RODONGANS~

Friday, September 14, 2012

Friday, September 14, 2012

HADITH PALSU: MAKANAN YANG DILARANG BAGI PENGANTIN BARU.

Assalamualaikum.

Hye!

Selamat Pengantin Baru semua...... :) Bagi yang dah berkahwin. Yang belum, jangan sedey-sedey noh. sek sok sampai lah jodoh kita. Semalam kepada semalam.. Saya ada baca entry pasal "Makanan yang dilarang untuk pengantin baru". Time tu, terkejut baca... baru tau. Macam tu ke.. Ingat nak share tapi tertangguh pula disebabkan sibuk semalam. Tapi hari ni saya google lagi. google dan google. Saya baca banyak entry yang tajuknya sama dengan ini. 

Then, hasilnya.... terbalik. 

Mari kita review. Ini seperti yang banyak di hebah dan di kongsikan..:

'MAKANAN YG DILARANG BAGI PENGANTIN BARU WANITA'

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

Okay. "Tikar di penjuru rumah lebih baik daripada Perempuan tiada anak". Melalui ayat ini pun dah timbul rasa curiga. Sepanjang pembacaan saya, tak pernah sekali pun saya membaca bahawa Rasul SAW kita menghina wanita. Malah, darjat seorang wanita, ibu, isteri dan anak perempuan dipandang tinggi oleh baginda. Baginda tidak sekali-kali melayan wanita dengan buruk, malahan isteri-isteri baginda dilayan secara baik, adil dan saksama. Selain dari itu, saya tak berani komen lebih.. sebab saya bukanlah orang cerdik pandai agama. Tapi sama-sama kongsikan.

Tapi difikirkan... jika seorang wanita itu ditakdirkan mandul, atau suaminya. Adakah kedudukan wanita tersebut lebih rendah daripada tikar dipenjuru rumah sedangkan dia mungkin wanita beriman dan solehah. serta Taat kepada Allah SWT?

Hadis tersebut turut menyatakan...:

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

Tapi hadis di atas mendapat tentangan... 

dan Dinilai PALSU oleh:

- Ibn Jauzi dalam al-Maudhuaat 2/267
- Suyuti dalam al-Laali 2/142
- Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmuah m/s 126
- Albani dalam Silsilah Dhaifah (no: 3305)

Kerana di dalamnya terdapat: Abdullah bin Wahb al-Nasawi: Seorang dajjal (sangat berdusta), yang mereka-reka hadis terhadap perawi-perawi thiqah.

Wallahu A’lam SUMBER1. SUMBER 2.

:: hanya ingin berkongsi. Jika ada pendapat lain, mari kongsikan. 

Sekian~

9 comments:

  1. prnh jupa jgk dalil nie. TQ sharing ^^ sesungguhnya rezeki itu dtgnya dari Allah

    ReplyDelete
  2. Salam...
    takut nak komen, sebab kekurangan ilmu...biarlah yg alim yg membuat keputusan..kalau dah ada ulama2 dulu bagi keputusan, maka ikut la...

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas info! :) sy bakal pengantin :) hehe..

    ReplyDelete
  4. ouhhh mcm tu bru taw tq for sharing

    ReplyDelete
  5. hadis yg disebut secara berlebihan ialah kemungkinannya hadis palsu. entah. wallahualam

    ReplyDelete
  6. nice info..walaupun sya lmbt lgi nk kawen..hee..salam knl..follow sini:)

    ReplyDelete
  7. feh
    takut bila baca

    mcm mcm skrg ni
    hadith pn tak tau yg mana btl

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang