RODONGANS~

Sunday, April 14, 2013

Sunday, April 14, 2013

13.04.2013

Assalamualaikum.

Tak pasal tajuk pon nak guna tarikh kan. Saya guna tarikh sebab semalam tak dapat buat post ni.. Jadi buat hari ni. heh heh. Puas fikir tajuk tapi asyik guna tajuk sama, duk ulang-ulang je. Akhir sekali, guna tarikh. senang. kompem tak berulang. dilahirkan tak kreatif bertajuk. hehe.

Semalam, alhamdulillah.. pergi jugak ujian ptd tu. Exam dia kali ni 4 sections aje. Dulu lima. Pergi pulak survival dengan mak. Mak tukang teman sebab ateh hantar aje, balik sendiri. Jadi, mengenangkan takot nak survival sorang-sorang sebab dah lama gila tak pergi kuantan, terpaksalah susahkan mak i. hehe. ma seh mak. sobs.

Habis first section, rasa lega. Nak tau sebab apa, sebab soalan dia munasabah sikit berbanding yang lepas. Walaupun i tak baca bukunya, heh heh.. ada sikit pengetahuan sejarah masa sekolah dulu. Jadi, boleh goreng jugaklah. Kalau yang lepas, beza betul soalan... sapa buat tak tau. Rasa macam err.... tak pandai sungguh masa itu. hehe.

Habis first paper, tiba-tiba ada orang tegur. terkejut den.. dalam ramai-ramai tu i ada geng. hoyey... zarina. kawan masa sekolah SMKT dulu. dia pon exam. hehe. Ina orang temerloh jugak tapi dia tak terus balik, dia nak tengok bola dulu. Jadi, tak sesuai pulak bawak mak tengok bola. Terkejut orang kang. heh heh. Habis 3 papers, ina ajak join dia and abang dia makan tengah hari. Baiknya awak! hehe... ada jugak orang nak tumpang kasih. sobs. 

Lepas tu, dengan baik hatinya ina offer hantarkan ke terminal bas kuantan tuk ambil bas di situ. Alang-alang dia nak beli tiket bola kan. Alhamdulillah. bagai orang mengantuk disorongkan bantal. haha.. betul tak peribahasa tu. Baiknya awak! kalau saya sorang tak kisah sangat sebab dah biasa berdikari masa duk KL tapi sebab ada mak, tu terharuuu sangat. Dapat tumpang ke sana pon dah syukur. heh heh.

Balik naik bas pukul 5, sampai pukul 7 malam. alhamdulillah. Exam kali ni okay sikit. Tapi tak berani nak cakap dapat 2nd stage ke tak. Yela, puluhan ribu ambil exam ni serentak kan. Jadi, tak mengharap. Kalau dapat, Alhamdulillah. hehe. 

Lama dah tak blogwalking. kawan-kawan i pon dah lupe i agaknya nih. hehe. kena blogwalking nanti. eh, musim pilihan raya ni.. ramai tak yang join jentera parti masing-masing? hehe... mesti ada kann.. *sengau*

Okehlah, i try my best bw sana sini ya.. thanks yang sudi singgah komen. I pantau selalu.. nak bw je tak menyempat. eh ah eh ah.. ber i i i pulak ni. okey geng. thanks yow... =)

I LEBIU.

Sekian~

notakaki: nak preview pon lembap, entah tercapai ke tak nak BW ni. ces.

9 comments:

  1. Apapun. Good luck yea. Semoga dpt 2nd stage

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ... rajin lak mak teman ... mudah2han success dalam exam ...

    ReplyDelete
  3. semoga berjaya dan sukses sentiasa dlm kerjaya..sy doakan kamu berjaya dlm ujian PTD tu..wish u luck..:)

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah..akak..saya doakan akak berjaya ye..


    p.s: Rindu gila2 dengan akak.. >_______________<

    ReplyDelete
  5. maria gi exam ptd kat kuantan ke??
    moga berjaya dapat 2nd stage tu. amin.

    ReplyDelete
  6. Mai, nanti dtg kuantan gtau la eh... Sedih xdpt jmpa huuu

    ReplyDelete
  7. waahh maria amik exm ptd ?? kerlaaaass u ! hehe smg berjaya ! mst berjaya punye laa hehe :)

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang