RODONGANS~

Sunday, November 02, 2014

Sunday, November 02, 2014

Bila Laptop mula bernyawa,,~

Assalamualaikum..

Rasa macam dah beratus hari tak buka blog guna laptop. Pernah sesekali buka guna komputer company... nak loading. Mak aih, dia block agaknya. Pernah juga sesekali guna handfun.... tak pueh hati den yo.

Perut dah memboyot. Baby dah belajar karate di dalam.... Alhamdulillah. Tanda sihat. Tapi nak, karate, karate jugak tapi jangan sampai tembus yo. Sabaq dulu na.....

31 Oktober 2014, genap usiamu wahai anak 32 minggu. Tak lama lagi InshaAllah melihat dunia. Bila ditanya apa perasaan... lebih kepada tak sabaq. Tapi bila difikir-fikir terlintas perasaan debar... ishk, macam mana ek nak tau baby nak keluar? sakit macam mana? darah banyak keluar macam dalam tv tu ke? pengsan tak? larat ke? macam-macam la...... first experience la katakan.

Kalau nak dikata tak cari tips... rata orang eden tanyo. haha. Sape yang pernah beranak tu, semua eden cekup. Boleh join mother's club dah okay. Dengar diaorang cerita pasal anak-anak dan pengalaman masing-masing. Tersenyum saya. "macam mana aku nanti ek?" 

hehehehehe

verangan.

Ramai yang kata... "mai tengok orang comel-comel, lawa-lawa, hensem-hensem je... haa.. inshaAllah anak cute." tihtih. Time meeting kalau bos tak ensem maknanya eden kena tunduk la yo? tih tih tih.

"buang tebiat ke mai, cakap sambil tunduk?"
"tawadu' bos!"

hehehehehe

kelakor

Tapi masa ibu-ibu senior tu cakap macam tu, saya terus gugel Jang Ok Jung... a.k.a Kim Tae Hee. Satu-satu pelakon korea yang saya rasa paling saya suke. Rasa lawo aje. tih tih tih. konon-konon anak bermuka cumil begitu. 

hehehehehe

Mak muke melayu tulen! mujur ayah muka selebriti sikit. haa.. Hai, anak.. jika perempuan... semoga berhidung seperti dedi mu. tih tih tih.



Cun Kan~~
tu baru satu part pasal baby... berpuluh part tak di share. Saya sekarang bukan macam dulu... asal free ngadap laptop, asal tak buat apa ngadap laptop. Sekarang kerja mana boleh guna PC untuk berfoya-foya... setakat buka maybank2u lepaih ler. Lepas tu, asal free nak tido, asal ada ruang dan waktu, nak beradu. Fenat okey. 

Kalau orang kata perempuan mengandung elok banyak berjalan. Saya rasa saya passed ujian ituw. Tapi bila malam, baring lebih 5 minit nak bangun..... sekse. bukan seksi ya tapi sekse a.k.a seksa. retak seribu tulang kali rasanya.

Tapi yang anehnya... sekali tak pernah bangkit rasa marah.. sekali pun tak pernah menangis tentang rasa sakit-sakit... biarpun habis almari, tiang katil duk capai untuk bangun.. maklumla PJJ, suami tiada di sisi.. ini mungkin sebab rasa bahagia.. kita sakit kerna dia, bakal anak yang akan lahir.

"Ya Allah... Kau peliharalah anak dalam kandunganku, Lahirkanlah dia dalam keadaan sempurna sifatnya, tajam akal fikirannya dan Jadikan dia seorang yang taat padaMU, taat padaku, taat pada suamiku dan beramal soleh."  aaminn.

mama menanti mu dengan penuh sabar sayang.

Sekian~

Monday, July 28, 2014

Monday, July 28, 2014

SELAMAT HARI RAYA SAYANG!

Assalamualaikum.. 

SELAMAT HARI RAYA..................

Hari ini keje. Sobs. Syahdu dengan incik suami dalam hotel. Lepas solat subuh berjemaah, bersalam salaman.... 6.50am dah hantar ke opis... T_T

Buka PC nampak gambar kawan-kawan Mawardah.

Wahai sahabatku,

maaf tiada ku titipkan kata-kata ucapan buat kalian.. tapi mengertilah bahawa daku mengingati kalian sentiasa. Lebiu! hehehe

MUN, MAZNI, FIZA, GELEMEY (ANA), CYLA, INTAN dan PANGLIMA DEMAK AMPEL a.k.a Sathiamurthy (YANA).


SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN.. MAAF ANDAI DIRI INI ADA TERKASAR BAHASA, TERGURIS PERASAAN.


Semoga RAMADHAN yang berlalu kita semua memperoleh keberkatan. Amin.

NOTED: SAYA PUASA PENUH... wehuuuuu. Alhamdulillah. :)

terima kasih Ya Allah.

kAWAN2 Blogger tak juga saya lupa..... *wink*

Monday, June 30, 2014

Monday, June 30, 2014

2 hARi

Assalamualaikum.




Sampai opis awal ambil peluang online. sebelum bos bos datang. Sini internet limited. sobs. Tak ley buka facebook pon.

Semalam puasa berjaya. Hopefully, hari ini pun sama. amin. Moga Allah berikan kekuatan dan kesihatan.

Harap lombong ni tak panas la hari ni. sobs.

Harap boleh siapkan kerja ini pagi. amin.

Banyak harapan sejak dua menjak ni. harapan yang tak tercapai. :(

Dah. jap lagi bos datang. kantoi. tata.

Sekian~

Sunday, June 29, 2014

Sunday, June 29, 2014

Puasa

Assalamualaikum.

Puasa. lip lap lip lap dah puasa balik. Hari ni 1 ramadhan. sempat sahur ala kadar dengan suami. wuwu.Alhamdulillah. Memandangkan sekarang kurang upaya jadi sahur begitu dah memadai. Baru separuh hari angin dah mula keluar membuak-buak. harap dia tak memudaratkan tubuh badan lah malam nanti. Amin.

Bulan ni InshaAllah kalau kekurangan upaya bertambah baik.. akan puasa penuh. Hopefully segala moning evening nighting sickness tak ada. Semalam dah terlepas satu terawikh. Niat daripada pagi nak pergi.. at last terkujur di bilik kurang upaya berbaukan minyak angin. sobs. 

DUGAAN.

Dapat habis puasa pun dah alhamdulillah. harap sempurna. Maapkan hambamu ini YA ALLAH.

Berbulan tak buka FB, WHATSAPP, WECHAT, BLOG (apatah lagi) dan lain-lain. Hari ini first time dapat gagahkan jejari nak taip kat blog. *buang tebiat agaknya, tibe-tibe*

Dah. kang kantoi. kat opis.

Bye-bye.

Selamat Berpuasa kawan-kawan.

Sekian~

Friday, February 14, 2014

Friday, February 14, 2014

Home Sweet Home.

Assalamualaikum..

no other home that more sweeter than our own home.

"HOME SWEET HOME"

nampak sangat happy duduk rumah. cuti jumaat sampai selasa.. wee.

rabu jaga mesin pitam kawe.

tak pe yang penting saya rasa aman di sini lah... hehe. maksud saya di rumah.

baru-baru ni saya ada share cite dengan housemate. tentang zaman kecik kecik dulu. pasal banjir tahunan.. pasal air sungai. pasal mandi sungai.... best. bila ingat.. bestnya zaman ituw.....

semalam first time saya drive balik terus dari tempat kerja... bila masuk kampung.. terkejut bila tengok air sungai.... daripada air teh tarik.. tukar jadi tebu dan airnya jauh ke bawah tebing........... weeeee... macam dolu dolu.

dan bila saya lalu di hilir sikit.. ade beting pasir seluas padang bola kat tengah sungai... baru je saya cite kat hosmate. dah timbul... 

walaupun panas.pokok getah sume tukar warna, daun daun luruh.... macam autumn dah tapi cuaca macam savannah tapi still... bunga bunga mak berbunga cantik... musim panas musim paling menjadi untuk bunga berbunga. hehe...

nanti saya tangkap gambar ya... autumn dan bunga dan sungai.... ehem. bila saya kata nati tu maknanya tak taula sampi bila. kuang3...

kawan2 yang tak jemu melawat dan mengomen ituw... saya syg sama kamuuu...~~ 

:) 


sekian~


 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang