberikan saya laluan untuk perubahan. Alhamdulillah.


so, jangan feeling down orang kata perempuan kena duduk rumah! lebih baik.. tak juga, kalau memang itu keperluan.. kerja sahaja. Peduli orang kata apa.

Tapi yang duduk rumah jangan pula down sebab orang kata rugi belajar tinggi tapi duduk rumah je... jangan risau.... mungkin saham kita di sana nanti TINGGI. Positif kan diri ya.

Sekian.

Monday, July 28, 2014

Monday, July 28, 2014

SELAMAT HARI RAYA SAYANG!

Assalamualaikum.. 

SELAMAT HARI RAYA..................

Hari ini keje. Sobs. Syahdu dengan incik suami dalam hotel. Lepas solat subuh berjemaah, bersalam salaman.... 6.50am dah hantar ke opis... T_T

Buka PC nampak gambar kawan-kawan Mawardah.

Wahai sahabatku,

maaf tiada ku titipkan kata-kata ucapan buat kalian.. tapi mengertilah bahawa daku mengingati kalian sentiasa. Lebiu! hehehe

MUN, MAZNI, FIZA, GELEMEY (ANA), CYLA, INTAN dan PANGLIMA DEMAK AMPEL a.k.a Sathiamurthy (YANA).


SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN.. MAAF ANDAI DIRI INI ADA TERKASAR BAHASA, TERGURIS PERASAAN.


Semoga RAMADHAN yang berlalu kita semua memperoleh keberkatan. Amin.

NOTED: SAYA PUASA PENUH... wehuuuuu. Alhamdulillah. :)

terima kasih Ya Allah.

kAWAN2 Blogger tak juga saya lupa..... *wink*

Monday, June 30, 2014

Monday, June 30, 2014

2 hARi

Assalamualaikum.




Sampai opis awal ambil peluang online. sebelum bos bos datang. Sini internet limited. sobs. Tak ley buka facebook pon.

Semalam puasa berjaya. Hopefully, hari ini pun sama. amin. Moga Allah berikan kekuatan dan kesihatan.

Harap lombong ni tak panas la hari ni. sobs.

Harap boleh siapkan kerja ini pagi. amin.

Banyak harapan sejak dua menjak ni. harapan yang tak tercapai. :(

Dah. jap lagi bos datang. kantoi. tata.

Sekian~

Wednesday, June 19, 2013

Wednesday, June 19, 2013

Jamuan.

Assalamualaikum.

Tengah hari tadi ada jamuan.. Jamuan perpisahanla lebih kurang. sobsob. Sedih i tau. Tapi tahan-tahan... nanti tak macho lah wey. haha..

Jamuan pihak panitia bahasa melayu yang anjurkan. Jadi cikgu BM, BI je la yang ada. Namun demikian, saya gembira... amboih, namun demikian you. haha...

Terima kasih cikgu-cikgu, akak-akak... dan acik bang.. hihi. Panggilan baru untuk Sir Fauzee. tihtih.

Lepas ni mesti rindu kena usik, gelak-gelak bersama mereka..

Jom tengok gambar i. hehe. malu pulop.

 Sir Fauzee.. Panitia terlantik. keke.
Wakil kak Liz je ni... time kasih.

 Sir Fauzee dan cikgu Lan. Yang selalu usik saya. time kasih.
Cikgu Lan hubby Kak Ain.

 peace. Kak ain tangkapkan...

 ucapan... konon-konon. Rasa macam banyak nak bebel. Sampai depan, daripada 5 perenggan jadi sebaris je. haha

Cekgu-cekgu bahasa. =)
Nak sebut nama la 
Dari kiri: Kak Liz, Kak Kat, Kak Liza, ME, Kak Ros, Kak Za, Kak Ain dan Kak Zan.

Nanti saya upload part 1,2,3... haha. amboih.. ade part-part ye. Harap maklum. Stok gambar semua lain-lain tempat. haha. =P

Sekian~

Wednesday, May 01, 2013

Wednesday, May 01, 2013

Kerja itu adalah dot dot dot.

Assalamualaikum.

Tertanya-tanyakah anda apabila membaca entri saya INI. hehehehehe. *budget*

Saya dulu masa sekolah, saya suka cikgu-cikgu saya. Ramai betul cikgu favorite saya... Jadi, disebabkan saya mudah terpengaruh.. saya tanamkan dalam diri, satu hari nanti nak jadi macam cikgu ini, itu, nun, sinun, sinan.. ramailah. Semua saya suka, tambah-tambah yang baik dengan saya. Mudah didekati, disenangi. 

Lepas habis matrik, saya ambil exam Medsi. Tapi tak dipanggil interview. MAsa tu angan-angan nak jadi Cikgu kimia macam Cikgu Zai.... cikgu kimia SPM, macam miss zahra.... pensyarah semester 2 masa di matrik. kecewa.

Kemudian, revolusi berlaku....

Masa belajar di UKM, saya sangat sukakan pensyarah saya. Dr tu saya suka, Dr ni saya suka, Prof tu saya suka, Prof ni saya suka... Masa tu saya pasang cita-cita, kalau saya nak jadi pensyarah... saya nak jadi yang terbaik macam mereka.

Selepas saya sambung belajar....

Fikiran saya sedikit berubah.. sudah pandai buat perbandingan... saya hold dulu cita-cita untuk jadi pensyarah.. Penyebabnya, biar saya simpan dalam poket. Biarlah rahsia.

Tapi, impian saya untuk jadi guru tak pernah padam.. sebab tiada anggapan negatif yang mempengaruhi fikiran dan impian saya. Walau saya tau, kursus saya tiada dalam bidang pendidikan sekolah. 

Akhirnya,

Impian jadi kenyataan.

Alhamdulillah.

Saya jadi cikgu ganti di sebuah sekolah berhampiran rumah saya. Thanks to my bff, Gmah sebab membuka peluang saya untuk kerja di sana. 

Ajar apa?

Bahasa Melayu.

Nampak senang tapi susah. Awak tahu, saya ni produk 50-50.. apa tu? Dr Zaiton pernah cakap... kami produk rojak.. ada subjek belajar dalam bahasa inggeris dan ada melayu. Hasilnya, campuran. 

Jadi, bila berada di tempat itu, saya tabik spring cikgu BM saya dulu. Cikgu Azidan....... sebab saya tahu bukan mudah. 7 tahun saya tinggalkan sekolah menengah. Result memang bagus tapi bila dah lama ditinggalkan otak pun.. krik. krik...

Apapun, saya suka jadi cikgu. Jadi, penim lalat, susah senang.. saya ikhlas je buat kerja.. Biarpun sebelum kelas macam-macam buku saya baca.. setiap masa doa.. moga apa yang saya ajar tak tersasar. Rosak budak-budak nanti. Berat tau tugas cikgu. huwaa.. baru saya tahu. sebab tu Saya sukakan cikgu saya dulu. Kalau jumpa tengah jalan saya tak tegur bukan sebab saya sombong tapi saya malu. Ehem. saya kan pemalu orangnya. kehkeh.

Saya nasib baik sebilik dengan cikgu-cikgu yang tak kedekut ilmu. Awal-awal macam tersasul jugak panggil semua cikgu, hehe.. lupa pulak saya pun cikgu sementara.. tukar balik panggil akak. Dan dengan students dah biasa gelar diri akak, tersasul-sasul nak gelar diri sendiri cikgu. heh heh.

Jadi,

Terungkai sudah kerja apa kan. Saya jadi cikgu 2 bulan sahaja. InshaAllah, kalau tak ada aral melintang. Dari duduk rumah saje-saje. Baik keje. cari pengalaman. i tak boleh tau duk rumah saje-saje..... hati i tak senang.. ooh la la.. ber"i" i pulak i nie. ngee~

Dan hari ini cuti hari buruh! YEAY... haha. bak kata yana, "Amboi, keje tak sampai seminggu, dah happy gila2 dpt cuti buruh."

hahahahaha. Eden tak pedulik. Sape tak happy dapat cuti, cuma cuti tanpa gaji. sobs. cikgu ganti kan.... ngehngeh. Dah. dah. nak pergi buat kerja sambil tengok BROKEN VOW. cikgu pon ade homeworks tau. =P

Later,

Sekian~


Thursday, April 25, 2013

Thursday, April 25, 2013

Paling sedikit.

Assalamualaikum.

Hari ini bersamaan 25.4.2013 merupakan hari pertama saya bekerja sementara. Sebagai apa? heh heh. tak mau cerita lagi, rahsia duuluuu... Cara dapat pun next time cite ea.. bila banyak masa free.. hehe.. citpoodaaah.. budget busy sangat kan. Tadi kena print detailed acc bank. Jadi alang-alang online singgah blog sat. Reply komen dan terpandangkan blog post untuk April....... wah! paling sikit. sedangkan hari ni dah 25.4.2013 dah. 

Nampak sangat.

Bulan ni bukan bulan online. Offline memanjang.

Apapun, hari ni pengalaman baru dalam hidup i. Ketaq-ketaq lutut den. hehehehe.

Nati weekend saya Bw eaa... Harap-harap esok free. heh heh.

Oh saya kalau dah online nak melekat rasa. Tak ley. Tak ley... kena tido awal, kena iron baju siap-siap, kena print semua dokumen bagai. Sebab esok kompem tak dan nak buat.

Nati saya update lagi. hehehehe. *happy*

Dari duduk saja di rumah kan. ^_^

Sekian~

Sunday, April 14, 2013

Sunday, April 14, 2013

13.04.2013

Assalamualaikum.

Tak pasal tajuk pon nak guna tarikh kan. Saya guna tarikh sebab semalam tak dapat buat post ni.. Jadi buat hari ni. heh heh. Puas fikir tajuk tapi asyik guna tajuk sama, duk ulang-ulang je. Akhir sekali, guna tarikh. senang. kompem tak berulang. dilahirkan tak kreatif bertajuk. hehe.

Semalam, alhamdulillah.. pergi jugak ujian ptd tu. Exam dia kali ni 4 sections aje. Dulu lima. Pergi pulak survival dengan mak. Mak tukang teman sebab ateh hantar aje, balik sendiri. Jadi, mengenangkan takot nak survival sorang-sorang sebab dah lama gila tak pergi kuantan, terpaksalah susahkan mak i. hehe. ma seh mak. sobs.

Habis first section, rasa lega. Nak tau sebab apa, sebab soalan dia munasabah sikit berbanding yang lepas. Walaupun i tak baca bukunya, heh heh.. ada sikit pengetahuan sejarah masa sekolah dulu. Jadi, boleh goreng jugaklah. Kalau yang lepas, beza betul soalan... sapa buat tak tau. Rasa macam err.... tak pandai sungguh masa itu. hehe.

Habis first paper, tiba-tiba ada orang tegur. terkejut den.. dalam ramai-ramai tu i ada geng. hoyey... zarina. kawan masa sekolah SMKT dulu. dia pon exam. hehe. Ina orang temerloh jugak tapi dia tak terus balik, dia nak tengok bola dulu. Jadi, tak sesuai pulak bawak mak tengok bola. Terkejut orang kang. heh heh. Habis 3 papers, ina ajak join dia and abang dia makan tengah hari. Baiknya awak! hehe... ada jugak orang nak tumpang kasih. sobs. 

Lepas tu, dengan baik hatinya ina offer hantarkan ke terminal bas kuantan tuk ambil bas di situ. Alang-alang dia nak beli tiket bola kan. Alhamdulillah. bagai orang mengantuk disorongkan bantal. haha.. betul tak peribahasa tu. Baiknya awak! kalau saya sorang tak kisah sangat sebab dah biasa berdikari masa duk KL tapi sebab ada mak, tu terharuuu sangat. Dapat tumpang ke sana pon dah syukur. heh heh.

Balik naik bas pukul 5, sampai pukul 7 malam. alhamdulillah. Exam kali ni okay sikit. Tapi tak berani nak cakap dapat 2nd stage ke tak. Yela, puluhan ribu ambil exam ni serentak kan. Jadi, tak mengharap. Kalau dapat, Alhamdulillah. hehe. 

Lama dah tak blogwalking. kawan-kawan i pon dah lupe i agaknya nih. hehe. kena blogwalking nanti. eh, musim pilihan raya ni.. ramai tak yang join jentera parti masing-masing? hehe... mesti ada kann.. *sengau*

Okehlah, i try my best bw sana sini ya.. thanks yang sudi singgah komen. I pantau selalu.. nak bw je tak menyempat. eh ah eh ah.. ber i i i pulak ni. okey geng. thanks yow... =)

I LEBIU.

Sekian~

notakaki: nak preview pon lembap, entah tercapai ke tak nak BW ni. ces.

Sunday, March 31, 2013

Sunday, March 31, 2013

Mid Valley; Malaysia Career and Training Fair by Jobstreet.com

Assalamualaikum.

Hari ni last day career fair kat mid valley. Hari ini saya duk rumah akak berkurung satu hari. Sebab, semalam dah pergi jenguk career fair itu. Sungguh mendapat sambutan, sungguh ramai, sungguh sesak dan semalam juga sesak dengan orang di mana-mana. Mungkin semalam juga ada hot air balloon punya festival kot di Putrajaya..

Career fair tu by JOBSTREET.COM. Saya tahu dari email dan kawan-kawan. 

Print resume bukan main banyak tapi yang boleh dropnya satu dua sahaja. Sebab kebanyakkan yang berkaitan saya nak softcopy. So, better apply online. Walk-in interview tuk orang macam saya ni tiada~~~

Lepas bersesak-sesak. Kami pergi makan. Kebetulan dan takdir Illahi, tak sengaja kami terjumpa kawan kami masa di UKM dulu... incik Khai. macam drama pun ada. slot pertemuan itu cukup kelakar. Disebabkan beliau jumpa kami, incik Khai itu batalkan niat tengok wayang yang telah dibeli tiketnya. Ada ke tengok wayang sorang-sorang? er.. bagus idea ni.. nak tengok iron man nanti. heh heh. boley buat ni.

Tajuk je career fair. Tapi nak cerita pasal kami duk huha huha lepas itu. hehehe. Kami makan ramai-ramai kat Pizza Hut sebab incik khai belanja. Alhamdulillah, moga murah rezeki dia.. moga dipermudahkan urusan ijabqabulnya juga. hehehe.... tahniahhh aawal dari saya. =)

Lepas makan, solat. macam biasa.... penuhhhhhh... Lepas solat. Tengok kereta. Mazda ada buat pameran. Masa ni lah nak cuba-cuba... saya setakat tangkap gambar aje. mungkin sebab belom pernah drive sendiri jadi keinginan nak mencuba itu tiada. Tapi tuk bergambar itu, ada! hehe.

 nak jugak tangkap gambor kan. Tak naik pon tak apelah. ngee~

 port penting. MAZDA. hehehe.

 x-ukm. hoho. asal lah guwe sorang je pakai baju kurung. dush-dush.

sebilik nih dulu... dua-dua.

Cik Uchop.. hehe. thanks bagi running man! =)

Balik, incik khai hantar saya, azfar, cik uchop dan afa ke bandar tasek. Terima kasih daun keladi. Dah la belanja makan... hantar pulang pula. ngee~~

Baiknya sahabat kami ini.

Juwita menapak sendiri naik tren, ke seremban destinasinya. bye-bye di mid valley.. takut sesak di bandar tasek pula. :)

itu sahaja dari saya, maaf huraian tajuknya tak berapa nak ada.

Sekian~


Friday, March 08, 2013

Friday, March 08, 2013

Tempahan Woo.

Assalamualaikum.

Hai. Mesti ada yang dah bosan asyik post pasal apam aje. hahahaha. maafkan saya. =P

Lepas saya buat tu, abang zul bawa ke ofis. tibe-tibe ada orang nak order. Mulanya dua bekas aje. Dah siap 2 bekas, then ada orang nak order lagi.. 5 bekas. Baru semalam saya buat tuk 5 bekas itu.. ada tempahan untuk 200 biji pulak. woo woo wooit. Ley buka kedai ni. hahaha. padahal tak banyak mana.. sebenarnya, saya buat tuk akak je. Kire akak owner. ewah... Dah jadi owner tuuu. haha. Saya tukang kacau bahan, tukang masak  dan tukang design corak aje.... wooooo...... 

yang penting sedap woo. 

haha..... perasan.

Orang muor panggil ni apam aiskrim, sebab masa bagi cik uchop keliwon makan. Dia sebut apam aiskrim. hehehehe. aiskrim pon boley sebab aiskrim sodaaa... hehe. =)


apapun, setiap kali buat apam ni.. mesti aisyah bawak bekal pergi pra-sek... hehehehehe... itu lebih membuatkan diriku ini berbesar hati. ngeh ngeh. =P

Dah la. asyik apam aje. Nak try benda lain pulak la. wuhuuuu.

Sekian~

Saturday, March 02, 2013

Saturday, March 02, 2013

CHIT CHAT bukan KIT KAT.

Assalamualaikum.

Ini pon cite basi, saya suka basikan cerita sebab tu tadi saya terminum air teh basi. cittt.. macam mana boleh terminum nih, uweeeeek. masham. Mulanya nampak abang ipa tuang, ingat air baru la.. saya pon tuang, minum dengan yakin nya. Griikkkkk.. masham. 

"Air bila nih??"
"Mana abang tau, awak duduk rumah"
"hah?bukan air baru ke? adoiiii mashammm... air semalam la maknanya..."
"abang tak minum pon lagi tadi..."

Cis. kita ingat dia tuang, minum air baru. Rupanya abang ipa sempat menyelamatkan perut. gagagagagaga.

Okeh. ni tak ada kaitan dengan tajuk.

berbalik pada cite basi itu tadi, sebab saya dah lama get lost dari tronoh.. kawan saya kebetulan nak balik sana ajak jumpa.. saya yang kebetulan nak hantar laptop rosak ni ke kedai pon bersetujulah. hehehe.

sahabat saya itu adalah cik uchop keliwon. Cik di situ bermakna perempuan yang belum berkahwin dan uchop keliwon bukan bererti dia pondan ya. itu nama panggilan saya untuk dia selain panglima demak ampel. hehe. sedap sedap kan nick name dia. ngehngeh. =P

Duk jumpa nak makan je, last last borak tak hengat dun nia yang fa na hehehe.

Dia cite perkembangan barunya, saya cite perkembangan baru saya dan tiba tiba tak pasal dia dengar masalah saya.... well. masa tu masalah bersusun. haha. laptop koma lah, itu lah ini lah. Naseb baik ada satu benda happy jadi.. ngehngeh.

Sebagai pengubat rindu.. saya bawakkan dia 8 ketul apam mekar. kehkeh.

"Ye ye ye! mai buat lagi kasi yana banyak banyak sikit, tapi nanti pulangkan tupperware tu.. kang meroyan angah tupperware dia tu.. dah la memang hantu tupperware. hahaha."

beliau siap warning kat komen lagi. 

Sebenarnya kiteorang ade satu persamaan paling ketara... kiteorang banyak persamaan sebenarnya tapi ni paling ketara.

Pantang berjalan mesti nak BERGAMBAR. kihkih.


 ni la kawan saya. =) bukan kawan tapi Sahabat baik saya... luar dan dalam tiada rahsia.. ewah. ternyanyi lagu mila pulak.


dan yang pasti gambar tangkap sendiri tapi berdua. Dan ni merupakan percubaan pertama dan terus jadi, ambil kedua gegar macam gema bumi berskala Richter 7. ngehngeh.


Jadi kami decide gambar ni dah cukup da. hehe. i lebiu. nati kite kitkat pulak hujung bulan ni ea. ehem. ehem. ehem. chit chat la. tak mau dah makan kitkat. -)

Sekian!

Thursday, February 28, 2013

Thursday, February 28, 2013

Apam Mekar.

Assalamualaikum.

Sementelah laptop rosak itu hari, saya memiliki banyak masa untuk dibazirkan dengan perkara perkara yang bermanfaat. ehem.

Antaranya menjadi Asst. Chef kepada Cik Puan Angah untuk buat Apam Mekar resepi online Angah buat kali pertama. Faham kan? resepi online bererti resepi yang diambil secara online untuk kegunaan peribadi bukan berniaga. ummm. ape guwe melalut ni. maap, kesitu pulak beta. ngeh ngeh.

Setelah pelbagai cabaran di hadapi kerana mempunyai 2 orang pembantu tak bertauliah, kami berjaya jua menghabiskan apam mekar kami yang sungguh mekar bak bunga seri pagi.. eh?

lama dah tak nampak bunga seri pagi tumbuh tau.. dulu bersepah tepi semak kat rumah di kampung.. global warming agaknya sebab tu dah merajuk mereka. eh?

Maap melalut lagi.

Saya hidangkan tuan tuan puan puan dengan figura figura yang menawan ini. Resepinya Mudah, boleh google ye. hehehe. bukan tak mau share tapi resepinya kat angah.. err.. beta cuma asst. chef, ingat tu.. hehe. *wink*


Bermacam macam warna yang bercampur itu bukan salah saya.... salah 2 pembantu tak bertauliah saya.. yang warnanya come lote tak serabut tu, ehem. Saya buat. kuikui~


NYUMMY.

Keesokkan paginya, saya menghantar laptop ke hospital dan kerana laptop di tahan di wad kecemasan, saya bergerak bertemu sahabat saya kebetulan mahu pulang ke ganggang. eh? tu nati cite.

Langkah kanannya menyebabkan saya membawa buah tangan untuk beliau satu tupperware yang original berisi 8 ketul apam mekar... hehe.

Dia tanya kenapa 8 bijik je bawak? entah.. saya muat muatkan dalam tupperware tu je.. kenapa eh, saya tak bawak tupperware besor sikit.. ishk. tak terpikir pulop. maap. maap. hehehehehehe. 

nati kite buat tuk awak lagi ye.. makan manyak manyak ye uchop keliwon. *perghlamagilatakgunanamaniwehyana*

Sekian~

Wednesday, February 06, 2013

Wednesday, February 06, 2013

Dinner o Dinner.

Assalamualaikum.

Lepas habis blaja di Bangi dulu, kiranya tak ada dah dinner lepas tu. Kat sini department macam tak aktif sangat ah dengan aktiviti luar akademik ni. Mungkin sebab tu tak semua batch rapat atau silap hari bulan tak kenal kan. Tapi kelebihannya, sini tak besar.. student tak ramai.. jadi, pusing pusing jumpa orang yang sama jugak. hehe.

Hari tu teman akak pegi cameron highlands. hari tu merujuk pada satu masa yang agak lama jugak sebelum update lah kan. kihkih.. tapi pegi sana ade dinner woit. hoho. Dinner dengan misi misi, doktor doktor. Ingat time tu kalo dinner dengan dorang ni skema lah kan.. Aling aling, macam kite kite jugak.. pakai lawa lawa... macam macam... ade nyanyi nyanyi... ade cabutan bertuah.. cuma saya orang bawaan je kan. Jangan harep ler dapet. hihi. Ade la tangkap gambo banyak tu memang banyak cumaa kebanyakkannya gambo akak. yela, dinner dia.. i follow je. =)

 comel budak kenit tu... PEACE jugak kakak.!

 makan makan... teka mana akak saye!???

 Geng akak la ni. Akak paling mude. saya mana? photographer le... 

 Staff nurse n Doktor2.

 Ni kakak. Nama betul unknown tapi mama dia Kak Pah dan ayah dia Abang Ji... saya tak tahu kenapa tapi saya suke budak kecik ni. Siyes tak banyak songeh. siyes baik. siyes. *mukesiyes*

 Haruslah tangkap banyak tempat.

 oh, teman seapartment. kihkih. sisters.
teman sekerja ateh lor.

 Tak boleh nak maso sume. saya amik separuh je la. Sempit ruangnya.

 Oh, Ni la ateh si kakak saya.. =)



LAST BUT NOT LEAST.

GAMBAR SAYA la......! ngehngeh. Nak jugak sekaki dua ye. =)

Gegar pon gegar lah kan. peace.

Tangkap tengah makan pon boleh. Perempuan kalo makan. Mana boleh sopan sangat. Tak keyang la weh. hehe.

Saya tak tahu kenapa guna kamera canggih jadi warna oren macam tu. dah la tema oren, lampu oren, gambar pon oren. memang sape tak pakai baju oren pon nampak oren. Kan? hehe.

Nati update esoknya pulop. Jalan jalan cameron. =)

Sekian~


Monday, January 28, 2013

Monday, January 28, 2013

COMPLICATED.

Assalamualaikum.

Saya dulu duk asrama waktu form 4,5 je. sebab lepas PMR tukar sekolah. Konon kononla, padahal sekangkang kera je dari sekolah lama.. cuma bezanya duk asrama dan students lain. Dulu mula mula pindah sunyi je sekolah tu, sampai rasa macam "cuti ke hari ni??" sebab beza sangat dengan sekolah harian.. mak oi.. meriah kau! hoho. sampai rasa macam, eh? salah sekolah ke aku masuk.

Tapi saya tak pernah menyesal pindah sekolah. Sebab duduk hostel la saya belajar hidup sendiri, buat kerja sendiri, macam mana rasa dibuli, dipinggirkan.. dan meja saya dan 4 orang kawan yang pindah sekali pernah kena conteng tau. dengan nama yang bukan bukan. Tapi tu semua pengalaman... bila dah form 5 masing masing dah besar, mereka belajar menerima dan kami belajar melupakan. Semua tu sekarang macam kenangan manis. bila ingat senyum je... "budak budak...." kan? hehe. 

Bila budak budak kite leh la senyum, orang tua tolong jangan buat perangai macam tu ea...! buruk beno. sedor sedor lah diri tu dah tua. kalo perangai macam tu lagi, huduh bebeno rasanya. tok sah kawen lah.... hahaha. *pitam*

So, minggu lepas.. lepas baik je demam dengan suara serak serak basah macam dayang norfaizah, saya pegi jumpa BFF saya yang salah seorang dari empat orang yang pindah sekolah tu. Yaa ampun, lamanya tak jumpa you....... macam macam nak cite. tapi yang pasti, jawapan cik wana kite ni mesti "complicated". hahaha. 

complicated benor kisah kisahnya. Kami share share cite lah, i cite pada you, you cite pada i... hehe... dan cik wana hampir jadi sugar mommy kedua selepas miza. naseb bek diriku menangkis.. ewah. malu woo.... tak saba nak keje tetap ni. nak belanja kawan kawan yang selalu belanja saya pulop. hehe =)

Macam biasalah, perempuan bila keluar mana boleh tak bergambar kan. hoho. lokasi kali ini starmall.. lagi?? adoii... toilet toilet. surau surau! hehe... bila lah nak dibaiki. geram cheq.

 silau pon silau la. eden tak kire.. nak gambaq juak! hehehehe.

 ni lah cik wana kiteee.... hehehehe. dia antara sudents cantik kat sekolah kami dulu. hehe.

ni la kami..sempat lagi saya suruh adik meja sebelah tangkap gambaq, guna hp pon jadilah. Adik ni ada bakat tangkap gambor sebab lawa gambaq dia ambik. orang yang tak biasa dengan hp saya biasanya first time gegar. kagum2. thanks dik!

Tak lengkap rasa nya kalau perempuan keluar tak tangkap gambar sendiri. hoho. guwe pon nak jugak! =P

last but not least pon suruh orang tangkap gambaq! kan gegar.... kan dah kate.. adik tadi tu pandai tangkap gambar! hehehehe.

macam macam cite dikongsi.. tu pun tak bawak matun lagi. Kalau dop kecoh, lina mana dah, entah kawen entah belom.... lost contact dah dengan dia. kami dulu berempat la.. bukan tak berkawan dengan orang lain. tapi ni lah namanya GENG! hehehe geng asrama kami. =) *wink*

Sekian~

Sunday, January 20, 2013

Sunday, January 20, 2013

REUNION 2TahunSekali.

Assalamualaium.

Saya maseh belom sihat sepenuhnya. Demam panas kat sini tengah musim. Pegi beli air 100PLus and panadol tuk abah pon kuatkan semangat aje. siapa lagi lah nak pegi belikan, Mak pon tak sehat. Mujur mak paling kuat. Mase mintak ubat tu saya perasan lah pak cik tu terhuyu hayang jalan. Saya pikir.."tua dah pak cik ni..." Mase bayor tu, pak cik tu cakap.."tak daye dah.... demam.. seminggu dah.." Laa... geng lah pak cik! saya pon sore lemak lemak manis je mase tu sebab maseh demam cakap dengan Pak cik tu.. "samee laa... abah di rumah pon demam demam jugak. tu beli air 100plus dengan panadol ni.

Oh musim. semoga yaya tak berjangkit la..

Okeh. cite kat atas tu tak ade motip dan tiada kaitan dengan tajuk. kihkih.

Saya ade dua orang geng lah mase matrik dulu. Baru baru ni dapat jumpa sorang sebab dia kerja bahagian farmasi di Pusat Kesihatan di Jengka. Alhamdulillah. dekat dah dengan rumah saya.. tapi saya bukan duk jengka la.. sejam jugak mi3a nak ke rumah. bianae.. Jadi, kami plan la nak jumpa. Aling aling pegi starmall je la. Tengok pulak wayang cite.... err... ummm... eh.... LUPA!!!! hahaha. maap. penangan demam. Quantine...? QUllonntine? eh.. ape entah tajuk nya. Cite cina. Tu je movie yang masa yang sesuai tuk kami tengok sebab jumpa dah pukul 2, Mi3a kerja halfday masa tu.

after late lunch di benteng.. kami gerak ke starmall. Tengok movie... weee~~

Tengah jalan tu kami borak borak. eh eh.. haah la... bayangkan after 2 tahun tinggalkan matrik, kami reunion di putrajaya.. saya bawak dorang berdua jalan jalan sana. 2 tahun kemudian baru jumpa lagi kat sini. hoho. cuma kali ni tak cukup korum...... tak ade mai ira lah. Sobs.

Movie pon habis, kami ade matlamat yang perlu dicapai. sebenarnya saya je tapi mi3a kena teman la.. kihkih. nak pegi check size. malu wo... masuk kedai cek size je. tapi nak buat macam mana.. kena buat jugak kan. Ngee..

setel projek. baru lah jalan jalan dengan riang. hehe. Pegi kedai baju... Nak tahu. dah la tengah hari mi3a belanja makan... beli baju pon dia belikan satu.... huwaa.... malu tapi mahu dan terharu.... beli yang sama cuma lain colour. hehe. nyummy. nati pakai sekali deh. =P

dalam bilik ni pon jadik kan. hoho.


Okey baju yang beli sama tu tak ade letak dalam ni. surprise. hehe. pakai spesel day nanti. hoh?! haha. Lastly, makan big apple........ tangkap gambo dan chow... hehe.

fenat tau pakse adik keje big apple tu tangkapkan... tak mo pulak dia.... den pakso jugop. malu la.. hoho. *jahat*

Miza hantar sampai rumah. almaklumla... orang tak berkemampuan macam ni la. huihui...
SAMpai uma abah kate... "baru je sebut sebut tengok iklan donut semalam, ade dah bawak balik hari ni.." sebab mi3a belikan donashi tuk bawak balik rumah. fenim... sugar mommy dah mi3a ni.. =P


Oh, to my dearest friend!  
T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H

Sekian~



Monday, January 14, 2013

Monday, January 14, 2013

Taman Botani, Putrajaya.

Assalamualaikum.

Lepas pegi Kellie's Castle tu.. saya tak tahu nak bawak akak pegi mana lagi. So, kami pLan lepas amik barang semua, kami singgah Putrajaya... Rumah Angah.. Jalan ke sana senang je, jadi tidak sesat. Hehehehe. ehem.

Okay, sampai je sana, amik sikit sikit barang yang perlu untuk bawak naek rumah and amik Yaya dan Aisyah di rumah pengasuh... baru kami decide nak pegi mana. Tapi nak jalan jalan pon seksa woo.. bawak budak ni dua orang, kira seat c0-pilot tu ada 3 orang duduk sebab seat belakang penuh barang saya sampai ke bumbung. gulps.

Jadi, disebabkan kami lapo yang amat. Kami pegi alamanda makan. kat RASA ikan kembung goreng size sederhana rm6 okey. Nasi akak rm13. Hoho. Nasebla.. perut lapa, nak nasi campur jugak. Budak budak ni suap je la. jimat. kihkih.

Lepas tu buntu nak pegi mana. haha... jalan jalan alamanda....... beli baju sorang satu tuk budak budak. Kami chow... Tak bestla.. maybe sebab dulu pon pernah keje part time alamanda sebulan. Seluruh pelusuk alamanda tu dah tau. kehkeh.

Dan paling rimas bila dorang ni nak maen permainan ni... ishk. duet tau. kalau lama tak apa.. dah naek sekali nak naek lagi masalahnya..


 Yang kereta gambo bawah ni kami kasi dorang naek free. tak letak duet, naek je. kehkeh. Naseb la ye... dik noonnnn..~



Naek kete nak balik... last minute akak tanya nak pegi mana.. Saya err.. pegi mana..?? Okeh jom pegi Taman Botani... ape lagi, kat situ lah sesi tangkap gambar kami.

FYI, kat sini boleh maen basikal tau.. tapi waktu buka saya tak tahu yang saya PASTI ialah waktu akhir amik basikal 530ptg sebab pernah try datang waktu tu.. nan hadoo.. hehe.

Kalo naek basikal view lagi menawan la kat dalam dia. Siyes tak tipu sebab dulu pernah pegi dengan kawan kawan waktu final year dulu. hehe.

Dah. Gambor jom.

Di depan taman itu..~

 Makan icecream beli di alam anda. hihi.

 Actually nak tangkap gambo ateh je. taapiii dorang lari lari nak masuk tapi muka masing-masing.. errr.. xtau nak kabo macam manalah.

Sebok nak bergambo tapi bukan nak posing maut pon. huh.


 "Aku Mahu Terbang"

 AHha.... feeling majalah MANGGA. kuikui~
Gambo tepi kolam.

 hah. molek sikit mukanya, senyum sikit je lagi... baru manis.

Sini pon sama.. nak tangkap gambo ateh je sebenonye. hehe.

 Hah. Maut maut. posing mengancam. huahua~
Bukan guwe yang aja.. dia posing sendiri..

Nak tangkap gambo sorang.. dia nak masuk nak buat macam mana... tapi yaya sepatutnya ada tapi di belakang saya. Ateh cuba amik gambo di angle yang tak nampak dia. HAHAHA.

 "BALIK JOOOmmm" 
zoooommmm.. TERBANG~~~~~~~~

Esoknya, kami culik Yaya tuk menjadi tahanan di kampung selama sebulan. O yeay. Mulut bechok dia tu memang sukar dikawal. Haish.. ngee~~


Okey. Bye. =]

Sekian~

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang