RODONGANS~

Thursday, June 13, 2013

Thursday, June 13, 2013

Semalam RIbut Badai melanda.

Assalamualaikum.

Semalam macam ribut taufan. tiba-tiba je melanda.. Saya pon tak boleh nak elak. Geram bila mengingatkannya. Tapi sabor aje le. Saya cerita daripada awal.

Saya cuma bekerja sementara di sini. Selagi khidmat diperlukan. Awal-awal saya masuk, abah carikan sebiji moto untuk memudahkan saya ke tempat kerja. Bawak sendiri katanya. Bila moto dah ada.. lain jadinya.

Abah kata biar dia lah yang hantar.. katanya kunci belom beli. Okay, tangguh satu hari... Next day, Abah kata biarlah dia hantar... katanya brek kaki tak makan sangat. Dan begitulah seterusnya, saya tengah siap-siap.. abah pon siap sama.. Tanpa saya minta. Tak ada niat menyusahkan, tapi saya tak menghalang sebab yela... saya kerja pukul 8 ke pukul 5..... dalam jangka masa tu, maybe motor tu boleh abah guna. Jadi, saya biarkan.

Saya suka merempit. terus terang saya cakap. walaupun dah lama tak bawak. Kali pertama je saya kekok. Hari kedua, tiga empat lima nam juh pan.... saya dah macam formula one. eh? yeke.. hoho.

Satu hari, abah kata... esok bawak moto sendiri la. Alhamdulillah. Waktu tu nak sujud syukur rasanya.. Yela, bila drive sendiri.. kite boleh balik suka hati.. kita tak payah susahkan orang amik hantar dan saya memang suka bawak moto.

Dah lama jugak saya bawak motor. Baru semalam, satu kejadian berlaku.

Ade seseorang yang mengenali abah dan abang nampak saya nak bawak motor.. Lalu ditegurnya..

"Haaa.. bawak motor sendiri dah. Ni baru betul... ada ke suruh ayah hantar dan jemput..."

Gulps. eh. eh. incik ni cakap dengan budak sekolah ni ke dengan aku? tertanya-tanya jugak.... Ayat incik yang budiman bergaji pegawai ni tiada insuran agaknya. Tidak tahu tapi menuduh. Saya membela diri..

"Eh.. tak adalah, saya memang dah lama nak bawak motor tapi abah yang nak hantar... nak buat macam mana.."

"yeke..." sambil sengih-sengih tak percaya.

Pantang saya, orang tuduh benda yang saya tak buat.

"Yela... saya suka bawak motor sendiri.. tapi dah abah nak hantar saya biar je la..."

"Yeke... dia takot tak tahu jalan kot.." Gelak-gelak menyindir. 

Nak tahu macam mana saya tau incik bergaji pegawai ini menyindir? sebab dia sedia maklum rumah saya dan sekolah 5 minit dengan kelajuan motor makan angin.

"Tak la... abah ingat jalan besar tu bahaya kot.." Jawab saya. Masih cuba bersopan.

Dia diam dan dia berlalu pergi. wahai incik yang budiman bergaji pegawai.

Betul. I'm telling u the truth. Jalan kat depan sekolah ni jalan banyak kereta. Banyak lorry jugak, ditambah pula dengan kedudukannya yang berdekatan dengan tol.

Balik tu saya berada dalam keadaan tidak stabil Saya rasa tak adil untuk incik bergaji pegawai itu bercakap melulu tanpa usul periksa. Sepatutnya, gunakan ayat yang lebih sesuai dalam loghrat temerloh ni. Saya bukan budak SPM di sini. Saya seorang perempuan dewasa berusia 25 tahun hujung tahun ini. 

Saya sudah matang untuk berfikir apa yang menyusahkan keluarga atau tidak. Even, dalam purse saya cuma ada rm3 pon saya tak minta pada ibu dan ayah.

Mungkin pada orang lain, hal ni hal kecik. Pada saya, hal ini sangat besar. Sebab sikap saya bukan jenis suka susahkan keluarga. saya pemalu. malu nak meminta-minta....... Paling tak malu saya, cuma dengan ateh sahaja.

Saya tak tau nama incik bergaji pegawai itu, dan saya tak mahu tau walaupun dia mengenali abah dan abang saya. Saya tak suka dia sebab tuduhan-tuduhannya tapi saya hormatkan dia sebagai insan yang lebih tua. Itu sahaja. Selain daripada itu, harap maaf... tiada rasa untuk mengenali dia.

DIsebabkan ribut itu datang tanpa dipinta, Saya bawak motor laju gila..... sampaikan lori kecil lambat di hadapan saya boleh menyebabkan saya panas menahan amarah yang merbahaya. Tapi akal saya masih ada, selekoh saya perlahan dan di simpang saya berhenti. Alhamdulillah.

Kadang-kadang saya risau... kemarahan saya macam bom jangka. Jangan diusik atau dicucuk... kelak meledak tak siapa yang suka. Tapi bom ini ada masa sejuknya, bila tiada yang usik.. bom yang bahaya boleh dibawa bermain bola.. sebab saya akan baik pada orang yang baik pada saya.

Sekian~

notakaki: bila saya suka.. saya akan jadi sangat suka tapi jangan sampai jadi sebaliknya sebab bila saat itu tiba memikirkan wajahnya pon, saya tak ada upaya.

CUMA LUAHAN HATI SAYA.  Maaf.

4 comments:

  1. Assalamualaikum kak mai. waaa kesiannya. ada pula manusia main boom kita kan. redha jelah kak mai. semoga bawa motor kereta baik2 ye kak mai :)

    ReplyDelete
  2. Pedulikkan kata2 orang.. Asal kita tak sibuk kacau periuk nasik orang sudah.. =)

    ReplyDelete
  3. ish..tak patut betul la encik tu cakap mcm tu..kalau kita dah sembur balik kut..sesuka hati je cakap kita nak susahkan ayh kan? mcm kita jgk la, kdng abh nak hntar..tp kita tak bg..sebab xnak susah kan dia..tp kalau berkeras ttap abh nk hntar, nak buat mcm mna kan..patutnya selidik la dulu..

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang