Assalamualaikum.
Ada satu hari, aisyah tak ada orang yang jemput dari pra-sekolah gara-gara salah faham. Kebiasaannya, aisyah akan dijemput oleh kawan abang dari pra dan dihantar ke rumah umi (pengasuhnya). Satu hari, Pak cik tu tak datang, akak call tanya sama ada aisyah ada naik rumah ke tak sebab kebiasaannya kalau saya ada, dia akan terus naik atas.. tak mahu tinggal rumah umi. Saya kata tak ada, call abang di singapore. Tak dapat, Waktu tu pukul 1245pm dah. Sudah. Aisyah patut balik pukul 12. Akak call saya lagi sekali suruh saya turun pergi tengok sebab uminya kata aisyah tiada. Takot tak ada orang ambil.
Saya turun dengan tergesa-gesa. Panas pulak tu, yela.. nak pukul 1. Sekolah nya dekat aje tapi bila dah jalan kaki laju laju macam tu, yang dekat rasa jauh kan. Sampai je kat koridor pra.. dari jauh ada sorang cikgu tanya..
"cari siapa ya?"
"Nur Zahratul Aisyah ada tak?"
"haaaa... aisyahhhh.. ni haa.. mak andak ya.. mak andak dah sampai.."
erk? macam mana cekgu ni tahu saya ni mak andak! haha. habis semua orang dia bagitahu. Harap-harap tak ada lah cikgu salah faham yang salah saya tak ambik aisyah. Padahal, abang dengan pakcik tu salah faham.. Abang ingat pak cik tu ada, pak cik tu pulak rupa-rupanya masih cuti... haa.. nyudahnya, sempot den. haha.
Esoknya, abang ipa suruh saya aje yang ambil dan hari tu jugaklah yaya pon tak mahu ke rumah umi. Ades. Kena lah jalan kaki dengan yaya untuk ambil aisyah. Dan tengah jalan-jalan tu...
Yaya cakap,
"Panasnya mak andak... yaya nak tudung..."
"yaya pakai skirt mana buley pakai tudung... tak sesuai.."
"penatlah yaya ni, mak andak nak dukung.."
Ades. Panas-panas kena dukung dia pulak. haha.. budak-budak. Riso jugak kalau pimpin aje, yela.. kena lintas jalan juga. Sampai sana, aisyah tak keluar lagii.. jadi, tangkap gambar dulu la. ngee~~
selipar yaya semua dalam kereta ayah nya. Jadi yaya terpaksa pakai selipar kakaknya. Agak besar sedikit tapi boleylah daripada tiada kan.
Bila aisyah keluar, memang betul pak cik tu tak ada.. naseb baik saya terus datang. Dan hari itu jugak saya tunaikan janji, bawa aisyah ke kantin... nak membeli apa-apa aje katanya.
Hari itu, hari jumaat.. hari untuk aisyah pakai baju kurung. Kain pon baru dapat selasa lepas. Jadi, kiranya ini kali pertama kali la aisyah pakai baju kurung. hehe.. Sampai kelas abang ipa cerita, kawan-kawan aisyah cakap macam ni,
"aiisyaahhhh... cantiknya awak.."
dan saya tanya apa reaksi dia,
akak kata... dia jalan senyum-senyum terus pergi tempat duduknya.. hehehe.
aisyah memang cantik bertudung. =)
abaikan dinding conteng2 ya.. sebab memang satu rumah macam tu. macam ade art pulak... kreatip budak-budak ni.. *sigh*
Sekian~
MasyaALlah beautiful angel. Alhamdulillah dlm diri kanak2 skrg, ramai yg suka pakai tudung, moga kekal. Kesian aisyah =)
ReplyDeleteBetul..serious..Adik manis ini memang sangat-sangat cantik dan comel bila pakai tudung..ingatkan orang lain rupanya Aisyah..cantikkkk..comel..geram nak cubit.
ReplyDeleteehhh...ehhh..salah sudah..yang bulat2 tu yaya ye? Yang bertudung tu aisyah? hehehe..saya yang pening..hahaha..maaf-maaf.
ReplyDeleteAlololo comelnya pakai tudung ! Hihi, macam adik saya, kecik-kecik dah mintak nak pakai tudung :)
ReplyDeleteDinding tu, dekat rumah maklong pun macam tu jugak. Ramai cucu dia nak kena jaga. Mak long kata, cucu-cucu dia pandai buat 'mural'. Hahaha :D
comelnya dia bertudung....=D
ReplyDeleteAlala..comel nye princess.
ReplyDeletecomelnya dia!! pandai senyum :)
ReplyDeleteHahaha. eii comelnyaaa ^^
ReplyDeletealaa.. penat je taip td. hu eror plak..
ReplyDeletensb ade mak ndak die kan, sian aisyah.. aisyah mmg cantek, cun mukenye :D
tp yaya ttp plg menawan. hihi lg2 pose dgn slipar kakaknya :P
manis nye cek kak ni...nak gi mane tu ustazah?
ReplyDelete