Assalamualaikum.
Sepanjang tak ada laptop ni sebenarnya banyak benda terlintas di otak ni. Tapi tak tau nak tulis dan nak taip di mana. Lastly, lupa. haha. Tiba tiba teringat aksi budak budak ni yang mencuit hati. Yela, terjerit jerit juga nak marah marah, geram geram tapi sayang.. hehe.
kEDEGIlan mereka lah mencuit hatiku. ewah.
Korang dah besar bace ni jangan sengaja buat degil pulak. Mak Andak debik karang. Sajee jee dapat free. *mukegarang*
Kisah 1:
Satu malam ketika si anak masih gigih menonton kartun walaupun sudah menghampiri pukul 11 malam.
Si ibu: "Kakak.. dah la.. pergi tido.. esok kan nak sekolah.. nati kakak mengantuk.."
Si Anak: "Ibu... kakak pegi sekolah kakak tak mengantuk pon.. kakak bukak mulot aje.."
Si Mak Andak: "Hah?? ape pulak kaitan buka mulot dengan mengantuk?? hehehehe"
Si Anak: "yela, kakak tak ngantuk, kakak buka mulot aje."
Si Mak Andak yang tak paham paham: "eh, ape kaitan dua tu. Kelako lah kakak ni..."
SI Ibu yang tak tahan bila si Mak Andak tak paham paham: "Buka mulot tu menguaplah lah..."
eh. eh. menguap tu bukan tanda kite mengantuk ke? heran budak budak ni...
Kisah 2:
Satu malam ketika rumah disepah sepah kan semula oleh ribut taufan bernama taufan Yaya dan Aisyah. Bukan Sandy je ade taufan ya. *wink*
Si Ibu dan Si Mak Andak: "Kakak kenapa sepah sepahkan duit ni, masuk tabung.. kakak ni duit tau.. baby tertelan macam mana? kakak tak nak kaya ke buang buang duit ni.."
Si Anak: "Kakak tak nak kaya. Ibu dengan mak andak je nak kaya."
Si Mak Andak yang rasa tersindir: "eh.. kakak tak nak kaya ke? biar betul."
Si Anak: "Kakak dah banyak duit dah.. dalam purse kakak banyak duit dah.."
hahaha. comel kan.. duit dalam purse dia ada 3 juta duit merah, 2 juta wet hijau muda, dan bebebeberapa juta duit biru bersaiz kecil. Seronok jadi anak anak.. tak payah fikir berat berat.
Kisah 3:
Alkisah satu hari Si Mak Andak yang baik hati membawa Si Anak keluar. Dan Si Anak yang selalu menahan kencing dan suka membuang last minit di saat kritikal menyebabkan Si Mak Andak yang hangin menegur . *tadikatabaikhatilepastunaekanginplakkauye*
Si Mak Andak: "kakak.. jangan tahan kencing. Suka sangat tahan tahan. Tak elok, kalau dah tahan sampai tak boleh tahan macam mana. Tak sempat nak ke toilet."
Si Anak: "Tandaslah mak andak."
Si Mak Andak: " Okay, fine!"
dan kisah ini bersambungan pada hari yang sama..
Si Anak: "Mak Andak... kakak nak kencing."
Si Mak Andak: "Tahan sekejap boleh tak, kite tengah ada keje sekarang mana boleh tinggal."
Si Anak: "Alaaaa... tadi mak andak yang kata nak kencing jangan tahan."
Mak Andak: *KELU*
pandai budak nih... huwaaaa........ dia guna kata kata kita balik awakkk... ngehngeh.
Kisah 4:
Ini berlaku baru baru ini. Mungkin dah takdir hari itu hari kencing sedunia. agak kotor nama kempen ini ya. Tapi berita itu menggemparkan kami. Satu hari, Si Anak pulang bersama Si Ibu.. dan Si Ibu memberitahu;
Si Ibu: "Kakak kencing dalam seluar..... kencing sebelum masuk rumah umi. Sampai sampai basah habis.."
Si Mak Andak Kebingungan: "err.. yeke.. owh. Biaq betul.. berapa kali mak andak cakap.. jangan tahan kencing, kalau rasa nak kencing bagitahu la cikgu.. Jangan tahan..."
Dan sehari selepas itu.
Tok! tok! tok! pintu di ketuk.
Si Mak Andak: "eh, kenapa kakak tak balik umah umi..."
Si Anak: "kakak tau mak andak ada di rumah..."
Si Mak Andak: *senyummalaslayan*
Si Anak yang gembira: "kakak kencing dalam seluar lagi mak andakkkkkk..." *mukehappy*
Si Mak Andak kepelikkan: "hah? kenapa?? tak bagitahu cikgu ke nak kencing..?"
Si Anak: "Kakak dah masuk tandas dah.. tak sempat buka seluar, dah keluar... manisah tolong kakak... manisah pon kencing.."
Si Mak Andak: "hah? dia pon kencing dalam seluar ke?????"
Si Anak: "tak lah.... dia sempat kencing.........."
Hoho. sejarah ni... da 6 tahun terlepas lagi ni. ngeh ngeh. Budak budak... cikgu siap tanya, "banyak ke sikit?" haha... dulu tak masuk pra sekolah@ tadika jadi tak tau apa perasaan itu.. hehe. Umi tu panggilan untuk pengasuh dia. hehe. umi dan ayah.
Rasa cukup cukup lah ni.. nanti seksok kalo ade teringat lagi saya cerita. Chumel budak budak ni kan.. hehe.. tak perlu fikir banyak banyak, sesak kepala je. Cite ni cite budak budak comel comel sebab tu saya share ni di sini.. Sila baca.. =)
Sharing is loving. =)
Sekian~