RODONGANS~

Wednesday, June 19, 2013

Wednesday, June 19, 2013

Jamuan.

Assalamualaikum.

Tengah hari tadi ada jamuan.. Jamuan perpisahanla lebih kurang. sobsob. Sedih i tau. Tapi tahan-tahan... nanti tak macho lah wey. haha..

Jamuan pihak panitia bahasa melayu yang anjurkan. Jadi cikgu BM, BI je la yang ada. Namun demikian, saya gembira... amboih, namun demikian you. haha...

Terima kasih cikgu-cikgu, akak-akak... dan acik bang.. hihi. Panggilan baru untuk Sir Fauzee. tihtih.

Lepas ni mesti rindu kena usik, gelak-gelak bersama mereka..

Jom tengok gambar i. hehe. malu pulop.

 Sir Fauzee.. Panitia terlantik. keke.
Wakil kak Liz je ni... time kasih.

 Sir Fauzee dan cikgu Lan. Yang selalu usik saya. time kasih.
Cikgu Lan hubby Kak Ain.

 peace. Kak ain tangkapkan...

 ucapan... konon-konon. Rasa macam banyak nak bebel. Sampai depan, daripada 5 perenggan jadi sebaris je. haha

Cekgu-cekgu bahasa. =)
Nak sebut nama la 
Dari kiri: Kak Liz, Kak Kat, Kak Liza, ME, Kak Ros, Kak Za, Kak Ain dan Kak Zan.

Nanti saya upload part 1,2,3... haha. amboih.. ade part-part ye. Harap maklum. Stok gambar semua lain-lain tempat. haha. =P

Sekian~

LAST DAY.

Assalamualaikum.

Hari ni hari last di sini.. sedih pulak den. Saya suka suasana sini, cikgu-cikgu sporting.. duduk dalam ofis tak rasa kekok cuma saya ni peemaaluuu orangnya. ehem. yeke? hehehe.. ye. saya pemalu ikut situasi. Bila dengan golongan pendidik ni, saya jadi terlebih pemalu. Yela, cikgu-cikgu semuanya...

Tapi sini seronok. sporting je semuanya... antara yang buat saya asyik nak senyum je... sir fauzi, cikgu lan dan cikgu Joe. Asyik mengusik je... saya tau, gurauan je semuanya. Tapi gurauan macam tu buat saya rasa selesa. Rasa diterima. Terima kasih... Cikgu Joe pulak suami cikgu Ati (Kak ati) yang saya ganti. Serius saya cakap.. cikgu joe sangat kelakar. 

Pagi-pagi datang, Cikgu Lan cakap... "pukul 1 ea mai.. jamuan.."

Saya blur blur.. okay... ada jamuan apa ni? 

Bila masa makan, saya tanya Kak roddiah.. "Jamuan apa kak?"

Kata kak Roddiah.. "jamuan untuk mai laa...."

Gulps. huwaaa.... terharu. sobs. Baiknya cikgu-cikgu sini. Padahal, saya cuma cikgu ganti.. Tapi saya disambut baik, diterima baik, diberi tunjuk ajar baik, selalu ditanya kepada saya sama ada okay atau tidak... mereka layan saya sama je... mereka beri saya kepercayaan untuk mengajar, menanda, menjaga kelas. Antara yang selalu tolong saya, kak zan, kak zah, kak roddiah, kak liza, kak za, kak Kat,... dan antara yang selalu tanya saya okay atau tidak, Kak Liz....... eh.. banyak pulak sebut. hehe. semualah. 

Semua baik-baik. kaLO rajin, rasa nak lukis kedudukan meja siap. Malangnya saya M. kihkih. M.A.L.A.S. emang dasar~~~

Alhamdulillah.

Sepanjang bekerja dan beberapa pekerjaan yang pernah saya buat. INI pengalaman TERBAIK pernah berlaku pada saya.

Alhamdulillah.

Rezeki saya sudah diterima bekerja... elok-elok kontrak cikgu ni habis. Saya dah diterima kerja di Penjom. Isnin saya interview, selasa petang saya terima panggilan diterima.

Rezeki.

Dulu saya selalu menangis, selalu risau... bila rezeki saya untuk kerja akan tiba. Rasa payah sangat.. kadang-kadang rasa give up tapi saya selalu kuatkan hati.. "tak apa mai.... ada rezeki tu nanti.. Allah dah sediakan untuk awak, mai" Sekadar untuk sedapkan hati sendiri.

Bila saya diterima untuk jadi cikgu ganti, rasa nak melompat. Yes. ada kerja.. takot-takot jugak tapi kuatkan hati sebab daripada saya duduk rumah kan. Baik saya kerja, walaupun sementara.

Tiada penyesalan.

Saya tak menyesal bekerja di sini. cita-cita asal saya dulu kan cikgu. Bila Allah kasi peluang ni, syukur sangat-sangat. Allah bagi peluang saya rasa apa yang saya pernah minta daripadaNya dulu. Syukur.

Sekejap lagi. Kelas akhir saya di sini... 

Nantilah saya preview... untuk hari-hari terakhirku di KVT.. =)

Sekian~


Tuesday, June 18, 2013

Tuesday, June 18, 2013

Payahnya untuk ucapkan "Selamat Tinggal."

Assalamualaikum.

Agak-agak saya type yang BAD ke? HAHA.

Susah ya nak ucapkan bye-bye. Sayonara. Sedih? Saya sepatutnya tidak lah merasa sedih mana... sebab bila kontrak saya habis bermakna saya bakal dapat gaji. Tapi entah kenapa, lidah ku kelu. Tak tahu nak cakap apa. Sebelum masuk kelas, saya tak prepare langsung untuk cakap apa.

Tiada text ucapan kerana pada saya. Perkara ni biasa. Tapi..... kelu.

Saya asyik dok ulang ayat sama 2,3 kali. Kelu. Tak tahu nak cakap apa. Rupa-rupanya ucapan selamat tinggal itu tak semudah yang disangka. 

Saya sedih ke?

Entah.. degil je budak-budak ni. Bising je dalam kelas... Tapi kelas yang satu ni saya suka.. biarpun bising.. bisingnya mereka kerana semangat berbincang dengan saya. Yela, walaupun daripada 100%, 50 % JUGA MENYIMPANG tapi sekurang-kurangnya saya lebih preferred begitu daripada dorang dok cakap sesama sendiri, dok tidor memanjang.

Rude. Paling rude pada saya bila students itu tidur lena. apabila students tu bercakap sesama sendiri. Kalau tersengguk-sengguk tu perkara biasa. normal manusia.

Hari ni saya berdebar-debar. Kelas terakhir buat kelas yang satu itu.

Pengalaman. 


Pengalaman buat saya menjadi seorang cikgu. Sekarang baru saya tahu. Perasaan seorang guru. Nasib baik tiada penyesalan masa laluku... Alhamdulillah. Saya bukan budak skema, genius tahap gaban tapi saya seorang yang tiada masalah disiplin. sobs. sekurang-kurangnya dahulu saya hormati cikgu.

Dulu saya macam ni ke? kihkih. bila ade cekgu skema... bila tak ada cikgu, joyah kau.! hoho.

Kali ini saya tau, apa nilai sebenar usaha seorang guru.

Sedih. tiba-tiba sedih... sedih kerana selepas ini saya kembali menganggur dan sedih untuk meninggalkan kerja ini.

Sekian~


Kontes dan sesi tegur-teguran. =)

Assalamualaikum.

Rasa lama sangat tak join any contest. Terasa nak join.. tapi tak mo yang banyak klik sana, sini.... sebab penyakit M saya sangat kuat bab-bab ini. hehehehe....

Rindu nak pegi blog-blog tak kenal.. kot ade yang berkenan buat rodong tetap keh. hehe.

Hari ni kedua last. Bermakna esok last. hepi ada, takot pon ada. Takot pada pengangguran. hehehe.

HARAP ada rezeki saya lepas ni. *wink*


*Tiba-tiba*
Sekian~

Friday, June 14, 2013

Friday, June 14, 2013

Cemas.

Assalamualaikum.

Hari ini rehat lama. 3 jam sebab semayang jumaat... Saya balik rumah.. sempat lagi tengok Shanghai Noon.. Ironinya.. saya tak pernah tengok cerita ni sampai habis. Mesti separuh jalan, tak pun sekejap lagi nak habis dah ada hal lain nak kena buat.

Saya bawak motor dengan laayaaaan. Sebab petang-petang macam ni orang tak keluor rumah lagi, panas dan orang pon tak balik keje lagi. Sampai depan Klinik Kesihatan tu, Tiba-tiba saya nampak seekor anak kambing sedang berlari-lari anak di tepi jalan raya... comel. Warna putih tompok hitam..

Warna dia macam ni, gemok sikit badan anak kambing tu.
"Ko memang comel tapi ko kureng ajo sama wa sebab buat wa terkejot."

Dah nak sampai dekat anak kambing tu... tiba-tiba.. ada seekor anak kambing lain, mungkin kembar dia sebab warnanya sama meluru kepada saya dari arah bertentangan. Huwaaaa...

Masa tu motor tengah laju. Saya sempat fikir.. "sempat ke tak sempat ni.." Saya try perlahankan tapi saya tak brek mengejut sebab saya pakai baju kurung, kain ni sempit. Jadi xley benti tiba-tiba kang selak habis sebab moto ni tinggi. 

tawakal.

Saya slow kan tapi saya tak masuk pon line sebelah, padahal tak ada kereta pon sebab saya tak ley budget.. anak kambing ni nak lari balik ke sana atau terus ke depan. Dah la lari-lari anak, tau tau la kan. Bila kambing berlari macam melompat-lompat. 

Sampai kat titik pertemuan, anak kambing itu berjaya melepasi saya dengan cuma 15 cm je agaknya. Sempat kot den  ukor. haha...

huwaaa....

Nebes. nebes. nebes. 

"oit, anak kambing! mak kau mana!! dah kenape maen seberang-seberang jalan ni... cis."

Anak kambing tu feeling aisyawayar Rai kot. eja pon salah haa..... huwaa... nebes den.  

Sempat lagi.. lagi dua saat pelanggaran tu, saya sebut, nama Allah. Alhamdulillah. haha.. ingat tuhan ko mai. Alhamdulillah.. syukur tak ada pelanggaran, kalo dop.. kompem den cakap sama u, koyak kain wa. sobs.

T_T

Masih terkejut. sampai ofis tulisan gegar-gegar nak tulis lesson plan sebab nebes sangat.

Sekian~

Thursday, June 13, 2013

Thursday, June 13, 2013

Semalam RIbut Badai melanda.

Assalamualaikum.

Semalam macam ribut taufan. tiba-tiba je melanda.. Saya pon tak boleh nak elak. Geram bila mengingatkannya. Tapi sabor aje le. Saya cerita daripada awal.

Saya cuma bekerja sementara di sini. Selagi khidmat diperlukan. Awal-awal saya masuk, abah carikan sebiji moto untuk memudahkan saya ke tempat kerja. Bawak sendiri katanya. Bila moto dah ada.. lain jadinya.

Abah kata biar dia lah yang hantar.. katanya kunci belom beli. Okay, tangguh satu hari... Next day, Abah kata biarlah dia hantar... katanya brek kaki tak makan sangat. Dan begitulah seterusnya, saya tengah siap-siap.. abah pon siap sama.. Tanpa saya minta. Tak ada niat menyusahkan, tapi saya tak menghalang sebab yela... saya kerja pukul 8 ke pukul 5..... dalam jangka masa tu, maybe motor tu boleh abah guna. Jadi, saya biarkan.

Saya suka merempit. terus terang saya cakap. walaupun dah lama tak bawak. Kali pertama je saya kekok. Hari kedua, tiga empat lima nam juh pan.... saya dah macam formula one. eh? yeke.. hoho.

Satu hari, abah kata... esok bawak moto sendiri la. Alhamdulillah. Waktu tu nak sujud syukur rasanya.. Yela, bila drive sendiri.. kite boleh balik suka hati.. kita tak payah susahkan orang amik hantar dan saya memang suka bawak moto.

Dah lama jugak saya bawak motor. Baru semalam, satu kejadian berlaku.

Ade seseorang yang mengenali abah dan abang nampak saya nak bawak motor.. Lalu ditegurnya..

"Haaa.. bawak motor sendiri dah. Ni baru betul... ada ke suruh ayah hantar dan jemput..."

Gulps. eh. eh. incik ni cakap dengan budak sekolah ni ke dengan aku? tertanya-tanya jugak.... Ayat incik yang budiman bergaji pegawai ni tiada insuran agaknya. Tidak tahu tapi menuduh. Saya membela diri..

"Eh.. tak adalah, saya memang dah lama nak bawak motor tapi abah yang nak hantar... nak buat macam mana.."

"yeke..." sambil sengih-sengih tak percaya.

Pantang saya, orang tuduh benda yang saya tak buat.

"Yela... saya suka bawak motor sendiri.. tapi dah abah nak hantar saya biar je la..."

"Yeke... dia takot tak tahu jalan kot.." Gelak-gelak menyindir. 

Nak tahu macam mana saya tau incik bergaji pegawai ini menyindir? sebab dia sedia maklum rumah saya dan sekolah 5 minit dengan kelajuan motor makan angin.

"Tak la... abah ingat jalan besar tu bahaya kot.." Jawab saya. Masih cuba bersopan.

Dia diam dan dia berlalu pergi. wahai incik yang budiman bergaji pegawai.

Betul. I'm telling u the truth. Jalan kat depan sekolah ni jalan banyak kereta. Banyak lorry jugak, ditambah pula dengan kedudukannya yang berdekatan dengan tol.

Balik tu saya berada dalam keadaan tidak stabil Saya rasa tak adil untuk incik bergaji pegawai itu bercakap melulu tanpa usul periksa. Sepatutnya, gunakan ayat yang lebih sesuai dalam loghrat temerloh ni. Saya bukan budak SPM di sini. Saya seorang perempuan dewasa berusia 25 tahun hujung tahun ini. 

Saya sudah matang untuk berfikir apa yang menyusahkan keluarga atau tidak. Even, dalam purse saya cuma ada rm3 pon saya tak minta pada ibu dan ayah.

Mungkin pada orang lain, hal ni hal kecik. Pada saya, hal ini sangat besar. Sebab sikap saya bukan jenis suka susahkan keluarga. saya pemalu. malu nak meminta-minta....... Paling tak malu saya, cuma dengan ateh sahaja.

Saya tak tau nama incik bergaji pegawai itu, dan saya tak mahu tau walaupun dia mengenali abah dan abang saya. Saya tak suka dia sebab tuduhan-tuduhannya tapi saya hormatkan dia sebagai insan yang lebih tua. Itu sahaja. Selain daripada itu, harap maaf... tiada rasa untuk mengenali dia.

DIsebabkan ribut itu datang tanpa dipinta, Saya bawak motor laju gila..... sampaikan lori kecil lambat di hadapan saya boleh menyebabkan saya panas menahan amarah yang merbahaya. Tapi akal saya masih ada, selekoh saya perlahan dan di simpang saya berhenti. Alhamdulillah.

Kadang-kadang saya risau... kemarahan saya macam bom jangka. Jangan diusik atau dicucuk... kelak meledak tak siapa yang suka. Tapi bom ini ada masa sejuknya, bila tiada yang usik.. bom yang bahaya boleh dibawa bermain bola.. sebab saya akan baik pada orang yang baik pada saya.

Sekian~

notakaki: bila saya suka.. saya akan jadi sangat suka tapi jangan sampai jadi sebaliknya sebab bila saat itu tiba memikirkan wajahnya pon, saya tak ada upaya.

CUMA LUAHAN HATI SAYA.  Maaf.

Wednesday, June 12, 2013

Wednesday, June 12, 2013

Frenz Malaysia (A) VS Timor Leste ---->kongsi.

Assalamualaikum.

Semalam tak ada perlawanan bola yang saya sempat tengok. Petang semalam kata abah ada satu tapi saya tak tengok sebab lepas semayang asar, saya teman ateh ke kedai slipar. eh? kedai kasot. hehehe..........

Tapi malam tu sebab abah nak sangat tengok bola.. macam gian kan. haha. Tapi ye, kami sekeluarga suka tengok bola di hadapan TV ye. TV sahaja.. bukan di stadium bagai. I dah la rabun, pegi stadium nampak apa kan. Tak puas. duk rumah boleh tengok bila kamera zoom-zoom ha... nampak segala-galanya. "sila jangan korek hidung ye di padang.."


Semalam ada satu perlawanan. ini first time saya tengok. Liga untuk ASEAN CHAMPIONS TROPHY. Tapi yang saya pasti Liga ini adalah untuk bawah 15 Tahun. dan kesemua pemain timur leste adalah bawah 14 tahun.

FRENZ A (Malaysia) vs Timor Leste.

Bila baru start tu, kami terkejut..... wah.. rambut pemain timor leste kena sodok semuanya di kiri kanan. In the other word "stylo" la..... hihi.. tapi semuanya tak begitu indonesian mukanya tapi lebih kepada muka melayu. cuma nama seperti filipina.. Okey, sebelum ni mereka melawan Vietnam kalau tak silap saya, Mereka dikalahkan oleh vietnam 8-0. Jadi, saya nak tengokla bila dah lawan malaysia ni macam mana..

Menarik. Kawalan bola mereka sangat baik.

Tapi yang menyebabkan saya terkejut ialah satu kejadian ini. Bila masa pertukaran pemain bagi pemain Timur Leste..... Pemain yang baru keluar mengeluarkan pad yang mereka letak di kaki dan diberikan kepada pemain pengganti. Sebak. Pad di kaki itu dikongsi. Pemain Malaysia tidak akan menghadapi masalah ni.. saya yakin.

Start daripada itu, saya mulakan perhatikan. Dan saya buat perbandingan antara Frenz vs Timur Leste.

1. Baju pemain malaysia kita lihat mempunyai size "custom made" atau size mengikut badan. TETAPI pemain timur leste memakai baju yang besar dan lebih tepat Free size.

2. Nombor di belakang baju pemain timur leste ini seakan-akan ditampal sendiri dan nombor mereka sangat besar. Bayangkan, jika nombor pemain itu 32. Tiga sudah besar ditambah dengan 2. Saya lihat nombor itu suntuk ke bahu. Ibarat nombor dibeli asing dan ditampal sendiri.

3. Pad di kaki cukup-cukup untuk 11 pemain. Jika terdapat gantian..... sila tukar.

4. Pemain malaysia bermain kurang bertenaga dan sering krem... tetapi pemain mereka ok-ok sahaja.

4. Nasib tidak menyebelahi timur leste kerana dengan pertahanan yang lemah dan goal keeper yang kurang tekniknya bagi pasukan Frenz Malaysia... timur leste tetap tidak berjaya menjaringkan goal.

Sedih. Bila mengenangkan mereka... saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia... dilimpahi nikmat dan kemewahan. Sesusah-susah hidup kita, susah lagi mereka.

Lebih membuatkan saya terharu. Semangat yang ditunjukkan mereka. Dengan kekurangan kemudahan, kurang sponsor tapi semangat untuk menyertai pertandingan ini sangat tinggi. Sedangkan mereka baru beberapa tahun merdeka tetapi peningkatan yang ditunjukkan boleh dibanggakan.

Tahniah buat mereka. Tak lupa, tahniah buat Frenz malaysia A sebab memenangi perlawanan 2-0. Walaupun peningkatan mata menjadikan malaysia searas dengan vietnam tetapi malaysia kekurang dari segi bilangan gol.

Best jugak. tengok adik-adik bermain..

Sekian~

Tuesday, June 11, 2013

Tuesday, June 11, 2013

BERCUTI.

Assalamualaikum.

Bila baca blog kak Cho Zila yang bercerita tentang percutian akak ke vietnam... terasa macam bestnya jalan-jalan... Tapi tak best setakat kita pergi jalan-jalan. Pada saya, kalau nak berjalan biar yang menyeronokkan, tenang, menghayati setiap saat semasa bercuti. Tak mo la bercuti, kening kerut kerut....... tak bestlah. stress lagi ada...

dan bila teringat pasal bercuti. Baru saya perasan! eh................................. masa laptop saya rosak. Hardisk rosak semuanya hilang. Tapi........................ saya terlupa....... saya.... tak backup gambar barang sebijik. Demmm!

Huwaaaaaaa......... SEMUA yang terbaru HILANG. LOST NOT FOUND. 

Gambar kat Langkawi, masa kawen zana...... Gambar di Kor Ea.... Gambar DI Cameron Highlands.... CH saya banyak kali pergi, yang saya sayang gambar saya pergi dengAn Ismazira Ismail....... Sobs. 

Satu pon tak ada. Yilek. Lepas laptop rosak.. saya tak pergi mana-mana pon. 

Nanti kena cari balik semuanya. Kenangan woo. Nak tunggu kenangan dengan Si Dia------> berkurun. 

haha.

Sobs. Disebabkan kejelesan dengan kak Zila dan kemarahan secara tak dirancang kerana gambar itu hilang. Saya nak pergi MELANCONG. huh.

impian bukan main tinggi melangit. kehkeh.

Tak pe, hidup kena ada impian.

Teringin nak pergi Istanbul, Tak pun marocco..... belah-belah asia Barat..... (1 Day nak ke Tanah Suci dengan Suami lah.....) Harap impian ku menjadi kenyataan.

Rasa nak join kontest fair&lovely pulak. *tiba-tiba* ------>banyak impian kau mai! 

Sekian~

Monday, June 10, 2013

Monday, June 10, 2013

I is Garang.

Assalamualaikum.

Tadi saya mengamok dalam kelas. Membadai satu kelas.. menjerit hingga terbatuk anak tekak. Tapi respon budak ni masa akhir kelas ialah... "cikgu emosi tak stabil ea..?" "kelakar tengok cikgu marah". 

HOh! Ade ke.. sila takot sedikit.

Dan sempat lagi depa kutuk saya sebab depa nampak saya pagi tadi masuk sekolah bawak moto... dan nak tau apa depa tegur..." tudung cikgu kelepet..." 

Hoh! Ade ke..... tudung yang dia kutuk.

"cikgu tak iron tudung ea pagi tadi..?" "tudung cikgu tak jadi hari ni..."

Hoh!

HAHAHAHAHA. Adoi.... macam tak ada topik lain kan. Depa memang macam ni ke dengan cikgu lain.... harap-harap ya. Kalau dengan eden je.. they embarrassed me.! kihkih. 

Pertama kali students kelas tu senyap. Menulis apa yang saya cakap. Penat woo menjerit. Letih kalau buat selalu. Tapi memang ajaib sebab kelas tu DIAM.

Sebelum keluar kelas, sorang student tanya .. "cikgu kertas ni nak buat apa??"

Saya cakap la staple sekali dengan kertas soalan atau kertas jawapan exam tu nanti boleh buat revision bila spm...

"Laa... saya ingat cikgu nak.."

Saya pon jawab.." cikgu bukan buat untuk diri cikgu tapi untuk awak.."

"Saya taulah tu..." dush-dush... menjawab. Penim. 

Adik-adik.. oo.. Adik.. Awak bukan tak pandai.... tapi malas.... tulun la usaha lebih sikit aje.. Subjek mudah.

Next week, minggu last saya. Lepas tu, sambung menganggur. 

ngehngeh~

Watak-watak di dalam petikan di atas dirahsiakan. hihihi.

Sekian~

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang