RODONGANS~

Monday, December 01, 2014

Monday, December 01, 2014

Tips bagi kehamilan bayi songsang (Breech).

Assalamualaikum.


Pagi ini setel MOGTT dan appointment Dr. 

senyum.

Masam.

Sebab apa masam? Sebab... pada ketika 36w 3d, BABY ku masih kepala di atas. Sobs. Habis bertangan-tangan meraba perut iolls. At the end, scan..... breech.

Dr pesan; Air ketuban yang ada cukup-cukup. Kemungkinan untuk bayi kekal dalam kedudukan tu tinggi. Tapi kemungkinan untuk pusing sentiasa ada.

Iolls: *Muka cover. Tak menyampuk.*

Dr pesan: Disebabkan puan nak bersalin di HOSHAS, jadi kita cuba refer pakar lipis dulu, Kalau pakar lipis tak dapat. Kita buat surat siap-siap la untuk refer temerloh.

iolls: *angguk-angguk, masih muka cover*

Dr pesan: Kalau sakit tegang sikit je kat perut dalam jangka masa awak tak balik lipis lagi ni, terus ke hospital sini ya. Walaupun sedikit *ada ketegasan di situ*

Keluar bilik Dr, kena tunggu buku merah dan keputusan appointment pakar. Sobs, fikiran dah merata-rata dah pergi. Ishk, kalau caesar macam mana? huwaa... takut. 

Sampai ofis, fikiran dah ke lain. Keje dah ke laut. Nak nangis tapi tak keluar air mata. macam mana tu? hehe. redha. redha.

Then, saya teringat uncle saya kan ade.. uncle gugel.

Lets share, apa yang orang lain share untuk saya.:

  1. tilt position: Masa solat sujud lama dalam 5 minit. Kalau tak larat, buat sekadar yang mampu kemudian terus rebahkan badan ke kiri atau ke kanan bergantung kepada kedudukan bayi selama 20-30 minit. (Jika bayi berat ke kanan, rebah ke kiri dan begitulah sebaliknya...)
  2. Buat kedudukan seperti merangkak (jangan pergi main-main merangkak pulak) kedudukan sahaja buat selama 5 saat atas kemampuan sebanyak 2-3 kali.
  3. Semasa buat 1. dan 2. baca ayat dari Surah Al-Hijr yang bermaksud "maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah."
  4. Ambil segelas air kosong, baca surah Al-Insyirah 3x dan hembus ke air. Air itu kemudiannya diusap ke perut mengikut lawan jam beserta selawat. (lebih elok buat bersama suami).
  5. Letakkan Pek ais di bahagian kepala bayi dan bekas yang berisi air suam di bahagian bawah pusat supaya bayi akan cenderung ke arah haba atau ke bahagian tulang pubik.
  6. Ambil lampu suluh, suluhkan ke bahagian bawah atau di bawah pusat. Baby akan cenderung bertindak balas ke atas haba/cahaya lampu.
  7. Rajin bercakap dengan baby supaya bergerak ke arah kedudukan yang betul dan banyakkan doa, bacaan al-Quran selain rajin dan ikhlas.
  8. Bagi yang mampu, berendam dalam kolam renang. Seperti penggunaan pek ais, fungsinya sama.. menggalakkan bayi bergerak atau memusingkan kepala ke bawah.

Sobs. Saya nekad akan konsisten cuba kaedah-kaedah ini walaupun sukar. Minum air banyak supaya air ketuban bertambah meriah. Esok jumpa pakar. Debarnya. Dan lagi satu.. debarnya nak cari parking. Kawasan tu langsung tak strategik nak parking. Kan best kalau ada orang hantar dan drop je. Tak payah fikir mana nak letak, parking jauh so jalan jauh. hehe. Nak buat macam mana kan. redha je la.

Lepas balik kerja terus zooooom ke kedai rm2. Cari lampu suluh yang agaknya esok habis bateri ha. duk guna memanjang. Dan beli air mineral. Tekad minum air banyak. hehehehe. Kalaula terfikir sebelum ni. Masa 32w Dr bagitahu tak pusing lagi tu, saya dah buat. ishk, tak baik menyesali perkara yang lepas. Tak apalah, pengajaran lepas ni.

So, Anak mama,mami,ibu,mak yang come lote...... jom bersalin normal sayang. =)

Jadi.. sesape yang rasa ada masalah sama.. jangan tunggu-tunggu. Saat tahu je tak pusing lagi, meh try kaedah ini. Kite hanya merancang, mencuba dan berusaha. Allah SWT yang tentukan segalanya.

dah, Nak g teruskan usaha dan kurangkan bengkak kaki.

LINK ini pun menarik juga untuk dicuba. Ikhtiar kan... =)

Sekian~




Sunday, November 30, 2014

Sunday, November 30, 2014

Main Nombor. Melayu Islam?

Assalamualaikum.

Hari ini kerja balik dengan uncle Lim a.k.a sonny. Thanks uncle!!! hehehe. sebab nak balik awal plus saya tak boleh bawa kereta company hari ini sebab  esok saya masuk lambat. So, saya tak boleh pergi jemput orang lain. Solution lain, saya tumpang uncle Lim. hehe. so nice.

Salah satu reason saya balik awal sebab surau direnovate dan cuma surau perempuan direnovate dan orang tu macam tak reti-reti yang kerja lombong ni bukan semua lelaki okay. Kami perlu solat juge. 

So.. Balik awal dah kena solat dan mandi dulu baru boleh keluar bungkus makanan dan isi minyak kereta. Masa nak keluar duit. Saya parking depan kedai nombor ramalan. Kedai tu pulak exactly tepi maybank. Saya ada terpandang sorang pak cik pertengahan umur tengah tinjau-tinjau. Saya dah risau. Saya dah la mengandung, jalan lambat. Kot nak merompak... ishk. Mintak jauh. Keluar bank, saya tak sangka akan terserempak balik dengan pak cik tu, dan cuba teka apa saya nampak??

Pak cik itu masuk kedai ramalan dan keluar dengan membawa one piece of small paper. Ya Allah.. Bila saya tengok betul-betul.......... ramainya melayu islamm dalam tu. ERr.. sini pekan kecil, so kemungkinan besar mereka melayu islam. 

Terus geleng-geleng kepala.


Muka ayah-ayah... baik-baik... ummm.. beli nombor ramalan a.k.a ekor. imagine. duit tu buat beli lauk, bagi makan anak isteri... sedeynya.

Terang-terang main nombor itu judi.

Hukum berjudi itu haram. 

sedeynya. susah sangat ke hidup mereka? Nampak berisi, seperti cukup makan minumnya.

Abah mak tak bergaji duduk kampung, menoreh getah berjual sayur pun masih boleh hidup serba cukup. Yang penting syukur lah. Duduk bandar lipis ini kecil saja pekannya. Kalau duduk di kampung tak ada masalahla... melainkan duduk di bandar. But still, itu bukan alasan untuk berjudi. Jangan perjudikan hidup di akhirat dengan dosa yang terang-terang salah sebab yang tersembunyi pun dah banyak mana hitungannya pun kita tak pasti. 

Semoga Allah sedarkan mereka,...

Sekian~

TANDA-TANDA AWAL KELAHIRAN.

Assalamualaikum..




8 TANDA-TANDA AWAL KELAHIRAN:

1.        Engage: Ini merupakan tanda awal hendak bersalin. Anda mungkin dapat merasakan baby anda bergerak atau berada di bahagian bawah perut (baby saya sejak tujuh bulan macam dah duduk bawah. Hehe). Bagi ibu kali pertama, kebiasaannya bayi engaged 2-4 minggu sebelum bersalin. Bagi ibu yang telah mempunyai pengalaman, bayinya mungkin engaged ketika saat kelahiran kerana tulang pelvisnya sudah meregang.

Saya scan 7 bulan, kepala bayi saya masih di atas walaupun perut seperti sudah jatuh. Dr bagi tempoh sehingga 36w untuk bagi baby berpusing kalau tidak consultation untuk Caesar akan dibuat sebagai persediaan. Esok EDD ketiga saya, so pleeease baby, turn down… for mama. Sobs.

2.       Kerap membuang air kecil: perut anda semakin membesar. Berat dan kepala bayi akan menekan pundi kencing anda yang terletak berhampiran bahagian tengah tulang pelvis anda. Oleh itu, anda akan kerap untuk ke tandas.

Tetapi tips ini mengherankan saya, sekitar 6-7 bulan usia kandungan saya, ya… saya kerap ke tandas. Sampai penat dah nak pergi. Tetapi bila mencecah 36w saya kurang rasa mahu buang air tetapi kerap buang air besar (yang mana ini tidak mengherankan ya kerana ruang tiada untuk anda simpan makanan lama-lama. Hiks).

3.       Sakit belakang di bahagian bawah: Apabila bayi anda semakin berat dan jatuh lebih rendah. Anda akan berasa sakit di bahagian ligament Rahim dan tulang pelvis kerana regangan sedang berlaku.

Sebenarnya, saya tak pasti untuk bahagian belakang. Tetapi saya sangat sakit di bahagian tulang V. terutama di sebelah kanan yang mungkin berpunca kerana menampung berat baby yang suka sangat duduk di sebelah kanan. Ya, si comel ini memang suka duduk belah kanan. Huks. Sakit.

4.      Kontraksi Braxton-hicks: anda mungkin berasa kontraki ini semakin kerap dan sakit seperti cramp semasa datang haid. Walaupun kontraksi pra-kelahiran ini tidak sekuat kontraksi pengecutan kelahiran yang sebenar. Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks anda. Ia akan berlangsung untuk 1-2 minggu sebelum kelahiran bayi bermula. Anda mungkin mendapati kontraki ini menjadi kurang sengit apabila anda menukar posisi atau mula berjalan.

Okey, kontraksi ini sebenarnya saya tak faham sangat. Tapi apa yang saya rasa apabila kita duduk lama dan mula untuk berdiri. Kita akan merasakan sakit untuk mula berjalan. Dan ketika tidur mengiring ke kanan. Kita akan rasa sakit di bahagian tulang pelvis untuk mengubah kedudukan ke kiri. Oleh itu, tidur anda sentiasa tidak selesa kerana sesungguhnya untuk mengekalkan Cuma satu kedudukan ketika tidur adalah mustahil kerana anda akan lenguh. Ehem. Ya.. lenguh. Kita perlukan perubahan posisi yang menyakitkan. hihi

5.       Cirit birit: Hormon kelahiran bertindak pada usus anda boleh menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar. Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus anda member lebih banyak ruang untuk laluan bayi. Hormon kelahiran ini juga membuat anda merasa loya. Ini juga merupakan salah satu tanda kelahiran.

Tidak dinafikan tanda ini ada benarnya, saya kerap membuang air besar dan tidak sembelit. Walaupun baru makan, saya sudah mahu ke tandas dalam1-2 jam kemudian. DAN loya? Ya… betul. Sekarang saya mudah hilang selera tetapi bila makan habis juga. Hehehe. Cuma, saya akan terasa nak muntah selepas itu. Hampir tetapi belum. Sampai di tekak dan tak jadi. So, tanda no. 5 ini maybe ada benarnya.

6.      Keputihan: Anda mungkin perasan telur yang lebih putih, lelehan lendir yang dikeluarkan dari faraj.

Tanda no.6 ini juga saya sedang alami. Sehingga saya membeli stok pantyliner anti-odour yang banyak supaya dapat menukar sebelum solat terutama ketika bekerja. Simptom ini bermula sejak week ke 35 lagi.

7.       Lender pekat dan pendarahan (bloody show): Kepala bayi turun ke dalam rongga pelvis dan kontraksi Braxton-Hiks boleh menyebabkan pluk mukus tertinggal. Pluk mukus ini menghalang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks dan menghalang sebarang kuman merebak kepada bayi. Pluk mucus berlendir pekat dan bercampur darah. Ketiadaan pluk ini membolehkan bayi boleh bergerak ke bawah dengan perlahan-lahan.

Tanda ini belum saya alami.

8.      Air ketuban pecah: Hanya 1-10 ibu hamil mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran/ Anda harus menghubungi Dr anda segera apabila air ketuban pecah. Kebanyakkan Dr akan mencetuskan kelahiran dalam jangka masa 24jam jika situasi ini berlaku keran bimbang berlaku jangkitan dan komplikasi yang mungkin terjadi.

Juga belum saya alami.

maaf keciltapi ini doa harian kita, anda pasti mudah untuk mengingatinya.


Walau apapun yang terjadi. Jangan lupa doa. Atau pesan untuk suami supaya ingatkan kita supaya berdoa kerana mungkin ketika kita sakit, perkataan yang Cuma kita ingat untuk sebut “ALLAH”. Itu pun kalau ingatla.. so, si suami ingatkan isteri selain sebut nama Maha Pencipta, doa lah kepadaNya. InshaAllah.

Ini merupakan panduan untuk kita ibu pertama kali. Saya pun tak pasti apa yang akan berlaku pada saya nanti. Semoga tips yang saya share ini bermanfaat bagi yang memerlukan. Saya pun tertanya-tanya.. bagaimana tanda aku nanti ek? Hehe.. Apapun, banyakkan berdoa, zikir.. mohon dipermudahkan urusan olehNya.



Setiap kesakitan yang kita alami tidak boleh kita berungut tau. Semuanya ujian.. walaupun sakit, bila mengenangkan bayi yang dikandung.. sejuk hati rasanya. Senyum.

                         http://genkimomma.my/tips-tanda-tanda-awal-nak-bersalin/


Sekian~

Saturday, November 29, 2014

Saturday, November 29, 2014

36Weeks Already!

Assalamualaikum.

Hari ini genap 36weeks, So what do you think about how i feel? Excited macam extravaganza...? Scared tahap tengok Pee Mak? Nervous macam tunggu result UPSR?

Ya Allah.

Saya pon tak tahu nak gambarkan. Perut makin berat. tapak kaki makin membesar macam big foot..... baby makin aktif. Alhamdulillah.. semua perubahan itu positif tandanya.... bermakna... Baby dah makin hampir nak jumpa MAMA.............. hehe.

But,

Huwaa....... Moga Allah bagikan kekuatan. 2 bulan kebelakangan ini. ewah. Saya asyik fikir pasal bila ada baby nak kena buat apa? APA kena ada? dan saya pulak jenis tak boleh tunggu orang bagi... asal terlintas nak beli... asal terfikir nak cari... asal ternampak mula rambang mata nak memiliki. Rasa semua benda penting.

Persediaan? Tak tau nak cakap. Anak first macam tak tau nak budget.. Hasil gugelan........ rasanya 90% dah ready for newborn. (Tak termasuk persediaan baby 4 bulan ke atas) ehe..

Tapi bagi yang masih tercari-cari panduan hidup berjuang nak bersalin SIRAPLIMAU ada share checklist persediaan ibu bersalin dan baby. klik LINK ini pasti membantu. Mungkin ada yang mereka lupa masukkan, sekurang-kurangnya kita ada guidelines especially bagi yang first time. *wink*

WAJIB ADA ADALAH:

1. =======> Buku PINK.

Kalau rasa rasa nak kena marah masa tengah sakit nak bersalin... sila lupa bawa buku ini. sekian.

2. IC atau kad pengenalan. memudahkan pendaftaran

3. SUAMI... tolong jangan tinggal suami. Bagi suami yang ada dugaan nak datang segera.. sila bawa mak/ mak mertua/ kakak/ sahabat handai. supaya boleh bawakkan beg ya kawan-kawan.


PERSEDIAAN yang saya sediakan:

1. BEG. of koslah beg penting.. kalau tidak tak akan nak bungkus guna plastik. Tapi jangan main-main wey.. dalam dunia ini ada orang macam tu. So, kalau korang ada beg dan mampu beli beg biarpun soploh irnggit harganya.... bersyukurlah sayang. Allah menyayangimu. :(

lain-lain: seperti dalam gambar berikut. hehehehe.



Okay.. gambar saya ni tak ikut kepentingan ya.. 

  1. Of cosla LAMPIN.... saya punya putih bersih ja... kalau nak lawa-lawa beli la yang corak-corak.. boleh balut baby macam scha al yahya. hehe.
  2. Barut. saya punya 3 helai je bawak ke hospital... kalau kena tahan wad sempat lagi mintak suami iolls balik ambil lain.
  3. Topi.... sebenarnya sesuai pakai masa nak checkup hotel. eh, hospital.
  4. Sarung tangan dan kaki. kot baby sejuk-sejuk. KOt tangan baby garu-garu muka. (saya bawa dua pasang)
  5. Sapu tangan atau mini towel.. tuk lap lap baby cikit. oloh manjaa...~~




Next.
        6. Towel. (selai)
        7. Baju... (iolls over.. bawak 5 baju semua bukan newborn. 1 lengan pendek+4 lengan panjang.)
        8. Bedung. (bawa selai je, kalau tak cukup, lampin kan ada... hehe)




Last but not least.
      9. Pampers newborn (6 helai)
     10. Set mandian. (beli yang kecil senang masuk beg)
     11. Minyak Yuhyi@ Minyak telon pon boleh.
     12. Baby oil. kot rajin nak mengurut... hehe.. ala-ala iklan baby johnson.~~
     13. Baby wipes jangan lupa.. (hospital cuma sediakan untuk orang asli je okey.)

So Far, ini yang ada dalam beg saya. Tak semestinya yang saya bawa ini lengkap tau. Untuk Omma..... boleh fikir sendiri apa yang perlu atau cek kat checklist yang saya bagi LINK di atas. Sebenarnya, saya pon tak ready barang sendiri. blurr nak bawa apa.

Apapun, ini pengalaman pertama daku. Semoga segalanya berjalan lancar dan yang kurang, akan jadi lengkap untuk anak kedua. ewah.. yag first belum selesai dah planning kedua.. o mai... lepas yang satu ini dulu ya~~~

Harap membantu bagi yang memerlukan. =)

Sekian~

KAKIku SEMBAB.

Assalamualaikum.



BIla mana masuk je 35week a.k.a 7 bulan 3 minggu.... kaki saya mula sembab tiba-tiba. ditegaskan di sini ya... TIBA-TIBA.

Kaki saya tak pernah sembab.. tapi tiba-tiba ade bukit kecil di kiri kanan kaki... dan ibu jari membelon tiba-tiba... umm. pasai pa ya?

Bila akak-akak tempat kerja tengok. respond sis semua sama.... "tak lama dah tuuu..."

Opps.

I'm Worry okay.

walaupun seronok nak dapat baby sendiri, in the same time i'm worried sebab 7 hari sebelum saya mula bercuti untuk bersalin.. saya tinggal sensorang di rumah agam milik syarikat ini. huwaaa....... Paling takut, kalau it's happen during 7pm till morning. Macam mana weh.... kalau sakit saya larat, saya drive sendiri.. kalau tidak? kena berusaha kol kawan-kawan rumah lain. 

Oh no.

Tidur la rumah dorang...?!

Oh no...... iolls tak larat okay angkut-angkut barang tidur sana sini. Kat rumah ni semua sudah ada.... tandas pon dekat.

mana housemate?

housemate iolls cuti 8 hari...... ada kenduri di rumahnya. kita pon faham..family first okay. So, its okay.. Biar dia happy dengan family dia berkenduri... weee... i loike kenduri.

Back to the main topic.

MySelf.

Hari ini genap 36weeks.... dan dapat berita seseorang yang berkahwin sama dengan saya, tetapi kandungannya lebih muda telah melahirkan baby pramatang. iolls nebes... walaupun ralit tengok.. chumel babynya... chomel sgt... tapi.... moga Allah pelihara kandungan saya ini.

Kalau ditakdirkan keluar awal, moga Allah permudahkan urusan... semoga saya bukan sendirian dan jika sendirian.. moga Allah kuatkan, gagahkan saya untuk drive ke hospital.

umm...
berbalik kepada isu sembab... sembab kaki ni ada masa macam surut tau... dan hari ini bengkak itu menjadi-jadi... dan saya semakin susah untuk berjalan. berat. Baby berat? or mama dia makin berat.. kehkeh.

whatever.

isnin  ni kena minum air HULA.... aka MOGTT.... aka test kencing manis sebab berat badan bertambah dengan meriahnya. wehuuuu... patut jalan lambat. sebab BERAT. haha...

redha la mai.

Till now. "menghitung hari... detik demi detik...."


peace yo.

Sekian.



Wednesday, November 26, 2014

Wednesday, November 26, 2014

Asyik Meminta dan Bersungut.

Assalamualaikum.

Saat hati tidak kuat. Saat jiwa kacau bilau. Saat fikiran tidak menentu...

apabila segala keinginan belum dimakbulkan.

CUBALAH. 

pandang ke bawah, jika tidak pandang ke belakang.. terdapat mereka yang diberikan dugaan yang jauh lebih besar daripada apa yang kita hadapi. 

OLEH ITU.

Cubalah untuk bersyukur dengan setiap detik.. setiap saat yang Allah beri.. Setiap perkara yang Allah limpahi.... BERSYUKUR. Ya Allah susahnya untuk bersyukur. Selalu menyesali bukan mengsyukuri.

Maafkanku Ya Allah.

Kau anugerahkan aku seorang suami yang setia di sisi... sentiasa beralah.. sentiasa berusaha membuatku gembira. tapi aku? selalu tidak bersyukur. 

Ya allah.. ampunkan dosaku. Panjangkan jodohku dan suamiku.. bukan sahaja sehingga ke penghujung nyawaku... tetapi.... ke syurgaMu. Aaminn Ya Rabbal Alamin.

news: Baru tahu adik sepupu pregnant 5 bulan kembar kehilangan kembarnya itu. Beberapa hari yang lepas. "Semoga anak-anak itu menjadi syafaat buat Nina. Kak ida tumpang simpati. MOga Nina sabar menghadapi dugaan Allah beri."

Ya Allah.. kau peliharalah anak dalam kandungan ku ini sehingga ke saat kelahirannya. Limpahkanlah rezekiMu buat anak ini. Semoga dia menjadi hambaMu yang soleh, taat pada ibunya, taat pada ayahnya. Aaminn.


Bersyukurlah wahai insan.... 

Sekian~



Saturday, November 15, 2014

Saturday, November 15, 2014

Thanks for the wishes~~

Assalamualaikum.

Bila USIA dah menginjak satu tangga.. Rasa tua pulak.. Hehe. Semakin jauh dengan USIA muda Dan semakin dekat Kita dengan kematian.

Bufday sekarang bukan macam zaman muda mudi. Surprise Sana sini. But still, saya hepi.. Semalam bufday saya, yang paling semangat cik abangla. Walaupun dia tiada di sisi. Penangan PJJ, apa boleh buat.

Tapi semalam hari yang langsung tak susah hati. Hari yang mendung, sejukk.... Hari jumaat... Kerja yang tak stress. Umm. Bila dikenang.. Apa yang saya nak hari semalam, Allah beri. So, don't ask for more. Alhamdulillah.

The only present I got on my bufday adalah KITKAT.. Hehehe... Thanks to my omel.. For wishing me very brightly. Love ya!

Abg... Dia prepare awal. Dia tau dia tiada di sisi pada hari itu. Dia belikan awal-awal.

Thanks to him too yang dia siap tampal selipar flat saya yang dah nganga sebelum dia balik Melaka. Unexpected sebenarnya.  Katanya, "kalau tunggu buat sendiri, jawabnya tercabut tapak".

BTW, bukan tak Ada selipar lain. Tapi itula selipar flat yang sesuai dipakai sekarang.

Thanks Abg.

So, ramai kawan-kawan yang wish! Thanks. Wish pon dah cukup... Sejuk hati.. Hepi... He he.. Walaupun maybe sebelum itu dorang lupa atau maybe baru tau.. But still, I'm hepi for the wishes... Thanks :)

U're making my day feel blessed! Honestly. :)

Bebel-bebel. Pakai fun je pon. Dah. Update untuk semalam.

:) thanks peeps.

Sekian~


Wednesday, November 05, 2014

Wednesday, November 05, 2014

Bila Kau Rasa Kau Wira.

Assalamualaikum.

I'olls jenis pantang kes buli. Mak aih, sensitip okeh bila anak orang duk pukul anak-anak orang lain. wuii.. apa hak korang! Ya Allah...... mana letaknya akal mereka? di lutut? atau mungkin di kaki... atau mungkin tiada.... tengkorak je ada. Kosong. Kosong. *Najwa Latip*

Dan yang tak bestnya, bila dah timbul satu kes... akan ada kes lain. lain. lain dan sewaktu dengannya. Kalau perasanlah kan. Kes-kes kat malaysia ni bermusim.

COntohnya... Satu excident ngeri berlaku.. lepas tu berderet-deret kes excident dilaporkan dan terjadi. Bila satu kes buang anak terbongkar. Hah! mulalah pakat nak glemer ramai-ramai... so, parti buang anak ramai-ramai. Dan terbaru kes buli... mesti lepas ni bertimbun kes buli.... yang terbongkar.

Ya Allah.

Risau-risau.... mana letaknya moral budak-budak ni.. Dah tak boleh fikir sangat. Tak ada rasa takut langsung? pelik. pelik. Tapi realiti,

Moga anak-anak kita dan bakal anak-anak kita dijauhkan daripada perkara yang buruk-buruk.



iolss sekarang tengah lemau. Rasa moody... tak bermaya... tak ada semangat.  dah stop untuk malam ni. iolss penim

Sekian~

Tuesday, November 04, 2014

Tuesday, November 04, 2014

Bila Hati Berbicara.

Assalamualaikum..

Hati ini salah satu perkara/benda/anggota/organ yang susah nak kawal. Hati ni berkait rapat dengan emosi. Bila susah hati... mulalah nak marah, sedih, geram, nak mengamuk, stress, nak gigit orang, nak baling pinggan... etc.

Tambah-tambah bila memboyot. Susahnya nak kawal emosi. Emo memanjang. Siang-siang especially time kerja... sebaik mungkin senyum memanjang. Orang ingat sewel dah asyik senyum aje. Padahal, dalam hati... tuhan je yang tahu. 

Macam -macam kerisauan, kegundahan, ketidakenakan, kekembongan, keanginan... dan sebagainya muncul tanpa diundang.

doa doa..

Ibu memboyot orang kata kena kawal emosi.

doa doa..

Moga emosi yang terganggu tidak mengganggu anak dalam belly ku ini  *omputih*

Dah kahwin tak macam masa bujang. 90% berbeza... kalau bernasib baik lebih senang, bagi yang diberi pilihan diuji...... bersabarlah. Tanda Allah sayang...

Bahagia..

Sudah tentu. Mana nak dapat baby membesar dalam perut. Bagi duit berjuta pon tak akan berjaya untuk cipta baby dalam perut melainkan Allah kata "Jadi, maka jadilah ia." betul tak?

Alhamdulillah.

Rezeki paling besar yang Allah SWT kurniakan ialah ANAK. 

Ya Allah... 

Tak tau nak kata... Ini satu kurniaan dan rezeki dan satu dugaan. Dapatkah kita berikan yang terbaik untuk dia? memberinya nafkah.... makan pakai, pelajaran, keselesaan dan paling penting agamanya.

KIranya nak ada baby ini seperti satu game yang kite kena pastikan walau banyak kali kita jatuh tapi akhirnya kita berjaya. Barulah anak-anak jadi syafaat untuk kita di akhirat.

Oh anak... Bulan depan ku menanti detik untuk bersamamu. sungguh pun dirimu tidak dilahirkan lagi... mama/umi/ibu/mommy rindu padamu.

anak

Sekian~

Sunday, November 02, 2014

Sunday, November 02, 2014

Pahang di Hatiku~

Assalamualaikum.

Bila sekali dah online mulala.. berpost-post nak buat. Gian. Kalau laa eden cukup rajin, laptop ni eden angkut ke tempat kije. Nasib tak larat nak mengusung. Mentang-mentang baru topup YES sebulan. pirst time pakai okeh.

Boleh tahan.

Dan ekceli, saya topup YES hasil freegift proton ni sebab nak menjawab exam online. Pi Tee Dee. Haa.. thanks to my superb friend! which helped me wholeheartedly. hah. <over tak puji>.

Mau tak puji,, menggagau cari orang, tanya orang nak mintak tulun. Nan Hado... Fara pun ada sampai SMS nak bagitahu cara tapi bukan salah beliau bila line tak berjaya. Thanks cutie.. (bilabodek)

hehehehehe

Dan paling tak best exam tu pukul 8 dan Piala Malaysia pun hari yang sama 845pm. Hangin wa....

"tak payah nak hangin sangat mai ui.. umah u bukan ado teebee pom!"

hehehehehe

verangan nak tengok.

Habis satu paper, duk wassap family group. "gol dah ke? gol dah ke? hah? hah? hah?"

hahahahaha. tensen abang wa, nasib  beliau seorang yang penyabar... balas satu-satu.. layan setiap soklan adik nya yang cumil buncit ini.

Last-last.... paper entah ke mana kepala dah ke bola. salahkan SPA... awatnya buat time liga piala malaysia... finale pulak tuu. *geleng-gelengpale*

Apapun........ ale aleeee tok gajahku.... JUARA. *hepi*

Tahniah semuanya......... Maaf JDT.. ada rezeki kita jumpa tahun depan ya.. jangan gaduh-gaduh. Baik-baik saja okay!

alee... aleee.... tok gajahku........ ehem. 




Alee... alee... ngee~

Sekian~

Bila Laptop mula bernyawa,,~

Assalamualaikum..

Rasa macam dah beratus hari tak buka blog guna laptop. Pernah sesekali buka guna komputer company... nak loading. Mak aih, dia block agaknya. Pernah juga sesekali guna handfun.... tak pueh hati den yo.

Perut dah memboyot. Baby dah belajar karate di dalam.... Alhamdulillah. Tanda sihat. Tapi nak, karate, karate jugak tapi jangan sampai tembus yo. Sabaq dulu na.....

31 Oktober 2014, genap usiamu wahai anak 32 minggu. Tak lama lagi InshaAllah melihat dunia. Bila ditanya apa perasaan... lebih kepada tak sabaq. Tapi bila difikir-fikir terlintas perasaan debar... ishk, macam mana ek nak tau baby nak keluar? sakit macam mana? darah banyak keluar macam dalam tv tu ke? pengsan tak? larat ke? macam-macam la...... first experience la katakan.

Kalau nak dikata tak cari tips... rata orang eden tanyo. haha. Sape yang pernah beranak tu, semua eden cekup. Boleh join mother's club dah okay. Dengar diaorang cerita pasal anak-anak dan pengalaman masing-masing. Tersenyum saya. "macam mana aku nanti ek?" 

hehehehehe

verangan.

Ramai yang kata... "mai tengok orang comel-comel, lawa-lawa, hensem-hensem je... haa.. inshaAllah anak cute." tihtih. Time meeting kalau bos tak ensem maknanya eden kena tunduk la yo? tih tih tih.

"buang tebiat ke mai, cakap sambil tunduk?"
"tawadu' bos!"

hehehehehe

kelakor

Tapi masa ibu-ibu senior tu cakap macam tu, saya terus gugel Jang Ok Jung... a.k.a Kim Tae Hee. Satu-satu pelakon korea yang saya rasa paling saya suke. Rasa lawo aje. tih tih tih. konon-konon anak bermuka cumil begitu. 

hehehehehe

Mak muke melayu tulen! mujur ayah muka selebriti sikit. haa.. Hai, anak.. jika perempuan... semoga berhidung seperti dedi mu. tih tih tih.



Cun Kan~~
tu baru satu part pasal baby... berpuluh part tak di share. Saya sekarang bukan macam dulu... asal free ngadap laptop, asal tak buat apa ngadap laptop. Sekarang kerja mana boleh guna PC untuk berfoya-foya... setakat buka maybank2u lepaih ler. Lepas tu, asal free nak tido, asal ada ruang dan waktu, nak beradu. Fenat okey. 

Kalau orang kata perempuan mengandung elok banyak berjalan. Saya rasa saya passed ujian ituw. Tapi bila malam, baring lebih 5 minit nak bangun..... sekse. bukan seksi ya tapi sekse a.k.a seksa. retak seribu tulang kali rasanya.

Tapi yang anehnya... sekali tak pernah bangkit rasa marah.. sekali pun tak pernah menangis tentang rasa sakit-sakit... biarpun habis almari, tiang katil duk capai untuk bangun.. maklumla PJJ, suami tiada di sisi.. ini mungkin sebab rasa bahagia.. kita sakit kerna dia, bakal anak yang akan lahir.

"Ya Allah... Kau peliharalah anak dalam kandunganku, Lahirkanlah dia dalam keadaan sempurna sifatnya, tajam akal fikirannya dan Jadikan dia seorang yang taat padaMU, taat padaku, taat pada suamiku dan beramal soleh."  aaminn.

mama menanti mu dengan penuh sabar sayang.

Sekian~

Monday, July 28, 2014

Monday, July 28, 2014

SELAMAT HARI RAYA SAYANG!

Assalamualaikum.. 

SELAMAT HARI RAYA..................

Hari ini keje. Sobs. Syahdu dengan incik suami dalam hotel. Lepas solat subuh berjemaah, bersalam salaman.... 6.50am dah hantar ke opis... T_T

Buka PC nampak gambar kawan-kawan Mawardah.

Wahai sahabatku,

maaf tiada ku titipkan kata-kata ucapan buat kalian.. tapi mengertilah bahawa daku mengingati kalian sentiasa. Lebiu! hehehe

MUN, MAZNI, FIZA, GELEMEY (ANA), CYLA, INTAN dan PANGLIMA DEMAK AMPEL a.k.a Sathiamurthy (YANA).


SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN.. MAAF ANDAI DIRI INI ADA TERKASAR BAHASA, TERGURIS PERASAAN.


Semoga RAMADHAN yang berlalu kita semua memperoleh keberkatan. Amin.

NOTED: SAYA PUASA PENUH... wehuuuuu. Alhamdulillah. :)

terima kasih Ya Allah.

kAWAN2 Blogger tak juga saya lupa..... *wink*

Monday, June 30, 2014

Monday, June 30, 2014

2 hARi

Assalamualaikum.




Sampai opis awal ambil peluang online. sebelum bos bos datang. Sini internet limited. sobs. Tak ley buka facebook pon.

Semalam puasa berjaya. Hopefully, hari ini pun sama. amin. Moga Allah berikan kekuatan dan kesihatan.

Harap lombong ni tak panas la hari ni. sobs.

Harap boleh siapkan kerja ini pagi. amin.

Banyak harapan sejak dua menjak ni. harapan yang tak tercapai. :(

Dah. jap lagi bos datang. kantoi. tata.

Sekian~

Sunday, June 29, 2014

Sunday, June 29, 2014

Puasa

Assalamualaikum.

Puasa. lip lap lip lap dah puasa balik. Hari ni 1 ramadhan. sempat sahur ala kadar dengan suami. wuwu.Alhamdulillah. Memandangkan sekarang kurang upaya jadi sahur begitu dah memadai. Baru separuh hari angin dah mula keluar membuak-buak. harap dia tak memudaratkan tubuh badan lah malam nanti. Amin.

Bulan ni InshaAllah kalau kekurangan upaya bertambah baik.. akan puasa penuh. Hopefully segala moning evening nighting sickness tak ada. Semalam dah terlepas satu terawikh. Niat daripada pagi nak pergi.. at last terkujur di bilik kurang upaya berbaukan minyak angin. sobs. 

DUGAAN.

Dapat habis puasa pun dah alhamdulillah. harap sempurna. Maapkan hambamu ini YA ALLAH.

Berbulan tak buka FB, WHATSAPP, WECHAT, BLOG (apatah lagi) dan lain-lain. Hari ini first time dapat gagahkan jejari nak taip kat blog. *buang tebiat agaknya, tibe-tibe*

Dah. kang kantoi. kat opis.

Bye-bye.

Selamat Berpuasa kawan-kawan.

Sekian~

Friday, February 14, 2014

Friday, February 14, 2014

Home Sweet Home.

Assalamualaikum..

no other home that more sweeter than our own home.

"HOME SWEET HOME"

nampak sangat happy duduk rumah. cuti jumaat sampai selasa.. wee.

rabu jaga mesin pitam kawe.

tak pe yang penting saya rasa aman di sini lah... hehe. maksud saya di rumah.

baru-baru ni saya ada share cite dengan housemate. tentang zaman kecik kecik dulu. pasal banjir tahunan.. pasal air sungai. pasal mandi sungai.... best. bila ingat.. bestnya zaman ituw.....

semalam first time saya drive balik terus dari tempat kerja... bila masuk kampung.. terkejut bila tengok air sungai.... daripada air teh tarik.. tukar jadi tebu dan airnya jauh ke bawah tebing........... weeeee... macam dolu dolu.

dan bila saya lalu di hilir sikit.. ade beting pasir seluas padang bola kat tengah sungai... baru je saya cite kat hosmate. dah timbul... 

walaupun panas.pokok getah sume tukar warna, daun daun luruh.... macam autumn dah tapi cuaca macam savannah tapi still... bunga bunga mak berbunga cantik... musim panas musim paling menjadi untuk bunga berbunga. hehe...

nanti saya tangkap gambar ya... autumn dan bunga dan sungai.... ehem. bila saya kata nati tu maknanya tak taula sampi bila. kuang3...

kawan2 yang tak jemu melawat dan mengomen ituw... saya syg sama kamuuu...~~ 

:) 


sekian~


 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang