RODONGANS~

Saturday, March 02, 2013

Saturday, March 02, 2013

Si Kuat Komen =)

Assalamualaikum.

hoho.

Okey. mulakan entry dengan senyuman kan. 

Semua orang sekarang sedang musim bagitahu top komentar mereka. Saya secara rasminya buat pertama kali mengira siapa top komentar saya. hehehe. Thanks sudi datang blog kecil kecilan saya selama ini dan thanks sudi drop komen di entry saya. Thank you sooooooo much.. nomu nomu nomu chuwahaeyo. *wink*

Kepada silent readers pon thanks ya. Sudi singgah pun dah cukup buat saya. 

so saya sorted out 10 si kuat komen di blog saya bagi dua kategori.. kenapa 10? 10 lah, baru yang lain rasa semangat nak masuk list.. heh heh. Ada ke yang rasa semangat tu.. *perasansorangdiri* =P

So, a big thanks to them!! yeay. clap clap hands pehlis......


Dan Aini.... Tahniah ya dik. Juara lagi.. kalau kumpul trofi ni.. berapa dah aini menang.. emas, perak, gangsa, saguhati semua ada.... hehe. Thanks semua..

Btw, baru baru ni saya perasan ada deretan komen di ruangan chat yang lebih kurang sama. Dan mereka berkata BW sambil menderma dan sambil klik iklan.. eh? blog saya belom pasang iklan rasanya.. er.. ke ada iklan yang saya tak perasan sebab saya owner blog?? kalau ada bagitahu ya, sebab nak claim. ngeh ngeh.. Dan dah jadi trend ea, kat chat nama letak link iklan.. hehe.. kot ye pon tinggallah link blog, ley lawat blog anda sekali ye dak.. saya tak lah kisah sangat tapi heran bin pelik bila ada yang kata klik iklan saya... padahal saya tak pasang pom.... kot ye try amik hati pon, trylah cek dulu wujud ke tak benda tu. hehe. *wink*

penat dah kenyit mata... kenyit mata memanjang... lepas ni tak mo kenyit dah flying hand pulak, nak flying kiss kang pitam..

Okey, itu sahaja buat masa ni... hehe.

Sekian~

ISU Kenapa POLIS bukan TENTERA.

Assalamualaikum.

Sekadar berkongsi. Saya dapat dari Kelab Penyokong PDRM yang mengulas isu yang dibangkitkan. Ada logiknya, sebab setiap tindakan yang melibatkan keselamatan negara perlu dibuat dengan bijaksana. Jika tersalah langkah mungkin memudaratkan rakyat jelata. Lagipun, setiap perkara ada protokolnya bukan.. yela. Malaysia bukan hidup sendiri di dunia.. dan Malaysia tidak bebas untuk bertindak sesuka hati. Sebab kita ada undang undang antarabangsa. 

Saya ada baca kisah kesultanan sulu. Menarik kisahnya.. apa kata kita kaji kejadian ini dari kaca mata rakyat mereka.. mungkin boleh membuka mata.



Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?

Persoalan Kenapa polis tak tentera?

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.
Sumber-Kiub Fakta

Sumbernya KLIK SINI.

Dan nak tahu lebih lanjut tentang SULU? KLIK SINI. Ada banyak lagi page yang menceritakan tentang sulu tapi kebanyakkannya susah di fahami kerana mereka bukan berbahasa melayu. Mereka ada bahasa mereka sendiri. Dari sini kita tahu, tak semua rakyat mereka sefahaman dengan pemberontak diraja sulu. Rakyat mereka sebenarnya cuma mahukan kebebasan dan kemerdekaan untuk membentuk SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam kalau tak salah saya). Dan yang saya tahu, rakyat sulu yang bekerja di sabah juga ramai dan ramai juga diantara mereka diberikan amaran supaya tidak terlibat dengan pemberontakkan oleh kerajaan kecil mereka di sana kerana jelas, mereka tak sukakan peperangan mereka cuma mahukan kemerdekaan daripada filipino. 

Dari sudut positifnya; biasalah, setiap negara ada pihak berlainan pendapat. Berlainan pendapat itu jugak sebenarnya penting untuk pembangunan negara. Bayangkan semua sama pendapat, mungkin taraf hidup kita rakyat malaysia tidak akan pernah berubah. 

Semoga Allah SWT melindungi negara kita dan mengekalkan keamanan isi di dalamnya. Aaminn.

Sekian~

notakaki: sekadar perkongsian.. bacalah sejarah sulu. menarik.. mungkin kerana saya sukakan sejarah...sebab subjek sejarah juga tanamkan sifat patriotik dalam diri saya sejak di bangku sekolah lagi.   Jadi haruslah skor paper sejarah kan.. hehe. *wink*

CHIT CHAT bukan KIT KAT.

Assalamualaikum.

Ini pon cite basi, saya suka basikan cerita sebab tu tadi saya terminum air teh basi. cittt.. macam mana boleh terminum nih, uweeeeek. masham. Mulanya nampak abang ipa tuang, ingat air baru la.. saya pon tuang, minum dengan yakin nya. Griikkkkk.. masham. 

"Air bila nih??"
"Mana abang tau, awak duduk rumah"
"hah?bukan air baru ke? adoiiii mashammm... air semalam la maknanya..."
"abang tak minum pon lagi tadi..."

Cis. kita ingat dia tuang, minum air baru. Rupanya abang ipa sempat menyelamatkan perut. gagagagagaga.

Okeh. ni tak ada kaitan dengan tajuk.

berbalik pada cite basi itu tadi, sebab saya dah lama get lost dari tronoh.. kawan saya kebetulan nak balik sana ajak jumpa.. saya yang kebetulan nak hantar laptop rosak ni ke kedai pon bersetujulah. hehehe.

sahabat saya itu adalah cik uchop keliwon. Cik di situ bermakna perempuan yang belum berkahwin dan uchop keliwon bukan bererti dia pondan ya. itu nama panggilan saya untuk dia selain panglima demak ampel. hehe. sedap sedap kan nick name dia. ngehngeh. =P

Duk jumpa nak makan je, last last borak tak hengat dun nia yang fa na hehehe.

Dia cite perkembangan barunya, saya cite perkembangan baru saya dan tiba tiba tak pasal dia dengar masalah saya.... well. masa tu masalah bersusun. haha. laptop koma lah, itu lah ini lah. Naseb baik ada satu benda happy jadi.. ngehngeh.

Sebagai pengubat rindu.. saya bawakkan dia 8 ketul apam mekar. kehkeh.

"Ye ye ye! mai buat lagi kasi yana banyak banyak sikit, tapi nanti pulangkan tupperware tu.. kang meroyan angah tupperware dia tu.. dah la memang hantu tupperware. hahaha."

beliau siap warning kat komen lagi. 

Sebenarnya kiteorang ade satu persamaan paling ketara... kiteorang banyak persamaan sebenarnya tapi ni paling ketara.

Pantang berjalan mesti nak BERGAMBAR. kihkih.


 ni la kawan saya. =) bukan kawan tapi Sahabat baik saya... luar dan dalam tiada rahsia.. ewah. ternyanyi lagu mila pulak.


dan yang pasti gambar tangkap sendiri tapi berdua. Dan ni merupakan percubaan pertama dan terus jadi, ambil kedua gegar macam gema bumi berskala Richter 7. ngehngeh.


Jadi kami decide gambar ni dah cukup da. hehe. i lebiu. nati kite kitkat pulak hujung bulan ni ea. ehem. ehem. ehem. chit chat la. tak mau dah makan kitkat. -)

Sekian!

Friday, March 01, 2013

Friday, March 01, 2013

Dua komando polis maut terkena serangan mortar.

Assalamualaikum.

Saya pasti lepas ni atau sekarang ni mesti ada ramai yang post pasal incident ni. Sebab berita ni melibatkan keselamatan negara. Dua orang komando meninggal dunia terkena serangan mortar di Lahad Datu.

Sebenarnya, sebelum berita ni tersebar lagi saya dah dengar berita tentang kepincangan keselamatan di sana. My lovely Mat Terap yang bagitahu bahawa mereka semua tengah stand by sebab perang di sana. Masa tu saya risau, cuma yela.. dah biasa hidup aman tanpa perang.. kerisauan itu ke laut la. Risau tapi tak berapa risau. 

Bila ternampak tajuk berita tu, berderau darah saya. Berita tu betul betul terjadi.

Ya Allah, negara kita sedikit sebanyak telah diganggu oleh mereka, mereka yang dahagakan peperangan. Nauzubillah. Minta dijauhkan.

Dan saya tak senang melihat status sahabat sahabat saya di facebook. Saya tak tahu situasi sebenar tapi dari pemerhatian saya, ramai yang kelihatan marah kerana kejadian ini di politikkan. ummm. sedey rasa. sempitnya fikiran mereka. mereka yang saya tak tahu siapa dan saya tak mahu tahu.

Kejadian ini melibatkan nyawa, so please.. ini juga melibatkan keselamatan negara, so please. Please berfikiran matang dan terbuka. Politik kah bila nyawa mereka sebangsa dan seagama kita terkorban. Bukankah sepatutnya kite mendoakan roh mereka di cucuri rahmatNya.. Mereka tetap manusia macam kita.

Tugas polis dan tentera patut kita sanjung sebab adakah kita seberani mereka berjuang mempertahankan negara dan nyawa rakyat di dalamnya? Dan adakah keamanan di Malaysia jika tiada mereka semua? Perkara buruk terjadi di mana mana. Cuba google di seluruh dunia, tiada negara yang sempurna! TIADA. Pasti ada tumpah darah, pasti ada keluh kesah. Tapi bandingkan negara kita dengan negara yang lebih teruk keadaannya. Kita jauh lebih aman dan sentosa.

umm. stop being so low. shallow thinking bak kata senior saya. Stop being a creature that have a brain but not using it!


LAHAD DATU: Dua komando polis terbunuh selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. 

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata, mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu. 

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu selepas diarahkan pihak berkuasa.

Pada jam 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. - BERNAMA


TERBARU:

Perkembangan di Lahad Datu, Sabah:
Pegawai Yang Terkorban
-INSP ZULKIFLI BIN MAMAT
-KPL SABARUDDIN BIN DAUD

Pegawai Cedera/Cedera Parah
-KPL MOHD TARMIZI BIN HASHIM
-KPL AZMAN BIN AMPONG
-KPL MOHD QAIYUM AFZAL BIN ZULKIFLI


Sumber: SINI.

Semoga mereka yang masih berjuang di sana dilindungi oleh Allah yang maha kuasa dan semoga negara dikekalkan keamanan olehNya. aminn.


Sekian~

Kejutan Buat Saya. =)

Assalamualaikum.

Apa kabar orang kampung, lama sudah tak berjumpa, kirim kirimla berita... ewah. okay, ni tak ade kait mengait langsung dengan kejutan seperti tajuk di atas.

Kejadian ni baruu lagi.. tak sampai 15 minit. Saya yang tengah syok stalker blog orang tetiba terasa macam ada orang duduk belakang.. Saya jeling sikit je saya tau dah sapa... aisyah. Dia tak ke pra-sekolah hari ni sebab demam. Tapi yang mengherankan saya adalah dia duduk belakang saya rapat rapat dan senyap senyap. 

Oh, ini pelik.

Tiba tiba tak cakap apa, dia keluar.

Oh, ini pelik.

Tetiba saya perasa kat kaki saya saya kotak merah.

Oh, la la..

Saya senyum simpul, saya buka kotak di dalamnya ada biskut imaginasinya.. Biskut Imaginasi?? Nak tau.. jom tengok gambar. hehe.

TARAAAA.!



dan di dalamnya mengandungi biskut yang sangat sedapp... ngehngeh.



Amacam?

walaupun kejutannya cuma biskut kertas. Sudah cukup membuatkan saya senyum lebar pagi pagi ni. Pandai nya anak anak ni... Pandai membuatkan saya gembira. =)

Sekian~



 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang