RODONGANS~

Friday, March 01, 2013

Friday, March 01, 2013

Dua komando polis maut terkena serangan mortar.

Assalamualaikum.

Saya pasti lepas ni atau sekarang ni mesti ada ramai yang post pasal incident ni. Sebab berita ni melibatkan keselamatan negara. Dua orang komando meninggal dunia terkena serangan mortar di Lahad Datu.

Sebenarnya, sebelum berita ni tersebar lagi saya dah dengar berita tentang kepincangan keselamatan di sana. My lovely Mat Terap yang bagitahu bahawa mereka semua tengah stand by sebab perang di sana. Masa tu saya risau, cuma yela.. dah biasa hidup aman tanpa perang.. kerisauan itu ke laut la. Risau tapi tak berapa risau. 

Bila ternampak tajuk berita tu, berderau darah saya. Berita tu betul betul terjadi.

Ya Allah, negara kita sedikit sebanyak telah diganggu oleh mereka, mereka yang dahagakan peperangan. Nauzubillah. Minta dijauhkan.

Dan saya tak senang melihat status sahabat sahabat saya di facebook. Saya tak tahu situasi sebenar tapi dari pemerhatian saya, ramai yang kelihatan marah kerana kejadian ini di politikkan. ummm. sedey rasa. sempitnya fikiran mereka. mereka yang saya tak tahu siapa dan saya tak mahu tahu.

Kejadian ini melibatkan nyawa, so please.. ini juga melibatkan keselamatan negara, so please. Please berfikiran matang dan terbuka. Politik kah bila nyawa mereka sebangsa dan seagama kita terkorban. Bukankah sepatutnya kite mendoakan roh mereka di cucuri rahmatNya.. Mereka tetap manusia macam kita.

Tugas polis dan tentera patut kita sanjung sebab adakah kita seberani mereka berjuang mempertahankan negara dan nyawa rakyat di dalamnya? Dan adakah keamanan di Malaysia jika tiada mereka semua? Perkara buruk terjadi di mana mana. Cuba google di seluruh dunia, tiada negara yang sempurna! TIADA. Pasti ada tumpah darah, pasti ada keluh kesah. Tapi bandingkan negara kita dengan negara yang lebih teruk keadaannya. Kita jauh lebih aman dan sentosa.

umm. stop being so low. shallow thinking bak kata senior saya. Stop being a creature that have a brain but not using it!


LAHAD DATU: Dua komando polis terbunuh selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. 

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata, mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu. 

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu selepas diarahkan pihak berkuasa.

Pada jam 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. - BERNAMA


TERBARU:

Perkembangan di Lahad Datu, Sabah:
Pegawai Yang Terkorban
-INSP ZULKIFLI BIN MAMAT
-KPL SABARUDDIN BIN DAUD

Pegawai Cedera/Cedera Parah
-KPL MOHD TARMIZI BIN HASHIM
-KPL AZMAN BIN AMPONG
-KPL MOHD QAIYUM AFZAL BIN ZULKIFLI


Sumber: SINI.

Semoga mereka yang masih berjuang di sana dilindungi oleh Allah yang maha kuasa dan semoga negara dikekalkan keamanan olehNya. aminn.


Sekian~

4 comments:

  1. Ada orang yang politikkan? Cerdiknya..perkara ini tiada kaitan dengan politik. Yang terbaru 10 maut, 10 daripada penceroboh serah diri..yang lain lari bertempiran ke kawasan pantai. Takut sangat kan kak berperang ni. Sedih lah pula..teringat Gaza.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum maria, sedihkan baca banyak blog update entri pasal Lahad Datu. semoga Allah mencucuri roh anggota komando yang terkorban dalam peperangan di LD ni. takutnya sheila baca peperangan kat sana tu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum maria, sedihkan baca banyak blog update entri pasal Lahad Datu. semoga Allah mencucuri roh anggota komando yang terkorban dalam peperangan di LD ni. takutnya sheila baca peperangan kat sana tu

    ReplyDelete
  4. memang sedih... serious, tlg hentikan semua ni, xsgup nk dgr ada yg terkorban lagi :'(

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang