Assalamualaikum.
Tadi saya mengamok dalam kelas. Membadai satu kelas.. menjerit hingga terbatuk anak tekak. Tapi respon budak ni masa akhir kelas ialah... "cikgu emosi tak stabil ea..?" "kelakar tengok cikgu marah".
HOh! Ade ke.. sila takot sedikit.
Dan sempat lagi depa kutuk saya sebab depa nampak saya pagi tadi masuk sekolah bawak moto... dan nak tau apa depa tegur..." tudung cikgu kelepet..."
Hoh! Ade ke..... tudung yang dia kutuk.
"cikgu tak iron tudung ea pagi tadi..?" "tudung cikgu tak jadi hari ni..."
Hoh!
HAHAHAHAHA. Adoi.... macam tak ada topik lain kan. Depa memang macam ni ke dengan cikgu lain.... harap-harap ya. Kalau dengan eden je.. they embarrassed me.! kihkih.
Pertama kali students kelas tu senyap. Menulis apa yang saya cakap. Penat woo menjerit. Letih kalau buat selalu. Tapi memang ajaib sebab kelas tu DIAM.
Sebelum keluar kelas, sorang student tanya .. "cikgu kertas ni nak buat apa??"
Saya cakap la staple sekali dengan kertas soalan atau kertas jawapan exam tu nanti boleh buat revision bila spm...
"Laa... saya ingat cikgu nak.."
Saya pon jawab.." cikgu bukan buat untuk diri cikgu tapi untuk awak.."
"Saya taulah tu..." dush-dush... menjawab. Penim.
Adik-adik.. oo.. Adik.. Awak bukan tak pandai.... tapi malas.... tulun la usaha lebih sikit aje.. Subjek mudah.
Next week, minggu last saya. Lepas tu, sambung menganggur.
ngehngeh~
Watak-watak di dalam petikan di atas dirahsiakan. hihihi.
Sekian~
assalamualaikum kak maria, hehehehhehehee comel je cikgu ni! memey la anak murid tak takut :p
ReplyDeletehehehe.... yang xtahan kata emosi tak stabil.. pakailah libresse. haha... padahal, mana ade emosi tak stabil pon... akak solat je okay.
Deletehehe.. sekolah menengah kalau sek rendah. suara kita pun xdengar. bising
ReplyDeletetapi sekolah rendah boleh cubit2.. hehe. sebab budak2... kalo org dah besaq ni... cubit kang bukan mahram... hehe.
DeleteAlia dulu pun macam tu jugak dalam kelas dengan kawan-kawan. Kami suka sangat buli cikgu praktikal sampai merah muka tahan nak marah hahaha :D
ReplyDeleteMasa tingkatan 6 lagi best, sebab kami semua umur dah 19, cikgu praktikal tua sikit ja dari kami. Selalu lepak lepas waktu sekolah. Dah tu cikgu-cikgu praktikal tak bagi panggil 'cikgu' dekat luar. Disuruhnya kami panggil abang/kakak. Hadoi laa :D
yeke alia.. nakal ea alia ni... students macam ni la akak nak cubit2 je.. hehe.. tapi tak cubit sebab dah besar kan. Buruk baik dah pandai fikir... hehe..
Deletealahai..kalau mengajar pelajar besar2 pnjng ni, mmng kdng sakit jiwa..tp boleh buat kita ketawa dalam diam..hehe
ReplyDelete