RODONGANS~

Tuesday, February 05, 2013

Tuesday, February 05, 2013

Watak Adam & Kat.

Assalamualaikum.

 

Saya memang suke cite nur kasih, dari drama hingga lah ke movie. Dulu, tiap hari jumaat mesti tunggu cite ni tak pernah miss. Sekarang dah start semula di TV. Saya mengaku, saya tengok ni banyak kali (sebab tv3 dah ulang lagi lagi) tapi masih tak jemu. Cite dia banyak pengajaran dan mengasyikkan. Sampaikan kagum rasanya dengan watak Nur yang tabah dengan apa yang jadi pada diri dia. 

TAPI.

Dari dulu sampai sekarang saya rasa ade sumthing wronged dengan watak Adam. Yela, waktu dia tinggalkan nur terkontang kanting gantung tak bertali tu salah, memang salah. Tanpa nafkah. batin atau zahir. Then, dia kawen dengan Kat yang pada saya watak dia cukup kesian. Seorang wanita yang half malay@muslim mungkin tapi tak pernah diberi didikan agama dan end up dengan berkahwin dengan lelaki bernama adam yang tak pernah ambil tahu hal ehwal agama. 

Setelah beberapa kejadian yang terjadi, dengan Kat kehilangan bayi dalam kandungannya dan disahkan tak boleh mengandung lagi, dengan dibuang keluarga. Adam balik ke malaysia dan mula insaf dan berbaik dengan Nur. Nampak tak?

Sewaktu adam tinggalkan nur, kite faham. Hidayah buat adam tak ada lagi. Tapi bila hidayah sampai dan dia mula melaksanakan tanggungjawab pada nur. Dia lupa.... dia ada tanggungjawab pada Kat. Dia tinggalkan Kat dan abaikan Kat sedangkan Kat dah tak ada tempat bergantung. Watak tu macam berat sebelah. Habis madu sepah dibuang. dan Mujur, Kat masih diberi peluang untuk berubah dan mendapat bimbingan. Akhirnya, Kat meninggal kerana sakit setelah berjumpa dengan Adam semula. Tu pun dia yang cari, bukan adam yang cuba cari.

Dari dulu sampai sekarang part Katrina tu paling saya tak puas hati. Kesian tau... Dah la tak de didikan agama, ayah buang dia, adam pun buang dia... Sebab watak Kat bukan seorang yang jahat. Dia cuma Tak tahu apa apa.

Okeh. piling lebih pulop. Hahaha. apepun, cite nur kasih memang saya suke. Tangga atas tuk semua drama. Drama melayu bersiri first yang paling menyentuh hati saya. 

ye ye sekadar cerita kan. hikhik. Piling je ni. *piling=feeling. 

Sekarang Setia Hujung Nyawa pulop. kihkih.

Sekian.

22 comments:

  1. haha ulasan yang mantap la cik mariaa ! tapi betul dan sgt setuju.. makanya, moga ada pengajaran di situ buat kaum adam di luar sana. Wanita sgt2 perlukan bimbingan :)

    ReplyDelete
  2. Kalau awak perasan cerita Melayu yang kononnya dakwah nie memang banyak silap macam berat sebelah, tengok tak cerekarama malam sabtu lepas Syurga Seorang Isteri, suami dia taklik kalau isteri dia keluar dari rumah untuk melawat ayah dia yang tengah nazak maka jatuh talak ke atas isteri. Tapi bila si isteri betul betul keluar, si isteri kena strok kononnya balasan Allah pada si isteri sebab mungkar arahan suami. Tapi betul ke macam tu? Fie pernah dengar ceramah pasal nie, isteri tak jatuh hukum derhaka kalau dalam kes nie.

    Ops terpanjang. Heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Sbb xsemua arahan suami wajib ikut. Tgk keadaan kan.. hehe..

      Delete
  3. jarang2 tgok cite nur kasih nih hihi

    ReplyDelete
  4. Mula2 tengok cerita ni saya suka, lama2 tak dah,..hehe.

    ReplyDelete
  5. amboi! lama punya cerita ni..tp sy jarang tgk citer ni.

    ReplyDelete
  6. eh, betullaaa... baru kita perasan pasal watak kat tue..

    ReplyDelete
  7. smala kt..semua siri xleh lawan Nur Kasih lg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kan. Tpi setia hjung nyawa pun best. Sweet.

      Delete
  8. assalam , salam ukhuwah dari BUNDA

    ReplyDelete
  9. mmg part kat paling kesian..tp tabah nur menrima yg dia berkongsi suami harus dipandang juga,,.kalau akak,,no..huhu

    ReplyDelete
  10. ulasan dari cik maria...
    memang watak kat agak kesian jugalah... lepas hilang, muncul semula... muncul pun sebab nak jumpa Adam before dia pergi...

    ReplyDelete
  11. wah2,saya suka jgak cerita ni,slalu mlm raya ke mesti tayang movie ni....hmm,pasal beg tu saya beli dkt aneka gurun....nk ckp byk,saya tk brapa tahu sgt,nnti akak bt PAPA GO je. HAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang