RODONGANS~

Thursday, September 27, 2012

Thursday, September 27, 2012

Sukakan TEMBIKAI?? Apa khasiatnya?!

Assalamualaikum.

Hye kamu kamu kamu dan kamu. *puing-puing*

Ehsan Google.

Suka makan tembikai?? saya pasti ramai yang gemarkannya.. tembikai satu pilihan yang tepat ketika berada di bawah terik matahari mahupun ketika kehausan. Betul tak.? Tapi apa yang kita tahu tentang khasiat tembikai? Saya yakin, ramai yang tahu tembikai adalah buah yang menyihatkan tapi pasti ramai yang tidak mengetahui secara khusus, khasiat tembikai yang sebenarnya.

Okay. Sebelum kita bincangkan tentang khasiat tembikai. Mari kita terokai... serba sedikit sejarah dan fakta penting tentang tembikai. cewah ade bakat pengacaraan tak?

Buah dikenali sebagai watermelon dalam bahasa inggeris budak tadika pun tahu dan timun cina di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Nama botani bagi tembikai adalah Citrullus Lanatus. Tumbuhan menjalar ini dikenali sebagai tumbuhan berbunga dan mengeluarkan biji dikenali sebagai "beri palsu" yang mempunyai kulit yang licin dan isi yang tebal dan berair. Lebih dikenali sebagai TEMBIKAI.

itu serba sedikit fakta tentang tembikai. Apakah khasiat penting tembikai dari sudut pandangan ISLAM? 

1. Bagi mereka yang mementingkan kesihatan kulit dan mata. Buah tembikai adalah pilihan yang mudah, tidak berat dan mudah untuk dijadikan amalan kerana tembikai kaya dengan vitamin C.

2. Kandungan air yang banyak dalam tembikai amat baik untuk melawaskan sistem penghadaman makanan dan boleh mengelakkan sembelit.

3. Yang paling menarik adalah.... tembikai berfungsi untuk mewangikan dan membersihkan mulut serta memutihkan gigi.

Ibn Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana di dalamnya ada banyak kebaikkan. Ia makanan, minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi-pundi kencing, menambah air tulang belakang, menghindar sejuk dan membersihkan kulit."

Memakan tembikai sebelum masa makan boleh membersihkan perut dan mengeluarkan penyakit. Rasulullah SAW juga memakan tembikai bersama buah-buahan segar lain dan keju.

Daripada Aisyah r.ha., ia berkata:

Bermaksud: "Rasulullah SAW makan tembikai dengan kurma muda, lalu Baginda bersabda: 'Kita mengurangkan kepanasan (iaitu kurma muda) dengan sejuknya ini (tembikai). Dan sejuknya ini dengan panasnya ini.'"

(Riwayat Abu Daud, no. 3838)

Saya dah jumpa seorang kawan yang tidak begitu sukakan tembikai... saya juga jumpa seorang kenalan yang tidak gemarkan produk berasaskan pisang dan saya jumpa seorang rakan yang tidak menjamah kacang walaupun sebiji.... Tapi itukan selera masing-masing... setiap orang ada kelainan dalam minatnya.. selera kan tidak boleh dipaksa. betul tak....? ehem.

Sekian~


2 comments:

  1. Makan juga tembikai tetapi jarang-jarang kerana ia berair kerap pergi ke bilik air.

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang