Assalamualaikum.
Sekadar berkongsi. Saya dapat dari Kelab Penyokong PDRM yang mengulas isu yang dibangkitkan. Ada logiknya, sebab setiap tindakan yang melibatkan keselamatan negara perlu dibuat dengan bijaksana. Jika tersalah langkah mungkin memudaratkan rakyat jelata. Lagipun, setiap perkara ada protokolnya bukan.. yela. Malaysia bukan hidup sendiri di dunia.. dan Malaysia tidak bebas untuk bertindak sesuka hati. Sebab kita ada undang undang antarabangsa.
Saya ada baca kisah kesultanan sulu. Menarik kisahnya.. apa kata kita kaji kejadian ini dari kaca mata rakyat mereka.. mungkin boleh membuka mata.
Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?
Persoalan Kenapa polis tak tentera?
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?
Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.
Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.
Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).
Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)
Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.
Sumber-Kiub FaktaSumbernya KLIK SINI.
Dan nak tahu lebih lanjut tentang SULU? KLIK SINI. Ada banyak lagi page yang menceritakan tentang sulu tapi kebanyakkannya susah di fahami kerana mereka bukan berbahasa melayu. Mereka ada bahasa mereka sendiri. Dari sini kita tahu, tak semua rakyat mereka sefahaman dengan pemberontak diraja sulu. Rakyat mereka sebenarnya cuma mahukan kebebasan dan kemerdekaan untuk membentuk SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam kalau tak salah saya). Dan yang saya tahu, rakyat sulu yang bekerja di sabah juga ramai dan ramai juga diantara mereka diberikan amaran supaya tidak terlibat dengan pemberontakkan oleh kerajaan kecil mereka di sana kerana jelas, mereka tak sukakan peperangan mereka cuma mahukan kemerdekaan daripada filipino.
Dari sudut positifnya; biasalah, setiap negara ada pihak berlainan pendapat. Berlainan pendapat itu jugak sebenarnya penting untuk pembangunan negara. Bayangkan semua sama pendapat, mungkin taraf hidup kita rakyat malaysia tidak akan pernah berubah.
Semoga Allah SWT melindungi negara kita dan mengekalkan keamanan isi di dalamnya. Aaminn.
Sekian~
notakaki: sekadar perkongsian.. bacalah sejarah sulu. menarik.. mungkin kerana saya sukakan sejarah...sebab subjek sejarah juga tanamkan sifat patriotik dalam diri saya sejak di bangku sekolah lagi. Jadi haruslah skor paper sejarah kan.. hehe. *wink*
Yeah..saya suka entry akak yang ini..yes, saya pun suka sejarah. Nak copy ye..bagus ilmu ni.Terima kasih akak sayang.
ReplyDeletethanks..
ReplyDeleteakak tambah ilmu malam ni...
thanks..
ReplyDeleteakak tambah ilmu malam ni...
entry yang benar2 berguna buat rakyat yg tertanya2.. :)
ReplyDeletepencerahan bg yg kurang faham macam ambe... hehe. ade gak bc td.. hemm hemm penjelasan ni xde mslh, kt patut berterima kasih dgn depa2 yg bjuang demi negara, baik pihak polis atau pn tentera. yg xberapa nk tahan skrg ni, hrp sgt isu ni cpt selesai, xnak la smpai isytihar darurat, kesian sgt wrga sabah.
ReplyDeletesetuju
ReplyDeletebaru baca psal ni semalam
bila teliti balik point die.
mmg betul
bila guna tentera nnti
mmg declare perang la jwb nya
setuju. Kita pun suka sejarah :) baru tau rupanya PDRM pun ada unit komando :)
ReplyDeletethnx share info ne sis..
ReplyDeletesinggah baca kat sini selalu..
jum lah follow blog kta palk..:)