RODONGANS~

Saturday, September 29, 2012

Saturday, September 29, 2012

Let's Re-Brain Peeps.

Assalamualaikum..

Hye kamu kamu kamu! hehehe. awesome weekends? hopefully la kan.. =)

Tengah menghadap laptop ni, ternampak satu kertas kecil di softboard ni.. Let's Re-Brain by Prof Dr. Muhaya. :)



Ape yang best sangat slot tu weh? best kalau korang pegi, duduk, dengar dan faham ape yang beliau cuba sampaikan. Saya respect beliau selepas apa yang beliau dapat setelah apa yang beliau ushakan selama ni. Tapi hari ni kita bukan nak cakap pasal diri Prof Dr Muhaya.. tapi saya nak bincangkan dan share apa yang beliau cuba sampaikan.

 Kenapa perlu guna tajuk Lets Re-Brain..? otak rosak ke? kalau otak rosak ade ubat tak? ke kena tukar otak. oouih... ko gile. Tukar otak means mati lah. ishk2.. bukan-bukan.... slot ni macam discussion macam mana kite nak ubah cara pemikiran kita. Macam mana nak ubat hati supaya software yang di installed dan motherboard otak kite ni akan elok balik. Supaya kite boleh jumpa satu antivirus yang boleh kawal setiap software yang masuk dalam hati dan fikiran kite. *faham tak* =)

I'm sure you do. Yang paling ditekankan beliau adalah isu... "kecil hati". Tanyalah apa-apa soklan pada beliau tentang isu kecil hati... pasti jawapannya adalah...:

"Cuba tengok langit, tengok sekeliling.... Allah SWT yang menciptakan 7 petala langit, 7 petala bumi tidak berkecil hati dengan hambaNya... Ampunkan dosa hambaNya seandaikan mereka bertaubat walaupun Allah SWT mempunyai kuasa yang cukup agung untuk menghukum..... kenapa kita manusia perlu berkecil hati sesama manusia. Siapa kita! besar mana kedudukan kita? Agung sangat kah kita..........................................."

Itu antara ayat yang beliau guna untuk terangkan pada kami tentang isu kecil hati.. Masalahnya... yang bermasalah tak datang pon slot tu. Saya yang bermasalah ni kadang-kadang lupa jugak kata-kata beliau.. ni kan pulak mereka yang tak cuba hadir. Saya respect apa yang Prof kata.. she's very positive. sampaikan anaknya pun pernah luahkan:

"mak ni positive sangatlah."

Kalaulah semua orang macam dia... tentu ramai yang tiada penyakit hati kan... Jom jom.. kite cuba kawal naluri kita.. ya saya tahu, saya pon tak sebaik mana. sekurang-kurangnya, saya cuba! Seremeh-remeh masalah tak perlulah kita gebang segebang gebangnya sehingga ingin terbang ke angkasa, takut terkandas di tengah jalan terhempas dek kerasnya Bumi.

Maafkan saya. Saya cuba selesaikan masalah hati saya dengan tidak terlalu memikirkan masalah itu dan cuba sebaik mungkin untuk menghindarinya.. tapi tak sangka, "ku sangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari..." Tak sangka hidupku diperhati... saya tahu itu bukan benda bagus dalam kes ini. Tapi tak ape, anggaplah hujan yang turun di tengah hari itu adalah rahmat yang Tuhan cuba kasi supaya hambaNya tidak terbabas. 

"Aku bukan lah seorang yang baik, tapi sekurang-kurangnya aku cuba menjadi lebih baik"

Thanks for "ur" attention. I'm Appreciate it. Alhamdulillah.

Sekian.

::Kalau tak makan cili, jangan pura-pura terasa pedasnya. Cuma Ingin Berkongsi dan tiba-tiba lagu Rabbani berkumandang di Playlist.. Pergi tak kembali. gulps. =]

5 comments:

  1. Arggggh makan cili
    haha
    tiba tiba

    neway
    mmg btl.
    tp kita ni mnusia yg pnh dgn khilaf
    mesti gedik jugak nak kecik hati
    meh la kite brsama sama berbesar hati

    ReplyDelete
  2. haha.. betol tu LYAA.. khilaf dan insan.. insan tu kan pelupa.. biasalah kite bukan malaikat kan utk sentiasa berbesar hati sentiasa tapi cuba lah utk perkara remeh temeh tak perlu la kan.. kdg2 itu salah faham aje.

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang