RODONGANS~

Thursday, July 26, 2012

Thursday, July 26, 2012

JIRAN SEBELAH RUMAH KENA ROMPAK??

Assalamualaikum.



Hye!
nebes rasa nebes!! bila akak msg bagitahu jiran kami kena rompak. anak isteri kena ikat masa si suami menoreh getah di kebun bersama anak lelaki nya.

wah, kata ateh, sekarang siap ade kereta SINAR HARIAN parking depan rumah kami. haha. Siap tengah borak dengan abah di bawah. Aiyook. dan depan rumah kami yang sunyi tak pasal-pasal jadi meriah dengan kedatangan reporter dan polis.

Sebelum tu, akak kata time dia jemur baju di depan, dia nampak lah kereta kancil polis duk ulang alik lalu banyak kali. Tetibe ade dua orang polis berpakaian biasa benti depan rumah interbiu abah. ummm. Ghupe2nya, bakal isteri Jihan Misekin kena ikat dek perompak. 

Bila dengar tu seram sejuk weh, bila tau ateh pagi tadi pon duk rumah sorang.. abah ke kebun. Mak ke mana entah pagi-pagi. Ateh pulak kroh kroh kroh tidoo semasa kejadian.  Memang tak ade saksi lah, rumah kami dua pulak agak hujung jauh dari rumah orang lain. Nama pon duk kampungkan, logiklah rumah dibuat atas tanah masing-masing.. tu jauh-jauh rumahnya. seriau. 

Dah la rumah kami, kucing pon boleh tolak je pintu tu walaupon dah sendal... cisss... kucing tu selalu mencabar kewibawaan ku.. mujur aku sayang padamu. hihihi. Oleh itu, perlakuan mu.. kubiarkan sahaja. Maybe sebab rumah kami bukan gaya mewah. Alhamdulillah, diharap bukan pilihan penjahat la. 

Tapi lepas dengar gosip ateh tadiii... terus saye bebel.... suh abah tukar kunci semua pintu, ketatkan kawalan rumah....... dan paling penting. Uji kunci itu dengan kucing. boleh tak dia tolak.!!! eeee... dah la ateh selalu kena tinggal sorang. Ya Allah, semuga kau pagari dan lindungi teratak kami daripada perkara yang tidak diingini. Aamiinn.



Jap! mesti korang tertanya-tanya..  kenapa saya sebut bakal isteri jihan misekin kan?? hehe. actually, almost 2 years ago... depa ni buat rumah and pindah sini, biasalah.. after pencen orang mesti balik kampung kan buat rumah.

Dan satu hari tu, anak perempuan jiranku itu bersama ibunya memberitahu bahawa anaknya bakal berkahwin dengan JEhan Miskin hero Manjalara. Ahaakks. Satu kampung di ceritakan. tapi dua tahun berlalu sepi aje. Dan anak nya itu belum mencapai umur 20 kalau tak salah, dan berhenti sekolah sewaktu umur 15 tahun... dan peliknya dua orang anaknya sudah tak bersekolah dan tidak juga bekerja, maybe keluarganya banyak wang.. boleh menampung keluarga sehingga mereka tua. ummmm. *kesian*

Bila dengar berita tu tersebar... tak tahu nak cakap ape. Tunggu je lah, mana tau, Jehan Miskin memang tak memilih latar belakang akademik dan rupa.. sape tau kan... *pejam mata* 

Apepun, takziah untuk mereka satu keluarga. Alhamdulillah keselamatan mereka terjamin. Kehilangan harta benda tak apa, jangan sampai meragut nyawa.. ye dakk?? Semuga dijauhkan pengalaman tersebut dari kite. Aaminn.

Sekian~

3 comments:

  1. tak tau lah cik Umi.. hehe. jiran kite tu, ummm... cite dia maybe impian dia sebenarnya. :)

    ReplyDelete
  2. bace td tertanya tanya jugak
    hehee
    jehan msk minang 10 thn lg kot..
    haha

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang