RODONGANS~

Tuesday, April 09, 2013

Tuesday, April 09, 2013

DEJAVU.

Assalamualaikum.

Pernah alami dejavu tak? macam peristiwa sama berulang lagi, perasaan, dan situasi seakan-akan sama. Okay, hari ni saya rasa macam dejavu. Bila dapat masej dari incik SPA dan saya macam tak excited pon nak check kenapa...... bila online, sempat post satu entry lepas tu bateri down... kena cas dulu sebab kawasan nak online ni tak ada plug. Jadi, tunggu dulu. lambat-lambat... ni baru online semula.

Bila check online. betul. rasa macam situasi ni dejavu. dah la tarikh sama.. macam tahun lepas. haha. 

Tahun lepas saya dapat jugak ujian PTD ni. hak tuiii. Ujian tu macam gile. gile. orang yang gile je dapat jawab banyak-banyak. haha. Ujian yang kali pertama saya ambil dan bila keluar dewan saya tahu saya akan mendukacitakan. haha. 

Isu semasa dia macam buang masa jawab. saya main teka-teka jawapan dan daripada 30 soalan.. err.  sejujurnya... mungkin satu je saya yakin jawapannya. bodoh betul isu semasa. Part matematik pulak.. dah la lame tak jawab matematik walaupon spm alhamdulillah Ayam kan... last minute abang tu kena tunggu i hitamkan nama sebab tak sempat. haha. budget masa memang failed. Part english, comprehension mungkin 100% bila part essay. Ya Rabb........ bila last buat essay isu semasa? takkk ingaat! kalau kira dari hari ini, last saya buat essay adalah masa exam PTD tahun lepas. krikkk. krikk. krikkk.

Trauma ujian lepas tak habis, ni dapat lagi. huwaaaaaaaaaaaa............ satu dewan beribu-riban.. yang nak amik berapa orang je. Ambilan kali ni, kekosongan 600 tapi yang ambil ujian 54ribu orang ye. haha. over tau. kehkeh.

Ades. bukan nak tolak peluang rezeki tapi ni ada 4 hari lagi masa sebelum tarikh ujian... kena fikir nak pergi ke tak.. nak pergi ke tak.... kuantan. dua jam jugak nak pegi ni. ateh keje. sapalah mangsa den nanti kalau jadi pergi. hehe.

okay. bateri habis lagi. cis. cis. satu entry lagi je pom.

Sekian~

7 comments:

  1. waaaa! sy pun risau sy dpt jgk sbb sy mintak..

    ReplyDelete
  2. pernah!! tapi tuu dulu la...masa zaman sekolah...skrg seingat cik siti, tak jadi da dejavu ni...huhu

    ReplyDelete
  3. mungkin tahun lepas tak berjaya mana tahu kali ini berjaya kan..?
    tak cuba tak tahu..
    semoga berjaya..:)

    ReplyDelete
  4. Pernah..selalu juga jadi..Tapi tak mengerti apa maksudnya..hehe..

    ReplyDelete
  5. mak aii!! ramai nye yang ambil ujian...

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang