RODONGANS~

Thursday, April 25, 2013

Thursday, April 25, 2013

Paling sedikit.

Assalamualaikum.

Hari ini bersamaan 25.4.2013 merupakan hari pertama saya bekerja sementara. Sebagai apa? heh heh. tak mau cerita lagi, rahsia duuluuu... Cara dapat pun next time cite ea.. bila banyak masa free.. hehe.. citpoodaaah.. budget busy sangat kan. Tadi kena print detailed acc bank. Jadi alang-alang online singgah blog sat. Reply komen dan terpandangkan blog post untuk April....... wah! paling sikit. sedangkan hari ni dah 25.4.2013 dah. 

Nampak sangat.

Bulan ni bukan bulan online. Offline memanjang.

Apapun, hari ni pengalaman baru dalam hidup i. Ketaq-ketaq lutut den. hehehehe.

Nati weekend saya Bw eaa... Harap-harap esok free. heh heh.

Oh saya kalau dah online nak melekat rasa. Tak ley. Tak ley... kena tido awal, kena iron baju siap-siap, kena print semua dokumen bagai. Sebab esok kompem tak dan nak buat.

Nati saya update lagi. hehehehe. *happy*

Dari duduk saja di rumah kan. ^_^

Sekian~

Monday, April 22, 2013

Monday, April 22, 2013

ADIK JAGA KEDAI.

Assalamualaikum.

Hari ahad saya pergi kenduri.. kenduri kawan akak kahwin, saya teman dan makan je. Sedap. Licin pinggan i. Lama tak makan licin semenjak demam itu hari. Sekarang selera makan, menimbum-nimbun. eh, sesuai ke. Lepas makan kenyang-kenyang, akak ajak teman cari kasut sukan dia, sebab dia ada Ujian kecergasan minggu ni. Jadi, kami decide ke Starmall. hehehe. mall apa lagi la nak pergi. *wink*

Sampai terus cari BATA sebab mana lagi nak cari kasut sukan? vincci dan vern kompem tiada. Nak  Al-Ikhsan.. mahal pulak rasanya. Ada yang seratus lebih pun mesti design tak menarik hati. Gaya kan penting... "Gaya Mutu Keunggulan" heh heh.

Dah masuk, jumpa yang berkenan. comel la putih pink. Akak kan suke pink! pink ke sudah. hehehe.. Dan kaki akak ni cinonet. Kecik amat. Akak pun pergi tanya size kecik. Dan saya duk busy tengok handphone. Tiba-tiba saya dengar budak tu kata, tak ada size dengan muka cemberut dia. Akak terus ajak keluar. Pelik. Tak nak tengok yang lain ke. Keluar je akak cerita.

Dia dengar budak tu cakap,

"alaa malas lah nak masuk dalam carii...."

Dan akak nampak dia buka pintu dan berdiri depan pintu, lepas tu keluar. erk?

Hahaha. kesian. kesian. Kesian bos dia. Sale tak tinggi jangan salahkan pelanggan tiada, tapi sebab pekerjanya pemalas. Muka je comel, putih, bulat, tembam.. tapiii... siap bagitahu ciri-ciri lagi, sape pergi sila cari. ehem.

Teringat masa keje kedai baju dulu sementara tunggu grad, Bila pelanggan mintak cari size.. berlari masuk dalam carik.. berpeluh peluh nak capai rak tinggi sebab takut pelanggan tunggu lama, nati depa marah.  Bukan nak tunjuk rajin tapi keje bukan setakat nak dapat gaji buta kan. Bila pelanggan senyum, kite pun senyum gembira. Nampak di situ, adik itu tiada kesungguhan bekerja. Kesian bos mereka.. 

Lastly, kami turun BATA di bandar Temerloh. Beli design yang sama, size yang diperlukan. Bagus pekerja kat situ, cepat dan mesra.. dan lelaki. Bukan nak bias puji lelaki tapi dah hakikatnya begitu. Mereka rajin ikhlas rezeki.

Sekian~

Marah.

Assalamualaikum.

Terimbau zaman kecik-kecik dulu, saya jenis yang cepat marah, mengamuk. Pantang salah... habis mengamuk. sebab itu bila anak buah mengamuk je.. ibu dia kata.. "ikot mak andaklah tu.." Saya tak terasa sebab saya tahu memang saya macam tu. Tapi makin besar, saya makin cuba belajar. Tahan. Tahan. Jangan ikutkan hati.... Sebab tu bila saya cakap saya jenis cepat marah dan garang biasanya kawan-kawan tak percaya. "yeke.." "betul ke.." "yelah tu". 

Sekarang, saya susah nak marah tanpa sebab. Kalau orang tak kacau saya, saya tak akan pernah mula nak kacau orang. Kebanyakkan pertengkaran bukan saya mulakan sebab prinsip saya macam tu. Hati saya tak akan terusik kalau orang tak akan mulakan dulu. 

Contohla: Kalau kite cakap baik-baik... orang balas mengada-ngada atau dengan nada sindiran atau dengan marah. Oh la la... i is pantang. masa tu, bergantung pada keadaan.. dalam diri saya ada dua options. 1. saya pendam dan orang tu saya dah noted tak berkenan atau saya akan kumpul point.. 2. saya hambur balik.

Saya tak akan pernah mulakan untuk marah-marah. Walaupun sakit hati, kecik hati, terasa hati... benda tu saya boleh simpan, lama-lama hilang.... Tapi start orang nyalakan api. Sorry. Sebab tu lah bila orang marah saya, saya akan terasa... sebab pada saya... i tak marah dia why dia nak marah kita.?

Dan saya pantang, orang marah saya sebab buat A pada dia.. kononnya terasalah kan. Dan tiba-tiba satu masa di hadapan... orang tu buat perkara A pada saya. haha. Itu ertinya "CAKAP TAK SERUPA BIKIN". Kalau dia tak marah saya, saya tak kisah dia nak buat tapi once dia dah tegur saya yang dia tak suka saya buat macam tu... Tapi lepas tu dia buat. Oh,.. masa itu saya tak marah dia tapi saya akan gunakan OPTION Pertama. Noted sebagai tak berkenan. Jadi, jangan bermuka-muka. 

Marah kan ibarat api. Api itu asal kejadian syaitan. Saya bukan baik mana.. tapi saya tak suka orang marah saya tak kena gaya. Cakap kasar, jerit-jerit lagi la. Silap ai bulan.. i jerit balik. Setakat teguran dengan ayat yang sopan dan bermakna dan membina saya suka. Biarlah 100 perkara orang kata saya salah pun saya terima sebab tegurannya kena gaya.

Dan paling utama saya jenis penyimpan. Jadi, orang kata penyimpan ni bahaya. Sekali meletop.. tus tus tus.... terbakar semuanya. Tapi sememangnya marah itu kan tak elok.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali 'Imran: 134)


Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. : "Berilah wasiat padaku."


Nabi s.a.w. bersabda : "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: "Jangan marah." (Riwayat Bukhari)


Penanda terbaik orang nak tahu saya tengah marah adalah saya jadi pendiam. diam tiba-tiba atau tak bercakap dalam satu tempoh yang sukar dijangka. Lepas satu ketika, tiba-tiba elok semula. Dan sebenarnya, diam itu digalakkan bila kite marah. Saya pun baru tahu tapi saya memang macam itu bila dengan kawan-kawan. Kalau dengan family, bertanduk i. heh heh... i love u lah my family. 


"Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)


Jadi, pada sesiapa suka marah tu.. dan marah yang memudaratkan.. lenting sana sini, jerit-jerit, hempas-hempas barang, tutup pintu kuat-kuat, jeling-jeling, keluarkan ayat berbisa, perli-perli, tunjuk-tunjuk jari telunjuk sambil bercakap. Sudah-sudahla tu, tambah-tambah semakin meningkat usia, cuba-cubalah matangkan diri. Saya dulu pun pemarah orangnya, sekarang pun sebenarnya.. tapi saya cuba kawal diri.

Kenapa tiba-tiba entry pasal marah ni cik Mai? sebab semalam saya marah! hehehehehehe... Jadi, nak hilangkan marah tu saya taip slow-slow entry ni dari semalam. Laptop pun shutdown sendiri malam tadi sebab tinggal-tinggal.

Siap akhirnya. Saja kongsi rasa hati saya.

Sekian~

Nota: harap-harap anak-anak tak ikut perangai saya nanti. huwaa... kena doa hari-hari masa pregnant nanti, supaya anak tak degil macam saya. Sobs. (Risaukan masa hadapan... hehe. *wink*)

Friday, April 19, 2013

Friday, April 19, 2013

Ada tab REPLY dah.

Assalamualaikum.

Tadi tengah sebok BW blog shiela.. tiba-tiba saya dapat teringat. por que saya punya blog tak ada tab reply. sobs. malas tau reply bila tak ada tab tu.. macam tak syok je... macam cakap sowang-sowang pon ada.  Kalau ada yang komen biasanya saya pergi BW sana sebagai hadiah. hehehehe. Bila BW blog shiela jugak.., tiba-tiba dapat idea... er.. nak tukar lah cara nak komen tu.. kot kot menjadi.

Before ni saya guna pop-up window sebab saya fikir senang penonton nak komen tanpa ganggu page. Jadi, tadi saya tukar embedded pulak. Try lah review blog. eh ah eh ah...

JADI.

Hahahaha. cis.

Rasa tak pandai pulak sebelum ni. Awat lah tak try tukar je sebelum ni. haha... apelah cik mai aka cik maria. itu malas nak cuba jaya. Akhirnyaaa.... ada tab kecil tuk reply. hehe. eh? tab ke namanye? aish. tak kisahla... janji ada.. baru feeling facebook pas ni. haha....

Okay. end of this day, saya boleh reply komen pasni.. er.. kalau internet laju macam sekarang. pelik. sekarang hujan lebat tau, internet laju. masa tak laju, tak hujan. umm. heran.

Apapun.

ALHAMDULILLAH. terungkai satu misteri nusantaktara. hehehehehe. *maluden*

Sekian~

Tuesday, April 16, 2013

Tuesday, April 16, 2013

BW APRIL.

Assalamualaikum.

Terlaksana juga hajat saya. Alhamdulillah.. dengan internet selow tahap gaban tapi tak sesedap air gaban di Perak nuh.. saya gagahi jugak untuk blogwalking pengomen yang setia bulan april ini. hehe.... thanks. Walaupun lama tak online ada jugak sudi singgah. 

Target saya pengomen bulan april. Sebab bulan april ni saya jarang online. facebook apatah lagi. Jadi sangat terharu ada yang baca post kite. heuheu. geli anak tekak. heh heh.

Tapi hajat tu macam tak sempurna jugak lah sebab internet selow jadi ingat nak korek habis semua entry tukang komen saya tapi.. apakan daya. nak tunggu comment box tu keluar pon bercinta. Niat murni boleh ke laut tau. hehe....

Satu malam mengadap laptop yang berintikan interenet slow ni untuk bw... sekarang masa untuk saya tido. Alhamdulillah. Nak tido.

rasa tak sedap hati... huwaaa... tu malas online. tetiba ada benda yang mengganggu jiwa terjadi. ades. kenapalah gatai tangan pegi check. ishk. cubit.cubit.cubit diri sendiri.

Okay. 15.4.2013 ni bufday adik bongsu saya.. hoyeay.. beri'ya sebut bongsu, adik memang sorang tu je... 

HAPPY BIRTHDAY ADIK.

Selamat hari jadi,
selamat hari jadi,
selamat hari jadi Syahrul Hadi,
selamat hari jadiiiiiii........ hehe. mmuaah,

ishk. geli lak cium aok dik. haha.

Ramai pulak birthday april ni. aisyah (3.4), ibu aisyah (19.4) incik tunam (13.4), dan ada lah kawan2.. tak mo sebut sini, kang tertinggal ada yang terasa... hehe..

Berbalik pada topik asal....

Khamsamida Chinggu! =)

Sekian~


Sunday, April 14, 2013

Sunday, April 14, 2013

13.04.2013

Assalamualaikum.

Tak pasal tajuk pon nak guna tarikh kan. Saya guna tarikh sebab semalam tak dapat buat post ni.. Jadi buat hari ni. heh heh. Puas fikir tajuk tapi asyik guna tajuk sama, duk ulang-ulang je. Akhir sekali, guna tarikh. senang. kompem tak berulang. dilahirkan tak kreatif bertajuk. hehe.

Semalam, alhamdulillah.. pergi jugak ujian ptd tu. Exam dia kali ni 4 sections aje. Dulu lima. Pergi pulak survival dengan mak. Mak tukang teman sebab ateh hantar aje, balik sendiri. Jadi, mengenangkan takot nak survival sorang-sorang sebab dah lama gila tak pergi kuantan, terpaksalah susahkan mak i. hehe. ma seh mak. sobs.

Habis first section, rasa lega. Nak tau sebab apa, sebab soalan dia munasabah sikit berbanding yang lepas. Walaupun i tak baca bukunya, heh heh.. ada sikit pengetahuan sejarah masa sekolah dulu. Jadi, boleh goreng jugaklah. Kalau yang lepas, beza betul soalan... sapa buat tak tau. Rasa macam err.... tak pandai sungguh masa itu. hehe.

Habis first paper, tiba-tiba ada orang tegur. terkejut den.. dalam ramai-ramai tu i ada geng. hoyey... zarina. kawan masa sekolah SMKT dulu. dia pon exam. hehe. Ina orang temerloh jugak tapi dia tak terus balik, dia nak tengok bola dulu. Jadi, tak sesuai pulak bawak mak tengok bola. Terkejut orang kang. heh heh. Habis 3 papers, ina ajak join dia and abang dia makan tengah hari. Baiknya awak! hehe... ada jugak orang nak tumpang kasih. sobs. 

Lepas tu, dengan baik hatinya ina offer hantarkan ke terminal bas kuantan tuk ambil bas di situ. Alang-alang dia nak beli tiket bola kan. Alhamdulillah. bagai orang mengantuk disorongkan bantal. haha.. betul tak peribahasa tu. Baiknya awak! kalau saya sorang tak kisah sangat sebab dah biasa berdikari masa duk KL tapi sebab ada mak, tu terharuuu sangat. Dapat tumpang ke sana pon dah syukur. heh heh.

Balik naik bas pukul 5, sampai pukul 7 malam. alhamdulillah. Exam kali ni okay sikit. Tapi tak berani nak cakap dapat 2nd stage ke tak. Yela, puluhan ribu ambil exam ni serentak kan. Jadi, tak mengharap. Kalau dapat, Alhamdulillah. hehe. 

Lama dah tak blogwalking. kawan-kawan i pon dah lupe i agaknya nih. hehe. kena blogwalking nanti. eh, musim pilihan raya ni.. ramai tak yang join jentera parti masing-masing? hehe... mesti ada kann.. *sengau*

Okehlah, i try my best bw sana sini ya.. thanks yang sudi singgah komen. I pantau selalu.. nak bw je tak menyempat. eh ah eh ah.. ber i i i pulak ni. okey geng. thanks yow... =)

I LEBIU.

Sekian~

notakaki: nak preview pon lembap, entah tercapai ke tak nak BW ni. ces.

Tuesday, April 09, 2013

Tuesday, April 09, 2013

DEJAVU.

Assalamualaikum.

Pernah alami dejavu tak? macam peristiwa sama berulang lagi, perasaan, dan situasi seakan-akan sama. Okay, hari ni saya rasa macam dejavu. Bila dapat masej dari incik SPA dan saya macam tak excited pon nak check kenapa...... bila online, sempat post satu entry lepas tu bateri down... kena cas dulu sebab kawasan nak online ni tak ada plug. Jadi, tunggu dulu. lambat-lambat... ni baru online semula.

Bila check online. betul. rasa macam situasi ni dejavu. dah la tarikh sama.. macam tahun lepas. haha. 

Tahun lepas saya dapat jugak ujian PTD ni. hak tuiii. Ujian tu macam gile. gile. orang yang gile je dapat jawab banyak-banyak. haha. Ujian yang kali pertama saya ambil dan bila keluar dewan saya tahu saya akan mendukacitakan. haha. 

Isu semasa dia macam buang masa jawab. saya main teka-teka jawapan dan daripada 30 soalan.. err.  sejujurnya... mungkin satu je saya yakin jawapannya. bodoh betul isu semasa. Part matematik pulak.. dah la lame tak jawab matematik walaupon spm alhamdulillah Ayam kan... last minute abang tu kena tunggu i hitamkan nama sebab tak sempat. haha. budget masa memang failed. Part english, comprehension mungkin 100% bila part essay. Ya Rabb........ bila last buat essay isu semasa? takkk ingaat! kalau kira dari hari ini, last saya buat essay adalah masa exam PTD tahun lepas. krikkk. krikk. krikkk.

Trauma ujian lepas tak habis, ni dapat lagi. huwaaaaaaaaaaaa............ satu dewan beribu-riban.. yang nak amik berapa orang je. Ambilan kali ni, kekosongan 600 tapi yang ambil ujian 54ribu orang ye. haha. over tau. kehkeh.

Ades. bukan nak tolak peluang rezeki tapi ni ada 4 hari lagi masa sebelum tarikh ujian... kena fikir nak pergi ke tak.. nak pergi ke tak.... kuantan. dua jam jugak nak pegi ni. ateh keje. sapalah mangsa den nanti kalau jadi pergi. hehe.

okay. bateri habis lagi. cis. cis. satu entry lagi je pom.

Sekian~

CINTA UNTUK DISEWA.

Assalamualaikum.

Tajuk tak boleh blah.. macam dah tak ada keje halal lain kat dunia ni nak buat sampai terdesak sangat nak sewakan cinta dan macam banyak sangat cinta di hati yang boleh diberi pinjam kan. hehe.

Sebenarnya tu tajuk novel oleh Lynn Dayana. Perkara pertama respon incik tunam bila saya cerita saya baca novel dan tajuknya "cinta untuk disewa" adalah..... "jangan terpengaruh sangat!".

erk. krikk. krikk. krikk..

Bunyi cengkerik tibe-tibe. ada ke? ada ke orang terpengaruh dengan novel. haha. okey. saya pernah terpengaruh sebab tu dia pesan macam tu. Hampir gaduh sebab marah sangat dengan watak novel. sampai cakap kat dia.. "awak jangan jadi macam tuh.". 

ade ke?! tak patut. tak patut. dush-dush. mariaaa.. mariaaa.

Tapi so far, novel ni best. Kelakar. siyes. ayat dia sempoi. saya suka. tergelak-gelak baca. sengal macam kawan-kawan saya je jalan ceritanya. kawan-kawan je sengal, saya tak. kehkeh.

Lama menghilang tiba-tiba cerita pasal novel kan. maapkan saya. hehe. ekceli, saya demam sebenarnya hari tu... sampai panas badan dan gigil-gigil. hari ke-3 malam baru pergi klinik.. hari ke-4 terus balik kampung jumpa mak. tobat rasa bila demam kena jaga diri sendiri. manja pon manja lah, sebebel-bebel mak bila kite demam pun, ada orang jaga. Masa demam tu tiba-tiba rindu mak. sobs. Tak tunggu sihat betui, hari ke-4 larat je terus jongging balik kampung. haha. okey tipu. bukan jongging tapi naik bas. ngee~

Apapun, rumahku syurgaku. 

ishk. gigil-gigil tangan nak taip. banyak betul benda nak cerita. tapi macam tak kena sebab setiap perenggan pasal benda lain. Takot kawan-kawan bace pom penim. Jadi, padam-padam. nanti update satu-satu (tak janji). haha. biasa kalau saya, entry tertangguh ni tak jadi. kalau menaip dalam minda dulu baru login blog ni biasanya entry tu ke langit. hilang...... terbang.

seronok dapat menaip walaupon sakit bontot online kat sini, kalau online elok-elok atas sopa karang line hilang. naseb badan. duk pedalaman. hehe. i love my home. pedalaman pon pedalaman lah. ayam, itik, kucing, i love u olls.! *tetibe*

Sekian~

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang