RODONGANS~

Monday, April 22, 2013

Monday, April 22, 2013

Marah.

Assalamualaikum.

Terimbau zaman kecik-kecik dulu, saya jenis yang cepat marah, mengamuk. Pantang salah... habis mengamuk. sebab itu bila anak buah mengamuk je.. ibu dia kata.. "ikot mak andaklah tu.." Saya tak terasa sebab saya tahu memang saya macam tu. Tapi makin besar, saya makin cuba belajar. Tahan. Tahan. Jangan ikutkan hati.... Sebab tu bila saya cakap saya jenis cepat marah dan garang biasanya kawan-kawan tak percaya. "yeke.." "betul ke.." "yelah tu". 

Sekarang, saya susah nak marah tanpa sebab. Kalau orang tak kacau saya, saya tak akan pernah mula nak kacau orang. Kebanyakkan pertengkaran bukan saya mulakan sebab prinsip saya macam tu. Hati saya tak akan terusik kalau orang tak akan mulakan dulu. 

Contohla: Kalau kite cakap baik-baik... orang balas mengada-ngada atau dengan nada sindiran atau dengan marah. Oh la la... i is pantang. masa tu, bergantung pada keadaan.. dalam diri saya ada dua options. 1. saya pendam dan orang tu saya dah noted tak berkenan atau saya akan kumpul point.. 2. saya hambur balik.

Saya tak akan pernah mulakan untuk marah-marah. Walaupun sakit hati, kecik hati, terasa hati... benda tu saya boleh simpan, lama-lama hilang.... Tapi start orang nyalakan api. Sorry. Sebab tu lah bila orang marah saya, saya akan terasa... sebab pada saya... i tak marah dia why dia nak marah kita.?

Dan saya pantang, orang marah saya sebab buat A pada dia.. kononnya terasalah kan. Dan tiba-tiba satu masa di hadapan... orang tu buat perkara A pada saya. haha. Itu ertinya "CAKAP TAK SERUPA BIKIN". Kalau dia tak marah saya, saya tak kisah dia nak buat tapi once dia dah tegur saya yang dia tak suka saya buat macam tu... Tapi lepas tu dia buat. Oh,.. masa itu saya tak marah dia tapi saya akan gunakan OPTION Pertama. Noted sebagai tak berkenan. Jadi, jangan bermuka-muka. 

Marah kan ibarat api. Api itu asal kejadian syaitan. Saya bukan baik mana.. tapi saya tak suka orang marah saya tak kena gaya. Cakap kasar, jerit-jerit lagi la. Silap ai bulan.. i jerit balik. Setakat teguran dengan ayat yang sopan dan bermakna dan membina saya suka. Biarlah 100 perkara orang kata saya salah pun saya terima sebab tegurannya kena gaya.

Dan paling utama saya jenis penyimpan. Jadi, orang kata penyimpan ni bahaya. Sekali meletop.. tus tus tus.... terbakar semuanya. Tapi sememangnya marah itu kan tak elok.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali 'Imran: 134)


Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. : "Berilah wasiat padaku."


Nabi s.a.w. bersabda : "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: "Jangan marah." (Riwayat Bukhari)


Penanda terbaik orang nak tahu saya tengah marah adalah saya jadi pendiam. diam tiba-tiba atau tak bercakap dalam satu tempoh yang sukar dijangka. Lepas satu ketika, tiba-tiba elok semula. Dan sebenarnya, diam itu digalakkan bila kite marah. Saya pun baru tahu tapi saya memang macam itu bila dengan kawan-kawan. Kalau dengan family, bertanduk i. heh heh... i love u lah my family. 


"Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)


Jadi, pada sesiapa suka marah tu.. dan marah yang memudaratkan.. lenting sana sini, jerit-jerit, hempas-hempas barang, tutup pintu kuat-kuat, jeling-jeling, keluarkan ayat berbisa, perli-perli, tunjuk-tunjuk jari telunjuk sambil bercakap. Sudah-sudahla tu, tambah-tambah semakin meningkat usia, cuba-cubalah matangkan diri. Saya dulu pun pemarah orangnya, sekarang pun sebenarnya.. tapi saya cuba kawal diri.

Kenapa tiba-tiba entry pasal marah ni cik Mai? sebab semalam saya marah! hehehehehehe... Jadi, nak hilangkan marah tu saya taip slow-slow entry ni dari semalam. Laptop pun shutdown sendiri malam tadi sebab tinggal-tinggal.

Siap akhirnya. Saja kongsi rasa hati saya.

Sekian~

Nota: harap-harap anak-anak tak ikut perangai saya nanti. huwaa... kena doa hari-hari masa pregnant nanti, supaya anak tak degil macam saya. Sobs. (Risaukan masa hadapan... hehe. *wink*)

16 comments:

  1. samalaa, ktepun kalau marah suka senyap tiba-tiba dan malas nak layan orang, huhuhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepp cyda! hehe.. lepas tu bebel tak ingat tadi baru lepas marah.. normal semula. hehe..

      Delete
  2. huduh sebenarnya bila marah...erk..dulu saya pun baran...sekarang dalam usaha buang segala baran nak act cool je....=p

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul huduh sgt, kalau terlepas marah.. rasa malu je kat diri sendiri taapii xbtahu org la. malu. haha..

      Delete
  3. lepas ni kalau nk mrh, nyorok dlm peti ais..kasi cool sket ;-)

    ReplyDelete
  4. bagusnye entri ini..siap masukkan hadis lagi...good good..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. sekadar perkongsian. hehehe.. sebab tuju untuk diri sendiri kan.. =P

      Delete
  5. Assalamualaikum kak maria. janganlah marah2 ye. hehehe smile always and positive thinking :)

    ReplyDelete
  6. errr...cik siti pun panas baran...huhu...takut gak nanti anak2 jd cam tuu....kena practice dari skrg supaya bykkan bersabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun takot. tu cuba kawal marah.. risau tau. anak buah pun selalu kena marah.. tapi marah sygg... syg sgt! =)

      Delete
  7. Saya macam akak..malas nak layan..tapi kalau kita cakap baik2, dia marah..ada yang kena sembur tu. Tak pasal je kena makin..hehe..Betul, tak elok marah2 ni..sabar aini sabar..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar aini sabar... akak pom kna saabaAr... T_T

      Delete
  8. hehe mar pn kdg2 mudah panas.. kalau panas mmg elok diam n jauhkn diri. kalau tak mmg tangan ni laju je nak lempar brg or hentam sape2 yg berdekatan. hahaha. aduhaii marah mmg merosakkan.. tu la kalau nk marah mmg duk jauh2.. xnk org gnggu.

    psst.. ade org kta, anak ikut prangai kt dr muda lg hehe. bkn ms pegnan je. kekeke :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepp cik mar.. lamanyaa xjupe mar... heheee *budgetpernahketemukan*

      alamak. dri muda..? hbis. hbis.. baby-to-be mama.. please don't be like me in a bad way....... a? satu je..? saya ada byk keburukkan.. huwaa... =P

      Delete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang