RODONGANS~

Sunday, March 31, 2013

Sunday, March 31, 2013

Mid Valley; Malaysia Career and Training Fair by Jobstreet.com

Assalamualaikum.

Hari ni last day career fair kat mid valley. Hari ini saya duk rumah akak berkurung satu hari. Sebab, semalam dah pergi jenguk career fair itu. Sungguh mendapat sambutan, sungguh ramai, sungguh sesak dan semalam juga sesak dengan orang di mana-mana. Mungkin semalam juga ada hot air balloon punya festival kot di Putrajaya..

Career fair tu by JOBSTREET.COM. Saya tahu dari email dan kawan-kawan. 

Print resume bukan main banyak tapi yang boleh dropnya satu dua sahaja. Sebab kebanyakkan yang berkaitan saya nak softcopy. So, better apply online. Walk-in interview tuk orang macam saya ni tiada~~~

Lepas bersesak-sesak. Kami pergi makan. Kebetulan dan takdir Illahi, tak sengaja kami terjumpa kawan kami masa di UKM dulu... incik Khai. macam drama pun ada. slot pertemuan itu cukup kelakar. Disebabkan beliau jumpa kami, incik Khai itu batalkan niat tengok wayang yang telah dibeli tiketnya. Ada ke tengok wayang sorang-sorang? er.. bagus idea ni.. nak tengok iron man nanti. heh heh. boley buat ni.

Tajuk je career fair. Tapi nak cerita pasal kami duk huha huha lepas itu. hehehe. Kami makan ramai-ramai kat Pizza Hut sebab incik khai belanja. Alhamdulillah, moga murah rezeki dia.. moga dipermudahkan urusan ijabqabulnya juga. hehehe.... tahniahhh aawal dari saya. =)

Lepas makan, solat. macam biasa.... penuhhhhhh... Lepas solat. Tengok kereta. Mazda ada buat pameran. Masa ni lah nak cuba-cuba... saya setakat tangkap gambar aje. mungkin sebab belom pernah drive sendiri jadi keinginan nak mencuba itu tiada. Tapi tuk bergambar itu, ada! hehe.

 nak jugak tangkap gambor kan. Tak naik pon tak apelah. ngee~

 port penting. MAZDA. hehehe.

 x-ukm. hoho. asal lah guwe sorang je pakai baju kurung. dush-dush.

sebilik nih dulu... dua-dua.

Cik Uchop.. hehe. thanks bagi running man! =)

Balik, incik khai hantar saya, azfar, cik uchop dan afa ke bandar tasek. Terima kasih daun keladi. Dah la belanja makan... hantar pulang pula. ngee~~

Baiknya sahabat kami ini.

Juwita menapak sendiri naik tren, ke seremban destinasinya. bye-bye di mid valley.. takut sesak di bandar tasek pula. :)

itu sahaja dari saya, maaf huraian tajuknya tak berapa nak ada.

Sekian~


Friday, March 29, 2013

Friday, March 29, 2013

Belon Udara.

 Assalamualaikum.

Disebabkan sekarang cuti sekolah, kena lah jadi pengasuh tak bergaji.. hehe. 


Pagi-pagi akak suh teman yaya tengok belon. ingat belon apa.. rupanya BELON UDARA.

Baru je setengah jam tadi, atas rumah angah banyak gila belon udara. Tak tahu lah acara apa kan... besaq-besaq na... hehe.

 Sambil tengok matahari terbit, tengok belon.. =)

 THE SMURF pon ada weh.. coomeeyy.. gambar dari depan tak dak sebab tak dan. heh heh.

 Atas tu besor gilak.... monyet semuanya.. tak tau lah wakil apa kan.

Banyak lagi.. macam-macam bentuk ada. tengok depan-depan nampak besarnya.. dah dalam gambar halus pulak.

Pagi yang menarik. Ada show free. hehehe.

Tapi.

Tak menariknya bila yaya batuk tak berhenti dan muntahhh... Kesiannnnnn... dah berapa hari demam. Baby nafisah pon demam tapi hantar rumah pengasuh.. Terkial-kial bawak masuk bilik air lap badan dengan kain basah... T_T

Tak boleh tengok budak-budak ni mute sebab sakit. Rasa sedih. Bila nakal pulak rasa nak cubit-cubit aje. hehehehe.

Sian sayang  mak andak ni.. muka pon sayu saje..

Moga yaya cepat sehat. =)

Sekian~


Wednesday, March 27, 2013

Wednesday, March 27, 2013

Takot Katak.

Assalamualaikum.

Semua orang ada phobia kan.. betul ke term phobia tu? hehe.. okay senang cerita semua orang ada binatang yang dia macam seram-seram sejuk sikit kan. Okaylah, mungkin ada orang sayang semua haiwan. eh, perkataan haiwan macam  sopan sikit kan..


Saya tak pernah tahu haiwan apa yang aisyah takot. Sebab dari kecik, lipas pon dia pandang sepi aje. Yaya? budak tu lagi la.. tak ada benda yang dia takot buat masa ni, kucing dia cubit.. ayam dia kejar.

Damia ye, dia takotkan ayaammm.. haha. comel gila bila dia lari lintang pukang sebab ada ayam depan dia. Dan yang paling comel bila dia membebel lepas tu, dengan pelatnya.. haha. ades. Tak ley lupa.. ekspresi muka damia macam nak senyum pun ada tapi macam nak gelak tapi macam takot tapi dia lari lintang pukang gaya budak 2 tahun... haha.. okay. stop. stop. mesti korang tak ley bayangkan muka damia kan. dan paling penting siapa Damia?? hahaha....


Damia anak abang long saya yang no. 2. Kakak dia syasya dah darjah 3 (cucu sulung) dan lambat dapat adik, tu yang damia baru umur 2 tahun lebey. hehe. Saya jarang cerita di sini sebab jarang jumpa damia.. Nak pegi rumah abang susah sikit, kena berjemput baru sampai jadi macam tak mahulah selalu menyusahkan berbanding rumah aisyah, saya redah sendiri je walaupun tak ada transport. 

Berbalik pada cerita aisyah, dia rupa-rupanya takot Kaataaaak. heh heh. Kelakar gila bila dia lari ke depan dan tarik saya ke dapur sebab ada katak.. Disebabkan saya gelakkan dia macam orang gila jugak, sambil muka takot dia pegang tangan saya dan cakap,

"eee..... geli tau tak?!"

hahaha..... sejak dari dia nampak katak tu, pergi dapur sengsorang pon dia takot dan ambil barang bawah katil pon takut, takut ada katak katanya. 

Paling tak tahan, dia pergi u-uk(beyak) mintak saya teman.. saya bukakan pintu dan cakap kalau dah sudah panggil mak andak. Bila dah sudah dia jerit lah kan, masa saya nak cebukkan air tu, entah dari mana katak melompat. dia terus peluk kaki saya sambil merengek... terpaksa lah saya halau jauh-jauh katak tu guna berus tandas sebab kaki dah pegun kena pegang. dan saya marah dia,

"kakak! berak tak basuh lagi tapi duk peluk kaki mak andak ni dah kenapaaaaaaa..."

Suka hati dia aje kan. Katak. Katak...... oo. katak. jangan lah kacau beliau u-uk lagi. heh heh.


Apa yang korang takotkan? hehe.. saya ada dua haiwan yang saya takut.. err.. bukanlah takut.. tapi phobia (guna balik term ni) heh heh..

Sekian~

Tuesday, March 26, 2013

Tuesday, March 26, 2013

sURAT.

Assalamualaikum.

Sebut pasal surat. Ingat lagi zaman dulu.. masa sekolah rendah dan menengah. Bila masa nak raya tu la masa yang ditunggu-tunggu untuk saya menunggu pak cik posmen, dapat kad rayaa... walaupun kawan-kawan hari-hari jumpa kat sekolah. Bila dapat tu, senyum sampai ke telinga. Bangga.

Lepas tu, makin lama makin berkurangan.

Sekarang terus tak ada, kalau sampai pon surat rasmi kerajaan atau surat mengarut aje. Nak kumpul stem pon dah susah sebab masing-masing tak hantar surat. Semua fb, semua blog. sedey.

Baru baru ni Cik Mai Ira kasi saya surat.. surat yang bikin saya... sobs. hehe. mulanya sampai awal surat tu tapi hantar ofis akak, tapi akak lambat ambil jadi saya dah balik kampung. Bila dapat tu, Cik Mai Ira danh sampai rumah saya dulu sebab akak balik lambat. huwah.. maapkan saya. Mulanya nak baca masa tu, tapi tiba-tiba feel pulak.. saya stop dulu. Tak sanggup baca.... saya fikir, biar baca sorang2. hehehehe.

Pilihan tepat. Saya baca sorang-sorang dan saya SOBS. Hadiah beg carlo rino warna merah tu sangat cantik.. terpahat di surat itu. Thankssssss maiiiiiiiiiiiii! SOBS.

Lepas dapat surat itu, kemudian saya dapat lagi satu surat.. eh.. bukan satu tapi tiga surat...

Daripada Aisyah,

untuk Mak Andak....


Malas nak rotate. Dan di dalam nya terlukis seperti INI.


Mak andak dan kakak, rumah mak andak, love dan baju mak andak... tiga surat dengan lukisan yang berbeza... suweeet kann..

Lepas tu dia mintak 3 kertas dari saya, tiba-tiba sampul surat tinggal satu.. Jadi ada satu je surat untuk mak ateh, bila balik keje.. mak teh bising sebab surat dia satu tapi mak andak 3... hahaha.

Comel kan.

Walaupon nampak kolot dan klasik tapi nilai surat-surat macam ni yang menusuk kalbu dan jiwa tau... kesannya dalam.... sampai sedalam jurang mariana... umm. hiperbola. hiks.

Thanks. =)

u make my day CIK Mai n Aisyah.

Sekian.

Saturday, March 23, 2013

Saturday, March 23, 2013

Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

Hari ini berakhirnya majlis sederhana dan ringkas di rumah saya. Alhamdulillah. Alhamdulillah.. dan seperti yang saya niatkan sebelum ni. Hari ni saya publishkan satu blog baru saya..... blog DIY, blog cinta ehem, dan tentang dunia baru saya. InshaAllah.

Pada awalnya, saya ingat nak rahsiakan semuanya. Sebelum ni macam dah sebati orang kata, kalau kahwin kena hebahkan tapi kalau tunang elok dirahsiakan. Tapi bila saya baca-baca... baru saya sedar, sebenarnya bertunang pon perlu dihebahkan.

Bak kata ustaz Akashah, yang bermaksud (saya lupa ayat asalnya): Bertunang ni perlu dihebahkan seperti kebiasaannya untuk mengelakkan fitnah sebab meminang tunangan orang adalah berdosa.

Then, saya buka mata. betul jugak. Kalau rahsiakan, macam mana nak orang tu tahu kita dah tunang belom kan. =)

Jadi Officially, hari ini 23.3.13.. saya publishkan blog ni.. bererti saya dah selamat menjadi tunangan orang... hehe. Alhamdulillah.

Blog Baru saya adalah: 


jemput ke blog ini. hehe. ehem. malu pulop.

http://hmlovestories.blogspot.com/

Doakan yang terbaik untuk saya ya. =)

Nati saya update blog sana laju-laju sebab entry dah ada cuma tunggu masa sesuai sahaja...... dan nati saya update blog ni laju-laju juga. err.? InshaAllah, kalau internet laju. ngeh ngeh.

Itu lah kesebokkan yang melanda saya 2 minggu ini. Maapkan saya... =)

Sekian. =)

Friday, March 15, 2013

Friday, March 15, 2013

Sat Na. =)

Assalamualaikum.

Hari ni baca komen. Alhamdulillah. Ada yang mengingati.. ewah.. budget retis... ada lah kawan-kawan nak ingat sekurang-kurangnya kan. hehehe. *wink*

Thanks pemilik blog akupenghibur.com sebab memilih saya sebagai salah seorang daripada 15 pemenang segmen beliau. Hari ini baru tahu... err.. ke dah remove dari pemenang? haha.. sebab baru respond hari ini. Maafkan saya incik.

Dan ni entri laju-laju.. sebab lepas ni ada benda lain nak buat. Saya dah 7 hari tak buka blog tau. Ni pon saya buka sebab nak check email setimbun. 

Kenapa sebok sangat ni Cik MARia... hehe. Nati saya cerita. seriously, Saya Sebok! haha.

Apapun thanks pada yang sudi hadir. ngee.

Nanti lepas saya dah tak sebok, saya menghadirkan diri ke blog tuan tuan puan puan pulak ye. 

Sebok ni. Sebok. 

hahaha. poyos. 

Okey tak tipu.

Bye!

Sekian~

Sunday, March 10, 2013

Sunday, March 10, 2013

Segmen Bloglist 24 Jam Oleh Akupenghibur.com

Assalamualaikum.

Ni kira entri laju-laju. Kejap lagi nak maghribi salasa dah..... Tengah blogwalking last minutes tu terjumpa segmen ini. Hah.. blog dia ada lagu background yang menyebabkan saya rasa aman dan sentosa. Saya tak pasti lagu apa tapi lagu nasyid yang pasti. Lama dah tak dengar lagu nasyid ni tau. Lama.... masa sekolah dulu mengumpul lagu-lagu macam ni. heuheuheu.. terutamaa hijjaz dan anak-anak telaga birunya.

eh? ape aku merepek ni.

Berbalik pada segmen tadi kalau nak join klik banner ya. Segmennya simple mimple... tu yang saya suke.  dimple pon saya suka tapi pimple saya tak suka tapi dia selalu datang pada saya... sobs. eh, berbalik pada topik segmen. Segmen yang simple membolehkan saya ada masa nak buat entri laju-laju kan. hiks.


Ni segmen 24 jam tau. Jadi esok tak tahu pukul berapa tapi esok adalah tarikh tutopnya. Dan saya dah follow blog, like page dan G+ pon dah add. =)

15 blog terpilih akan dimasukkan dalam bloglists dan Top Referral terima topup rm10. hehe.

Kalau guna bil macam mana? topup bil buleyyy? hiks.

Okay... salam maghrib semua.. 

Sekian~

Salah faham.

Assalamualaikum.

Ada satu hari, aisyah tak ada orang yang jemput dari pra-sekolah gara-gara salah faham. Kebiasaannya, aisyah akan dijemput oleh kawan abang dari pra dan dihantar ke rumah umi (pengasuhnya). Satu hari, Pak cik tu tak datang, akak call tanya sama ada aisyah ada naik rumah ke tak sebab kebiasaannya kalau saya ada, dia akan terus naik atas.. tak mahu tinggal rumah umi. Saya kata tak ada, call abang di singapore. Tak dapat, Waktu tu pukul 1245pm dah. Sudah. Aisyah patut balik pukul 12. Akak call saya lagi sekali suruh saya turun pergi tengok sebab uminya kata aisyah tiada. Takot tak ada orang ambil. 

Saya turun dengan tergesa-gesa. Panas pulak tu, yela.. nak pukul 1. Sekolah nya dekat aje tapi bila dah jalan kaki laju laju macam tu, yang dekat rasa jauh kan. Sampai je kat koridor pra.. dari jauh ada sorang cikgu tanya..

"cari siapa ya?"
"Nur Zahratul Aisyah ada tak?"
"haaaa... aisyahhhh.. ni haa.. mak andak ya.. mak andak dah sampai.."

erk? macam mana cekgu ni tahu saya ni mak andak! haha. habis semua orang dia bagitahu. Harap-harap tak ada lah cikgu salah faham yang salah saya tak ambik aisyah. Padahal, abang dengan pakcik tu salah faham.. Abang ingat pak cik tu ada, pak cik tu pulak rupa-rupanya masih cuti... haa.. nyudahnya, sempot den. haha.

Esoknya, abang ipa suruh saya aje yang ambil dan hari tu jugaklah yaya pon tak mahu ke rumah umi. Ades. Kena lah jalan kaki dengan yaya untuk ambil aisyah. Dan tengah jalan-jalan tu...

Yaya cakap,

"Panasnya mak andak... yaya nak tudung..."
"yaya pakai skirt mana buley pakai tudung... tak sesuai.."
"penatlah yaya ni, mak andak nak dukung.."

Ades. Panas-panas kena dukung dia pulak. haha.. budak-budak. Riso jugak kalau pimpin aje, yela.. kena lintas jalan juga. Sampai sana, aisyah tak keluar lagii.. jadi, tangkap gambar dulu la. ngee~~



selipar yaya semua dalam kereta ayah nya. Jadi yaya terpaksa pakai selipar kakaknya. Agak besar sedikit tapi boleylah daripada tiada kan. 


Bila aisyah keluar, memang betul pak cik tu tak ada.. naseb baik saya terus datang. Dan hari itu jugak saya tunaikan janji, bawa aisyah ke kantin... nak membeli apa-apa aje katanya. 

Hari itu, hari jumaat.. hari untuk aisyah pakai baju kurung. Kain pon baru dapat selasa lepas. Jadi, kiranya ini kali pertama kali la aisyah pakai baju kurung. hehe.. Sampai kelas abang ipa cerita, kawan-kawan aisyah cakap macam ni,

"aiisyaahhhh... cantiknya awak.."

dan saya tanya apa reaksi dia,

akak kata... dia jalan senyum-senyum terus pergi tempat duduknya.. hehehe.

aisyah memang cantik bertudung. =)


abaikan dinding conteng2 ya.. sebab memang satu rumah macam tu. macam ade art pulak... kreatip budak-budak ni.. *sigh* 

Sekian~

Friday, March 08, 2013

Friday, March 08, 2013

Penasaran.

Assalamualaikum.

Penasaran tu apa...? haha.. pernah dengar lagu dangdut dulu-dulu tak..? Penasaran ni macam dah gila bayang. agaknya la. Saya pon meng'agak-agak' aje. Hahaha.. Pernah tak alami semua tu. Gila bayang tu untuk orang je ke? Entah la ek... Pernah jugak gila bayang kat barang.. Penasaran rasa bila tak dapat beli. Geram aje. Geram... teringat ingat aje.

Tapi sekarang saya rasa macam tengah penasaran. kehkeh.

Adeh. berat. berat. Bila teringat je penasaran rasa. Tak tau nak describe perasaan tu macam mana... Tapi rasa macam PENASARAN. hahahaha.

Adoi. Ni mengarut. Jarang saya sanggup letak benda yang redikulus macam ni kat belog. Tapi habis je tengok ceritah Hanya Pada Mu tadi.. Saya terus teringat semula... then, PENASARAN. hahaha........

"sapa bilang gadis melayu tak menawan.. ewah.."

Eh, lagu ni tak ada kaitan dengan cerita saya. Saya ni bila saya penasaran, saya teringat kat lagu ni. ye ye ye... saya tahu, memang tak ada kaitan! haha.

Okey. Ni mengarut. entri ni redikulus tahap mertropulus.... oh, maria whatudoim.............. 

Abaikan.

Sekian~ 

Tempahan Woo.

Assalamualaikum.

Hai. Mesti ada yang dah bosan asyik post pasal apam aje. hahahaha. maafkan saya. =P

Lepas saya buat tu, abang zul bawa ke ofis. tibe-tibe ada orang nak order. Mulanya dua bekas aje. Dah siap 2 bekas, then ada orang nak order lagi.. 5 bekas. Baru semalam saya buat tuk 5 bekas itu.. ada tempahan untuk 200 biji pulak. woo woo wooit. Ley buka kedai ni. hahaha. padahal tak banyak mana.. sebenarnya, saya buat tuk akak je. Kire akak owner. ewah... Dah jadi owner tuuu. haha. Saya tukang kacau bahan, tukang masak  dan tukang design corak aje.... wooooo...... 

yang penting sedap woo. 

haha..... perasan.

Orang muor panggil ni apam aiskrim, sebab masa bagi cik uchop keliwon makan. Dia sebut apam aiskrim. hehehehe. aiskrim pon boley sebab aiskrim sodaaa... hehe. =)


apapun, setiap kali buat apam ni.. mesti aisyah bawak bekal pergi pra-sek... hehehehehe... itu lebih membuatkan diriku ini berbesar hati. ngeh ngeh. =P

Dah la. asyik apam aje. Nak try benda lain pulak la. wuhuuuu.

Sekian~

New Bloglists..

Assalamualaikum.

Okay. sekarang saya dah ade widget untuk top komentor. heuheuheu. Thanks to that little cute miut girl. Sila perasan ye dik oii.. 

Jadi. sekarang saya nak buat satu bloglist baru lah.. selain bloglist yang ada.. saya buat ni khas untuk top komentor. Yela kan, orang dah rajin datang blog, singgah, baca, komen.. jadi saya nak buat satu lah bloglist khas tuk depa. Haa.. senang la nak jenguk semula. 

Bloglist ni akan berubah ikut widget tu suruh. haha. kalau kot kot next month dah tukar orang, saya tukar lah. Tapi bloglist yang lain permanent ya.... saya tak pernah remove tapi tambah mungkin. hehe.

Okay. entry ni sependek alam je.. yela malam jumaat. *tibetibe*

haha. abaikan. tak de kaitan ni malam apa pom.

malam ni busy jadi baker. err.? macam tak bake je rasanya. kuker buley? haha.. 

Gudnite eberibadeh.... lebiu all. Daaa~~~

Sekian~

Thursday, March 07, 2013

Thursday, March 07, 2013

Nama Je ANAK MELAYU.

Assalamualaikum.

Ye. Bila orang tanya.. orang mana... orang Pahang. Memang dari sana ke? ye dari sana.. nenek moyang semua Pahang cuma keturunan mula-mula tahun 1400 dulu tak tahulah asal mana. Orang melayu tulen ke? ye. tulen.. kalau nak panggil asli pon boleh sebab tak ada kacuk bagai ni. Tapi tak tahu la tahun 1400 tu nenek moyang dilahirkan dalam suku apa. 

Tapi cakap melayu masih gagal. Gagal menguasai dengan betul. hoho. masalah betul. Kadang-kadang susah tau lahir dalam komuniti ada dialek ni. Saya asal temerloh, diikutkan dialek temerloh tak serumit daerah lain untuk orang yang betul-betul anak jati pahang. Tapi masih mempengaruhi lidah kita tau.

Bila lidah dah berbelit dengan bahasa ibunda daerah.. ngeh ngeh.. kadang-kadang dah terbiasa sebut satu-satu perkataan itu ikut lidah.

Contoh 1: Coke... saya sebut macam saya sebut sebutan "cook". Walaupun saya tahu ejaan dia berlainan tapi dari kecik lagi saya sebut coke as "cook". 

Contoh 2: Tiket... saya sebut seperti saya sebut perkataan "teket". "Teket dah ada dah??"

Contoh 3: Baucar... dah biasa sebut "baucer".. jadi entry saya sebelum ni pon saya sebut  "baucer". Bila saya check, eh, kat baucar buku tu pon tulis baucar. kehkeh. tak kan kerajaan salah.. kompem kompem saya yang salah. =P

apa lagi ya.. banyak tau.. kami juga sebut perkataan di hujung tu mesti ade "O"

contohnya: Rumoh, Sudoh, Awok, Tak Nok dan sebagainya... hehe.

Oleh itu, maafkan saya kalau ada kesilapan dalam penulisan. Itu dah jadi kebiasaan... Nasib baik exam tak pernah tersasul tau. hehehe. err. rasa tak pernah. haha.

Thanks to uchop keliwon jugak sebab selalu tegur sebutan saya. hehe. 

Sekian~

Wednesday, March 06, 2013

Wednesday, March 06, 2013

Baucer Buku.

Assalamualaikum.

Semalam saya tak dapat plus-line-r sebab basnya kena sewa jadi tiada perjalanan ke sana untuk satu hari. Jadi saya naek Ke-satu-an secara tak sengaja. Saya ada bad feeling pasal bas ni sebab selalu nampak bas ni agak uzur. Bila sampai waktu. yes. uzur. yes. selow. yes. banyak terminal dia stop. yes. pemandunya sengal. yes. saya tak akan naek lagi. yes. basnya macam nak roboh. yes. berhenti satu terminal setengah jam. yes. melambatkan masa. yes. sampai jugak utp pukul 3.10pm(saya naek 1030am). yes. macam jauh benau seri iskandar tu. 

dan YES.

Saya masih layak dapat baucer buku tau! hehehe. Semalam semangat saya pergi ambil baucer ni jauh-jauh. Actually, memanglah ongkos nak pergi ambil tu tak murah mana and penat tapi still saya semangat nak ambil. Kenapa? Satu, sebab walaupun ongkos diperlukan still jumlah baucer buku tu lebih banyak. haha. Dua, sebab saya memang tunggu baucer ni.. nak feeling feeling beli buku banyak banyak kat MPH dari dulu lagi. Tak tahu lah kenapa kan. ngeh ngeh.


Sampai sampai je, saya terserempak housemate lama dan bila saya kata saya datang ambil baucer buku, ayat pertama dia tanya saya adalah;

"berapa kos pergi balik sini untuk ambil baucer buku tu...?"

Sentap mak nak........ haha. Sentap sangat. Sabor je la.. Direct to the end of the world you. Tapi saya tak la bising bising lepas tu. Senyap je la. So, kawan kawan saya tak tahu. Biarlah, sentap pon saya tak kisah sebab saya memang semangat nak ambil baucer buku tu. Lama tunggu. hahaha. Nak beli buku Tombiruo Terakhir juga. Baru baca buku nombor dua tau.

Apapun, still walaupun jumpa depa satu malam je, saya tak menyesal pergi sana. Dapat jumpa kawan kawan... camping sama-sama.. gelakkan gambar abang kastam yang chumel, ade warden jaga malam malam, gelak kuat kuat dan akhirnya katil tu saya punya sebab tuan punya katil tukar tido bawah. umm. Syok apa.. Tak pasal satu bilik dua orang ada dua orang lagi menumpang, tak pasal jugak bilik tu ada empat orang tido di dua katil bujang.. Tapi pagi tu, dua tido bawah, dua tido atas. haha. *peace*

Malam tu pergi makan makan dulu, Ingat nak pergi jalan jalan ipoh, Ada sorang kawan ajak tapi yang lagi sorang ada problems sikit jadi tak sampai hati enjoy-enjoy tanpa dia yang sedang susah hati, jadi kami decide makan dekat dekat je la kan.. Jimat pon jimat. hehe.

5 Keping kawan-kawan.
makan malam tapi masih siang.. kami pergi sebelum maghrib. Kedai ni kami panggil gelas besar. Air di sini semua gelas besar besar dan harga sama, rm1.50 walaupun air buah. Menarik kan.. hehe. Aini belajar dekat-dekat sini jugak, rasa-rasa pernah pergi tak? hehe.

Makanan kami. Semua order sama. hahahaha.
Pagi tadi lagi sekali naek bas ke KL, naseb baek basnya selesaaaa..... tak macam bas Ke-Satu-an itewww... ppffftt. Pitam guwe. satu lagi yang saya tak sangka, perkhidmatan Plus-line-r jauh lebih baik dari trans-nasion-al sedangkan Trans dan Plus tu adik beradik walaupun Plus-line-r tu tak adalah sampai on time pon... err.? Perkhidmatan itu saya maksudkan dari segi layanan.. Plus-line-r lebih mesra dan selesa lagila dibandingkan dengan adik/abangnya itewww. heran kan.. Yela, adik-beradik memang lain-lain perangai.. sedangkan kembar pun tak sama kan. eh? *apeakumelalutni*

Abaikan.

Sekian~

Monday, March 04, 2013

Monday, March 04, 2013

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak join segmen-segmen bagai ni. GAway lagila dah lama tak join.. Hari ni nak join segmen mimie lah, follow lamaaa dah. Jadi siapa yang berkenan buleyla join.. mana tau buley geng dengan patrick dan spongebob kan. teehee~

Jumlah Rodongans: 462

Simple kan. simple sangat. cepat dan mudah. Jom join...! klik banner kalau berniat untuk join ya. 

Hai mimie... lawa header baruu, selawa tuannya. hehehe..

Selamat bersegmen kawan-kawan.

Sekian~

Sunday, March 03, 2013

Sunday, March 03, 2013

RESEPI APAM MEKAR.

Assalamualaikum.

HEllo hello hello.. selamat malam Malaysia salam maghrib. ngih ngih.

Okay, hari tu saya ada tunjukkan apam mekar yang saya buat dan saya telah menunjuk nunjuk tanpa niat kat blog ni kan. maafkan saya. heh heh. Disebab kan ada permintaan daripada Puan Shiela kite yang come lote ituww. Saya gagahkan pegi carik resepi akak untuk di taip di dalam blog ini. ehem.

Sharing is loving kan. *wink*

Resepi ini dikatakan resepi En hadi & isteri dan diolahkan oleh bonda & Nuwaini. Maafkan saya, tiada link di sini sebab saya dapat resepi ni pon hard copy. sowey mowey.

Bahan-bahan:

3 biji telur ayam red A
1.5 cawan gula pasir (boleh nego kalau nak kurang =P)
1 sudu teh ovelete
1 cawan ais krim soda yang baru dibuka (F&N sahaja)
3 cawan tepung gandum
esen vanilla/ros/pisang (untuk hilangkan bau hanyir telor)

Cara-caranya:

  1. Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovelete. Pukul hingga kembang, putih, gebu dengan kelajuan maximum.
  2. masukkan ais krim soda dan putar lagi.
  3. masukkan tepung gandum ke dalam adunan dan putar lagi hingga sebati.
  4. titiskan esen vanilla dan putar hingga sebati.
  5. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan anda.
  6. Piping adunan anda ke dalam cup mini saiz S pun boleh. Jangan sampai melimpah ya. (guna sudu pon boleh.)
  7. kukus dengan api paling marak selama 7 minit. (awas jangan sampai marak hingga ke ruang tamu.. itu bahaye!)
Dah siap! dan pastikan cup tu letak dalam tray cup ye sebab nanti apam jatuh melendut. ngeh ngeh. Dan pastikan tray tu banyak jadi boleh buat dengan cepat sebab nak kukus cuma 7 minit dan cup sangat kecil. Faham fahamlah, kelajuan dan kepantasan adalah penting. =)

pastikan ikut langkah ini ye. Takot apam tak menjadi seperti apam saye. *wink*

Selamat Mencuba!!


Dan ini adalah hasil saya buat apam kali kedua petang tadi.. weeeee.... shiela. shiela. buat cepat-cepat ya. Esok akak nak bawa sebab ofis dia ada buat makan-makan. =)

Thanks to my sis sebab carik resepi yang sangat menjadi ni. ngih ngih.

Sekian~

p/s:  Shiela buat tuk hubby elok-elok ea... kihkih. *wink.wink.wink*

Saturday, March 02, 2013

Saturday, March 02, 2013

Si Kuat Komen =)

Assalamualaikum.

hoho.

Okey. mulakan entry dengan senyuman kan. 

Semua orang sekarang sedang musim bagitahu top komentar mereka. Saya secara rasminya buat pertama kali mengira siapa top komentar saya. hehehe. Thanks sudi datang blog kecil kecilan saya selama ini dan thanks sudi drop komen di entry saya. Thank you sooooooo much.. nomu nomu nomu chuwahaeyo. *wink*

Kepada silent readers pon thanks ya. Sudi singgah pun dah cukup buat saya. 

so saya sorted out 10 si kuat komen di blog saya bagi dua kategori.. kenapa 10? 10 lah, baru yang lain rasa semangat nak masuk list.. heh heh. Ada ke yang rasa semangat tu.. *perasansorangdiri* =P

So, a big thanks to them!! yeay. clap clap hands pehlis......


Dan Aini.... Tahniah ya dik. Juara lagi.. kalau kumpul trofi ni.. berapa dah aini menang.. emas, perak, gangsa, saguhati semua ada.... hehe. Thanks semua..

Btw, baru baru ni saya perasan ada deretan komen di ruangan chat yang lebih kurang sama. Dan mereka berkata BW sambil menderma dan sambil klik iklan.. eh? blog saya belom pasang iklan rasanya.. er.. ke ada iklan yang saya tak perasan sebab saya owner blog?? kalau ada bagitahu ya, sebab nak claim. ngeh ngeh.. Dan dah jadi trend ea, kat chat nama letak link iklan.. hehe.. kot ye pon tinggallah link blog, ley lawat blog anda sekali ye dak.. saya tak lah kisah sangat tapi heran bin pelik bila ada yang kata klik iklan saya... padahal saya tak pasang pom.... kot ye try amik hati pon, trylah cek dulu wujud ke tak benda tu. hehe. *wink*

penat dah kenyit mata... kenyit mata memanjang... lepas ni tak mo kenyit dah flying hand pulak, nak flying kiss kang pitam..

Okey, itu sahaja buat masa ni... hehe.

Sekian~

ISU Kenapa POLIS bukan TENTERA.

Assalamualaikum.

Sekadar berkongsi. Saya dapat dari Kelab Penyokong PDRM yang mengulas isu yang dibangkitkan. Ada logiknya, sebab setiap tindakan yang melibatkan keselamatan negara perlu dibuat dengan bijaksana. Jika tersalah langkah mungkin memudaratkan rakyat jelata. Lagipun, setiap perkara ada protokolnya bukan.. yela. Malaysia bukan hidup sendiri di dunia.. dan Malaysia tidak bebas untuk bertindak sesuka hati. Sebab kita ada undang undang antarabangsa. 

Saya ada baca kisah kesultanan sulu. Menarik kisahnya.. apa kata kita kaji kejadian ini dari kaca mata rakyat mereka.. mungkin boleh membuka mata.



Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?

Persoalan Kenapa polis tak tentera?

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.
Sumber-Kiub Fakta

Sumbernya KLIK SINI.

Dan nak tahu lebih lanjut tentang SULU? KLIK SINI. Ada banyak lagi page yang menceritakan tentang sulu tapi kebanyakkannya susah di fahami kerana mereka bukan berbahasa melayu. Mereka ada bahasa mereka sendiri. Dari sini kita tahu, tak semua rakyat mereka sefahaman dengan pemberontak diraja sulu. Rakyat mereka sebenarnya cuma mahukan kebebasan dan kemerdekaan untuk membentuk SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam kalau tak salah saya). Dan yang saya tahu, rakyat sulu yang bekerja di sabah juga ramai dan ramai juga diantara mereka diberikan amaran supaya tidak terlibat dengan pemberontakkan oleh kerajaan kecil mereka di sana kerana jelas, mereka tak sukakan peperangan mereka cuma mahukan kemerdekaan daripada filipino. 

Dari sudut positifnya; biasalah, setiap negara ada pihak berlainan pendapat. Berlainan pendapat itu jugak sebenarnya penting untuk pembangunan negara. Bayangkan semua sama pendapat, mungkin taraf hidup kita rakyat malaysia tidak akan pernah berubah. 

Semoga Allah SWT melindungi negara kita dan mengekalkan keamanan isi di dalamnya. Aaminn.

Sekian~

notakaki: sekadar perkongsian.. bacalah sejarah sulu. menarik.. mungkin kerana saya sukakan sejarah...sebab subjek sejarah juga tanamkan sifat patriotik dalam diri saya sejak di bangku sekolah lagi.   Jadi haruslah skor paper sejarah kan.. hehe. *wink*

CHIT CHAT bukan KIT KAT.

Assalamualaikum.

Ini pon cite basi, saya suka basikan cerita sebab tu tadi saya terminum air teh basi. cittt.. macam mana boleh terminum nih, uweeeeek. masham. Mulanya nampak abang ipa tuang, ingat air baru la.. saya pon tuang, minum dengan yakin nya. Griikkkkk.. masham. 

"Air bila nih??"
"Mana abang tau, awak duduk rumah"
"hah?bukan air baru ke? adoiiii mashammm... air semalam la maknanya..."
"abang tak minum pon lagi tadi..."

Cis. kita ingat dia tuang, minum air baru. Rupanya abang ipa sempat menyelamatkan perut. gagagagagaga.

Okeh. ni tak ada kaitan dengan tajuk.

berbalik pada cite basi itu tadi, sebab saya dah lama get lost dari tronoh.. kawan saya kebetulan nak balik sana ajak jumpa.. saya yang kebetulan nak hantar laptop rosak ni ke kedai pon bersetujulah. hehehe.

sahabat saya itu adalah cik uchop keliwon. Cik di situ bermakna perempuan yang belum berkahwin dan uchop keliwon bukan bererti dia pondan ya. itu nama panggilan saya untuk dia selain panglima demak ampel. hehe. sedap sedap kan nick name dia. ngehngeh. =P

Duk jumpa nak makan je, last last borak tak hengat dun nia yang fa na hehehe.

Dia cite perkembangan barunya, saya cite perkembangan baru saya dan tiba tiba tak pasal dia dengar masalah saya.... well. masa tu masalah bersusun. haha. laptop koma lah, itu lah ini lah. Naseb baik ada satu benda happy jadi.. ngehngeh.

Sebagai pengubat rindu.. saya bawakkan dia 8 ketul apam mekar. kehkeh.

"Ye ye ye! mai buat lagi kasi yana banyak banyak sikit, tapi nanti pulangkan tupperware tu.. kang meroyan angah tupperware dia tu.. dah la memang hantu tupperware. hahaha."

beliau siap warning kat komen lagi. 

Sebenarnya kiteorang ade satu persamaan paling ketara... kiteorang banyak persamaan sebenarnya tapi ni paling ketara.

Pantang berjalan mesti nak BERGAMBAR. kihkih.


 ni la kawan saya. =) bukan kawan tapi Sahabat baik saya... luar dan dalam tiada rahsia.. ewah. ternyanyi lagu mila pulak.


dan yang pasti gambar tangkap sendiri tapi berdua. Dan ni merupakan percubaan pertama dan terus jadi, ambil kedua gegar macam gema bumi berskala Richter 7. ngehngeh.


Jadi kami decide gambar ni dah cukup da. hehe. i lebiu. nati kite kitkat pulak hujung bulan ni ea. ehem. ehem. ehem. chit chat la. tak mau dah makan kitkat. -)

Sekian!

Friday, March 01, 2013

Friday, March 01, 2013

Dua komando polis maut terkena serangan mortar.

Assalamualaikum.

Saya pasti lepas ni atau sekarang ni mesti ada ramai yang post pasal incident ni. Sebab berita ni melibatkan keselamatan negara. Dua orang komando meninggal dunia terkena serangan mortar di Lahad Datu.

Sebenarnya, sebelum berita ni tersebar lagi saya dah dengar berita tentang kepincangan keselamatan di sana. My lovely Mat Terap yang bagitahu bahawa mereka semua tengah stand by sebab perang di sana. Masa tu saya risau, cuma yela.. dah biasa hidup aman tanpa perang.. kerisauan itu ke laut la. Risau tapi tak berapa risau. 

Bila ternampak tajuk berita tu, berderau darah saya. Berita tu betul betul terjadi.

Ya Allah, negara kita sedikit sebanyak telah diganggu oleh mereka, mereka yang dahagakan peperangan. Nauzubillah. Minta dijauhkan.

Dan saya tak senang melihat status sahabat sahabat saya di facebook. Saya tak tahu situasi sebenar tapi dari pemerhatian saya, ramai yang kelihatan marah kerana kejadian ini di politikkan. ummm. sedey rasa. sempitnya fikiran mereka. mereka yang saya tak tahu siapa dan saya tak mahu tahu.

Kejadian ini melibatkan nyawa, so please.. ini juga melibatkan keselamatan negara, so please. Please berfikiran matang dan terbuka. Politik kah bila nyawa mereka sebangsa dan seagama kita terkorban. Bukankah sepatutnya kite mendoakan roh mereka di cucuri rahmatNya.. Mereka tetap manusia macam kita.

Tugas polis dan tentera patut kita sanjung sebab adakah kita seberani mereka berjuang mempertahankan negara dan nyawa rakyat di dalamnya? Dan adakah keamanan di Malaysia jika tiada mereka semua? Perkara buruk terjadi di mana mana. Cuba google di seluruh dunia, tiada negara yang sempurna! TIADA. Pasti ada tumpah darah, pasti ada keluh kesah. Tapi bandingkan negara kita dengan negara yang lebih teruk keadaannya. Kita jauh lebih aman dan sentosa.

umm. stop being so low. shallow thinking bak kata senior saya. Stop being a creature that have a brain but not using it!


LAHAD DATU: Dua komando polis terbunuh selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. 

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata, mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu. 

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu selepas diarahkan pihak berkuasa.

Pada jam 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. - BERNAMA


TERBARU:

Perkembangan di Lahad Datu, Sabah:
Pegawai Yang Terkorban
-INSP ZULKIFLI BIN MAMAT
-KPL SABARUDDIN BIN DAUD

Pegawai Cedera/Cedera Parah
-KPL MOHD TARMIZI BIN HASHIM
-KPL AZMAN BIN AMPONG
-KPL MOHD QAIYUM AFZAL BIN ZULKIFLI


Sumber: SINI.

Semoga mereka yang masih berjuang di sana dilindungi oleh Allah yang maha kuasa dan semoga negara dikekalkan keamanan olehNya. aminn.


Sekian~

Kejutan Buat Saya. =)

Assalamualaikum.

Apa kabar orang kampung, lama sudah tak berjumpa, kirim kirimla berita... ewah. okay, ni tak ade kait mengait langsung dengan kejutan seperti tajuk di atas.

Kejadian ni baruu lagi.. tak sampai 15 minit. Saya yang tengah syok stalker blog orang tetiba terasa macam ada orang duduk belakang.. Saya jeling sikit je saya tau dah sapa... aisyah. Dia tak ke pra-sekolah hari ni sebab demam. Tapi yang mengherankan saya adalah dia duduk belakang saya rapat rapat dan senyap senyap. 

Oh, ini pelik.

Tiba tiba tak cakap apa, dia keluar.

Oh, ini pelik.

Tetiba saya perasa kat kaki saya saya kotak merah.

Oh, la la..

Saya senyum simpul, saya buka kotak di dalamnya ada biskut imaginasinya.. Biskut Imaginasi?? Nak tau.. jom tengok gambar. hehe.

TARAAAA.!



dan di dalamnya mengandungi biskut yang sangat sedapp... ngehngeh.



Amacam?

walaupun kejutannya cuma biskut kertas. Sudah cukup membuatkan saya senyum lebar pagi pagi ni. Pandai nya anak anak ni... Pandai membuatkan saya gembira. =)

Sekian~



 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang