RODONGANS~

Sunday, July 01, 2012

Sunday, July 01, 2012

APA ITU EGO?

Assalamualaikum..


What is ego? ape itu ego? 

Okay semua orang ade ego dia yang tersendiri. Ego boleh didefinisikan pelbagai cara dan bentuk. Sebab ego tu subjektif kan. Ade ego yang positif dan ade ego yang negatif. Terpulang pada kite mencorakkan nya. Tapi ego yang berlebihan boleh merosakkan hati. betul ke? betoolll.. Sifat marah itu bermula dari sifat ego, semakin tinggi ego kite semakin besar amarahnya. Semakin rendah ego kite semakin kurang sifat amarahnya. Dan semakin tinggi pangkat, harta, darjat dunianya semakin tinggi ego nya semakin besar sifat marahnya. Jika kite tidak dapat kawal diri kite, silap hari bulan boleh melampaui batas. Bergantung pada diri masing-masing.

Tapi betul ke ego ade ego positif dan negatif. Betul... terpulang pada pandangan masing-masing..

Ego positif contohnya;

1.  Ketika kesuntukkan atau kesempitan hidup dari aspek duet, makanan dan sebagainya tapi wang yang ade pada kite ni terhad. tapi kite usahakan supaya tidak meminta-minta hutang atau cari jalan menyelesaikan seperti berjimat, membeli perkara yang perlu sahaja dan sebagainya. 

2. Ketika pekerjaan yang kite jalankan mengalami kesulitan kan, apa yang perlu kite buat.. kite usaha kan sehingga berjaya tanpa meminta bantuan atau tidak ikut jalan mudah sebab kite berpegang pada semangat "aku boleh!". bukan ke itu akan membina keyakinan pada diri kite?

Ego negatif pulak, contohnya:

1. Kite terlibat dalam situasi salah faham dengan pihak B. Tapi apabila pihak B cuba hadir berbincang, kite mengelak. So, masalah tidak akan pernah selesai. Betul tak? Itu akan menyebabkan masalah itu berrrpaaannnjaaaangaan!

2. Kite dah melakukan kesalahan, tapi kite tidak mahu mengaku kerana merasakan kite betul. Dan cuba mencari salah pihak yang lagi satu. So, menyebabkan pergaduhan antara pihak yang tidak berkaitan. Tak ke itu jadi effect yang negative?

So, tu antara dua contoh ego. setiap orang mesti pernah alami, sama ada jadi pihak yang ego atau menjadi mangsanya. betul tak? Pada yang menjadi mangsa, bersabarlah.. ego satu benteng yang susah ditempuh, oleh itu berdoalah supaya Allah melembutkan hati nya. Jika melalui situasi ni, cuba amalkan baca;

"Laila Ha Illa Anta Subha Naka Inni Kuntum Minaz Za Limin"

atau

Sumber: Facebook.

Tapi pada yang rasa dirinya ego... Ade jalan penyelesaian kepada masalah hati tersebut. Jom cuba ubah diri dengan mengikut langkah-langkah dibawah:

  1.  Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dalam menghadapi apa saja situasi.
  2. Menguatkan jiwa ketika hendak marah, ingat akibat buruk sifat marah tersebut dan mengingati kelebihan orang yang menahan marah dan memaafkan orang lain.
  3. Meminta perlindungan kepada Allah Ta'ala daripada syaitan yang direjam. Banyakkan baca Ta'awwuz (A'uzubillahi minas Syaitanirrajim) kerana marah itu kan daripada syaitan.
  4. Orang yang marah hendaklah membetulkan kedudukannya. Sama ada dari duduk ke berdiri atau berdiri ke duduk. Tambah-tambah bila berdiri memudahkan orang yang marah mengambil tindakan selanjutnya.
  5. Tidak berkata-kata. Kata-kata boleh menimbulkan kemarahan dan kata-kata yang dilapazkan akan menimbulkan penyesalan ketika perasaan marah telah reda.
  6. Berwudhuk. Dimana api boleh disejukkan dengan air sebagaimana sifat syaitan daripada api, berwudhuk adalah jalan terbaik meredakan kemarahan.
    SUMBER.


Oleh itu, bagi yang rasa dirinya ego itu, tidak salah sekali sekala mengalah, dan tidak salah jika cuba memaafkan jika si pelaku sudah meminta maaf. 

STOP THINKING LIKE THIS!


Lagipun, yang memaafkan itu kan lebih baik. Cube lah tanam sifat kasihankan mereka disekeliling anda. Betul tak?

Apepun. Saya pun bukan lah baik sangat. Cuma, Pengalaman mengajar erti hidup kan. :)

Sekian~



4 comments:

  1. wsalam.

    em, susahnya la hai nak deal dengan orang yg ego. boleh sakit jadinya. :(

    ReplyDelete
  2. betol. Kite sakit sama. Nak runtuhkan ego tu susa~

    ReplyDelete
  3. sebab ego jugak lah mnusia blh putus sedara.

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang