RODONGANS~

Sunday, November 30, 2014

Sunday, November 30, 2014

Main Nombor. Melayu Islam?

Assalamualaikum.

Hari ini kerja balik dengan uncle Lim a.k.a sonny. Thanks uncle!!! hehehe. sebab nak balik awal plus saya tak boleh bawa kereta company hari ini sebab  esok saya masuk lambat. So, saya tak boleh pergi jemput orang lain. Solution lain, saya tumpang uncle Lim. hehe. so nice.

Salah satu reason saya balik awal sebab surau direnovate dan cuma surau perempuan direnovate dan orang tu macam tak reti-reti yang kerja lombong ni bukan semua lelaki okay. Kami perlu solat juge. 

So.. Balik awal dah kena solat dan mandi dulu baru boleh keluar bungkus makanan dan isi minyak kereta. Masa nak keluar duit. Saya parking depan kedai nombor ramalan. Kedai tu pulak exactly tepi maybank. Saya ada terpandang sorang pak cik pertengahan umur tengah tinjau-tinjau. Saya dah risau. Saya dah la mengandung, jalan lambat. Kot nak merompak... ishk. Mintak jauh. Keluar bank, saya tak sangka akan terserempak balik dengan pak cik tu, dan cuba teka apa saya nampak??

Pak cik itu masuk kedai ramalan dan keluar dengan membawa one piece of small paper. Ya Allah.. Bila saya tengok betul-betul.......... ramainya melayu islamm dalam tu. ERr.. sini pekan kecil, so kemungkinan besar mereka melayu islam. 

Terus geleng-geleng kepala.


Muka ayah-ayah... baik-baik... ummm.. beli nombor ramalan a.k.a ekor. imagine. duit tu buat beli lauk, bagi makan anak isteri... sedeynya.

Terang-terang main nombor itu judi.

Hukum berjudi itu haram. 

sedeynya. susah sangat ke hidup mereka? Nampak berisi, seperti cukup makan minumnya.

Abah mak tak bergaji duduk kampung, menoreh getah berjual sayur pun masih boleh hidup serba cukup. Yang penting syukur lah. Duduk bandar lipis ini kecil saja pekannya. Kalau duduk di kampung tak ada masalahla... melainkan duduk di bandar. But still, itu bukan alasan untuk berjudi. Jangan perjudikan hidup di akhirat dengan dosa yang terang-terang salah sebab yang tersembunyi pun dah banyak mana hitungannya pun kita tak pasti. 

Semoga Allah sedarkan mereka,...

Sekian~

TANDA-TANDA AWAL KELAHIRAN.

Assalamualaikum..




8 TANDA-TANDA AWAL KELAHIRAN:

1.        Engage: Ini merupakan tanda awal hendak bersalin. Anda mungkin dapat merasakan baby anda bergerak atau berada di bahagian bawah perut (baby saya sejak tujuh bulan macam dah duduk bawah. Hehe). Bagi ibu kali pertama, kebiasaannya bayi engaged 2-4 minggu sebelum bersalin. Bagi ibu yang telah mempunyai pengalaman, bayinya mungkin engaged ketika saat kelahiran kerana tulang pelvisnya sudah meregang.

Saya scan 7 bulan, kepala bayi saya masih di atas walaupun perut seperti sudah jatuh. Dr bagi tempoh sehingga 36w untuk bagi baby berpusing kalau tidak consultation untuk Caesar akan dibuat sebagai persediaan. Esok EDD ketiga saya, so pleeease baby, turn down… for mama. Sobs.

2.       Kerap membuang air kecil: perut anda semakin membesar. Berat dan kepala bayi akan menekan pundi kencing anda yang terletak berhampiran bahagian tengah tulang pelvis anda. Oleh itu, anda akan kerap untuk ke tandas.

Tetapi tips ini mengherankan saya, sekitar 6-7 bulan usia kandungan saya, ya… saya kerap ke tandas. Sampai penat dah nak pergi. Tetapi bila mencecah 36w saya kurang rasa mahu buang air tetapi kerap buang air besar (yang mana ini tidak mengherankan ya kerana ruang tiada untuk anda simpan makanan lama-lama. Hiks).

3.       Sakit belakang di bahagian bawah: Apabila bayi anda semakin berat dan jatuh lebih rendah. Anda akan berasa sakit di bahagian ligament Rahim dan tulang pelvis kerana regangan sedang berlaku.

Sebenarnya, saya tak pasti untuk bahagian belakang. Tetapi saya sangat sakit di bahagian tulang V. terutama di sebelah kanan yang mungkin berpunca kerana menampung berat baby yang suka sangat duduk di sebelah kanan. Ya, si comel ini memang suka duduk belah kanan. Huks. Sakit.

4.      Kontraksi Braxton-hicks: anda mungkin berasa kontraki ini semakin kerap dan sakit seperti cramp semasa datang haid. Walaupun kontraksi pra-kelahiran ini tidak sekuat kontraksi pengecutan kelahiran yang sebenar. Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks anda. Ia akan berlangsung untuk 1-2 minggu sebelum kelahiran bayi bermula. Anda mungkin mendapati kontraki ini menjadi kurang sengit apabila anda menukar posisi atau mula berjalan.

Okey, kontraksi ini sebenarnya saya tak faham sangat. Tapi apa yang saya rasa apabila kita duduk lama dan mula untuk berdiri. Kita akan merasakan sakit untuk mula berjalan. Dan ketika tidur mengiring ke kanan. Kita akan rasa sakit di bahagian tulang pelvis untuk mengubah kedudukan ke kiri. Oleh itu, tidur anda sentiasa tidak selesa kerana sesungguhnya untuk mengekalkan Cuma satu kedudukan ketika tidur adalah mustahil kerana anda akan lenguh. Ehem. Ya.. lenguh. Kita perlukan perubahan posisi yang menyakitkan. hihi

5.       Cirit birit: Hormon kelahiran bertindak pada usus anda boleh menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar. Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus anda member lebih banyak ruang untuk laluan bayi. Hormon kelahiran ini juga membuat anda merasa loya. Ini juga merupakan salah satu tanda kelahiran.

Tidak dinafikan tanda ini ada benarnya, saya kerap membuang air besar dan tidak sembelit. Walaupun baru makan, saya sudah mahu ke tandas dalam1-2 jam kemudian. DAN loya? Ya… betul. Sekarang saya mudah hilang selera tetapi bila makan habis juga. Hehehe. Cuma, saya akan terasa nak muntah selepas itu. Hampir tetapi belum. Sampai di tekak dan tak jadi. So, tanda no. 5 ini maybe ada benarnya.

6.      Keputihan: Anda mungkin perasan telur yang lebih putih, lelehan lendir yang dikeluarkan dari faraj.

Tanda no.6 ini juga saya sedang alami. Sehingga saya membeli stok pantyliner anti-odour yang banyak supaya dapat menukar sebelum solat terutama ketika bekerja. Simptom ini bermula sejak week ke 35 lagi.

7.       Lender pekat dan pendarahan (bloody show): Kepala bayi turun ke dalam rongga pelvis dan kontraksi Braxton-Hiks boleh menyebabkan pluk mukus tertinggal. Pluk mukus ini menghalang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks dan menghalang sebarang kuman merebak kepada bayi. Pluk mucus berlendir pekat dan bercampur darah. Ketiadaan pluk ini membolehkan bayi boleh bergerak ke bawah dengan perlahan-lahan.

Tanda ini belum saya alami.

8.      Air ketuban pecah: Hanya 1-10 ibu hamil mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran/ Anda harus menghubungi Dr anda segera apabila air ketuban pecah. Kebanyakkan Dr akan mencetuskan kelahiran dalam jangka masa 24jam jika situasi ini berlaku keran bimbang berlaku jangkitan dan komplikasi yang mungkin terjadi.

Juga belum saya alami.

maaf keciltapi ini doa harian kita, anda pasti mudah untuk mengingatinya.


Walau apapun yang terjadi. Jangan lupa doa. Atau pesan untuk suami supaya ingatkan kita supaya berdoa kerana mungkin ketika kita sakit, perkataan yang Cuma kita ingat untuk sebut “ALLAH”. Itu pun kalau ingatla.. so, si suami ingatkan isteri selain sebut nama Maha Pencipta, doa lah kepadaNya. InshaAllah.

Ini merupakan panduan untuk kita ibu pertama kali. Saya pun tak pasti apa yang akan berlaku pada saya nanti. Semoga tips yang saya share ini bermanfaat bagi yang memerlukan. Saya pun tertanya-tanya.. bagaimana tanda aku nanti ek? Hehe.. Apapun, banyakkan berdoa, zikir.. mohon dipermudahkan urusan olehNya.



Setiap kesakitan yang kita alami tidak boleh kita berungut tau. Semuanya ujian.. walaupun sakit, bila mengenangkan bayi yang dikandung.. sejuk hati rasanya. Senyum.

