RODONGANS~

Tuesday, December 03, 2013

Tuesday, December 03, 2013

hujan sepanjang hari~

Assalamualaikum.

Muka kat bawah ni tak boleh belah. MUka enterperem. Tapi masa ni baru lepas habis meting dan tunggu kereta. sunyi sepi. krik krik krik. Maklumla, semua orang busy. Jadi normal la kena tunggu-tunggu. Dan tak boleh belah..... i siap buat video tuk diri sendiri. Sumpah tak ada keje. lastly, dah berjemur menadah (dah jemur tadah pulak) hujan, saya turun ke pondok semula. penim kepala. hujan renyai sepanjang hari. sambil-sambil tu tefun incik tunam. haha. huh. tu pom nak cakap kat sini. *gapo dio mu mai*


see.

Pondok tempat meeting pagi-pagi.

tinggi dan sunyi.

dan hujan.



shared some pic for today.

annyeong peeps!

Sekian~

Sunday, November 03, 2013

Sunday, November 03, 2013

JUARA PIALA MALAYSIA.

Assalamualaikum.





Alhamdulillah. syukran. at last! Pahang menang buat kali ketiga dengan gandaan plus minus 10 tahun. hehe. Tak apa.. gandaan 10 ke dua ke berturut-turut ke. Yang paling penting! tahun ini kami JUARA.

Kami juara bukan dengan nasib tapi dengan corak permainan yang menarik.

Awesome. 

nebes sepanjang masa. Alhamdulillah. esok cuti umum sayeeeeee... hehe.

Hogoh PAHANG hogoh!

i lebiu always.

I am KAKI BOLA liga MALAYSIA ye. Liga luar? failed! maap. 

Sebelum ini saya tak pernah sangka saya ada semangat patriotik negeri sebab dari dulu saya tak pernah  benar-benar terpikat dengan jejaka senegeri dan saya tak lah jenis yang over bila jumpa orang satu negeri. Kadang-kadang saya terfikir.. "aku ni tak bangga ke jadi orang pahang".

Tapi bila tengok bola. fuh, gaya dah macam witches. ahli sihir. Tambah-tambah tengok kat rumah. gegendang suara boleh pecah beb.

umm. ada lagi la kesejatian negeri tu. tapi kalau jumpa gmoh memang pahang habis lah guwe. haha. *takpasal*

Abaikan.

Yang penting kali ini pahang menang bermaruah. maen cantik. kawalan bola menarik. semangat sepasukan terbaik.

=)

Tidur dengan tenang.

Sekian~

Saturday, November 02, 2013

Saturday, November 02, 2013

Cuti Umum Jika.....

Assalamualaikum.

Olla peeps!

Memang betul. menang atau kalah belakang kira. Tapi tiba-tiba harapan saya dah jauh berbeza. Harap-haraplah menang nanti. 

apasal cik mai?

oh, tak ada la.. semalam, masa kami tengah metim dengan senior exploration manager dari Indonesia tu, tiba-tiba cik wan cuit saya. disuruhnya pusing belakang dan baca email.

ada memo.

awat?

saya baca tanpa menyangka apa-apa. 

so?

Rupa-rupanya, HR emailkan memo yang dikeluarkan atas titah sultan. Memo itu menyebut KALAU SEANDAINYA tok Gajah menang hari Ahad ini, Seluruh negeri pahang akan mendapat cuti umum berganti atau berbayar. 

weeeeeeee~

ada dua keuntungan melalui kemenangan itu.

satu. saya anak PAHANG.

dua. Saya bekerja di PAHANG.

oh yeah. tapi segala-galanya belom pasti.

Pasukan Kijang juara bertahan ye... susah jugak nak lawan dan kalahkan mereka. Mereka kuat dan kuat semangat. But, the most important thing is Kedua-duanya pantai Timur. itu yang penting!




apapun, selaku rakyat negeri pahang sejak dari tahun 1988 lagi. Saya doakan pasukan Acik Dollah menang. Amin. hehehehehehehehehehehe. InshaAllah.

So. GO-GO PANTAI TIMUR. 

=)

Sekian~

Friday, November 01, 2013

Friday, November 01, 2013

Hogoh Tok Gajah Hogoh!

Assalamualaikum.

Saya boleh dikatakan Hantu bola untuk perlawanan melibatkan pahang dan beberapa negeri lain. Ade pasukan saya hantu untuk tengok bukan sebab nak sokong tapi sebab nak sokong team mana-mana yang lawan team tersebut. Kehkeh.


Kebetulan saya balik hari tu separuh akhir Piala Malaysia. fuh. sanggup bangun pagi masak kek sebab malam tu tak nak kacau masa tengok bola. Tapi elok-elok final lusa... saya keje. sobs. dan paling sadis rumah saya channel dia crap! ishk. masa ni la tak ada siaran.

Hosmate dua-dua cuti pulak. dem. Tak ada geng. huwaa....

Tapi disebabkan pasukan pahang masok final. saya dah cop nak g angkut barang tidur rumah mazni. Nak tumpang tv. ngehngeh. Biarlah depa tak tengok tv. biar saya sorang pon tak apa. nak tengok jugak. Kalah menang belakang kira. yang penting saya nak tengok aksi mereka. Dan biarlah esoknya saya keje sekalipon. Nak tengok jugak.

hehe.. 

apapun. Hogoh Tok Gajah Hogoh! ngee~~

Dan, selain tu roaster saya dah tukor. dapat weeekend. hehehehehhehehehehe. Alhamdulillah. nanti saya start cuti jumaat-Isnin. cun. Tapi kalau sabtu-selasa pon cun jugak... weekdays kadang-kadang penting. Nak g bank ke, bayar saman ke, apa ke kan.. Tapi tak apa.. jangan banyak komplen. Alhamdulillah la bos nak kasi kan.

eh? maap. lari topik. Kan pasal bola ni cik mai oi.

Orang pahang? mari kite nyokong pasukan pahang. moh le kite. Koi tak sabo nok nunggu hari ahad. harap-harap boleh nengok dengan aman. aminn. aok sume jangan nok ngaco koi ye malam tu. buat hey siaplah aok koi kejekan. *melalut tak pasal*

nak cakap temerlove kononnye. Tak ade geng. Dapat gayut dengan gmoh best ni... hehe.

abaikan.

Sekian~




Wednesday, October 02, 2013

Wednesday, October 02, 2013

Komen.

Assalamualaikum.

Hampir dua bulan jugak la simkad BB@broadband saya ni saya pakai kat Hp. Almaklumla, hp i nan hadoo internet wa cakap sama luw.. sobs. Plus plus pulak bila simkad ni sumbat je dalam modem dan cucuk pada laptop. Level kelajuan dia macam saya ambil speed 1@*&@!&%#$ je. *sensored*

Jadi, dah dua tiga hari jugak saya dah tukar simkad phone saya dalam hp tak berapa nak canggih ni semula. Dan, hari ni saya masukkan semula simkad BB dalam modem saya. fulamak. sobs. Menangis nak loading satu page. Nak update satu entry pulak 2 jam (plus minus sambil semanyang, turun amik air, mandi, semualah).

RASa nak karate je simkad ni tapi kecil sangat. cumil bangat sih.

Yang mengherankan benak saya sekarang adalah... bila simkad masuk dalam phone. dan saya sharingkan wifinya pada laptop.. saya boleh buka FB (penanda aras kelajuan tertinggi boleh dicapai di kawasan berkelajuan rendah.). Tapi, bila saya guna modem.. pergh. Mengingau dibuatnya.

umm. Jadi. lepas update satu entry tadi selama dua jam. *gigih*

Saya pon try nak try la BW. hasilnya....... seperti Di Bawah.


Apo kono eh jang...

semua ye. semua!! grr. grr. mula nak mengaum macam rimau yang operator jumpa kat Monkey Valley semalam nih. Kalau betul la PERHILITAN dapat tangkap. saya nak pegi tengok. kihkih. *melalut*

okey. Jadi, kawan-kawan.. sehingga satu masa saya berpindah dari rumah ini... aktiviti BW memang terbantot. rindu kawan-kawan nih.. rodongans saya... saya selalu cek sapa rajin datang. *touching*

Tibe-tibe.

dah. tutop lappy. sok keje pagi bute.

Sekian~

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang