Assalamualaikum.
Hye hyp hyep hyip hyop kawan kawan!
Tadi tengah lunch tiba tiba dengar radio pasangkan lagu ni, time tu saya tak ingat tajuk tapi saya ingat lagu ni femes amos masa saya form 4 dulu. Duk hostel, maklumlah... bila dah sorang nyanyi yang lain duk ikut kan..
Ingat dulu masa tazkirah maghrib.. ustaz pernah tegur.. " ada ke lagu tu lirik dia tiada lafaz yang lebih agung, kalimah cintamu... agung sangat ke kalimah cinta tu." Gulps. Masa tu macam kena tampar je.. yela, kite duk ikut nyanyi sebab macam layaan je kan lagu ni.
Then, full stop kes itu. Berbalik pada hari semalam. Kawan saya ni ada cerita tentang sorang laki laki ni tak habes habes kejar dia, sehingga libatkan family sedangkan dia tahu yang kawan saya ni dah cakap dia dah nak bertunang.... ishk ishk. saya kenal laki laki itu, dan saya macam tak percaya.... Padahal ingat kes itu dah setel, rupanya tak putus asa orangnya.
Dan hari ini, saya dengar lagu ni.. dan, eh? lirik ni sesuailah untuk lelaki itu......
Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa menyambar walau ku di tolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki
Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu rela ku pujuk
Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya
Umm... dari aspek positive.. bagus lelaki ni, tak putus asa.. cintanya tegar. Tapi dari sudut negative, dia seolah olah tidak menerima takdir.. dan seolah olah tidak redha akan sesuatu yang mungkin bukan miliknya. dan paling penting.. cinta tu tak boleh paksa, seksok kawen... cerai berai, lagi parah kan.
Lagipun (
cikdeby):
Haram
mengganggu tunang orang dan haram mereka yang dah bertunang mencari
orang lain untuk dikahwini selagimana belum diputuskan ikatan tunangan
tersebut.
tahqiq / takhrij hadith dari Jab Hadith:
hadith sahih -
لَا يَخْطُبُ أَحَدُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ
Maksudnya:
"Jangan salah seorang kamu bertunang ke atas tunangan saudaranya".
Dikeluarkan oleh Malik dalam Muwatta, alSyafie dalam Musnadnya, Ahmad
dalam Musnadnya, Bukhari dalam Sahihnya (no: 2033)
Tengok, islam pun melarang.. dalam kes kawan saya ini saya kalau boleh nak nasihatkan. Percepatkanlah majlisnya, majlis pertunangan atau perkahwinan..Walaupun,
Sabda Nabi s.a.w: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan)
tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair
Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’
al-Ghalil)
Tapi, untuk tujuan Elak fitnah dan Elak gangguan sila bertunang segera atau mungkin kawen. hehe.. yeay. mungkin tambah event saya nak attend nanti. Ngee~
Sekian~