                         http://genkimomma.my/tips-tanda-tanda-awal-nak-bersalin/


Sekian~

Saturday, November 29, 2014

Saturday, November 29, 2014

36Weeks Already!

Assalamualaikum.

Hari ini genap 36weeks, So what do you think about how i feel? Excited macam extravaganza...? Scared tahap tengok Pee Mak? Nervous macam tunggu result UPSR?

Ya Allah.

Saya pon tak tahu nak gambarkan. Perut makin berat. tapak kaki makin membesar macam big foot..... baby makin aktif. Alhamdulillah.. semua perubahan itu positif tandanya.... bermakna... Baby dah makin hampir nak jumpa MAMA.............. hehe.

But,

Huwaa....... Moga Allah bagikan kekuatan. 2 bulan kebelakangan ini. ewah. Saya asyik fikir pasal bila ada baby nak kena buat apa? APA kena ada? dan saya pulak jenis tak boleh tunggu orang bagi... asal terlintas nak beli... asal terfikir nak cari... asal ternampak mula rambang mata nak memiliki. Rasa semua benda penting.

Persediaan? Tak tau nak cakap. Anak first macam tak tau nak budget.. Hasil gugelan........ rasanya 90% dah ready for newborn. (Tak termasuk persediaan baby 4 bulan ke atas) ehe..

Tapi bagi yang masih tercari-cari panduan hidup berjuang nak bersalin SIRAPLIMAU ada share checklist persediaan ibu bersalin dan baby. klik LINK ini pasti membantu. Mungkin ada yang mereka lupa masukkan, sekurang-kurangnya kita ada guidelines especially bagi yang first time. *wink*

WAJIB ADA ADALAH:

1. =======> Buku PINK.

Kalau rasa rasa nak kena marah masa tengah sakit nak bersalin... sila lupa bawa buku ini. sekian.

2. IC atau kad pengenalan. memudahkan pendaftaran

3. SUAMI... tolong jangan tinggal suami. Bagi suami yang ada dugaan nak datang segera.. sila bawa mak/ mak mertua/ kakak/ sahabat handai. supaya boleh bawakkan beg ya kawan-kawan.


PERSEDIAAN yang saya sediakan:

1. BEG. of koslah beg penting.. kalau tidak tak akan nak bungkus guna plastik. Tapi jangan main-main wey.. dalam dunia ini ada orang macam tu. So, kalau korang ada beg dan mampu beli beg biarpun soploh irnggit harganya.... bersyukurlah sayang. Allah menyayangimu. :(

lain-lain: seperti dalam gambar berikut. hehehehe.



Okay.. gambar saya ni tak ikut kepentingan ya.. 

  1. Of cosla LAMPIN.... saya punya putih bersih ja... kalau nak lawa-lawa beli la yang corak-corak.. boleh balut baby macam scha al yahya. hehe.
  2. Barut. saya punya 3 helai je bawak ke hospital... kalau kena tahan wad sempat lagi mintak suami iolls balik ambil lain.
  3. Topi.... sebenarnya sesuai pakai masa nak checkup hotel. eh, hospital.
  4. Sarung tangan dan kaki. kot baby sejuk-sejuk. KOt tangan baby garu-garu muka. (saya bawa dua pasang)
  5. Sapu tangan atau mini towel.. tuk lap lap baby cikit. oloh manjaa...~~




Next.
        6. Towel. (selai)
        7. Baju... (iolls over.. bawak 5 baju semua bukan newborn. 1 lengan pendek+4 lengan panjang.)
        8. Bedung. (bawa selai je, kalau tak cukup, lampin kan ada... hehe)




Last but not least.
      9. Pampers newborn (6 helai)
     10. Set mandian. (beli yang kecil senang masuk beg)
     11. Minyak Yuhyi@ Minyak telon pon boleh.
     12. Baby oil. kot rajin nak mengurut... hehe.. ala-ala iklan baby johnson.~~
     13. Baby wipes jangan lupa.. (hospital cuma sediakan untuk orang asli je okey.)

So Far, ini yang ada dalam beg saya. Tak semestinya yang saya bawa ini lengkap tau. Untuk Omma..... boleh fikir sendiri apa yang perlu atau cek kat checklist yang saya bagi LINK di atas. Sebenarnya, saya pon tak ready barang sendiri. blurr nak bawa apa.

Apapun, ini pengalaman pertama daku. Semoga segalanya berjalan lancar dan yang kurang, akan jadi lengkap untuk anak kedua. ewah.. yag first belum selesai dah planning kedua.. o mai... lepas yang satu ini dulu ya~~~

Harap membantu bagi yang memerlukan. =)

Sekian~

KAKIku SEMBAB.

Assalamualaikum.



BIla mana masuk je 35week a.k.a 7 bulan 3 minggu.... kaki saya mula sembab tiba-tiba. ditegaskan di sini ya... TIBA-TIBA.

Kaki saya tak pernah sembab.. tapi tiba-tiba ade bukit kecil di kiri kanan kaki... dan ibu jari membelon tiba-tiba... umm. pasai pa ya?

Bila akak-akak tempat kerja tengok. respond sis semua sama.... "tak lama dah tuuu..."

Opps.

I'm Worry okay.

walaupun seronok nak dapat baby sendiri, in the same time i'm worried sebab 7 hari sebelum saya mula bercuti untuk bersalin.. saya tinggal sensorang di rumah agam milik syarikat ini. huwaaa....... Paling takut, kalau it's happen during 7pm till morning. Macam mana weh.... kalau sakit saya larat, saya drive sendiri.. kalau tidak? kena berusaha kol kawan-kawan rumah lain. 

Oh no.

Tidur la rumah dorang...?!

Oh no...... iolls tak larat okay angkut-angkut barang tidur sana sini. Kat rumah ni semua sudah ada.... tandas pon dekat.

mana housemate?

housemate iolls cuti 8 hari...... ada kenduri di rumahnya. kita pon faham..family first okay. So, its okay.. Biar dia happy dengan family dia berkenduri... weee... i loike kenduri.

Back to the main topic.

MySelf.

Hari ini genap 36weeks.... dan dapat berita seseorang yang berkahwin sama dengan saya, tetapi kandungannya lebih muda telah melahirkan baby pramatang. iolls nebes... walaupun ralit tengok.. chumel babynya... chomel sgt... tapi.... moga Allah pelihara kandungan saya ini.

Kalau ditakdirkan keluar awal, moga Allah permudahkan urusan... semoga saya bukan sendirian dan jika sendirian.. moga Allah kuatkan, gagahkan saya untuk drive ke hospital.

umm...
berbalik kepada isu sembab... sembab kaki ni ada masa macam surut tau... dan hari ini bengkak itu menjadi-jadi... dan saya semakin susah untuk berjalan. berat. Baby berat? or mama dia makin berat.. kehkeh.

whatever.

isnin  ni kena minum air HULA.... aka MOGTT.... aka test kencing manis sebab berat badan bertambah dengan meriahnya. wehuuuu... patut jalan lambat. sebab BERAT. haha...

redha la mai.

Till now. "menghitung hari... detik demi detik...."


peace yo.

Sekian.



Wednesday, November 26, 2014

Wednesday, November 26, 2014

Asyik Meminta dan Bersungut.

Assalamualaikum.

Saat hati tidak kuat. Saat jiwa kacau bilau. Saat fikiran tidak menentu...

apabila segala keinginan belum dimakbulkan.

CUBALAH. 

pandang ke bawah, jika tidak pandang ke belakang.. terdapat mereka yang diberikan dugaan yang jauh lebih besar daripada apa yang kita hadapi. 

OLEH ITU.

Cubalah untuk bersyukur dengan setiap detik.. setiap saat yang Allah beri.. Setiap perkara yang Allah limpahi.... BERSYUKUR. Ya Allah susahnya untuk bersyukur. Selalu menyesali bukan mengsyukuri.

Maafkanku Ya Allah.

Kau anugerahkan aku seorang suami yang setia di sisi... sentiasa beralah.. sentiasa berusaha membuatku gembira. tapi aku? selalu tidak bersyukur. 

Ya allah.. ampunkan dosaku. Panjangkan jodohku dan suamiku.. bukan sahaja sehingga ke penghujung nyawaku... tetapi.... ke syurgaMu. Aaminn Ya Rabbal Alamin.

news: Baru tahu adik sepupu pregnant 5 bulan kembar kehilangan kembarnya itu. Beberapa hari yang lepas. "Semoga anak-anak itu menjadi syafaat buat Nina. Kak ida tumpang simpati. MOga Nina sabar menghadapi dugaan Allah beri."

Ya Allah.. kau peliharalah anak dalam kandungan ku ini sehingga ke saat kelahirannya. Limpahkanlah rezekiMu buat anak ini. Semoga dia menjadi hambaMu yang soleh, taat pada ibunya, taat pada ayahnya. Aaminn.


Bersyukurlah wahai insan.... 

Sekian~



 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang